Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH, JDT.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD AZIM BIN SAMSUDIN MUHAMMAD SYUHADAK BIN SEPLEE MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMAD SOLIHIM MOHD AZIMAN BIN MOHD KHAIRUDIN JEFF ANAK REGULUS DINILAI OLEH : PN. SITI MISLIA BT. SELAMAT PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

TONTON, DENGAR, FIKIR, DAN NILAI

GURU, MURID DAN DISIPLIN

PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi?

Campur tangan yang melibatkan dua pihak (orang, negara, golongan, kumpulan dll.) -Kamus Dewan Edisi 4Apakah intervensi dalam menangani masalah disiplin? Suatu tindakan atau langkah-langkah awal yang harus diambil oleh pihak yang mempunyai kuasa (guru) dalam mencegah salah laku yang dilakukan oleh murid di sekolah.

3 JENIS INTERVENSI

Pastoral care
Bimbingan dan kaunseling Teknik modifikasi tingkah laku

PASTORAL CARE
Bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga
kebajikan anak-anak muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, tingkah laku dan emosi murid. Terdapat 3 jenis strategi:a)kaunseling b)bimbingan c)pendidikan peribadi dan sosial

Melalui Pastoral Care, murid-murid diberikan pendidikan yang menyeluruh serta berfokus kepada pembangunan

keyakinan diri dan disiplin kendiri.


Berfokus kepada pendekatan berpusatkan murid yang

membentuk murid secara individu, memotivasi murid


untuk mempunyai inisiatif dan inovasi supaya mendapat hasil yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Satu proses guru kaunseling membantu murid-murid menangani masalah yang dialami serta mengurus kehidupan mereka dengan berkesan. Etika kaunseling merujuk kepada satu prinsip tatalaku yang menjadi garis panduan tingkah laku seorang individu.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Untuk semua murid Sukarela Tanggungjawab Proses pencegahan Menyeluruh Terbuka Kemahiran

ETIKA BIMBINGAN SEORANG GURU


Sifat menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi

- melayan murid secara adil tanpa mengira jantina, kaum, bangsa, dan agama
Kerahsiaan murid - memastikan semua maklumat yang diperolehi semasa bimbingan dijalankan tidak disebarkan. Keprihatinan yang bertanggungjawab. - guru bertanggungjawab terhadap tindakan mereka semasa menjalankan proses bimbingan.

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Empati Kemahiran melayan Kemahiran mendengar secara aktif Kemahiran mencungkil maklumat Kemahiran mencabar secara positif

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Matlamat PRS : Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid

Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilainilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi orang dewasa yang peka ,bertimbang rasa,rela menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB PRS


Amanah dan menyimpan rahsia Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. Memahami batasan dan keupayaan diri Sentiasa berusaha meningkatkan diri daripada pelbagai aspek Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain Merujuk kes yang serius kepada guru bimbingan dan kaunseling Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU


Peneguhan Positif Dendaan Reverse Psychology

Token Ekonomi

Time Out

Kawalan Kendiri

Pengurusan Kendiri

Peneguhan Kendiri

Pengasingan

PENEGUHAN POSITIF

Proses mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, rangsangan dan sebagainya. 2 jenis ganjaran/peneguhan positif:

Ganjaran primer - susu, makanan, gula dll.


Ganjaran Terlazim - bintang, markah tinggi, perkataan (lisan atau bertulis), ekspresi wajah guru.

PENEGUHAN DAN HUKUMAN


PENEGUHAN HUKUMAN (Pertambahan Tingkah Laku) (Pengurangan Tingkah Laku)

POSITIF (Sesuatu Ditambah)

Senyuman , ucapan tahniah.

Menyuruh murid membersihkan kelas sebagai dendaan.


Mengurangkan masa rehat untuk seseorang murid yang tidak mengikut peraturan.

Memberi pelepasan kepada NEGATIF murid daripada membuat (Sesuatu Diambil kerja rumah sebagai Keluar) ganjaran.

PENEGUHAN

CABARAN

DENDAAN
Merupakan stimulus yang dapat mengurangkan kekerapan tingkahlaku disiplin. Murid biasanya telah dimaklumkan kepada bentuk dendaan pada setiap salah laku.

Contoh:
Dimarahi guru, amaran, hukuman membuat amal, time out, rotan, ibu bapa dipanggil, gantung dan buang sekolah.

LIHAT DAN BINCANG

REVERSE PSYCHOLOGY

Membuat suatu tindakan yang berlainan dengan tindakantindakan biasa.


Contoh: Teruskan buat bising kuat-kuat. Guru bercakap dengan nada yang kuat dan tegas. Guru mengatakan sesuatu untuk mendapat satu reaksi bertentangan.

KONTRAK KONTINGENSI
Proses membuat kontrak dengan murid supaya dia dapat melakukan sesuatu yang digemari berikutan penyempurnaan sesuatu yang dikehendaki oleh guru. Terdapat kontrak secara lisan dan bertulis. Satu persetujuan di antara guru dengan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku.

Kontrak bertulis mesti ditandatangani oleh murid dan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh, dan cara-cara penilaian.
Lebih baik jika ibubapa turut terlibat.

EKONOMI TOKEN
Mempunyai nilai dalam bentuk markat yang boleh ditukarkan untuk memperoleh pengukuhan-pengukuhan.
Menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif. Setiap kali murid menunjukkan tingkah laku positif, dia akan diberikan satu token. Sekiranya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token tersebut boleh ditebus untuk hadiah. Item-item yang boleh dijadikan sebagai ekonomi token: 1) Bintang 2) Smiley 3) Setem

4) Pelekat

TIME-OUT (PENGASINGAN)

Murid akan diasingkan bersendirian ke sudut atau bilik darjah yang berbeza. Jika murid tersebut menjadi positif dalam masa tertentu, dia dibenarkan duduk semula di tempatnya.

Teknik prompting digunakan bersama untuk memberi amaran kepada murid.


Time-Out sesuai untuk murid berumur 4 -12 tahun.

MODELING (PENIRUAN)
Merujuk kepada pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan. Selalunya murid melihat tingkah laku rakan sebaya. Juga dikenali dengan pembelajaran pemerhatian.

Guru mengarahkan murid bermasalah membuat pemerhatian terhadap murid yang mempunyai tingkah laku baik.
Selepas membuat pemerhatian, murid bermasalah diminta melakukan simulasi.

KESIMPULAN

Guru perlu bijak menggunakan cara yang berkesan untuk menangani masalah murid. Guru perlu pelbagaikan intervensi dalam menguruskan masalah disiplin bilik darjah. Intervensi disiplin perlu senantiasa dikembangkan serta ditingkatkan bagi memenuhi kehendak dan keperlan pelbagai jenis murid.

UJI MINDA 1

Kenalpasti dan nyatakan empat masalah tingkah laku murid yang sering berlaku di dalam bilik darjah.

JAWAPAN
1. 2. 3. 4. Tidak menyiapkan kerja rumah. Mengganggu rakan lain membuat kerja. Bertengkar atau bergaduh. Mencuri atau mengambil barang orang lain tanpa izin. 5. Membuat bising semasa guru sedang mengajar.

UJI MINDA 2

Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk menangani masalah tingkah laku murid berdasarkan jawapan anda dalam Uji Minda 1.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai