Anda di halaman 1dari 6

Syirik adalah lawan kepada Tauhid.

Syirik bermaksud menyengutukan Allah sama ada dari segi RububiyyahNya, UluhiyyahNya atau nama-nama dan sifat-sifatNya. Syirik merupakan antara dosa terbesar dari dosa-dosa paling besar yang disabdakan Rasulullah s.a.w.;

Dosa-dosa paling besar ialah;

1. Mensyirikkan Allah 2. Membunuh manusia 3. Menderhakai dua ibu-bapa 4. Memberi kesaksian palsu/dusta. (Hadis riwayat Imam Bukhari dari Anas r.a.)

Bahkan orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah sekali-kali tidak akan mendapat keampunan Allah di akhirat sebagaimana firmanNya;

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (an-Nisa: 48)

Luqman dalam wasiatnya kepada anaknya telah berpesan; 1

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. (Luqman: 13)

Sabda Rasulullah s.a.w.; Sesiapa mati dalam keadaan ia menyeru selain Allah sebagai sekutuNya (yakni mati dalam keadaan mensyirikkan Allah), maka ia akan masuk neraka. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Masud r.a.) Sesiapa bertemu Allah dalam keadaan tidak pernah mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun akan masuk syurga. Sesiapa bertemu Allah dengan mensyirikkannya dengan sesuatu, akan masuk neraka. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Jenis-jenis Syirik

Terdapat dua jenis syirik melihat kepada kesannya kepada aqidah;

1. Syirik Akbar (besar); iaitu syirik yang mengeluarkan seseorang itu dari iman (yakni murtad dari agama) dan di akhirat dosanya tidak akan diampunkan Allah dan ia tidak akan dapat masuk syurga selama-lamanya.

Syirik Dzahir Jali (terang dan nyata) Syirik Bathin Khafi (tersembunyi)

2. Syirik Asghar (kecil); iaitu syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar (malah paling besar) dan dibimbangi orang yang melakukannya atau

berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya. Terdapat dua jenis syirik:

1. Syirik Akbar (besar); iaitu syirik yang mengeluarkan seseorang itu dari iman (yakni murtad dari agama) dan di akhirat dosanya tidak akan diampunkan Allah dan ia tidak akan dapat masuk syurga selama-lamanya.

2. Syirik Asghar (kecil); iaitu syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar (malah paling besar) dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya. Syirik Akbar

Syirik Akbar (besar) melihat kepada bentuknya terbahagi pula kepada dua jenis;

1. Syirik Dzahir Jali (terang dan nyata)

Iaitu syirik yang terang dan nyata, tanpa ada kesamaran di mana orang yang melakukannya jelas dianggap telah menyengutukan Allah. Syirik ini berlaku apabila seseorang itu menyembah selain Allah seperti menyembah matahari, patung-patung berhala, binatang (lembu dan sebagainya), manusia (seperti perbuatan penganut Kristian yang menyembah nabi Isa, penganut Budha yang menyembah patung Budha, orang-orang yang menyembah Firaun) dan sebagainya.

2. Syirik Bathin Khafi (tersembunyi)

Iaitu syirik yang dzahirnya tidak kelihatan seperti syirik, namun pada hakikatnya ia adalah syirik kerana terdapat padanya unsur yang jelas menyengutukan Allah. Antara syirik jenis ini ialah;

a) Berdoa kepada selain Allah

Antara jenis syirik besar yang tersembunyi ialah berdoa atau memohon pertolongan dari orang yang telah mati, kubur-kubur, makhluk-makhluk halus (hantu, jembalang dan sebagainya), pokok-pokok puaka, busut-busut dan sebagainya. Perbuatan berdoa kepada makhluk-makhluk ini oleh setengah orang Islam tidak dianggap sebagai syirik kerana bagi mereka doa bukanlah ibadah atau sembahan. Ibadah bagi mereka hanyalah sembahyang, puasa, zakat dan haji. Walhal dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah telah menyebutkan dengan jelas dan terang bahawa doa di dalam Islam termasuk dalam ibadah dan tidak harus dikemukakan melainkan kepada Allah sahaja. Antara dalil-dalil tersebut ialah ikrar yang selalu dilafazkan oleh setiap orang Islam tatkala membaca surah al-Fatihah; Engkau sahajalah (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. (al-Fatihah: 5)

Begitu juga, sabda Rasulullah s.a.w.; Doa itu adalah ibadah. (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi dari Numan bin Basyir r.a.)

Selain itu, mereka juga berhujah; Sekalipun kami berdoa kepada benda-benda tersebut (kubur-kubur, makhluk-makhluk halus dan sebagainya tadi), namun kami tidak menganggap mereka sebagai Tuhan kami. Mereka tetap kami anggap sebagai makhluk, cuma kami berdoa atau memohon dari mereka hanya sebagai perantara antara kami dengan Allah.

Dengan alasan ini mereka merasakan dapat melepaskan tindakan mereka itu dari syirik. Namun mereka tidak sedar bahawa dengan alasan tersebut, mereka sebenarnya telah meletakkan diri mereka sama seperti golongan musyrikin zaman Rasulullah s.a.w. yang pernah berkata; 4

Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain Allah sebagai penolong dan pelindung mereka (telah berkata); Kami tidak menyembah atau memuja mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. (az-Zumar: 3) Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat mereka dan mereka pula berkata; Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat (pertolongan) kepada kami di sisi Allah. (Yunus: 18)

b) Memberi hak atau kuasa kepada makhluk untuk membatal atau meminda hukum Allah.

Termasuk juga dalam syirik besar yang tersembunyi ialah memberikan hak kepada mana-mana makhluk untuk membatal atau meminda hukum atau undang-undang Allah, yakni menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah atau mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya. Perbuatan tersebut termasuk dalam syirik (menyengutukan Allah) kerana orang yang melakukannya telah menduakan Allah dari segi kuasa yakni ia seolah-olah menganggap ada kuasa yang lain yang menyamai kuasa Allah atau lebih hebat darinya yang boleh membatal atau meminda hukum dan ketetapan Allah. Syirik jenis ini terdapat bukti yang jelas di dalam al-Quran iaitu firman Allah;

Mereka (yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani) telah mengangkat pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan-Tuhan selain dari Allah, dan (begitu juga mereka telah mengangkat sebagai Tuhan) al-Masih (Isa) anak Mariam, sedangkan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Tuhan yang esa (Allah), yang tiada Tuhan melainkan Dia, maha suci Ia (Allah) dari apa yang mereka sekutukan. (at-Taubah: 31)

Rasulullah s.a.w. pernah mentafsirkan ayat ini kepada seorang sahabat bernama Adi bin Hatim at-Thoie. Adi pada zaman jahiliyah merupakan seorang penganut agama Nasrani (Kristian), kemudian ia memeluk 5

Islam. Adi menceritakan; Satu ketika aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w.. Kebetulan di leherku ada rantai salib dari emas. Rasulullah berkata kepadaku; Tanggalkan rantai di lehermu itu, wahai Adi. Aku akur dan membuangnya. Ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca surah al-Baraah (at-Taubah). Apabila Rasulullah sampai kepada ayat di atas dan selesai membacanya, aku lantas berkata kepada baginda; Sesungguhnya kami (penganut Kristian) tidak pernah pun menyembah mereka (yakni pendita-pendita dan rahib-rahib kami). Rasulullah lalu menjawab;

Bukankah mereka (yakni pendita-pendita dan rahib-rahib kamu dulu) telah mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah lalu kamu pun turut mengharamkannya, dan mereka juga telah menghalalkan apa yang Allah haramkan lalu kamu pun turut menghalalkannya (kerana mematuhi mereka)?. Adi menjawab; Benar, ya Rasulullah. Balas Rasulullah; Itu maknanya kamu menyembah mereka. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Adi bin Hatim)

Perhatikan dalam hadis di atas bagaimana Rasulullah s.a.w. telah melabelkan orang yang mematuhi orang yang meminda hukum Allah sebagai menyembahnya. Ini menunjukkan bahawa perbuatan tersebut jelas merupakan syirik atau tindakan menyengutukan Allah. Malah perbuatan syirik sebegini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya; Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan undang-undang untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan oleh Allah. (as-Syura: 21)

Syirik Asghar

Syirik Asghar (kecil) tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar, malah paling besar dari dosa-dosa besar yang lain di sisi Allah. Bentuk-bentuk syirik kecil ini ialah; 6

Anda mungkin juga menyukai