Anda di halaman 1dari 0

1Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B.

Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
1





SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN SATU PERKONGSIAN
E EE EK KK KSKLUSIF SKLUSIF SKLUSIF SKLUSIF PERCUMA PERCUMA PERCUMA PERCUMA BUAT BUAT BUAT BUAT
SAHABATKU SAHABATKU SAHABATKU SAHABATKU



























2Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
2


Disclaimer

Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia
perniagaan internet sejak Disember 2008 lagi. Ebook ini ditulis khas
untuk anda bagi mendedahkan akan peluang perniagaan ebook
melalui internet yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan buat
anda.

Ebook ini hanya satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk anda
berjaya dengan mudah dalam perniagaan ebook. Bayak yang anda
perlu pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Berkenaan
perkara teknikal yang disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkan
pada masa penulis menulis ebook ini. Jadi, sebarang perubahan
teknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebook
ini pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi
yang semakin pesat.

Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum
membaca ebook ini:

Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana
bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun

Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana mana pihak
sekalipun

Anda dilarang mengedarkan ebook percuma ini secara terus
kepada mana mana pihak tanpa melalui laman web
www.buatebook.com

Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk
anda.

Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa
saja melalui laman web www.buatebook.com

Anda dibenarkan memberikan ebook ini sebagai bonus bagi
produk anda dengan syarat melalui pendaftaran sebagai
subscriber di www.buatebook.com


3Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
3


SIAPA JAMAL YANG SIAPA JAMAL YANG SIAPA JAMAL YANG SIAPA JAMAL YANG
MENULIS EBOOK INI MENULIS EBOOK INI MENULIS EBOOK INI MENULIS EBOOK INI
UNTUK ANDA ? UNTUK ANDA ? UNTUK ANDA ? UNTUK ANDA ?






























4Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
4


Pengenalan Diri Saya
Sebelum saya pergi detail mengenai tajuk laporan ini, saya
memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Baca point-point di bawah:

Nama Jamaluddin Bahari
Umur 28 tahun
Besday 23 March 1981
Tempat tinggal KL (rumah sewa je)
Kerja makan gaji di sektor awam
Mula menceburi bisnes internet Disember 2008
Bisnes internet sumber pendapatan sampingan
Income dari internet RM8k RM30K sebulan
Pangkalan utama forum wangcyber.com (komuniti usahawan
internet Malaysia)
Laman web yang dimiliki oleh saya
- www.kerja-kerajaan.com,
- www.rahsiablog.com,
- www.rahsiaemas.com,
- www.blogjamal.com
- www.kerja-kerajaan.com/blog
- www.buatebook.com

Produk utama ebook / produk informasi
2 laman web produk informasi ilmiah seksual telah diserah/dijual
kepada pemilik baru
Mula menceburi affiliate pada March 2009
Pernah menjadi beberapa top 3 affiliate produk tempatan iaitu
1. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 1
2. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 2
3. PPL kad Bisnes
4. PPL Kuasa Email
5. PPL Youthsays Wan Mus
6. The Four Weeks To Freedom (Zamri Nanyan)
7. 10 Cara Buat Duit Raya (Ammar Zahar)
Pendapatan keseluruhan dari affiliate (April 2009 Sept 2009)
RM15 K
Sedang merancang beberapa projek besar yang akan membantu
industri perniagaan internet Malaysia
Sasaran mendapat RM 1 juta pertama dalam masa 4 tahun



5Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
5

Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook

1. Menjual ebook pertama (produk ilmiah) 800 unit dalam
masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM 24, 000.

2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com melebihi
2000 unit sehingga ebook ini ditulis dan telah menjana lebih
RM60, 000 dari ebook tersebut.

3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya
seorang rakan melebihi 200 unit dalam masa 3 bulan dan
sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan.

4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di www.rahsiablog.com
dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan hampir
RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook
berjaya dijual sehingga ke hari ini.

5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di
www.rahsiaemas.com dan berjaya menjana RM 125, 000
dalam masa 40 hari dijual. Sebanyak 1639 unit ebook telah
terjual dalam tempoh tersebut.

6. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan
ebook orang lain melalui link affiliate lebih 400 unit dari
beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM 15, 000
dengan affiliate dalam tempoh 6 bulan menceburi affiliate.




6Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
6
ISI K ISI K ISI K ISI KANDUNGAN ANDUNGAN ANDUNGAN ANDUNGAN

Disclaimer..2

Siapa Jamal Yang Menulis Ebook Ini Untuk Anda ?............................3

Isi Kandungan..6

Pengenalan Ebook....7

Bagaimana Mencari Idea Menulis Ebook..10

Niche Niche Ebook Popular Yang Mudah Dijual...21

Bagaimana Mengkaji Permintaan Terhadap Ebook24

Langkah Langkah Menulis Ebook.28

Membina Laman Web Jualan Ebook..32

Promosi Ebook35

Penutup Kata52

Kronologi Jualan Ebook Emas Emas Yang Hilang..57

Pendedahan Tips Menulis Ebook Esklusif Dari Sifu Ebook Saya66

Ruangan Iklan.80




7Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
7

PENGENALAN EBOOK PENGENALAN EBOOK PENGENALAN EBOOK PENGENALAN EBOOK



































8Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
8

Pengenalan
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan ebook, apa kata kita
berkenalan dulu dengan ebook. Tak kenal maka tak cinta. Perlukah
saya menerangkan ebook secara panjang lebar seperti dalam KITAB
KUNO buku rujukan@buku teks? Tak perlu..Terus saja saya buat
dalam bentuk point di bawah:-

Apa itu ebook?
Nama omputihnya electronic book jadila e-book
Dalam BM buku elektronik e-buku
Produk informasi digital/produk ilmiah
Biasanya dalam fomat pdf ataupun executable file
Semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia
Boleh dibuat dengan gunakan mic. Word dan ditukarkan kepada
file pdf

Mengapa ebook?
Mudah dipindah dan disimpan
Boleh dicetak
Boleh dapat update dari penjual ebook
Lain dari lain - unik
Tiada di pasaran buku biasanya banyak rahsia yang orang
ramai tak tahu
Selari dengan perkembangan terkini dunia semasa
Jimat kos beli, hantar dll
Mendidik pembaca dengan cara mudah dan berkesan
Keuntungan adalah 100%
Mudah dijual melalui minisite
Mudah ditulis, pandai guna mic word sudah cukup


Di mana menjual ebook?
Jual di internet melalui minisite
Forum
Blog
Laman web social

Bagaimana nak buat ebook?
Mencari idea untuk ebook?
- baca dulu ebook ni sampai habis, ada diterangkan



9Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
9
Membuat ebook?
- ya, ada diterangkan dalam ebook ini secara asas

Menjual ebook?
- membeli domain & hosting
- membina laman web sendiri atau upah orang
- minisite grafik
- penulisan sales letter
- cara pembelian ebook

Mempromosi ebook?
- ada ditunjukkan beberapa cara promosi percuma dan juga yang
berbayar

Siapa membeli ebook?
Orang yang memiliki kuasa membeli ada duit nak beli la:)
Orang yang tahu membeli belah di internet, tak tahu pun boleh
beli..
Orang yang memang memerlukan informasi dari ebook yang
dijual

Ebook VS Buku

Buku Ebook
Kena pergi kedai buku nak beli beli di internet pon boleh
dah..cepat pantas dan jimat masa
Berat jika dah banyak..tak boleh
simpan dalam pendrive
Boleh simpan dalam PC, CD,
pendrive kerasa nak print, tiada
masalah
Risiko terkoyak, terbakar, hilang
atau kena conteng dengan anak
kan kena beli baru pulak buku tu
Boleh print semula jika hilang ke,
terbakar ke atau sebagainya..
Jika tak faham lepas baca buku,
nak tanya siapa ye.
Tak faham? Email je atau call
penulis ebook..Dia boleh bantu
Buku dikemaskini versi terbaru,
kita kena beli la sekali lagi..
Biasanya penjual ebook berikan
secara percuma..
Ayat dalam buku berjela jela
panjangnya penuh & dengan kata
kata berbunga bunganya
Biasanya ditulis dalam bentuk
ringkas straight to the
point..mudah nak faham:)
Tak boleh sembang sembang
atau mengorat penulisnya..
Boleh berchatting ke, email ke,
call ke dengan penulisnya..silap
silap haribulan bertemu jodoh
pula dengan penulisnya..hehehe

10Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
10




BAGA BAGA BAGA BAGAIMANA IMANA IMANA IMANA MENCARI MENCARI MENCARI MENCARI
IDEA MENULIS EBOOK IDEA MENULIS EBOOK IDEA MENULIS EBOOK IDEA MENULIS EBOOK
































11Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
11

Bagaimana Mendapatkan Idea Untuk Menulis Ebook
Yang Boleh Dijual?

Idea..idea..idea..Susahnya mencari idea.. Sampai pecah kepala
pening pening kepala nak dapatkan idea. Tapi ada orang tu senang
senag je dapat idea. Masa tidur pon boleh dapat idea..Usah risau!
Saya akan membantu anda bagaimana untuk mencari idea untuk
menghasilkan ebook dengan beberapa kaedah yang telah saya
gunakan sebelum ini. Teruskan bacaan.

1. Berdasarkan pengalaman
Pengalaman memang banyak membantu dalam menghasilkan
ebook. Seperti saya hasilkan ebook percuma ini. Jika saya tiada
pengalaman membeli, menjual dan menerbitkan ebook,
bolehkah saya menerbitkan ebook ini? Sudah tentu tidak bukan?
Seperti ebook Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan, saya
hasilkan berdasarkan kisah pengalaman saya sendiri.

Akan tetapi pengalaman bagaimana yang boleh anda
tukarkannya kepada ebook?

Mudah saja! Iaitu pengalaman yang dapat menyelesaikan
masalah orang lain. Ataupun kisah kejayaan anda
menyelesaikan masalah tersebut.

Sekiranya anda pernah menyelesaikan masalah orang ramai
berdasarkan pengalaman, teknik teknik dan juga kepakaran
anda, anda boleh kumpulkannya dalam bentuk ebook. Ebook
yang boleh dijual adalah ebook yang dapat menyelesaikan
masalah orang ramai.

Sebagai contoh: ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
RLTKK dihasilkan berdasarkan pengalaman saya yang telah
beberapa kali menghadiri temuduga di sektor awam.

Dalam temuduga tersebut, saya telah beberapa kali lulus dan
ada juga yang gagal untuk jawatan yang berbeza-beza. Dan
apabila berjaya dalam temuduga, saya terfikir untuk menulis
ebook tersebut. Saya rasa dengan gabungan pengalaman saya,
kajian saya, pembacaan buku berkenaan temuduga, soal selidik,
saya akan dapat menghasilkan sebuah ebook yang dapat

12Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
12
membantu orang ramai/pencari kerja untuk menghadapi
temuduga di sektor awam.

Anda faham bukan? Seperti yang anda sedia maklum, ramai
orang berminat untuk memasuki bidang kerja sektor awam.
Akan tetapi ramai yang kecewa kerana gagal melepasi tapisan
temuduga. Sebenarnya apa masalah atau punca yang
menyebabkan kegagalan mereka itu? Jawapannya mudah saja
iaitu :

- mereka tidak tahu adab adab semasa temuduga
- mereka tidak tahu nak buat persediaan apa sebelum temuduga
- mereka tidak tahu cara menjawab soalan yang ditanya
- mereka tidak tahu cara mereka dinilai semasa temuduga
- dan banyak lagi masalah yang sering dihadapi oleh calon

Nah! Inilah masanya saya jadikan pengalaman dan kejayaan
anda itu untuk membantu mereka. Jadi, saya menyediakan
penyelesaian masalah tersebut dalam bentuk ebook iaitu ebook
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Objektif utama ebook
ini dihasilkan adalah membantu menyelesaikan masalah
calon untuk bakal menghadapi temuduga sektor awam
dan seterusnya berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-
idamkan.

Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang saya
sampaikan berdasarkan contoh/sample yang diberikan? Mungkin
anda memiliki pengalaman pengalaman hebat yang dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat
Malaysia. Jadi ambil peluang ini. Di samping membantu orang
ramai, anda juga akan mengaut keuntungan dari ebook yang
anda hasilkan.

2. Berdasarkan Hobi/Minat
Apakah hobi dan minat anda? Adakah anda seorang yang suka
memancing? Dan anda selalu mendapat hasil dari pemancingan
anda? Atau anda beberapa kali memenangi pertandingan
memancing/JORAN? Apa kata anda kongsikan teknik memancing
anda yang hebat itu dalam bentuk ebook. Sudah pasti ramai
kaki kaki pancing akan dapatkan ebook anda. Lebih lebih lagi
jika anda memang hebat dalam teknik memancing yang tidak
diketahui ramai orang.


13Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
13
Sungguh mudah bukan, contoh yang saya berikan tersebut?
Atau anda cari info info berkenaan teknik memancing di dalam
buku, carian di internet, tanya otai pancing atau sebagainya dan
kemudian hasilkan satu tips memancing yang lengkap dan
hebat. Anda akan berkongsikan tips tips pemancingan anda
dalam bentuk ebook dan sudah tentu anda boleh menjual
dengan mudah ebook ini kepada kaki kaki pancing.

Ada bermacam macam lagi hobi dan minat orang lain yang
sama dengan anda. Contohnya menanam bunga, memelihara
binatang kesayangan, memasak, bersukan, membaca, dan lain
lain lagi. Tahukah anda, sekiranya anda menulis ebook
berdasarkan minat atau hobi anda, hasilnya amat memuaskan.
Sudah tentu anda mampu menghasilkan pendapatan dari ebook
tersebut

Mengapa?

Jawapannya adalah - anda melakukan sesuatu yang memang
anda suka dan anda sangat tahu apa yang anda tulis. Tanpa
dipaksa anda akan menyediakan bahan bahan terbaik yang
akan dimuatkan dalam isi kandungan ebook anda.

Di bawah adalah contoh idea idea menulis ebook berdasarkan
minat/hobi:

Ebook Panduan Lengkap Melukis Kartun/ karikatur/ potret
Ebook Teknik paling Efektif Memikat Awek/Pakwe
Ebook 10 Cara Memancing Ikan Toman Paling Efektif
Ebook Teknik Mudah Senyum
Ebook Teknik Menyulam Baju Cara Jepun
Ebook Belajar Berenang Dengan Cepat, Selamat dan
Berkesan
Ebook Panduan Memasak Nasi Kandar Penang
Ebook Cara Main Game Bola PES Paling Hebat
Ebook Panduan Membaiki Komputer Sendiri
Ebook Cara Cara Mudah Membaiki Kereta Sendiri
Ebook Panduan Landskap Dalaman Rumah Yang Menarik
Ebook Cara Bersenam Yang Paling Efektif
Ebook Cara cara Memelihara Ikan Kelisa
Ebook Bagaimana Untuk Menghias Laman Rumah Seperti
Taman Bunga?

14Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
14
Ebook Teknik teknik Mengajar Budak Berumur 2 Tahun
Membaca
Ebook Bagaimana Menjana Duit Dengan Menjual Kuih
Bahulu Di Rumah
Ebook Panduan Penanaman Bunga Orkid
Ebook Teknik teknik Menternak Kambing Boer
Ebook Panduan Menanam Buah Naga Kuning


3. Berdasarkan Kepakaran Anda
Mencipta ebook berdasarkan kepakaran sendiri adalah yang
terbaik! Dengan menjadi pakar, anda mampu menjawab segala
permasalahan pembeli ebook anda. Cuba anda lihat bagaimana
Chef Wan sebagai pakar dalam bidang masakan, Dr Fazilah
Kamsah sebagai pakar motivasi, Dr Irfan Khairi sebagai pakar
dalam perniagaan internet, Shuth sebagai pakar dalam
penghasilan ebook, Ammar Zahar sebagai pakar dalam affiliate
marketing, Siti Nurhaliza pakar dalam bidang nyanyian, dan
sebagainya.

Akan tetapi jika anda tidak pakar bagaimana pula nak jadi
pakar? Camne ye? Pening anda memikirkannya? Mudah saja!
Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu rajin mengkaji,
membaca dan mempraktikkan apa yang dipelajari berkenaan
bidang tersebut tidak kira samada melalui pembacaan buku,
artikel, kajian, temuramah ataupun lain lain cara. Biasanya
dengan membaca banyak buku berkenaan bidang
berkaitan, anda mampu untuk menjadi pakar. Jadi, jangan
risau sekiranya anda tidak pakar lagi dalam bidang tersebut.

Baca..baca..bacadan anda akan jadi pakar! Ambil masa anda :)
Akan tetapi tidak semestinya anda perlu menjadi begitu pakar
untuk memulakan penulisan ebook anda. Bina kepakaran anda
dari masa ke semasa dengan cepat. Pengalaman dari penulisan
ebook, penjualan ebook, dan juga pertanyaan dari pembeli akan
membuatkan anda menjadi pakar dalam bidang anda. Yang
penting adalah tindakan pertama anda untuk memulakannya.

Contoh contoh ebook yang boleh ditulis berdasarkan dari
kepakaran:

Ebook Teknik Advance Membina Laman Web
Ebook Cara Memasak Makanan Barat

15Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
15
Ebook Cara Paling Efektif Memotivasikan Mat Rempit
Ebook 10 Cara Berkesan Uruskan Wang
Ebook Teknik Belajar di Universiti Paling Ummmphh..
Ebook Rahsia Menjual Nasi Lemak Kukus Paling
Menguntungkan
Ebook Rahsia Keenakan Sate Kajang Dibongkarkan!
Ebook Panduan Belajar Autocad Dibongkarkan1
Ebook Pandai Belajar Mengaji Dalam Masa Sebulan
Ebook Belajar Matematik Dengan Formula Rahsia
Ebook Rahsia Hubungan Suami Isteri Yang Bahagia
Ebook Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah
Ebook Belajar Menggunakan Microsft Excell Dengan
Berkesan
Ebook Panduan Bina Badan Untuk Lelaki Kurus
Dibongkarkan
Ebook 10 Teknik Langsingkan Badan Tanpa Bersenam
Ebook Panduan Membaiki Kereta Dengan Lengkap
Ebook Teknik Memandu Seperti Pelumba F1
Ebook Bagaimana Membaiki Rumah Anda Sendiri
Ebook Bagaimana Berniaga Di Pasar Malam
Ebook Panduan Membina Blog
Ebook Cara Menulis Buku Yang Laris
Ebook Rahsia Orang Orang Tua China Berumur Panjang
Ebook Teknik Teknik Senaman Tai Chi
Ebook Mari Belajar Silat
Ebook 5 Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok
Ebook Cara Membuat Pelaburan Rumah
Ebook 10 Teknik Melangsaikan Hutang Dengan Berkesan

4. Berdasarkan Kepakaran Orang Lain
Senang ceritanya adalah, orang lain tulis ebook, anda
menjualnya. Itulah yang banyak saya praktikkan. Ianya boleh
juga dipanggil jv partner. Maknanya anda berkongsi milik
dengan penulis ebook. Akan tetapi cara sebegini memerlukan
pengalaman dalam penulisan ebook sendiri sebelum menjual
ebook jv orang lain seperti ini. Pengalaman anda amat
diperlukan bagi memastikan ebook yang ditulis oleh rakan jv
partner anda terjual. Lebih lebih lagi pengalaman dalam
pemasaran ebook dan juga promosi.

Sebelum itu, pastikan rakan jv partner anda benar benar
faham dan mengetahui apa yang ditulisnya. Anda juga perlu

16Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
16
terlibat dalam kerja penyuntingan dan semakan ebook sebelum
dipasarkan.

Sebagai contoh, ebook Panduan Asas Blogger dan juga ebook
Emas Emas Yang Hilang dihasilkan berdasarkan penulisan oleh
orang lain yang memang pakar dalam bidangnya. Saya cuma
menguruskan dari segi pemasaran, teknikal web, sales letter,
dan lain lain. Kerja kerja teknikal berkaitan isi kandungan
ebook diuruskan oleh jv partner saya. Ianya memudahkan kerja
kerja saya kerana saya dapat menumpukan kepada hal hal
terpenting dalam jualan ebook iaitu marketing.

Tanpa marketing yang baik, adalah mustahil ebook anda akan
terjual dengan laris. Hal hal pemasaran akan saya bincangkan
dalam bab akan datang nanti ye. Sabar

Dari segi keuntungan pula, biasanya saya offer 50 % kepada
penulis ebook. Dan ianya amat berbaloi. Dengan kerja kerja
yang lebih fokus, iaitu dengan menumpukan kepada pemasaran
target jualan ebook akan berjaya dicapai. Biasanya untuk projek
seperti ini, saya akan bertindak sebagai leader kepada pasukan
saya.



5. Ebook Berdasarkan Temuramah
Wah! Ini kerja mudah..Temuramah orang je boleh buat duit. Ada
beberapa cara untuk hasilkan ebook sebegini. Anda boleh
menemuramah seseorang atau lebih yang berjaya dalam bidang
yang diceburinya. Contohnya adalah menemuramah 5 orang
usahawan menternak kambing yang berjaya.

Anda boleh menyediakan temuramah samada melalui rakaman
audio, catatan di borang temuramah, video atau menyediakan
satu set soalan temuramah untuk dijawab semula oleh mereka.
Kesemua hasil temuramah itu kemudiannya diterjemahkan ke
dalam ebook. Sungguh mudah bukan? Sediakan soalan,
sediakan jawapannya. Jadikannya seperti perbualan biasa yang
tersusun.

Akan tetapi, anda perlu memaklumkan kepada orang yang
ditemuramah oleh anda itu akan objektif utama temuramah
tersebut. Pastikan juga anda memberitahu mereka akan

17Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
17
keuntungan yang bakal mereka perolehi dengan kerjasama itu
samada dalam bentuk royalti, komisyen, pengiklanan, ataupun
lain lain yang dipersetujui oleh mereka.

Contoh contoh ebook yang boleh dibuat adalah:
Ebook Temuramah 5 Usahawan Tiram Yang Berjaya
Ebook Kisah 10 Jutawan Internet Malaysia
Ebook Soal Jawab Dengan 5 Tokoh Agama
Ebook Kisah Kejayaan Mr. X
Ebook Mentor Jutawan Pasar Malam
Ebook Kisah 2 Mat Rempit Yang Kaya Raya
Ebook Temuramah 50 Usahawan Wanita Paling Berjaya Di
Malaysia
Ebook Kisah 10 Pelajar Cemerlang
Ebook Rahsia Otai Otai Affiliate Didedahkan
Ebook 10 Cerita Temuduga Yang Sukses
Ebook Bicara Jutawan MLM
Ebook Bual Bual Bersama Dr. Kamsah
Ebook Chef Wann Bercerita Tentang Rahsia Masakannya
Ebook Dari Seorang Penganggur Menjadi Jutawan
Ebook Temubual Bersama Tokey Kedai Mamak
Ebook Mentor Affiliate
Ebook Mentor Ebook
Ebook Apa Kata 5 Pakar Kewangan
Ebook Soal Jawab Ilmu Tentang Jin
Ebook Apa Kata Azizi Ali..

Lihat, anda dapat menghasilkan tajuk ebook yang hebat hebat
dengan kaedah ini. Dan sudah tentu akan ramai orang tetarik
dari apa yang anda sampaikan dalam ebook nanti.


6. Ebook Berdasarkan Kajian Projek Akhir Tahun Pelajar
Universiti
Ha, ha, ha..Agak pelik kaedahnya..Boleh ke projek akhir tahun
budak U dijadikan ebook. Ya, sudah pasti boleh! Apapun ianya
bergantung kepada topik yang ditulis oleh mereka. Apa kata
anda pinjam projek mereka, baca dan cuba hasilkan ebook
darinya. Jika perlu, bayarlah royalti kepada mereka. Ye la kan,
mereka penat penat buat kajian, anda pinjam camtu saja dan
buatr untung darinya.


18Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
18
Projek yang bagaimana tu? Iaitu projek yang lebih ke cenderung
ke arah penyelesaian masalah orang ramai. Contohnya, jika si
budak U tu buat projek berkenaan kajian bagaimana untuk
membuat perokok berhenti merokok, kan anda boleh buat ebook
yang bertajuk 10 Cara Mudah Berhenti Merokok.

Cuba ambil idea dalam kajian tersebut. Sudah pasti kajian itu
dihasilkan berdasarkan kajian terperinci oleh pelajar itu. Sudah
tentu sangat banyak maklumat yang berguna di dalamnya. Cara
ini memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah baca
sampai habis kajian itu, catatkan apa yang akan anda masukkan
dalam ebook terutamanya info info paling penting.

Contoh contoh ebook yang boleh dihasilkan berdasarkan
kaedah ini adalah:

Ebook Kajian Kes Elakkan Dengkur Semasa Tidur
Ebook Teknik Pengurusan Wang Yang Terbaik
Ebook Teknik Ketulkan Perut Dalam Masa 1 Bulan
Ebook 10 Teknik Senaman Untuk Menambahkan
Ketinggian
Ebook Bagaimana Mempengaruhi Pemikiran Orang Lain
Ebook Rahsia Mengekalkan Keremajaan Wajah
Ebook Bagaimana Membina Personaliti Unggul
Ebook Bagaimana Hidup Sihat Seperti Orang Muda
Ebook 10 Tips Mencegah Kanser
Ebook Bagaimana Untuk Menghias Rumah Idaman Dengan
Kos Rendah
Ebook Teknik teknik Pelaburan Untuk Masa Depan
Dibongkarkan


7. Ebook Berdasarkan Penerbitan Semula Buku Lama
Bagaimana tu? Terbit semula buku buku lama yang tiada
dalam pasaran! Ya, inilah caranya. Cuba anda ke perpustakaan
dan cuba cari buku buku lama yang mana tajuknya boleh
menarik perhatian orang ramai ataupun mempunyai kehebatan
dan nostalgianya tersendiri.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan menghubungi semula
penerbit buku tersebut dan minta kebenaran dengannya untuk
menghasilkan semula ebook itu dalam bentuk ebook.
Bincangkan royalti yang boleh anda berikan kepadanya

19Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
19
berdasarkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sebelum itu,
pastikan isi kandungan buku itu mampu menarik perhatian
orang ramai, ada permintaan tinggi, dan juga mampu
menyelesaikan masalah orang ramai. Idea ni saya ambil dari
idea yang disyorkan oleh Dr Irfan Khairi. Mungkin anda boleh
menggunakannya.

Contoh mudah: Buku Popular Tahun 1980 90 an, Permata
Yang Hilang..hehehehe

Mungkin anda boleh menghasilkan ebook berdasarkan buku ini?
Cubalah..belum try belum tahu.


8. Ebook Berdasarkan Penterjemahan Bahasa Asing
Ini kerja paling mudah tetapi memerlukan sedikit kemahiran.
Cuba anda cari ebook ebook English dan kemudian anda
terjemahkannya mengikut kesesuaian anda. Jangan
terjemahkan sebijik dengan karya asal, tapi ubahsuainya. Dan
anda boleh menambah lagi dengan info info lain yang
berkaitan dengannya yang boleh anda perolehi di internet,
dalam buku ataupun dari pengalaman anda. Yang penting, anda
faham apa yang anda buat. Apapun pastikan tajuk ebook
memiliki permintaan daripada orang ramai.



9. Ebook Berdasarkan produk Resell Right
Apakah Resell Right tu?

Resell Right maknanya ialah kebenaran/hak yang diberikan oleh
penulis/pencipta asal sesuatu produk/ebook kepada pembeli
untuk menjual semula produk yang dibeli tersebut dengan
keuntungan 100% milik anda.

Ada 3 jenis utama Resell Right seperti Resell Right (RR), Master
Resell Right (MRR), Private Label Right (PLR) dan sebagainya. Ini
antara kerja paling mudah dalam penghasilan ebook iaitu
dengan menjual semula ebook tersebut. Anda hanya beli hak
tersebut dan jual ebooknya, tidak perlu mencipta ebook sendiri.

Ebook jenis Private Label Right (PLR) merupakan salah satu dari
produk HOT dan amat menguntungkan. PLR berbeza sedikit dari

20Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
20
produk RR atau MRR kerana anda bukan saja boleh menjual
semula ebook itu, malah dibenarkan untuk mengubahsuai ebook
itu sendiri.

Dengan Ebook PLR ini, anda diberikan keizinan untuk
mengubahsuai / mengedit/ menambahbaik isi kandungan ebook
itu, anda boleh mengaku sebagai penulis, menjual sebagai RR
atau MRR dan lain - lain. Dan yang syoknya, anda juga telah
disediakan minisite(lamanwebjualan), suratjualan(salesletter),
grafik dan lain lain untuk anda. Segala-galanya telah siap
tersedia untuk anda jual.

Tapi INGAT! Apabila membeli lesen RR ini, baca syarat
syaratnya dengan teliti. Takut anda membuat perkara yang
dilarang oleh pemilik asal ebook ini.

Nak cari ebook ebook sebegini, anda boleh layari forum
forum yang membincangkan perniagaan internet seperti
carigold, tanyasifu, wangcyber dan lain lain.


10. Ebook Berdasarkan teknik teknik rahsia _______
Ebook cara ini adalah rahsia lagi buat masa ini..suatu hari nanti
saya akan sampaikan.Sabar..Kalau sampaikan sekarang tak
boleh cari makan pula..hehehehe..gurau je:)



















21Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
21


NICHE NICHE NICHE NICHE NICHE EBOOK NICHE EBOOK NICHE EBOOK NICHE EBOOK
POPULAR YANG POPULAR YANG POPULAR YANG POPULAR YANG MUDAH MUDAH MUDAH MUDAH
DIJUAL DIJUAL DIJUAL DIJUAL



























22Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
22

Senarai Niche Niche Popular Untuk Hasilkan Ebook
Apakah niche? Niche adalah bidang/tumpuan pasaran bagi produk
ebook yang dihasilkan. Apakah target pembeli anda? Anda ingin
menjual ebook berkenaan apa? Bidang kesihatan, bidang kewangan,
bidang pengajaran atau bermacam macam lagiDi sini saya
senaraikan niche niche yang popular untuk anda hasilkan dan jual
ebook.

1. Niche Buat Duit Ya, niche ini merupakan yang paling disukai
oleh ramai orang, terutamanya rakyat Malaysia. Jika anda dapa
memperkenalkan teknik teknik baru dalam membuat duit,
memang ianya boleh meletop. Anda boleh pecahkan lagi niche
ini dengan memfokuskan kepada niche yang lebih kecil seperti
Buat Duit Di Internet, Buat Duit Dengan Kedai Makan, Buat Duit
Dengan Ikan Keli dan sebagainya.

2. Niche Seksual Ini antara niche yang boleh hasilkan jualan
dengan pantas. Keperluan seksual merupakan satu fitrah semula
jadi manusia di atas muka bumi ini, jadi ianya memang satu
keperluan dalam hidup ini. Ianya boleh dipecahkan lagi kepada
beberapa pengkhsusan seperti ebook untuk orang baru
berkahwin, orang yang bermasalah dalam hubungan seksual,
ataupun ebook untuk pasangan berumur.

3. Niche Kesihatan Badan yang sihat merupakan idaman semua
orang. Anda mungkin boleh hasilkan ebook yang fokus kepada
tips penjagaan kesihatan, tips bersenam, tips pemakanan dan
sebagainya. Ebook bagi niche ini juga mendapat permintaan
yang tinggi juga di pasaran lokal mahupun global.

4. Niche Kewangan Ya! Sudah terbukti bahawa niche ini
mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia. Lebih
lebih lagi jika tajuk ebook itu adalah unik dan lain dari yang lain.
Ebook jenis ini mampu menghasilkan puluhan ribu ringgit
sehingga mencecah ratusan ribuan ringgit dalam masa tak
sampai sebulan. Anda boleh menghasilkan ebook yang
berbentuk perancangan kewangan, pelaburan dan perbelanjaan
atau lain - lain.

5. Niche lain - lain - Ada banyak lagi niche yang boleh anda
ceburi iaitu niche keagamaan, pembelajaran, motivasi, didikan,


23Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
23

falsafah, masakan, seni mempertahankan diri, teknikal dan
sebagainya. Yang penting adalah, ianya boleh dijual.














24Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
24

BAGAIMANA BAGAIMANA BAGAIMANA BAGAIMANA MENGKAJI MENGKAJI MENGKAJI MENGKAJI
PERMINTAAN PERMINTAAN PERMINTAAN PERMINTAAN
TERHADAP EBOOK TERHADAP EBOOK TERHADAP EBOOK TERHADAP EBOOK
ANDA ANDA ANDA ANDA




















25Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
25

Bagaimana ye..
Untuk menjual ebook, anda perlu ketahui samada ebook anda memiliki
permintaan atau tidak. Jadi bagaimana untuk mengetahui ebook anda
akan memiliki permintaan. Tiada permintaan, tiada keuntungan. Anda
perlu INGAT kata kata itu. Jadi, bagaimana untuk mengetahui
permintaan terhadap ebook yang bakal anda terbitkan. Lihat di
bawah:

1. Dengan menggunakan carian keyword
Dengan menggunakan fungsi carian di laman web google mahupun
yahoo, anda boleh mengetahui permintaan terhadap ebook yang
bakal anda hasilkan. Cuba lihat satu case study yang saya lakukan
untuk menerbitkan ebook RLTKK sebelum ini.






























26Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
26


Merujuk paparan di atas, terdapat lebih 4 juta result carian keyword
kerja kerajaan di laman web google. Sememangnya ianya satu
keyword yang amat popular ditaip oleh pengguna internet. Ini
bermakna ada permintaan dengan apa apa berkenaan kerja
kerajaan. Pada fikiran saya, ramai orang taip keyword ini adalah untuk
mencari kerja di sektor awam atau kata mudahnya kerja kerajaan.

Ini adalah peluang baik kepada saya untuk menerbitkan ebook RLTKK
dengan segera berdasarkan kajian keyword ini. Dan pada masa itu,
saya lihat tiada satu pun ebook yang diterbitkan berdasarkan keyword
itu. Jadi, inilah perluang yang terbaik untuk saya menerbitkan ebook
ini dengan segera sebelum orang lain. Dengan serta merta juga saya
beli domain www.kerja-kerajaan.com sepantas kilat.hehehehe


2. Berdasarkan pemerhatian di blog, forum berkenaan isu
temuduga untuk memasuki sektor awam.
Saya layari forum - forum yang ada membincangkan isu temuduga di
sektor awam dan blog blog yang menceritakan tips tips temuduga.
Saya dapati di situ sungguh ramai pengunjung yang mencari cari
tips temuduga kerja kerajaan. Dan sudah pasti bukan semua yang
mereka mahukan ada di forum atau blog itu.

Dari sini, lagi sekali saya terpandang peluang terbaik untuk
menghasilkan ebook ini. Saya tahu orang ramai ramai sangat
memerlukan ebook saya ini sebagai penyelesaian masalah mereka.


3. Berdasarkan pemerhatian konvensional
Ini boleh anda lakukan dengan melakukan bancian atau temuramah
secara rawak pada sekumpulan orang ramai. Anda mungkin boleh
buat borang bancian, temuramah, undian atau lain lain. Dengan cara
ini anda boleh mengetahui mengenai permintaan terhadap ebook anda
kelak.

4. Berdasarkan survey atau poll di internet
Anda boleh membuat survey dengan menggunakan software tertentu
ataupun poll di forum forum. Ini juga dapat membantu anda untuk
mengetahui permintaan terhadap ebook yang akan anda hasilkan.
Mungkin dengan cara ini, anda boleh mengetahui dengan lebih jelas

27Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
27
akan keinginan yang sebenarnya ataupun permasalahan yang dihadapi
oleh prospek anda.

5. Berdasarkan dari paparan di media massa atau isu semasa
Ini juga merupakan salah satu kaedah tradisional paling efektif untuk
mengetahui akan permintaan terhadap ebook anda. Anda boleh lihat
berita mengenai isu semasa, akhbar, kajian oleh mana mana badan,
radio dan satu cara mudah adalah dengan mengetahui statistik
menunjukkan peratusan/angka masalah orang ramai yang berkaitan
ebook anda. Contohnya, jika anda ingin menerbitkan ebook mengenai
masalah batin kaum suami, anda boleh mencari statistik di majalah,
akhbar mahupun mana mana yang mengandungi fakta tersebut.
Contohnya dalam satu majalah wanita (mingguan wanita)
memaparkan : 60% lelaki muda di Malaysia yang berumur bawah 30
tahun lemah tenaga batinnya. Dari situ anda tahu jika anda jual
ebook anda, pasti akan ramai yang akan mendapatkannya kerana
ianya menunjukkan statistik yang memang anda perlukan.







28Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
28

LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH LANGKAH
MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK
































29Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
29

Bagaimana Untuk Start Menulis/Menaip Ebook

Apa yang paling penting anda buat sebelum mula menulis ebook
adalah:

1. Merangka struktur isi kandungan ebook anda dengan
membuat peta minda
Ini adalah teknik efektif untuk menghasilkan ebook anda dengan
cepat, padat dan berkualiti.

Mula - mula, senaraikan bab - bab utama yang akan anda
isikan sebagai kandungan ebook.

Buat peta minda bermula dengan tajuk ebook anda,
kemudian pecahkannya kepada bab bab utama dalam
ebook tersebut (cabang 1)

Bagi setiap bab itu pula, buat beberapa cabang yang
menerangkan perihal bab tersebut. Mungkin perlu 5-10
cabang mengikut kesesuaian. (cabang 2)

Bagi setiap cabang 2 itu pula, anda boleh buat beberapa
cabang lagi dengan menyenaraikan isi isi penting
mengenai cabang 2.

Dah siap 3 cabang kan? Kini anda boleh masukkan contoh
contoh bersesuaian dengan kandungan ebook mengikut
cabang yang 3 tadi.

Adalah dinasihatkan supaya anda guna warna yang
berbeza beza bagi setiap cabang yang anda buat supaya
anda dapat membezakan mana yang utama mana yang
tidak.










30Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
30

2. Mula menulis/menaip isi kandungan ebook anda
Sekarang, mulakan menulis kandungan ebook anda. Tulis
berpandukan peta minda yang anda hasilkan tadi. Tulis ikut idea
dan cara anda. Tulis berdasarkan turutan bab satu persatu.
Habis bab 1 teruskan bab 2, dan sambung seterusnya sehingga
tamat keseluruhan bab.

3. Tulis pelengkap ebook
Apa tu pelengkap ebook? Ini ayat yang saya sendiri berikan.
Sebuah ebook jika hanya ada isi kandungan saja akan kelihatan
tidak menarik. Apa yang perlu anda tambah adalah, muka surat
penghargaan, Disclaimer, table of content, pengenalan, penutup.
Tanpanya, ebook anda kelihatan tidak lengkap dan tidak
menarik

4. Semak/sunting Ebook Anda
Ebook dah siap, semak dulu..Adakah ejaan betul, susunan ayat
tidak tergantung, contoh penerangan ada dan lain lain
perkara. Ulang 1 2 kali proses semakan ini. Jika malas, bagi
saja rakan anda baca atau upah orang lain untuk menyemaknya.
Passtikan ayat dalam ebook anda tidak meleret leret dan
mudah untuk difahami. Seeloknya untuk satu perenggan, hanya
mengandungi 3-5 baris ayat dan jadikan ianya dalam bentuk
point untuk lebih kemas.

5. Mengemas dan Menghias Ebook
Ebook yang telah siap sepenuhnya perlu dikemas dan dihias
dengan sebaiknya.

Gunakan font yang sesuai verdana, calibri, arial, Georgia
atau courier
Pastikan anda justify semua perenggan ayat dalam
ebook.
Selangkan satu baris bagi setiap perenggan
Boldkan tajuk, sub tajuk
Warnakan, bold, atau italic kan ayat ayat penting dalam
ebook
Masukkan imej gambar yang bersesuaian dengan keyword
dalam ebook
Di muka hadapan sekali, iaitu cover ebook letakkan
gambar ecover ebook, dan juga sedikit ayat KILLER
mengenai ebook anda.

31Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
31

5. Memasang sistem keselamatan Ebook
Ebook anda sudah siap mengikut turutan di atas? Dah siap,
bagusla. Kini antara tindakan terpenting dalam penghasilan
ebook adalah, memasang security pada ebook anda dengan:

Meletakkan disclaimer dalam ebook yang memaklumkan
ebook anda tidak boleh ditiru, diubah, dijual dan juga
amaran lain yang bersesuaian kepada pembeli ebook.
Selain itu juga anda perlu memasukkan Hak Cipta
Terperlihara dan juga nama web anda contohnya
domain.anda .com pada setiap muka surat ebook anda
iaitu di bahagian header dan footer.

Menukar ebook anda ke bentuk pdf dengan menggunakan
software percuma primopdf. Biasanya kita akan menaip
ebook dalam format word dan seterusnya kita tukarkannya
kepada bentuk pdf. Di sini anda perlu setting kan supaya
kandungan ebook anda tidak boleh diubah, di copy paste.
Semuanya anda boleh anda lakukan dengan menggunakan
software percuma ini.


Jeng, jeng, jeng..siapla ebook anda.Dah boleh jual ke? Tunggu,, Ada
langkah seterusnya iaitumembina minisite jualan..Baca di muka
surat berikutnya.


















32Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
32


MEMBINA LAMAN WEB MEMBINA LAMAN WEB MEMBINA LAMAN WEB MEMBINA LAMAN WEB
JUALAN EBOOK JUALAN EBOOK JUALAN EBOOK JUALAN EBOOK


































33Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
33

Laman Web Jualan Ebook
Untuk menjual ebook, anda perlu memiliki laman web atau minisite
jualan khas untuk ebook tersebut. Saya tidak akan membincangkan
secara detail mengenai pembinaan laman web jualan ini kerana ianya
adalah lebih kepada hal teknikal. Anda boleh mengetahui lebih lanjut
mengenai pembinaan laman web dengan mendapatkan ebook
panduan berbayar ataupun mencari panduan percuma di internet.

Walaubagaimanaupun, saya memberikan sedikit tips menganai
pembinaan dan pemasangan laman web jualan bagi ebook anda.

1. Pastikan web jualan anda kelihatan professional dan
menarik. Ini adalah perkara penting dalam penjualan ebook
anda kelak. Usah risau jika anda tidak memiliki kemahiran
mereka web jualan kerana anda boleh mengupah mereka yang
pakar dalam mereka minisite jualan ini. Dengan cara ini, ianya
akan menjimatkan masa anda, selain dapat menghasilkan
web/minisite jualan yang menarik dan berkualiti dan yang paling
penting, dapat menarik pelawat web untuk membeli. Anda boleh
dapatkan servis mereka ini di forum wangcyber.com dengan
harga serendah RM60.

2. Pemasangan sistem sistem yang wajib ada pada web
jualan iaitu penggunaan autoresponder pada borang opt in,
pemasangan borang order, sistem affiliate dan lain lain.
Bunyinya macam susah sangat, tetapi mudah saja jika anda ikuti
panduannya. Banyak panduan untuk memasang kesemua sistem
ini di pasaran. Atau mungkin anda boleh mengupah mereka
yang mahir memasangnya.

3. Penulisan ayat jualan yang berkesan dan ampuh amat
diperlukan dalam memastikan kejayaan jualan ebook anda. Anda
boleh melihat contoh contoh ayat menjual di laman laman
web yang menjual ebook seperti di www.kerja-kerajaan.com
ataupun di www.rahsiablog.com. Saya amat mengesyorkan anda
mendapatkan buku Rahsia Membina Senjata Jualan tulisan
Zahrul Azua Kamaluddin yang boleh didapati di kedai kedai
buku utama.

4. Reka ecover (kulit depan/imej ebook) yang menarik dan
bersesuaian dengan tajuk ebook yang anda gunakan. Ecover
yang menarik amat penting untuk membuatkan pembeli tertarik

34Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
34
untuk mendapatkan ebook anda. Anda boleh mencipta sendiri
ecover ini menggunakan Adobe Photoshop ataupun software
tertentu. Nak cepat, anda boleh upah saja mereka yang
berpengalaman. Anda boleh melihat ecover ebook yang menarik
yang terbukti mampu meraih jualan yang lumayan yang pernah
saya gunakan di bawah:











35Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
35


PROMOSI EBOOK PROMOSI EBOOK PROMOSI EBOOK PROMOSI EBOOK
































36Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
36

Bagaimana Membuat Promosi, Susah la
Tanpa promosi, usaha anda menghasilkan ebook adalah sia sia.
Usah berharap yang orang akan membeli ebook anda dengan
sendirinya selepasa anda menyiapkan ebook anda. Tahukah anda
bahawa promosi adalah usaha terpenting yang menentukan kejayaan
jualan ebook anda. Bagaimana membuat promosi ebook?

Anda perlu menggunakan kaedah promosi berbayar dan juga yang
percuma dalam menjual ebook anda. Untuk permulaan, saya amat
syorkan anda menggunakan promosi percuma terlebih dahulu sebelum
mengeluarkan modal untuk membuat promosi berbayar pula.

Promosi Percuma

1. Promosi melalui email
Promosi ebook melalui cara ini adalah cara paling mudah dan
berkesan. Ada beberapa cara membuat promosi melalui email
ini, antaranya adalah:

- Dengan menghantarkan email promosi ebook (jangan
lupa masukkan nama laman web jualan anda) anda kepada
senarai email kenalan atau rakan rakan anda. Anda
dinasihatkan menghantar email ini satu persatu kepada
kenalan anda untuk mengelakkan anda dianggap membuat
SPAM. Anda boleh menggunakan email yahoo, email google
atau lain lain.

- Meletakkan link laman web ebook anda pada signature
email anda. Apabila anda menghantar email kepada rakan
rakan anda, signature ini secara automatik akan
dipaparkan pada email yang diterima oleh rakan anda.











Inilah signature yang
saya setup pada
akaun gmail saya

37Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
37

- Menggunakan aplikasi vacation responder pada email
anda. Ini bermakna, apabila kenalan anda menghantar
email kepada anda, secara automatik email ini akan
diterima oleh si penghantar email. Ianya amat berguna
kerana ianya adalah dihantar secara automatik. Lihat
gambar di bawah yang menunujukkan saya mempromosi
ebook dari www.rahsiaemas.com:













2. Promosi di blog
Ini juga merupakan satu kaedah promosi yang bagus.
Bagaimana melakukannya?

- Jika anda memiliki blog sendiri, inilah yang patut anda
gunakan sebagai medium promosi samada dengan
membuat pengumuman mengenai pelancaran ebook anda
dan juga meletakkan banner jualan produk anda. Lihat
contoh di bawah:

Ayat inilah yang akan
diterima secara
automatik oleh rakan
anda sebaik saja
mereka menghantar
email kepada anda

38Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
38




Sumber gambar: www.blogjamal.com

- Dan anda juga boleh membuat promosi dengan memberi
komen pada blog orang lain yang membincangkan
sesuatu topik artikel. Anda boleh menglink kan nama
anda ke laman web anda ataupun memberikan artikel
yang berkaitan. INGAT! Jangan memporomosi membabi
buta di blog mereka. Berikan komen ikhlas anda dan jika
dapat, boleh letakkan link laman web anda (jika owner
blog mengizinkan).












Contoh banner laman
web ebook saya yang
dipaparkan dalam
blog perniagaan
internet saya

Berita pengumuman
pelancaran ebook
saya


39Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
39












































Contoh komen yang
boleh dibuat
berdasarkan artikel di
sesebuah blog.
Nama ini di link
kan ke laman
web jualan
ebook kita



40Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
40

3. Laman Web Iklan Percuma
Terdapat banyak laman web yang menyediakan ruangan
pengiklanan percuma. Taip saja iklan percuma di search engine
dan anda akan jumpa banyak laman web yang menawarkan
ruangan pengiklanan percuma. Iklankan web jualan ebook anda
di sana ye


























4. Facebook
Facebook merupakan satu medium terpantas dalam membantu
promosi produk ebook anda. Jadi, gunakan kelebihan ini
sebaiknya. Promosikan laman web ebook anda samada dengan
meletakkan link laman web pada profile anda, membuat komen
pada wall rakan rakan, wall pada profile anda, menghantar
messages pada rakan rakan anda, mencipta groups, dan lain
lain cara lagi. Buat apa yang anda rasa mudah terlebih dahulu.



41Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
41
























5. Friendster
Friendster juga merupakan satu laman web social yang popular
seperti facebook juga. Cara promosi di friendster juga tidak jauh
berbeza dengan facebook. Jadi, selamat mencuba ye
















42Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
42

6. Yahoo Messenger
Senang untuk saya katakan promosi cara ini adalah, sambil anda
berchatting dengan rakan rakan, sambil mempromosi ebook
anda. Jadi, gunakannya sebaik mungkin.


7. Search Engine Optimization
Ini merupakan kaedah mengoptimumkan kedudukan laman web
ebook anda di carian google berdasarkan carian keyword oleh
pengguna internet. Dengan penggunaan teknik ini, laman web
anda akan berada di kedudukan teratas atau top 10 di laman
web google.


8. Pengedaran laporan percuma
Pengedaran laporan percuma seperti ebook yang saya berikan
pada anda ini juga membantu dalam promosi ebook. Biasanya
anda boleh mengiklankan laman web anda dalam ebook
percuma ini di muka surat terakhir. Anda boleh lakukannya
seperti yang saya buat di muka surat terakhir dalam laporan
Dengan keyword
kerja kerajaan ditaip
di carian google,
laman web ebook
saya iaitu www.kerja-
kerajaan.com berada
di kedudukan teratas
laman web google.

Tahukah anda bahawa sebanyak
lebih 4 juta results perkataan kerja
kerajaan dilakukan oleh
pengguna internet di serata dunia .
Ini boleh meningkatkan peluang
pembelian ebook saya oleh
mereka.


43Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
43
yang anda baca ini. Orang memanggil ini adalah kuasa viral
marketing.

9. Affiliate
Inilah antara senjata paling utama dalam pemasaran ebook
anda. Anda WAJIB memasang sistem affiliate dalam laman web
jualan ebook anda. Dengan memasang affiliate, anda dengan
mudahnya dapat merekrut jurujual ebook anda (affiliater) yang
mana anda perlu membayar komisyen kepada mereka sekiranya
mereka berjaya membuat jualan. Biasanya komisyen yang
diberikan adalah 50% dari harga ebook.

Dengan pemasangan affiliate ini, affiliater affiliater akan
bekerja untuk anda dalam mempromosikan laman web anda.
Yang penting, anda perlu jaga kebajikan affiliter affiliater ini.
Dengan bantuan affiliater ini, jualan ebook anda mampu naik
mendadak dan sudah pasti keuntungan yang anda perolehi
adalah berganda.

Sekiranya produk anda memang berpotensi tinggi, adakan satu
pertandingan affiliater untuk mereka dengan menawarkan
hadiah hadiah yang lumayan selain komisyen yang bakal
diberikan. Lihat di bawah cabaran atau pertandingan affiliate
yang saya adakan di forum wangcyber.com

Ini link cabaran/pertandingan yang saya telah buat sebelum ini:
http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/19678-cabaran-emas-ke-2-
bermula-jom-dapatkan-duit-raya-anda.html
















44Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
44


10. JV Affiliate
Jv ini adalah bermaksud menjemput mereka mereka yang
memiliki senarai email yang besar atau memiliki laman web
bertrafik tinggi untuk mempromosikan ebook kita.

Teknik ini adalah paling berkesan untuk melengkapkan kejayaan
jualan ebook kita. Akan tetapi sebelum kita menjemput mereka,
pastikan kita sudah menjalinkan hubungan yang baik dengan
mereka samada melalui forum, blog, berjumpa terus atau berYM
dengan mereka. Dengan cara ini, lebih mudah kita menjemput
mereka menyertai affiliate ebook kita.

Dan berikan rakan JV kita ni lebih kelebihan berbanding rakan
affiliate biasa. Ini adalah kerana mereka amat berpengaruh
dalam membantu kejayaan produk kita kelak. Cuba lihat email
jemputan di bawah yang pernah saya hantarkan kepada seorang
rakan JV.

























45Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
45


11. Forum
YA! Forum dapat membantu anda membuat promosi dengan
berkesan. Akan tetapi pastikan anda mematuhi etika berforum
dan tidak membuat SPAM. Di forum, anda boleh menggunakan
beberapa cara untuk membuat promosi ebook anda.
Antaranya:

- Membuka thread pengiklanan di ruangan pengiklanan
seperti contoh di bawah di wangcyber.com


















- Meletakkan ayat promosi di signature post seperti saya
lakukan di bawah ini. Penggunaan link ke web jualan anda
boleh disetting kan secara automatik pada profil anda.
Jadi, ianya memang memudahkan.



46Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
46




- Meletakkan banner promosi di signature juga
membantu orang klik pada banner tersebut. Pilih banner
yang bersesuaian yang melintang seperti di bawah ini.



















Ayat ini saya link kan ke
laman web jualan ebook
saya iaitu www.kerja-
kerajaan.com

Banner ini saya link kan ke
laman web jualan ebook
saya iaitu www.kerja-
kerajaan.com


47Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
47


12. Yahoo & google groups
Anda juga boleh membuat promosi di yahoo atau google
groups ini. Cari groups yang ramai ahlinya dan sertainya.
Apapun sila membuat promosi yang beretika dan tidak
melanggar syarat oleh owner group tersebut. Contoh groups
yang boleh anda sertai untuk membuat promosi terlalu banyak.
Taip je apa jenis/topik groups yang sesuai dengan ebook anda
di ruangan search. Jika anda menjual ebook berkenaan
memancing, taip je memancing.




13. Promosi di YouTube
Anda juga boleh membuat promosi laman web anda di laman web
Youtube. Dengan mencipta video klip screen shot produk anda dan
masukkannya ke youtube.







48Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
48














































49Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
49


Promosi Berbayar
Promosi berbayar merupakan kaedah antara paling berkesan tapi ada
yang berisiko untuk mendapatkan jualan bagi ebook anda.

1. Email Autoresponder
Inilah kuasa promosi yang paling hebat dalam mendapatkan
jualan ebook. Ini adalah kunci kejayaan seseorang internet
marketer dalam penjualan ebook. Oleh itu, jika anda mahu maju
dan berjaya dengan pantas, inilah yang patut anda buat dahulu.

Dengan penggunaan sistem email berbayar seperti norobot,
getresponse ataupun aweber ianya mampu memberi pulangan
yang sangat sangat lumayan kepada anda. Apa yang anda
perlu tahu mengenai promosi menggunakan sistem email ini:

- Anda boleh mengumpul senarai email yang ramai dalam
masa yang singkat.
- Dengan hanya satu klik button send, kita boleh
menghantarkan email yang sama kepada beribu ribu
orang dalam masa beberapa saat saja.
- Kita boleh membuat promosi berterusan dengan
menyediakan follow up email selepas pembaca subscribe
atau mendapatkan ebook percuma dari kita.
- Penggunaan system email ini amat berbaloi untuk
penjualan berulang kepada pembeli sebelumnya ataupun
membuat promosi produk affiliate
- Harga langganan bagi sistem email autoresponder ini
tidaklah mahal mana. Saya syorkan norobot untuk
mendapatkan kos yang terendah berbanding aweber dan
getresponse.










www.aweber.com www.getresponse.com

50Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
50













www.norabots.com


2. Banner di blog trafik tinggi
Dapatkan blog blog yang memiliki pengunjung yang ramai dan
konsisten. Anda boleh membayar kos pengiklanan kepada
pemilik blog untuk meletakkan iklan di ruangan banner ataupun
meminta pemilik blog membuat review di blog mereka. Pastikan
blog tersebut mempunyai kaitan dengan niche ebook anda bagi
mendapatkan jualan yang lebih baik.

3. Berita harian Online, Harakah Online, Metro Online
Pengiklanan di berita harian antara yang paling berkesan di
antara akhbar online yang lain. Anda boleh mengiklan ebook
anda di ruangan iklan teks dengan kadar RM150 seminggu
ataupun iklan banner yang lebih mahal.














Iklan teks di berita harian
online


Iklan banner di berita
harian online



51Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
51

4. Promosi dengan Google AdWords
Anda boleh menggunakan google adwords untuk membuat
targetted marketing iaitu berdasarkan keyword ebook anda.
Pergi ke https://adwords.google.com/select/Login dan ikut
arahan langkah demi langkah yang tertera di screen komputer
anda.

















5. Promosi dengan pelbagai cara lagi
Sebenarnya, terdapat bermacam macam cara lagi untuk anda
mempromosikan web jualan ebook anda. Saya tidak dapat
dedahkan kesemuanya kerana tidak akan habis kesemuanya jika
dibincangkan. Lebih baik anda mencuba teknik promosi yang
sedikit daripada mencuba semuanya. Cuba dan fokus kepada 2
3 teknik sebelum anda mencuba teknik yang lain. Itu adalah
kunci kejayaan saya dalam pemasaran ebook. Untuk promosi
berbayar ini, saya amat syorkan anda supaya memfokuskan
kepada penggunaan autoresponder untuk membuat promosi.




Iklan menggunakan
google adwords dengan
keyword emas

52Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
52

PENUTUP PENUTUP PENUTUP PENUTUP KATA KATA KATA KATA










53Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
53

Kata kata dari hati ke hati..

Semua orang boleh membuat duit di internet terutamanya dalam
pemasaran ebook. Pengalaman dan kejayaan ramai usahawan ebook
telah membuktikan tiada yang mustahil dengan internet ini. Malah
ramai juga usahawan internet di Malaysia ini yang mendapat income 6
angka dengan menjual ebook.

Mereka boleh lakukan, anda juga boleh! Untuk berjaya dalam
pemasaran ebook, anda perlu bekerja keras dan memiliki ilmu
pengetahuan mengenai perniagaan ebook dengan secukupnya. Bukan
bermakna anda perlu belajar ilmu tersebut dengan sebanyak
banyaknya, tetapi yang paling penting, apa yang anda pelajari, terus
saja anda praktikkan. Ini adalah mengelakkan anda overload info
sehingga tidak tahu bagaimana untuk bermula.

Apa yang anda tahu, terus saja anda mulakan. Jangan bertangguh!
Bertindak memulakan sesuatu dengan ilmu yang sedikit adalah
lebih baik dari memiliki ilmu yang banyak tapi tidak bertindak.
Terutamanya sekiranya anda memiliki idea yang hebat, jika anda
lambat bertindak, mungkin ada orang akan mendahului anda. Hanya
mereka yang bijak mengambil peluang saja mampu mencipta
kejayaan dengan cepat.

Akan tetapi, jangan lupa untuk sentiasa memburu apa apa ilmu
untuk memajukan pengetahuan anda berkenaan ilmu pemasaran
ebook ini. Anda bukan saja perlu tahu menulis ebook, anda perlu tahu
asas membina laman web, menulis ayat jualan, membuat promosi dan
lain lain. Kelihatan amat susah bukan? Tidak susah sebenarnya
kerana terdapat banyak panduan lengkap yang dijual oleh usahawan
usahawan internet Malaysia yang lain. Anda boleh membelinya dengan
harga yang rendah sahaja.

Apa yang penting sekarang, selepas membaca ebook ini, apakah anda
sudah terfikir idea untuk menulis ebook? Jika belum ada, cuba cari
tajuk ebook anda dahulu. Lupakan terlebih dahulu bagaimana untuk
buat laman web, memasang affiliate, opt in dan sebagainya. Itu boleh
dilakukan kemudian dengan beberapa cara yang mudah. Yang penting
adalah tindakan pertama anda, iaitu mendapatkan idea untuk menulis
ebook. Jika anda kejar semuanya dalam satu satu masa, saya risau
anda akan menjadi blur dan akhirnya hilang semangat apabila pening
melihat hal hal teknikal ini nanti.

54Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
54

Jadi tindakan penting anda sekarang adalah, hasilkan ebook anda
yang pertama sekarang. Pastikan terdapat permintaan terhadap ebook
anda. Menulis ebook yang tiada permintaan adalah satu usaha yang
merugikan. Dan satu lagi saya nasihatkan, tulis ebook yang anda
memang minat topiknya. Usah lakukan perkara yang anda memang
tidak sukai. Kelak anda juga yang rugi.

Dengan minat yang mendalam, ebook yang akan dihasilkan oleh anda
dapat memberi kepuasan yang sebenarnya dalam diri anda. Dan
sudah tentu juga hasil ebook anda menjadi menarik dan kualiti yang
dihasilkan amat membanggakan.

Cuba jadikan kisah kejayaan usahawan usahawan ebook sebagai
pemangkin semangat anda untuk berjaya. Cuba pelajari apa yang
mereka telah buat untuk berjaya dan usah lakukan kesilapan yang
mereka lakukan dahulu.

Anda juga perlu sabar, rajin, sentiasa dahagakan ilmu dalam
perniagaan ebook ini. Sekali anda gagal, jangan terus berputus asa.
Usah ulangi perkara atau sebab yang menyebabkan kegagalan anda.
Bukan semua perniagaan ebook berjaya, ianya bergantung kepada
kekuatan dalaman kita sendiri, keadaan semasa dan juga permintaan
di pasaran.

Dan antara paling penting dalam perjalanan mencipta kejayaan dalam
pemasaran ebook ini adalah JANGAN KEDEKUT UNTUK MELABUR
UNTUK ILMU. Ramai orang ingin menjadi kaya, tetapi kedekut
untuk menjadi kaya. Hanya dengan ilmu sahaja anda boleh berjaya.
Akan tetapi terdapat ramai juga rakyat Malaysia ini kedekut untuk
melabur demi ilmu. Akan tetapi bila melabur dalam skim cepat kaya,
ribuan ringgit sanggup dilaburkan. Kesudahannya, wang yang dilabur
ribuan ringgit tersebut hilang begitu saja disebabkan ketamakan
mereka.

Jadi, tidak rugi anda melabur untuk mendapatkan ilmu. Saya sendiri
sentiasa mendapatkan ilmu dengan membeli ebook, video, buku atau
menyertai seminar untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan saya.
Bukan saya bermaksud anda perlu melabur serta merta untuk
mendapatkan semua ilmu itu sekaligus. Dapatkan satu persatu dan
terus amalkan. Setelah dipraktikkan, barulah anda mendapatkan ilmu
yang lain pula. Itulah yang saya lakukan dari mula bergiat dalam
pemasaran ebook hinggalah sekarang.

55Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
55

Rajin membaca adalah usaha kejayaan. Anda perlu pegang kata-
kata itu. Semua orang yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang
rajin membaca. Oleh itu, saya sendiri membaca pada setiap hari.
Biasanya saya membaca dalam LRT saja dalam perjalanan pulang ke
rumah. Saya dahulu yang jenis malas membaca, kini amat rajin
membaca. Membaca apa yang amat diminati oleh saya, iaitu
perniagaan dan pemasaran internet.

Jadi, ambil peluang ini untuk merubah kehidupan anda dalam
mendapat wang sampingan dengan menerbitkan dan menjual ebook.
Jika anda seorang yang bertuah, mungkin anda mampu menjana
ribuan ringgit sebulan dengan hanya menjual satu ebook. Dengan ilmu
yang secukupnya dan mentaliti yang kuat untuk mencapai kejayaan,
tiada yang musatahil buat anda.

Manatahu suatu hari nanti anda akan bergelar
JUTAWAN EBOOK JUTAWAN EBOOK JUTAWAN EBOOK JUTAWAN EBOOK
Setiap kejayaan bermula dengan impian dan Setiap kejayaan bermula dengan impian dan Setiap kejayaan bermula dengan impian dan Setiap kejayaan bermula dengan impian dan
angan angan angan angan angan.. angan.. angan.. angan..





Jadi, tanamkan impian anda mulai sekarang. Apakah yang anda mahu
dengan perniagaan ebook ini? Adakah anda mahu berkongsi
pengalaman, minat, kepakaran anda? Sudah pasti anda mahu
merubah situasi kewangan anda bukan?

Ya, lakukannya sekarang..Usah biarkan angan angan menguasai
fikiran anda. Hanya angan angan yang disertakan dengan matlamat
dan usaha yang berterusan mampu membantu anda mencapainya.
Pedulikan apa yang dikatakan oleh mereka yang di luar sana yang
mungkin menyindir nyindir akan usaha anda. Jadikan sindiran
mereka sebagai pencetus semangat yang kuat dalam diri anda iaitu
Aku Pasti Akan Berjaya Dengan Apa Yang Aku Usahakan


56Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
56

Sekian saja kata kata motivasi dari saya..




Ikhlas,


Jamaluddin Bahari a.k.a JaMaL
Usahawan Internet Malaysia
Pemilik www.blogjamal.com
www.rahsiaemas.com
www.rahsiablog.com
www.kerja-kerajaan.com
www.buatebook.com

Selamat mencuba dan mempraktikkan ilmu yang
anda pelajari dari perkongsian iniJika anda ada apa
apa pertanyaan mengenai perniagaan ebook atau
affiliate, anda boleh emailkan pada
jamal230381@gmail.com. Dan anda juga boleh layari
blog saya di www.blogjamal.com untuk membaca
artikel artikel mengenai perniagaan internet.


57Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
57
KRONOLOGI J KRONOLOGI J KRONOLOGI J KRONOLOGI JUALAN UALAN UALAN UALAN
EBOOK EMAS EBOOK EMAS EBOOK EMAS EBOOK EMAS EMAS EMAS EMAS EMAS
YANG HILANG YANG HILANG YANG HILANG YANG HILANG
































58Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
58

Idea datang ketika bersembang dengan seorang rakan di forum (Abd
Hafiz Wasa). Beliau memberitahu yang beliau sedang membuat
pelaburan emas di bawah tunjuk ajar pakar emas. Terus saja dapat
idea dan jemput Hafiz tulis ebook.




Memikirkan nama domain, nama tajuk ebook, harga ebook dan
juga perancangan penjualan ebook. Setelah mengambil masa
beberapa hari, tajuk ebook dipilih sebagai ebook Emas Emas
Yang Hilang dan nama domain/laman web www.rahsiaemas.com.




Menghubungi pereka laman web kegemaran saya, Bearnerd Bondly
(www.webjualanexpress.com) untuk menempah minisite dan juga
system affiliate, opt in, borang order dan lain lain dengan
kadar yang segera. Biasala saya, bayar lebih kepada Bearnerd supaya
laman web/minisite dapat disiapkan dengan segera.




Saya mula menulis rangka ayat jualan untuk web (sales letter)
berdasarkan pengalaman dan juga panduan dari buku Rahsia
Menjana Senjata Jualan karya Zahrul Azua Kamaluddin dan juga
Syed Akil. Buku ini memang menjadi rujukan utama saya ketika
menulis sales letter untuk jualan ebook sejak mula saya berkecimpung
dengan perniagaan internet ini lagi.



Saya meminta Hafiz untuk menjemput sifunya En Syukor
jutawanemas.com untuk menjadi penasihat dalam penerbitan
ebook Emas Emas Yang Hilang ini. Saya juga meminta Hafiz
menulis satu laporan percuma iaitu Emas Sebagai Senjata Kekayaan
untuk dijadikan sumber utama untuk capture email.



59Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
59
Hafiz Wasa memberikan ebook yang sudah siap ditulisnya. Setelah
membaca beberapa kali ebook yang ditulis beliau, saya mula menulis
sales letter dengan lengkap dalam format Microsoft word.




Setelah siap, saya berikan sales letter tersebut kepada Hafiz untuk
membaca dan melihat responnya. Dia mengatakan sales letter yang
saya karang sangat ampuh. Tak tahu la kan..Hehehehe..Kemudian
sales letter itu saya emailkan kepada Zahrul Azua Kamaluddin penulis
buku Rahsia Menjana Senjata Jualan yang juga guru saya dalam
copywriting ini. Ternyata beliau berpuas hati dengan sales letter yang
ditulis saya dan mentouch-up sedikit untuk memberi lebih
power pada sales letter tersebut.




Pra pelancaran ebook Emas Emas Yang Hilang di forum
wangcyber.com bermula jam 9 pagi sehingga jam 7 malam. Harga
yang ditawarkan adalah RM40. Hampir 20 unit terjual dalam masa
tersebut. Tepat jam 7 malam, jualan ditutup. Tujuan pra pelancaran
adalah untuk test market di forum.




Seorang dua pembeli ebook memberi komen membina untuk
menambah baik ebook tersebut. Jadi, dengan komen tersebut, isi
kandungan ebook dikemaskini dengan lebih baik lagi.


Bearnerd telah menyiapkan laman web lengkap beserta banner
banner pengiklanan. Saya mula memindahkan semua fail ke hosting.
Beberapa kali testing dijalankan pada laman web seperti borang
belian, sistem affiliate, link dan system email supaya berada dalam
keadaan berfungsi dengan baik.



Ebook sudah ready untuk dijual dengan rasminya. Sebelum itu, saya
telah menjemput ramai IM yang memiliki senarai email yang

60Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
60
besar sebagai rakan JV affiliate. Tidak juga saya jemput affiliater
affiliater bagi web kerja-kerajaan.com untuk turut sama menjayakan
pelancaran rahsiaemas.com ini. Lebih 40 IM utama bersetuju untuk
turut serta dalam pelancaran ebook ini.




Penjualan ebook Emas Emas Yang Hilang dilancarkan 14 Julai
09 dengan harga RM70 di forum wangcyber.com. Selain komisyen
RM35 diberikan bagi setiap jualan, cabaran affiliater yang dinamakan
Cabaran Emas juga diadakan dengan menawarkan hadiah wang tunai
ribuan ringgit kepada affiliater yang berjaya membuat sasaran jaulan
tertentu.




Sebanyak 6 ayat promosi KILLER disediakan untuk affiliater di
ruangan bahan promosi di ruangan affiliate. Ini memudahkan affiliater
dalam kerja kerja promosi. Dan ada ayat promosi yang disediakan
khas buat bagi tarikh - tarikh khas iaitu semasa orang dapat gaji.




Beberapa teknik pemasaran dilakukan selain dari bantuan rakan
rakan affiliate demi menjayakan misi 500 sales dalam masa 17
hari. Teknik pemberitahuan di email, email follow up, di facebook,
friendster, pengiklanan berbayar sebanyak RM80, forum dilakukan
sendiri oleh saya. Cara promosi percuma banyak digunakan bagi
memasarkan ebook ini. Pada masa yang sama juga saya sibuk
mempromosikan produk affiliate T4WTF oleh Zamri Nanyan.




Kepada senarai email yang merupakan subscriber di rahsiaemas.com,
setiap 3-4 hari tips tips/info percuma mengenai ilmu
pelaburan emas diemailkan bagi tujuan pemahaman oleh
subscriber. Tidak lupa, di samping memberikan tips/info, promosi
tetap dijalankan dengan bersungguh - sungguh.


61Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
61



Sasaran 500 sales berjaya dicapai awal sehari dari masa yang
dijangkakan. Nampaknya orang ramai berebut - rebut mendapatkan
ebook ini di hari hari terakhir promosinya.




Tepat jam 12 pagi 2 Ogos 2009, jualan ditutup serta - merta.
Apabila jualan dikira kembali, sebanyak 554 jualan berjaya
dihasilkan dalam masa 17 hari pelancarannya. Amat
membanggakan.




Jualan ebook sudah ditutup. Bayaran komisyen dan bonus
affiliater dibayar dalam masa seminggu. Hampir RM 15 Ribu
dibayar kepada agen agen affiliate yang membuat jualan. Tahniah
kepada saudara Razif Yusof kerana menjadi top affiliate dalam cabaran
emas. Tidak lupa juga buat naib johan Yoji dan juga tempat ke-3
greatoffer.




Rehat panjang..Rehat rehat juga, tapi subscriber
rahsiaemas.com tetap diberi info atau tips berkenaan pelaburan
emas setiap 3-4 hari. Ini menambahkan kefahaman mereka dalam
pelaburan emas ini dan juga bertujuan meningkatkan kesedaran
tentang pentingnya pengetahuan ini.





Mula merancang strategi untuk penjualan semula Emas Emas
Yang Hilang. Ianya dinamakan Emas Emas Yang Hilang versi
Terbaru. Perancangan rapi dibuat bagi menyebarkan ilmu pelaburan
emas ini dengan lebih cepat dan meluas di kalangan rakyat Malaysia.


62Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
62


Bertemu seorang web designer bertaraf International semasa
hadiri seminar T4WTF Zamri Nanyan di Penang. Zaizen Goro nama
glamernya, diperkenalkan oleh raja affiliate, Ammar Zahar kepada
saya. Webnya http://www.graphicsalien.com. Satu hari tu saya
melepak dengan dia, Ammar Zahar. Dari kisahnya, saya dapat tahu
dia ni banyak merekabentuk website jutawan jutawan internet
antarabangsa seperti John Delavera, Adeel Chowdhry, Edmund Loh
dan ramai lagi. Terus saja saya menjemput beliau untuk
merekabentuk laman web rahsiaemas.com kepada design yang
baru. Walaupun upahnya tinggi, tapi hasil kerjanya sangat berkualiti
dan ada umphhhh





Saya berjumpa dengan En Syukor, Hafiz di Melaka selepas balik dari
Penang untuk membincangkan mengenai pelancaran Emas
Emas Yang Hilang versi Terbaru. Hasil perbincangan, team Rahsia
Emas dikuatkan dengan kemasukan En Syukor 100% demi pelancaran
ebook ini. Untuk pembeli tawaran istimewa diberikan iaitu keahlian
gold membership di ruangan blog jutawanemas.com, ebook
versi terbaru, ebook tambahan baru yang lebih praktikal, dan
ruangan forum khas untuk pembeli.




Saya mula menjemput rakan rakan IM lebih 50 orang untuk
menyertai promosi pelancaran semula ebook ini. Ramai juga
nama besar yang menyertai promosi kedua ini seperti Shuth, Razif,
Zamri, Syam, dan ramai lagi. Mereka semua ni memang terkenal
dengan pemasaran internet. Ayat ayat promosi baru juga
disediakan untuk para affiliater semua.







63Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
63
Kepada rakan rakan JV terpilih, mereka diberikan ebook secara
percuma bagi tujuan review oleh mereka bagi memudahkan lagi
mereka untuk membuat promosi affiliate. Ruangan pendaftaran
affiliate biasa juga dimaklumkan lebih awal di forum
wangcyber.com. Pengumuman tarikh pelancaran semula ebook
dimaklumkan kepada semua iaitu pada 24 ogos 2009 di forum, blog
dan senarai email. Jadi, memang ramai tak sabar nak promot semula
ebook ini.



Sebelum dilancarkan semula, laman web yang berwajah baru hasil
tangan Zaizen Goro, disediakan penambahbaikan pada sales
letter. Ianya adalah untuk memberi impak yang lebih kuat kepada
pembaca. Antara penekanan yang diberikan adalah pada testimonial,
jaminan, dan kredibiliti Team Rahsia Emas iaitu dengan meletakkan
gambar ahli kumpulan dan juga meletakkan no telefon setiap ahli
dalam laman web.




Pada 24 0gos 09 Isnin, 3 Ramadhan Emas Emas Yang Hilang
Versi Terbaru dilancarkan besar besaran dengan memaklumkan
pada senarai email, rakan JV affiliate, affiliate biasa, facebook dan
juga di forum. Semua rakan JV affiliate terpilih juga kebanyakannya
memaklumkan pelancaran ebook ini kepada subscriber mereka. Harga
ebook kali ini dinaikkan kepada RM80 dan komisyen affiliate adalah
RM40. Sasaran jualan pada kali ini adalah 1000 sales dalam masa
22 hari.



Cabaran Emas ke - 2 dilancarkan untuk affiliater semua dengan
menawarkan hadiah wang tunai lumayan iaitu dari top 10 affiliate
yang bernilai hampir RM5000. Nampaknya, pelancaran ke 2 ini
mendapat perhatian lebih ramai orang sehinggakan ahli affiliate
berjumlah sehingga 1500 orang.






64Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
64

Setiap ahli Team Rahsia Emas memainkan peranan masing
masing dalam pelancaran projek ini. Untuk makluman, dalam
team ini, saya bertindak sebagai agen pemasaran dan juga manager
projek, Hafiz sebagai pengurus penerimaan dan penghantaran email
dan En Syukor sebagai pengurus teknikal di ruangan gold
membership. Kerja saya adalah menguruskan dan merancang segala
strategi pemasaran, termasuk kerja promosi, pengrekrutan affiliate,
jemputan rakan jv, editor, surat jualan, ayat promosi, pengurus
cabaran affiliate, dan juga kaunter pertanyaan..hehehehe.




Dalam tempoh jualan yang bermula 24 Ogos 09 15 Sept 09 (22
hari), setiap 3 4 hari, email promosi saya hantarkan secara
berkala kepada subscriber rahsiaemas.com. Tidak lupa juga
beberapa strategi digunakan di mana 2 review (sample) ebook dan
juga satu kertas kerja pembentangan seminar En Syukor saya berikan
kepada subscriber. Ini menambahkan lagi pemahaman mereka
mengenai pelaburan emas sebelum mendapatkan ebook versi lengkap
dari rahsiaemas.com.




Jualan semakin mencapai sasarannya sehari sebelum tarikh akhir.
Saya minta semua rakan jv affiliate membuat promosi terakhir
sebelum jualan ditutup. Usaha dari saya sendiri juga dibuat pada
sehari sebelum penutupan dengan menghantar email kepada senarai
email saya yang berjumlah lebih 20 ribu orang. Dan hasilnya, awal
pagi di hari terakhir iaitu pada 15 Sept 09, jualan mencecah angka
1000. Menjelang tengah malam jualan semakin meningkat sehingga
1080 jualan.




Jualan ditutup tepat jam 12 pagi 16 Sept 09. Ye la kan, nak cuti
raya, mesti la perlu tutup jualannya. Saya pun nak shopping raya
juga.:) Setelah semakan dibuat, hasil kiraan bersih jualan ebook Emas
Emas yang Hilang versi Terbaru, 1085 unit ebook berjaya dijual

65Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
65
dalam masa 22 hari dan lebih RM 85k berjaya dikumpul. Wow!
Lumayan




Komisyen dibayar kepada semua affiliater termasuk rakan JV
termasuk hadiah wang tunai. Semuanya lebih RM 30k dibayar kepada
mereka. 99% komisyen dibayar sebelum raya, duit raya untuk diorang
la kan..Komsiyen dibayar dengan cara online banking, CDM machine,
ATM Transfer,..Yang penting, sebelum saya bercuti raya, komisyen
perlu habis dibayarAlhamdulillah setel semuanya termasuk
pembahagian keuntungan untuk setiap ahli Team Rahsia Emas.
Memang lumayan hasilnya..Beraya sakan la saya





TAMAT



Sekian saja sedikit perkongsian dari saya. Walaupun kronologi ini
terlalu umum, saya harap ianya bermanfaat untuk anda. Jika saya
tulis secara lengkap kronologi dan teknik penjualan ebook saya ini,
100 muka surat pun tak kan habis habis lagi. Kebanyakannya adalah
perkara perkara teknikal dan strategi strategi pemasaran yang
istimewa yang akan saya kongsikan di lain masa. Sila gunakan info
info dari kronologi ini jika ianya dapat membantu jualan ebook anda
kelak.













66Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
66



PENDEDAHAN PENDEDAHAN PENDEDAHAN PENDEDAHAN TIPS TIPS TIPS TIPS
MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK MENULIS EBOOK
E EE ESK SK SK SKLUSIF DARI SIFU LUSIF DARI SIFU LUSIF DARI SIFU LUSIF DARI SIFU
EBOOK SAYA EBOOK SAYA EBOOK SAYA EBOOK SAYA












67Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
67

Siapakah Shuth?











Dalam ebook percuma ini juga, saya tidak lepaskan peluang untuk
memperkenalkan seorang sifu saya dalam pemasaran ebook. Beliau
tidak lain tidak bukan adalah saudara Suhaimy a.k.a Shuth yang
juga pengasas forum komuniti usahawan internet Malaysia,
wangcyber.com.


Saya mula mengenali beliau secara kebetulan semasa terlihat laman
web maskahwin.com yang menjual ebook MasKahwin Yang Hilang
pada tahun 2006 yang lalu. Semasa itu saya langsung tidak
mengetahui apa itu perniagaan internet. Semasa itu, saya langsung
tidak memperdulikan siapakah beliau.


Akan tetapi, setelah saya mula menceburi perniagaan ebook pada
akhir 2008 yang lalu, saya baru tahu bahawa beliau adalah pengasas
forum wangcyber.com. Masa itulah saya mendaftarkan diri sebagai ahli
WC Premium di wangcyber iaitu sebagai ahli esklusif di forum
tersebut.


Tidak dapat saya nafikan bahawa kejayaan saya banyak dibantu
dengan keaktifan saya di forum tersebut di mana saya banyak
mempelajari ilmu perniagaan internet dari mereka mereka yang
berjaya di serata Malaysia. Jadi saya juga mengesyorkan anda
melawar dan menyertai komuniti di forum tersebut.


Shuth juga sering dijemput oleh pihak media massa seperti pihak TV
untuk diwawancara berkenaan perniagaan di internet. Beliau boleh

68Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
68
juga dianggap tokoh usahawan internet selain dari Dr Irfan Khairi
kerana usahanya menyebarkan kempen celik buat duit di
internet di kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2005.


Saya menjadi lebih akrab dengan beliau selepas menyertai seminar
pertamanya, iaitu Seminar Perniagaan Ebook yang dianjurkannya pada
April 2009 di KL. Dari seminar tersebut saya banyak belajar mengenai
perniagaan ebook darinya. Walaupun sebelum itu saya telah
menghasilkan 2 ebook, akan tetapi saya tetap menghadiri seminar
tersebut demi menambahkan ilmu perniagaan ebook saya.


























Gambar saya bersama Shuth sewaktu menghadiri seminarnya tidak lama dahulu

Bagi anda yang berminat untuk menghadiri seminar Perniagaan Ebook
oleh Shuth ini, saya amat menggalakkan anda untuk menghadirinya.
Banyak ilmu dan pengalaman yang akan disampaikannya. Bukan
setakat pada hari seminar saja, tetapi selepas seminar pun anda akan

69Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
69
dibantu oleh Shuth dalam perniagaan ebook ini. Hanya mereka yang
pernah menghadiri seminar ebook ini saja yang mengetahui betapa
beruntungnya mereka.

Jika anda ingin menyertai Seminar Perniagaan Ebook oleh Shuth, anda
boleh sertainya dengan klik link di bawah. Anda akan dibawa ke laman
web pendaftaran seminarnya.

www.buatebook.com/seminarebook








Satu Tips Dari Shuth

Layakkah Anda Menulis eBook?
Saya sering mendengar orang berkata
Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?

Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layak
dari saya untuk menulisnya

Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..
saya tahu dengan mendalam mengenainya

Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri pun
belum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!

Baiklah.mari saya beritahu anda satu perkara.
Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikan
ilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula

70Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
70
mempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunya
boleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Sama ada ilmu di dalam bidang
perniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu jahit-menjahit, ilmu sains, ilmu
fizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu sukan dan apa-apa
sahajalah lagi bidang ilmu.
Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum ianya boleh dibahagikan kepada
4 peringkat.

Peringkat Pertama : Zero Knowledge
Ini adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini,
seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya,
seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaan
internet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidang
jahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).
Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang
bodoh.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah
(mendengar/ membaca / bercerita) terhadap perkara tersebut.
Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. Hah?
Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?.. ataupun.. Hah? Ye ke? apabila
anda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.

Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanik
kereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.

Peringkat Kedua : Newbie
Ini pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuan
tentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar dan
pernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernah
melakukannya.

71Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
71
Contoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet, dan selalu membaca
blog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , dan
beliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya. Blog tu.. beliau dah berjaya
hasilkan, tetapi, bila tiba part buat duit dengan blog.. masih belum begitu
berhasil. Ada lah dapat sikit-sikit tgh berusaha lagi lah skang nie.. ujar
beliau sambil tersengih-sengih.

Peringkat Ketiga : Intermediate
Pada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatu
bidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya. Mereka juga kerap
melakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.
Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memang
telah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.

Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2
tahun.

Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancing
di waktu lapang.

Peringkat Keempat: Expert / Advanced
Ok! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itu
memang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidang
mereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalam
tentang selok-belok bidang yang beliau ceburi. Selalunya, banyak kisah-kisah
kejayaan yang telah mereka tempuhi.
Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribu
dari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.

Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta sendiri dan
beberapa buah cawangan seluruh malaysia.

72Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
72

Contoh : Seorang kaki pancing yang telah memenangi pelbagai pertandingan
memancing di seluruh daerah dan negeri.

Menjawab Persoalan..
Berbalik kepada persoalan asal kita tentang ramai orang yang merungut dan
memberikan alasan Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang, macam mana
saya nak menulis ebook?

Hakikatnya, adalah begini untuk menulis ebook, anda tidak perlu
tunggu diri anda sehingga mencapai Tahap Expert/Advanced. Apa
yang anda perlukan ialah ilmu asas mengenai bidang tersebut, dimana ia
bermaksud, ilmu di peringkat Newbie atau pun Intermediate.
Sudah tentunya.. kalau anda mempnuyai Ilmu di peringkat Expert , itu adalah
lebih baik.. tetapi.. jangan sesekali jadikan alasan, anda belum sampai
tahap expert, maka anda tidak boleh menulis. Ianya hanya akan merugikan diri
anda sendiri. Dunia sekarang bergerak pantas, siapa cepat dia dapat.
Dan Ya!, Anda juga tidak boleh menulis tentang sesuatu jika anda
berada pada peringkar Zero Knowledge di dalam bidang tersebut.
Jadi.. apabila anda hendak menulis ebook, kenalah juga melihat dan mengukur
baju dibadan sendiri. Kenalah agak-agak juga, janganlah menulis ebook
mengenai Panduan Memasak hanya semata-mata disebabkan anda tahu
bahawa ebook mengenai panduan memasak sangat laris dipasaran. Sedangkan,
periuk dan kuali pun ada tidak dapat bezakan.
Sama juga kesnya, anda menulis ebook tentang Rahsia Menjana Wang Berjuta-
juta dengan Google Adsense sedangkan anda baru je 3 hari mendaftar akaun
adsense.
Nilai Diri Terlebih Dahulu..

73Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
73
Anda perlulah bijak menilai dan melihat ilmu yang anda miiliki itu berada di
peringkat mana? Zero ke? Newbie ke? Intermediate ke atau Advance?
Jika ilmu anda terhadap sesuatu bidang itu berada pada peringkat
Zero.. sudah tentulah, anda tidak boleh menulis mengenainya.. sebab anda
tidak tahu apa-apa pun mengenainya.. jadi.. carilah bidang yang lain.

Jika ilmu anda berada di peringkat Newbie.. yer.. anda sudah boleh
menghasilkan ebook pada peringkat ini . Tetapi, pastikan, ebook anda itu adalah
ditujukan kepada golongan Zero (golongan bawah dari anda). Contohnya..
Panduan ASAS Google Adsense.. ianya adalah ebook panduan asas tentang
google adsense, menceritakan tentang apa itu adsense? bagaimana nak
mendaftar? dan sebagainya..

Jika ilmu anda pada tahap Intermediate maka ebook anda lebih besar
pasarannya.. dimana, anda boleh menghasilkan sebuah ebook yang ditujukan
kepada mereka yang berada pada peringkat Newbie dan Zero Knowledge.
Mungkin ebook anda, berjudul, Rahsia RM1k sebulan Dengan Google Adsense

Jika ilmu anda berapa pada tahap Expert, sudah pastinya, anda
memiliki pasaran yang terbesar di mana anda boleh menulis ebook untuk mereka
yang berada pada tahap intermediate, newbie dan juga zero. Tajuk aebook anda
mungkin berjudul, Rahsia Membeli Banglo Dengan Google Adsense
Kesimpulan..
Sebagai kesimpulannya, ada 3 perkara yang ingin saya sampaikan pada entry kali
ini.
1. Anda tidak perlu tunggu sampai anda menjadi mahir/expert dalam
bvidang tersebut untuk mula menulis sebuah ebook mengenainya.

2. Anda juga tidak digalakkan untuk menulis sesuatu yang anda zero
knowledge tentangnya, walaupun topik tersebut mempunyai potensi
keuntungan yang sangat tinggi. Ia hanya akan memburukkan situasi.

74Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
74
Nama anda akan tercalar, pembeli akan bengang(tidak puas hati) dan
industri akan kacau-bilau.

3. Apabila hendak menulis ebok, anda juga perlu bijak menilai dan
mengukur baju di badan sendiri, seelok-eloknya, tulislah ebook yang
dapat membantu orang yang berada pada level knowledge di bawah
anda. Orang yang expert mungkin akan memandang ebook anda kurang
bermutu untuk mereka, tetapi orang yang zero knowledge, akan melihat ia
sebagai sebuah karya yang memberikan banyak manfaaat kepada
mereka. (kini anda tahu mengapa ada orang kata sesebuah ebook itu
bagus, dan ada sestengah yang lain pula kata.. ebook itu tak bagus..
ianya hanyalah perbezaan level of knowledge).

Diharapkan anda dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan pada artikel
ini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan.. tapi penatlah pula hendak
menaip.. saya rasa.. tips-tips yang selebihnya.. seperti
Bagaimana mahu mengenalpasti bahawa diri anda adalah Newbie,
Intermediate atau Expert pada sesuatu bidang ?

Bagaimana seorang newbie boleh menulis ebook seperti seorang
expert? Ya! sebenarnya ada caranya..


Bagaimana membuat content research dengan mudah? Teknik yang
akan menukarkan diri anda dari seorang newbie kepada intermediate
dan dari intermediate kepada expert..

dan banyak lagi itu belum tiba bab niche lagi.. anda pasti akan terkejut
apabila mengetahui niche sebenarnya bukanlah perkara pertama yang perlu
anda fikirkan apabila anda ingin menulis ebook Ada perkara yang lebih penting
yang perlu anda fikirkan sebelum anda mula berfikir tentang niche..

75Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
75
Dan sedarlah.. jika anda mengutamakan niche dalam penghasilan ebook.. anda
mungkin akan terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar menerusi
ebook anda.

Insyallah, lebih banyak lagi tips menarik akan saya kongsikan di dalam Seminar
Perniagaan Ebook yang akan berlangsung pada setiap bulan.



Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.mohdsuhaimy.com



























76Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
76
Siapakah Zahrul Azua Kamaluddin?





Beliau adalah seorang pengkaji dalam ilmu pemasaran tidak kira
pemasaran online mahupun offline. Beliau adalah penulis buku yang
bertajuk Rahsia Membina Senjata Jualan terbitan TrueWealth
Publishing yang membincangkan bagaimana membuat surat jualan
yang paling efektif bagi tujuan pemasaran produk mahupun menjual
servis.

Saya mula mengenali beliau setelah membeli, membaca dan
mempraktikkan teknik teknik yang terkandung dalam buku tulisan
beliau. Sejak awal awal pembabitan saya dalam pemasaran ebook,
buku beliau inilah menjadi rujukan utama saya dalam penulisan ayat
jualan yang memukau di laman web ebook saya. Bukan saja ianya
sesuai untuk ayat jualan di laman web, tapi teknik teknik yang
terkandung dalam bukunya itu turut saya aplikasikan dalam bentuk
pemasaran melalui email.

Bukan setakat di bukunya saja, beliau juga berhubung dan memberi
tunjuk ajar saya secara online. Beliau banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam menghasilkan ayat jualan yang berpesuasif tinggi
seperti di laman web pertama saya dahulu (dah dijual) dan juga di
www.rahsiaemas.com. Untuk makluman anda, web rahsiaemas ini
mendapat komen dan sentuhan sedikit dari beliau untuk
menjadikannya lebih berkuasa kuda.









77Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
77

Satu Tips Dari Zahrul Azua

Bagaimana Saya Menulis Produk Informasi
Hukum dan teknik penulisan bagi produk maklumat amatlah mudah. Di bawah
disenaraikan perkara-perkara tersebut. Jika anda memahaminya anda akan
menyedari bahawa untuk mencipta satu-satu produk maklumat itu bukanlah
sesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.

- Menulis secara bersahaja
Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda.
Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk
memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah
anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang
lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat
atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda
hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke
destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami
oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap.

Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus
menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya
bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan
penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu
perkara.

- Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana
ia bakal dibaca.
Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk
menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang

78Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
78
penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan
buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan
mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami.

- Ayat dan perenggan.
Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang
membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik
mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang
mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca
terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang
sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia
nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya
jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca.

- Sunting dan tulis semula
Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah
mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja
penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan
maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk
mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke
atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda.

Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah
untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda
menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu
tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan
masa antara 20 minit ke 40 minit.

Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi
penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda.
Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.

79Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
79

- Hukum 50 minit Sejam.
Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan
satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah.
Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa
selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10
minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja
yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika
penulisan anda.

Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak
anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10
minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti
anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu
meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa
penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.

Sekian,
Zahrul Azua Kamaluddin
http://infomarketingfanatics.blogspot.com/
















Semoga tips tips dari saudara Shuth dan saudara Zahrul Azua dapat memberikan
lebih manfaat kepada anda untuk memulakan perniagaan internet iaitu dengan
perniagaan ebook. Apa yang anda pelajari, usah disimpan begitu saja. Praktikkan
apa yang anda pelajari dan bersedia untuk memajukan diri anda. Hanya anda saja
yang mampu merubah diri anda, bukan orang lain

80Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
80




RUANGAN IKLAN RUANGAN IKLAN RUANGAN IKLAN RUANGAN IKLAN










81Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
81
DAPATKAN EBOOK YANG AMAT DICARI-CARI OLEH MEREKA
YANG BERMINAT DENGAN KERJA KERAJAAN SEKARANG INI..







Ebook Yang Telah Membantu Ramai Mereka Yang Berjaya Dalam
Temuduga Kerja Kerajaan Kini Telah Terjual Lebih Dari 1000 Unit
Dalam Masa 3 Bulan Dilancarkan...Dapatkannya RM30 hanya di
www.kerja-kerajaan.com Dengan Pembelian ebook Rahsia Lulus
Temuduga Kerja Kerajaan (versi kemaskini ke-2 ini) anda akan
memiliki bonus-bonus ini secara percuma....



















82Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
82
INGIN MEMILIKI BLOG SENDIRI DAN MENJANA PENDAPATAN
DARINYA?


Dan Semua Orang Pasti Dapat Memiliki Blog Sendiri Untuk Pelbagai
Tujuan Samada Sebagai Diari, Untuk Perniagaan, Perbincangan,
Berkenalan, Hobi dan Minat..Dan Juga Boleh Mencari Wang
Sampingan!!! Klik sini untuk mengetahuinya... www.rahsiablog.com














83Copyright2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari

Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com
83

Rahsia Pelaburan Yang Dijamin 100% Paling
Menguntungkan Yang Patut Semua Warga Malaysia Ketahui,
Iaitu......
"PELABURAN EMAS"

Jika anda berminat untuk mengetahui rahsia pelaburan emas, dan
menjana keuntungan darinya lawati www.rahsiaemas.com sekarang.

Anda mungkin juga menyukai