Anda di halaman 1dari 3

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jua saya beserta ahli kumpulan menyiapkan tugasan WAJ 3104, Literasi

bahasa ini. Dalam tugasan ini saya telah diminta untuk membuat pelbagai bentuk bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan aktiviti kemahiran bahasa seperti pemulihan, kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan boneka. Akan tetapi, aspek kemahiran bahasa yang lain juga juga turut di ambil kira.

Tujuan penyerahan tugasan ini adalah supaya saya berupaya untuk memahami kemahiran bahasa yang ditekankan iaitu kemahiran membaca selain mengetahui keutamaan kemahiran lisan pada kanak-kanak. Tanpa kemahiran lisan, murid-murid akan melalui kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara-cara dan mengetahui jenis-jenis boneka yang boleh dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar BBM kanak-kanak kategori pemulihan membaca. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sebenarnya bagi membantu murid-murid menguasai asas kemahiran membaca. Sebagai seorang guru, kita perlulah kreatif dan boleh mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung menjadi menarik dan mampu memupuk minat murid serta memberikan keseronokan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, sebenarnya saya mengalami pelbagai masalah untuk membuat bahan bantu mengajar tersebut memandangkan ia memerlukan kemahiran yang kreatif bagi menghasilkan sebuah bentuk bahan bantu mengajar yang berguna dan berkesan. Tidak dapat dinafikan, kebiasaannya setiap kali pembentangan bahan bantu mengajar yang telah kami siapkan buat pada sesi kuliah, rata-rata ahli kumpulan yang dianggotai oleh kaum perempuan jauh lebih kreatif dalam penghasilan BBM mereka. Sedikit sebnyak, timbul perasaan rendah diri bagi ahli kumpulan kami yang BBM tidak sehebat mereka. Akan tetapi, semua itu saya jadikan sebagai penguat semangat dan juga sebagai titik tolak dalam menjadi yang lebih baik buat masa yang akan dating.

Dalam pada itu, saya dan ahli kumpulan juga telah banyak berkorban dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit dalam menyiapkan sesuatu BBM itu. Hal ini kerana, setiap BBM itu mempunyai kegunaan dan nilainya yang tersendiri. Tidak semestinya BBM yang mahal itu adalah yang terbaik, yang diperbuat daripada bahan terbuang juga mampu menjadi yang terbaik dari segi fungsi, ketahanan dan fleksibilitinya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, secanggih dan sebaik manapun sesebuah BBM itu, segalanya berbalik kepada bagaimana seseorang guru itu mengajar dan menyampaikan ilmu dengan berkesan. Hal ini kerana, BBM tersebut hanya hadir sebagai bahan bantu dan kita sedang berurusan dengan bagaimana untuk menguruskan manusia dan kerja inilah yang sebenarnya bakal saya hadapi ketika ditempatkan di sekolah kelak. Sebagai seorang pelajar, saya tidak dapat lari daripada kegagalan menguruskan waktu dengan betul. Bebanan tanggungjawab juga menyebabkan saya kadang-kadang terpaksa menangguhkan kerja ini kerana perlu menjalankan tugas-tugas lain. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengatasi masalah-masalah ini pada masa akan datang.

Selain itu, menariknya dalam tugasan ini, satu pengalaman baru yang saya perolehi ialah menyediakan boneka. Saya dan ahli kumpulan sangat gembira menyediakan bahan-bahan terbabit. Kami berkerjasama sehingga larut malam. Detik yang sangat menarik ialah semasa membuat rakaman permainan boneka. Berkali-kali diulang dalam keadaan gelak tawa, sehingga akhirnya kami berjaya menyiapkan rakaman. Kelemahan yang ketara adalah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang mempunyai unsur-unsur kecindan. Sebagai seorang guru pelatih, saya sedar bahawa peluang inilah yang harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana dalam tahun depan saya akan mengikuti praktikal di sekolah yang akan ditempatkan oleh pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Pada waktu itulah, BBM ini akan menjadi pemudah cara sewaktu praktikal mengajar di dalam kelas selain penghasilan rancangan pengajaran harian, serta kekangan yang lain. Oleh yang demikian, saya menggunakan peluang yang diberikan oleh pensyarah subjek Literasi Bahasa ini, bagi mencetuskan idea dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang pada permulaanya amat merunsingkan saya akibat ketandusan idea. Tetapi dengan semangat dan sikap

yakin boleh yang ada pada saya dan ahli kumpulan, kami telah berjaya merealisasikan tugasan menyediakan beberapa BBM bersama rakan-rakan sekumpulan.

Kekangan masa, kesibukan tugas sebagai pelajar yang sarat dengan tugasan sampingan lain, menimbulkan keresahan menyiapkan setiap tugasan. Namun saya mendapat kekuatan dan sokongan dari rakan-rakan. Saya selalu berkata dengan diri saya bahawa jika orang lain boleh, mengapa tidak saya. Saya yakin saya boleh buat dan mampu menghadapi serta mengharungi apa jua cabaran. Pengalaman mengajar kita akan menjadi lebih matang, sikap tolak ansur, sentiasa bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan ahli kumpulan amat penting. Jujur dalam persahabatan, mengambil berat masalah ahli kumpulan dan sentiasa memberi katakata semangat antara satu sama lain akan melancarkan setiap tugasan yang diberi.

Walau bagaimanapun setelah 15 minggu interaksi bersama pensyarah kami Puan Latifah binti Mohd Nor, harapan kami agar hasil titik peluh kami dalam menyiapkan sesebuah BBM ini dihargai terutama sekali ketika waktu pameran yang akan berlangsung diakhir kursus kami ini. Kepada pensyarah subjek ini yang telah banyak sekali memberikan semangat serta input-input yang berguna ketika dalam sesi P&P. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta semua pihak yang telah telibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menjayakan segala penyiapan BBM ini.

Anda mungkin juga menyukai