Zai 2 Pertumbuhan Perkembangan
Zai 2 Pertumbuhan Perkembangan
Konsep Pertumbuhan
Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. D.S Wright & Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain).
Pertumbuhan ialah:
Perubahan bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang.) Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat-peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik. Porter merumuskan bahawa kadar pertumbuhan fizikal adalah pengasas perihal maju atau lembabnya seseorg kanak-kanak, tetapi pendapat ini ditentang oleh Franz Voaf.
Ciri-ciri Pertumbuhan:
Suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta perubahan itu berterusan dan berkualiti. Suatu proses yang lengkap dan sempurna. Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas. Pertumbuhan mengikut corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses kematangan yang dialami. Pertumbuhan seseorang mengikut proses kematangan. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman. Struktur mendahului fungsi : struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.
Konsep Perkembangan:
Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat. Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.
Konsep Perkembangan:
Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada percambahan hingga akhir hayat. Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.
Perkembangan ialah:
Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan sebelumnya. Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban). Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.
Ciri-ciri Perkembangan:
Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan. Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu. Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat. Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan. Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Aspek
Perkembangan
Perubahan bersifat kualitatif Tidak boleh dikukur perubahannya Sukar dilihat Perubahan dalaman (pemikiran, rohani, moral, sosial) Berterusan dari lahir hingga akhir hayat Perubahan tingkahlaku mental (pemikiran) Kemahiran menggunakan anggota seperti berlari, melompat, berjalan Kemahiran menggunakan bahasa perkataan, angka, pemikiran ingatan dan taakulan Memahami perasaan menguasai dan mengamalkan perasaan ketika marah, takut, cemburu Timbul kesedaran disiplin kumpulan perbezaan jantina, perasaan & penyesuaian rakan
Umum Perubahan fizikal (luaran) tinggi otot kelenjar, berat badan Capai kemuncak bila tiba kematangan
Mental
Emosi
Sosial
Luaskan perhubungan dan pergaulan dalam keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat
Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti selain perkembangan fizikal. Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang dibesarkan bersama-sama. Ini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh persekitaran. Kini, kita jarang bertemu dengan ahli psikologi yang menyokong kuat satu pendapat sahaja. Kebanyakan daripada mereka percaya bahawa kedua-dua faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan individu.