Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Pada semester ini, semua pelajar PISMP Semester 2 telah diberikan tugasan untuk menyiapkan bahan bantu

mengajar yang bertajuk Kaedah Pandang Sebut. Anggota kumpulan kami adalah Nurathirah Binti Shamsudin Samya, Rachel Lyne G Pius, Shaareny M. Saravanan dan Haini Shafikah Binti Mohd Shaharudin. Aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Dengan kaedah pandang sebut, pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu. Tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. Selain itu juga, dengan mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid akan cuba mengenal lambang-lambang atau abjad secara keseluruhan , iaitu lambanglambang yang membentuk sesuatu perkataan. Rentetan itu, menurut Juriah Long et.al(1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, muridmurid menyebut perkataan perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Kaedah pandang sebut ini dapat digunakan oleh para guru untuk mengajar anak murid supaya lebih mudah untuk mengenal sesuatu dengan menyesuaikan perkataan dengan gambar yang ditunjuk.

KEBAIKAN 1)Murid-murid dapat pengalaman langsung dalam aktiviti nyanyian yang diadakan di dalam bilik darjah. 2) Murid-murid akan dapat meluahkan keseronokan serta dapat menghilangkan ketegangan emosi. 3)Murid-murid dapat menjalinkan hubungan interaksi sosial yang positif di kalangan rakan-rakan kelas apabila melaksanakan aktiviti nyanyian secara beramai-ramai 3)Murid-murid akan dapat mengenali warna bendera tanah air mereka dengan cara menghafal lagu yang diajar oleh guru. KELEMAHAN 1) Sari kata lagu yang berulang-ulang tanpa perubahan sari kata yang lebih menarik minat murid. 2) Barangan yang digunakan untuk menampal sari kata lagu adalah cenderung untuk mudah rosak 3) Bahan-bahan yang digunakan juga adalah kurang menarik dan ceria.

CARA MENGGUNAKAN BAHAN BANTU MENGAJAR 1) Guru akan memberi pengenalan dengan instrumental lagu yang bakal dipelajari terlebih dahulu kepada para pelajar. 2) Selepas para pelajar mendengar muzik instrumental tersebut, guru akan menunjukkan bahan bantu mengajar yang mengandungi sari kata lagu yang telah dibuat kepada semua murid. 3) Guru akan meminta murid-murid untuk membaca sari kata lagu tersebut dengan bimbingan guru itu sendiri. 4) Guru akan membimbing murid untuk menyanyikan sari kata lagu tersebut. 5) Murid akan cuba menyanyikan lagu tersebut seperti mana yang telah diajar secara beramai-ramai.

Anda mungkin juga menyukai