Anda di halaman 1dari 17

PRAKATA

Dengan lafaz bismillahirahmannirahimAssalamualaikum w.r.t dan salam 1 Malaysia kami ucapkan. Terlebih dahulu kami ingin bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya kami dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kami, Dr Mohd Shukeri bin Hamzah memberi penilaian ke atas kami dalam subjek SCE 3105 ( Fizik dan Kehidupan)

Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, ingin kami merakamkan jutaan terima kasih kepada isteri dan anak-anak di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kapada kami selama ini bagi meneruskan pengajian ini, sekali gus menyempurnakan tugasan yang amat bermanfaat ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga kami tujukan kepada pensyarah subjek SCE 3105 Dr Mohd Shukeri bin Hamzah kerana telah memberikan tugasan menarik lagi mencabar kepada kami. Selain daripada menyempurnakan tugasan yang diberi, kami juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan mengenai sains.Tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan kerana telah bekerjasama serta bertukar-tukar pendapat serta idea dengan kawankawan yang lain. Tanpa bantuan dan dorongan dari kalian yang turut menjadi tulang belakang kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini dan dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan.

Setiap tugasan pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti. Begitu juga dengan tugasan ini, sepanjang kami menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kami tempuhi misalnya pada peringkat awal, dalam usaha mencari dan mengkaji maklumat tentang aplikasi daya dalam kehdupan.Kami menghadapi sedikit kesukaran bagi mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan tajuk yang diberikan. Namun, dengan adanya kerjasama antara ahli kumpulan yang lain yang turut membantu dalam pencarian maklumat bagi tajuk kami dan keizinan daripada Ilahi, masalah ini dapat diatasi.

Sebagai konklusi, pelbagai pengalaman dan input menarik yang dapat kami kutip daripada pelaksanaan kerja ini seperti semangat kerjasama antara rakan-rakan 1

dalam menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan, tolong menolong antara satu sama lain serta menghargai pendapat ahli dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata,kami amat berharap hasil kerja buat kami dinilai sebaik mungkin oleh pihak penilai. Terima Kasih.

PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tarikh :18 September 2012

TOPIK3

GERAKAN DALAM SATU DIMENSI

Gerakan adalah perubahan kedudukan sesuatu jasad mengikut masa dibandingkan dengan persekitarannya. Gerakan dalam satu dimensi adalah gerakan dalam satu laluan yang lurus. Terdapat pelbagai jenis daya yang bertindak ke atas satu jasad bergerak, samada memecut, menyahpecut atau kekal pegun. Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari jenis-jenis daya yang bertindak dalam ke atas suatu objek dan melukis daya-daya tersebut dalam satu rajah jasad bebas.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan daya-daya berikut; geseran, normal, tegangan, julangan dan berat dan membincangkan tindakan daya-daya dalam konteks yang berlainan 2. Membina rajah jasad bebas dalam pelbagai konteks; halaju seragam, memecut, jatuh bebas dan sebagainya

Gambaran Keseluruhan
Gerakan dalam satu dimensi

Daya

Rajah bebas jasad

Daya geseran

Daya tegangan

Daya normal

Daya julangan

Daya graviti

Isi kandungan 3.1 Jenis-jenis Daya Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas suatu objek yang mengakibatkan interaksi objek ini dengan objek yang satu lagi. Bila interaksi ini berkurangan, objek ini tidak lagi merasai daya. Daya hanya wujud hasil daripada interaksi. Daya diukur dalam unit SI Newton. Satu Newton adalah bersamaan dengan 1kgms-2. Daya adalah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai kedua-dua magnitud dan arah. Beberapa daya antara objek yang akan dibincangkan adalah: Jenis-jenis daya

Daya geseran Daya graviti (berat) Daya normal Daya tegangan Daya Julangan

Daya geseran Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu cuba bergerak melaluinya. Ia biasanya bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah gerakan. Terdapat dua jenis daya geseran iaitu daya geseran statik dan daya geseran menggelongsor. Geseran dihasilkan oleh dua permukaan ditekankan bersama, menyebabkan daya tarikan molekul antara molekul dari permukaan berbeza. Geseran bergantung kepada jenis permukaan dan sekuat mana bahan ditekan. Geseran maksimum boleh dikira menggunakan rumus berikut:

Fgeseran x Fnormal di mana = koefisien geseran

Daya graviti Graviti adalah satu daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi. Objek yang jatuh ke bumi tanpa pengaruh daya-daya luar (seperti rintangan udara) dikatakan sebagai jatuh bebas. Objek yang jatuh bebas akan mengalami pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti. Berat adalah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Jika jisim objek adalah m, pecutan graviti adalah g, maka Berat = mg.

Daya normal Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dangan satu permukaan. Sebagai contoh, jika satu buku terletak di atas meja, permukaan mengenakan satu daya ke atas untuk menyokong berat buku itu (Rajah 3.1a). Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara dua objek yang bersentuh. Misalnya, seorang yang bersandar pada suatu dinding akan mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding. Maka dinding akan mengenakan satu daya normal ufuk ke atasnya (Rajah 3.1b).

(a) (b) Rajah 3.1

Daya tegangan Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan melalui tali, benang, kabel atau wayar yang ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua hujungnya. Daya Julangan Daya julangan adalah daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia kelihatan kehilangan berat dalam bendalir (cecair atau gas). Ia juga boleh menyebabkan kapal terbang bergerak melalui udara. 3.2 Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelbagai konteks Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan magnitud relatif dan arah semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek dalam suatu situasi. Rajah haruslah mengandungi komponen-komponen berikut: (1) Anak panah: saiz anak panah mewakili magnitud daya arah anak panah mewakili arah daya (2) Label daya yang bertindak: daya dilabel untuk mewakili jenis daya (contoh, Ffric = daya geseran, Fgrav = daya graviti, Fnorm = daya normal, Ftens = daya tegangan) (3) Objek diwakili dengan titik atau kotak, dan daya-daya dilukis daripada pusat titik atau kotak itu

Sebagai contoh:
Fnorm : daya normal Fap : daya aplikasi Ffric atau Fgeseran : daya geseran Fgrav : daya graviti

Contoh-contoh: Sebuah buku berada di atas permukaan meja

Seorang budak perempuan duduk di atas buaian

Sabuah buku ditolak ke kanan di atas meja supaya ia bergerak dengan pecutan

Sebuah kereta yang bergerak kekanan atas permukaan jalan yang kasar sedang dinyahpecut

TOPIK 4

GERAKAN DALAM DUA DIMENSI

Sinopsis Gerakan adalah sesuatu yang biasa anda dapat perhatikan dalam kehidupan seharian. Ia dihasilkan apabila daya dikenakan kepada suatu objek. Biasanya daya dalam suatu hala tertentu misalnya ufuk akan menghasilkan suatu gerakan dalam arah ufuk juga. Ia dinamakan sebagai gerakan dalam satu dimensi. Jika satu lagi daya yang sama tetapi

bertentangan arah dengan daya ufuk tadi dikenakan pada objek, dua daya itu dikatakan dalam keadaan seimbang. Dengan itu tiada gerakan akan dihasilkan. Daya dalam dua arah berlainan dan tidak seimbang menghasilkan gerakan dalam dua dimensi. Suatu objek yang terletak pada suatu satah condong akan mengalami beberapa daya yang berlainan untuk menghasilkan gerakan dua dimensi. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep keseimbangan antara daya bagi daya dalam dua dimensi dan aplikasinya dalam satah condong. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan syarat untuk keseimbangan untuk objek dikenakan daya-daya 2. Mengenalpasti daya yang dapat mewujudkan keseimbangan dalam situasi yang melibatkan tiga daya 3. Menghurai gerakan objek pada suatu satah condong Gambaran Keseluruhan

Gerakan dalam Dua Dimensi

Keadaan Keseimbangan antara daya-daya

Daya Penyeimbang

Gerakan pada suatu Satah Condong

Rajah 4.1 Gambaran keseluruhan Isi Kandungan

Isi kandungan 4.1 Keadaan Keseimbangan dan Daya Penyeimbang Suatu objek adalah dalam keadaan keseimbangan apabila daya bersih yang bertindak ke atasnya adalah sifar. Dalam keadaan seimbang, objek akan menjadi pegun atau bergerak dengan halaju seragam. Keadaan keseimbangan juga akan berlaku apabila daya paduan untuk tiga atau lebih daya yang bertindak ke atas suatu objek adalah sifar. Rajah 4.1(a) menunjukkan tiga daya yang bertindak ke atas suatu objek berbentuk titik. Apakah paduan daya A, B dan C yang bertindak pada objek tersebut?

Rajah 4.1(b) menunjukkan hasil tambah tiga daya A, B dan C. Perhatikan bahawa ketigatiga daya itu membentuk satu segitiga tertutup. Ini bermakna tiada daya bersih ke atas objek tersebut, jadi hasil tambah ketiga-tiga daya itu adalah sifar. Objek itu adalah dalam keadaan keseimbangan.

(a) (b) Rajah 4.1 Objek adalah dalam keadaan seimbang jika kesemua daya yang bertindak atasnya mempunyai paduan atau hasil tambah sama dengan sifar. (Punca: Physics: Principles and Problem) ke

Katakan terdapat dua daya, L dan M,(Rajah 4.2(a)) bertindak ke atas sesuatu objek dan hasil tambah dua daya bukan sifar. Bagaimanakah anda mencari satu daya apabila ditambah kepada dua daya tersebut suapaya menghasilkan suatu daya paduan yang sifar? Daya tersebut dikenali sebagai daya penyeimbang (equilibrant). Untuk mencari daya keseimbangan, anda perlu mencari hasil tambah dua daya L dan M dahulu. Hasil tambah dua daya atau paduan dua daya, R,(Rajah 4.2(b)) adalah satu daya yang mempunyai kesan serupa dengan gabungan dua daya L dan M. Daya penyeimbang adalah daya yang mempunyai magnitud yang sama tetapi dengan arah bertentangan dengan R.(Rajah 4.2 (c))

(a)

(b)

(c)

Rajah 4.2 Daya penyeimbang mempunyai magnitud yang sama dengan daya paduan tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.

Latihan

Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan daya Keseimbangan. Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh membuat latihan secara interaktif dalam topik daya keseimbangan http://glencoe.mcgrawhill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/interactive_tutor.html

4.3

Gerakan Pada Suatu Satah Condong Semua objek pada permukaan bumi mengalami satu daya tarikan graviti yang menghala ke pusat bumi. Bagi suatu objek yang berada pada lereng bukit, apakah daya-daya lain yang bertindak ke atasnya selain daya graviti, W,? Rajah 4.3 menunjukkan daya yang bertindak ke atas objek itu.

Figure 4.3 Manufactured materials (Source: http://google.images.com) Dalam rajah di atas, N adalah daya normal yang bertindak secara serenjang kepada satah lereng bukit dan F adalah daya geseran yang bertindak secara selari dengan satah lereng bukit. Arah tindakan daya geseran F adalah berlawanan dengan arah gerakan objek. Apabila objek itu adalah dalam keadaan pegun, daya-daya yang bertindak pada objek itu adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

10

Rajah 4.4 Untuk memudahkan kajian gerakan objek pada satah lereng, satu sistem koordinat yang bersesuaian untuk arah gerakan digunakan. Komponen daya paksi-x selari dengan satah lereng bukit dan komponen daya pada paksi-y adalah serenjang dengan satah lereng. Dalam sistem koordinat ini, daya normal dan daya geseran tidak perlu ditukar manakala daya tarikan graviti perlu dileraikan kepada dua komponen daya, satu mengikut paksi-x dan satu lagi mengikut paksi-y

REFLEKSI

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianNya, saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Walaupun pada permulaan tugasan ini saya merasakan sedikit terbeban kerana soalan yang diberikan agak sukar dan mencabar. Namun, saya menguatkan semangat saya 11

dengan berfikiran positif dan mengambil inisiatif yang baik dalam melakukan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Dr Mohd Shukri bin Hamzah , selaku pensyarah bagi matapelajaran SCE 3105 fizik dan Kehidupan ini yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada semua yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung.

Dalam tugasan ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan membuat tugasan secara berkumpulan. Bidang tugasan ini meminta kami untuk menjelaskan dan mengaplikasikan konsep fizik dalam kehidupan harian seperti aplikasi hokum-hukum newton,pergerakan planet dan satelit, fizik dalam muzik, penggunaan mikoskop dan teleskop, motor elektrik dan penjanaan tenaga elektrik. Selain itu, kami diminta untuk mengulas mengenai tajuk yang diberikan. Saya Mohd Shahrul Amin bersama Wan Abdullah ditugaskan untuk mengulas mengenai topic 3 (Gerakan Dalam Satu Dimensi) dan topic 4 (Geakan Dalam Dua Dimensi). Stiap kumpulan juga diminta membuat satu persembahan menggunakan powerpoint bagi membincangkan isu tersebut. Kami telah membahagikan tugasan sama adil kepada semua ahli dalam kumpulan kami. Saya sangat berbangga kerana setiap ahli dalam kumpulan saya memberikan komitmen dan kerjasama yang padu dari awal hingga akhir tugasan ini dijalankan.Kami tidak mengalami apa-apa kesulitan kerana hasil tugasan kami berjalan dengan baik.

Melalui tugasan yang diberikan ini, banyak pengalaman baru yang saya perolehi terutamanya apabila ditugaskan melakukan beberapa eksperimen

mengenai daya, beban, tenaga elektrik dan membina teleskop. Tugasan ini mengkehendaki saya berserta ahli kumpulan membuat eksperimen untuk

membuktikan tentang teori yang kami pelajari. Tambahan itu pula ketika melakukan eksperimen banyak keputusan atau pun pemerhatian yang diperolehi tidak bertepatan dengan teori yang kami pelajari. Jadi kami terpaksa memikirkan apakah keputusan yang paling tepat untuk memberikan jawapan yang sebenarnya. Kadangkadang kami terpaksa mencabar keputusan yang diperolehi, contohnya dalam mencari bacaan ammeter dan voltmeter. Begitu juga dalam eksperimen (penjanaan

12

dan penghantaran tenaga elektrik) bacaan voltmeter memeng tidak bertepatan dengan teori yang kami pelajari.

Disamping itu juga, kami dikehendaki menghuraikan implikasi dapatan kajian dalam proses kehidupan seharian. Mengenai kupasan topik 3 (gerakan dalam satu dimensi) pada mulanya saya tidak berapa faham apakah konsep yang perlu diketahui dalam tajuk ini. Sebenarnya terdapat beberapa jenis daya yang bertindak ke atas satu jasad yang bergerak, samada memecut, menyahpecut atau kekal pegun. Apabila dipelajari dan difahami secara betul maka sememangnya wujud pelbagai jenis daya yang bertindak dalam sesuatu objek yang bergerak,samada memecut, menyahpecut atau kekal pegun.Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas sesuatu objek yang mengakibat interaksi antara objek. Bila interaksi berkurangan, objek ini tidak lagi merasai daya. Kesimpulannya daya hanya wujud apabila ada interaksi antara objek. Terdapat pelbagai jenis daya yang perlu saya fahami seperti daya geseran, daya tegangan, daya normal, daya julangan, daya gravity dan daya ampungan.

Apabila kita memperkatakan mengenai daya, ianya berlaku seiring dengan kehidupan kita seharian. Contoh yang paling jelas ialah daya gravity, semua objek disekeliling kita ditarik kearah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali daya tarikan gravity. Daya ini menyebabkan objek jatuh kearah bumi apabila dilepaskan. Satu objek yang jatuh di bawah daya tarikan gravity, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara bebas atau jatuh bebas. Secara praktik, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum, iaitu dalam ruang yang tidak mengandungi jirim. Ini sebenarnya berlaku satu tanggapan yang salah contohnya sehelai kertas yang dijatuhkan secara mancancang mengalami keadaan jatuh bebas, sebenarnya terdapat rintangan udara yang mempengaruhi kejatuhan kertas itu. Oleh itu, kertas itu bukan dalam keadaan jatuh bebas.

Daya garaviti juga banyak memberi manfaat dalam kehidupan kita seharian. Dalam keadaan tanpa gravity, pekara yang remeh temeh boleh menjadi rumit, tak terlintas difikiran kita, tanpa wujudnya daya gravity seseorang tidak dapat minum air 13

seperti biasa kerana tiada daya gravity untuk menarik air keluar dari gelas ke mulut, seorang yang ingin tidur di atas katil mungkin berada di tempat lain semasa bangun jika tiada daya gravity.

Dari segi kesihatan, tubuh badan kita telah biasa dengan keadaan dibawah pengaruh daya gravity. Dalam kedaan tanpa daya gravity, pekara seperti system keseimbangan gerakan badan akan terjejas. Isyarat dalam keadaan tanpa gravity mengelirukan sistem keseimbangan. Seseorang akan berasa pening kepala, muntah dan mengalami ilusi optic. Ketumpatan tulang akan berkurang.Ini akan melemahkan tulang. Seorang angkasawan yang berada dalam keadaan tanpa daya gravity akan mengalami kerumitan berjalan apaila balik ke bumi. Dalam keadaan tanpa gravity, penyimpanan barang menjadi pekara yang rumit. Barang seperti pisau, gunting, sampah sarap dan lain-lain barang akan terapung di merata-rata. Pergerakan seseorang akan terganggu. Disini jelaslah kepada betapa pentingnya manfaatnya daya graviti dalam kehidupan kita seharian. Bayangkanlah kalau daya gravity hilang dalam masa satu minit sahaja dunia ini akan huru- hara.

Begitu juga dengan daya geseran yang banyak memberi manfaat kepada kita. Kita patut bersyukur kerana terdapat bentuk dan struktur tubuh badan yang dapat melindungi kita dari tindakan daya. Seperti sendi-sendi menghalang tisu-tisu liat atau rawan yang dapat mengurangkan geseran dan daya impuls diantara tulang semasa bergerak. Kulit kita juga dapat melindungi oto-otot daripda daya-daya yang bertindak ke atasnya. Yang paling penting di sekelilng kita terdapat pelbagai situasi yang melibatkan daya dan tenaga yang mendatangkan bahaya. Contohnya objekobjek yang dipasangkan di tempat yang tinggi seperti papan tanda, iklan, unit luar penyaman udara mempunyai keupayaan gravity yang besar. Kejatuhannya boleh menyebabkan kecederaan kepada orang ramai. Adalah tanggungjawab tuan punya objek itu untuk memastikan pemasangan adalah ketat, tahan lama dan selamat.

Salah satu daya yang oleh dianggap penting dalam kehidupan kita ialah daya normal. Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dengan satu permukaan. Bunyinya mudah saja, tapi bila difikirkan sebagai contoh, 14

jika sebuah buku terletak di atas meja, adakah daya telah dikenakan keatas buku itu, sebenarnya permukaan meja telah mengenakan satu daya untuk menyokong berat buku itu. Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara dua objek yang bersentuh. Misalnya seorang yang bersandar pada suatu dinding akan mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding. Maka dinding akan mengenakan satu daya normal ufuk ke atasnya.

Mengenai topic 4 (gerakan dalam dua dimensi) tajuk ini mengupas daya yang dikenakan keatas objek yang bergerak. Gerakan adalah sesuatu yang biasa kita dapat perhatikan dalam kehidupan seharian. Ia dihasilkan apabila daya di kenakan kepada suatu objek. Biasanya daya dalam suatu hala tertentu ufuk akan menghasilkan suatu gerakan dalam arah ufuk juga. Ia dinamakan sebagai gerakan dalam satu dimensi. Tetapi jika jika satu lagi daya yang sama tetapi bertengtangan arah dengan daya ufuk tadi dikenakan pada objek, dua daya itu dikatakan dalam keadaan seimbang. Dengan itu tiada gerakan akan dihasilkan. Daya dalam dua arah berlainan dan tidak seimbang menghasilkan gerakan dalam dua dimensi. Suatu objek yang terletak pada suatu satah condong akan mengalami beberapa daya yang berlainan untuk menghasilkan gerakan dua dimensi. Dalam topik ini, kami akan didedahkan kepada konsep keseimbangan antara daya bagi daya dalam dua dimensi dan aplikasinya dalam satah condong.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada kita semua. Saya juga mula sedar kepentingan subjek ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat aplikasikannya dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Dimana konsep sains sebenarnya sentiasa berlaku seiring dengan kehidupan kita seharian. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah

15

rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat memberikan keyakinan untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk terus menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya.

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Secara keseluruhannya, tugasan yang diberikan ini, memberi sedikit sebanyak pengetahuan tambahan kepada saya sepanjang tempoh proses melaksanakannya. Walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan lain, namun ia bukanlah satu halangan bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.Terima kasih sekali lagi ditujukan kepada semua yang telah membantu.Di harap tugasan kerja kursus ini dapat diterima dengan baik oleh pensyarah penilai. Sekian, Terima kasih.

--------------------------------------------------------(MOHD SHAHRUL AMIN BIN ABD RAHIM)

RUJUKAN

16

Chang See Leong,Chia Song Choy,Koay Kheng Chuan (2003)focus Fizik.Bandar Bari Bangi.Selagor Darul Ehsan.Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd Modul SCE 3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian.IPG.Kementerian Pelajaran Malaysia.Cyberjaya.

Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSR Tahun Enam. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

SUMBER INTERNET
http://glencoe.mcgraw-hill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/ (daya dalam dua dimensi) Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill. http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp

17

Anda mungkin juga menyukai