Anda di halaman 1dari 1

Abdul Razak Bin Hishamudin 710213-04-5103 PGSR/PJ 2009

REFLEKSI

Tugas seorang guru sememangnya merupakan satu kewajipan yang perlu ditanggung dan dilaksanakan dengan baik kerana ekspektasi masyarakat

terhadapnya sebagai seorang pembimbing dan pendidik yang oleh dipercayai. Mereka mengharapkan supaya guru dapat membantu membentuk anak-anak mereka selaras dengan FalsafahPendidikan Negara yang berbunyi, Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Setelah membincangkan isu-isu terutamanya dari segi gejala social di sekolah dapatlah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesalahan

jenayah,kesalahan gengsterisme dan kesalahan kurang sopan dan biadap. saya berpendapat bahawa Saya berpendapat segala kesalahan ini perlu dibendung daripada terus merebak menjadi satu yang tidak dapat dikawal.peranan ibu bapa,peruntukan undang-undang,pedekatan akademik dan didikan perlu

dilaksanakan selari agar ianya dapat ditangani dengan sempurna.

Namun, saya percaya, dengan hati yang ikhlas serta berpandukan garis-garis panduan serta langkah berjaga-jaga yang telah disyorkan, guru dapat melaksanakan tugas-tugas mereka dengan professional tanpa was-was. Guru sebagai pembentuk insan yang bakal mewarisi kepimpinan bangsa dan Negara. Oleh itu, saya akan terus berjuang dan berusaha supaya anak-anak murid saya mendapat didikan yang berkualiti dan meyakinkan, demi masa depan yang lebih terjamin.

Saya percaya, saya dapat melakukannya dan saya juga akan cuba sedaya untuk mempengaruhi rakan-rakan seperjuangan yang lain supaya bersama dalam usaha yang murni ini, demi keluarga dan Negara yang tercinta. Segala amanah yang dipertanggungjawabkan akan disempurnakan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai