Anda di halaman 1dari 24

PERANAN PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL DAN EKONOMI

Disediakan oleh: As, Nurul, Bie

MAKSUD PERANAN
Berdasarkan kamus dewan bahasa, edisi keempat fungsi bermaksud tugas, jawatan atau kerja, tugas, peranan.

Di malaysia, perkembangan aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) telah bermula sejak tahun 1890an lagi dimana pada tahun 1897, satu perundingan telah diadakan mengenai penubuhan sekolah perdagangan yang bertujuan untuk melatih orang melayu terutamanya kaum lelaki untuk berkhidmat sebagai makanik dan buruh bagi membaiki kereta api yang menjadi pengangkutan utama pada masa itu. Didapati peranan utama PTV pada awalnya adalah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on) berbanding dengan kemahirankemahiran lain.

Namun, peredaran masa menuntut perubahan demi perubahan dilakukan dalam PTV agar ianya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan yang berlaku turut merubah peranan yang dimainkan oleh PTV dalam sistem pendidikan negara.

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organizatio,n (UNESCO) telah menyarankan agar PTV dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu dengan memberi penekanan kepada budaya. Ini kerana PTV dilihat bukan sekadar memberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai persediaan untuk bekerja tetapi juga memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku agar pelajar dilengkapi dengan kefahaman, kemahiran dalam membuat pertimbangan, penampilan diri yang wajar dan dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah. Pendidikan teknik dan vokasional juga dilihat berperanan sebagai sistem alternatif bagi menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra-vokasional dalam usaha untuk menyediakan pelajar bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan.

PERANAN PTV
Konteks individu

Konteks sosial

Konteks ekonomi

Memberi peluang kepada seseorang individu yang lemah dalam akademik. Melatih pelajar untuk memperoleh kemahiran yang luas dalam bidang yang khusus. Membentuk kemahiran individu. Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dan murni supaya menjadi seorang pekerja yang produktif dan bertanggung jawab.

Melahirkan pekerja mahir dan separa mahir yang berkualiti untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Menanam semangat keusahawanan dalam diri seseorang individu. Melatih individu untuk memiliki kemahiran interpersonal. Melahirkan individu yang mampu berdikari.

Menyediakan infrastruktur dan bekalan tenaga manusia yang mahir berasaskan sains dan teknikal.

Membolehkan manusia memahami perubahanperubahan teknologi di mana sains dan teknologi adalah ciri utama Memperluaskan pilihan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan;
Memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am; Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan bekerja;

Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan; Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang berkesan; Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan Mewujudkan wadah bagi satu sistem pendidikan sepanjang hayat

Membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap, berketrampilan,beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang dipeloleh, serta memiliki ciriciri seorang keusahawanan. Memberi latihan awal bagi tiap-tiap indivu supaya mereka berpeluang memilih kerjaya masing-masing. Mengadakan latihan untuk mengemaskinikan kemahiran pekerja-pekerja yang ingin meneruskan kerjaya dalam bidang masing-masing. Mewujudkan peluang latihan semula bagi pekerja-pekerja yang ingin menukar kerja mereka atas sebab-sebab perbadi dan pekerjaan lapuk.

Memberi peluang yang sama dengan individu normal untuk pelajar berkeperluan khas supaya mereka tidak tersisih.

Memberikan kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan kemajuan Negara yang kini makin membangun kepada pelajar berkeperluan khas untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang diingini.
Berfungsi dalam pembangunan tenaga manusia minda kelas pertama di Malaysia. Memperkembangan skill culture atau budaya kemahiran dan tanggapan kerja manual. Jadi, dengan merangsang penggunaan tangan dan minda dalam praktikal dan teori, PTV dapat menyediakan sumber manusia dan menghasilkan pelajar minda kelas pertama.

Kestabilan sosial

Nilai masyarakat

KONTEKS SOSIAL

KESTABILAN SOSIAL
PTV memberi peluang kepada masyarakat untuk malibatkan diri dalam bidang-bidang tertentu seperti keusahawanan, pembuatan, pertanian dan lain-lain. PTV membantu masyarakat untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik. PTV menyumbang kepada pencapaian matlamat masyarakat dari segi perkembangan ekonomi,budaya, sosial dan pendemokrasian; Membantu mengurangkan peningkatan bilangan pengangguran di kalangan lepasan sekolah; Menyumbang kepada pembangunan masyarakat moden yang kompleks. Membantu memenuhi keperluan ekonomi masyarakat dapat mewujudkan satu kumpulan pekerja yang terlatih, produktif dan mahir

NILAI MASYARAKAT
PTV menimbulkan kepercayaan dan norma hidup. Mempertingkatkan kualiti hidup manusia dalam kelompok masyarakat dengan membantu mereka supaya menjadi lebih produktif, berdikari, boleh menyumbang dan dapat menjadi rakyat yang dapat memenuhi kehendak-kehendak diri (self-fulfilling citizens). Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dan murni supaya menjadi seorang pekerja yang produktif dan bertanggung jawab. memenuhi aspirasi dan harapan masyarakat, bangsa dan negara kearah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu.

PTV memberi dan meningkatkan peluang pekerjaan. PTV memainkan peranan penting dalam penjanaan ekonomi.

PTV membantu Negara kita untuk mempelbagaikan ekonominya.


Melalui PTV ekonomi Negara terpelihara dan mantap. PTV membantu Negara kita dalam uasaha mencapat taraf Negara maju selaras dengan matlamat wawasan 2020.

Menyediakan tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan; PTV berperanan untuk memperkenalkan konsep dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Ia memberi pendedahan yang secukupnya kepada alam pekerjaan. Ia merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam pekerjaan dan merupakan salah satu pemangkin kepada peningkatan ekonomi negara. Membantu dalam pembangunan kemahiran yang spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu.

Menurut kajian Siti Nor Atiqah Abdul Padzil, Rohana Hamzah Dan Amirmudin Udin pendidikan teknik dan vokasional berfungsi dalam pembangunan tenaga manusia minda kelas pertama di Malaysia. Kajian ini mengatakan bahawa pendidikan vokasional menyediakan latihan-latihan untuk perkerjaan tertentu. Sementara itu, PTV banyak membantu dalam pembangunan kemahiran yang spesifik kepada bidang pekerjaan tertentu. Pendidikan vokasional juga memainkan peranan penting dalam perkembangan skill culture atau budaya kemahiran dan tanggapan kerja manual. Jadi, dengan merangsang penggunaan tangan dan minda dalam praktikal dan teori, PTV dapat menyediakan sumber manusia dan menghasilkan pelajar minda kelas pertama.

Menurut kajian Lokman Mihd Tahir Dan Nurul Mustafa, pendidikan teknik dan vokasional PTV memberi peluang yang sama dengan individu normal untuk pelajar berkeperluan khas supaya mereka tidak tersisih. PTV memberikan kemahirankemahiran yang sesuai dengan kemajuan Negara yang kini makin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang dingini. Sementara itu, PTV menyediakan silibus khas untuk pelajar berkeperluan khas untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka supaya mereka mendapat pencapaian dan keupayaan akademik yang sama dengan pelajar normal.

Kedua-dua kajian yang dijalankan menberi kesan yang baik terhadap PTV. Bukan sahaja melibatkan pelajar yang normal, pendidikan PTV juga melibatkan pelajar yang berkeperluan khas dan memberi kemahiran yang sama dengan pelajar normal.Kajian dan penilaian yang dijalankan memainkan peranan penting dalam perancangan, pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV.

Anda mungkin juga menyukai