Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan Dunia hari ini semakin tua, semakin nazak dan semakin sakit.

Jika dahulu dunia dihuni oleh Nabi Adam dan Hawa dan bumi adalah dunia yang luas bagi mereka berdua, namun kini dunia sudah semakin kecil bagi manusia yang semakin ramai. Jika dahulu terdapat banyak tempat untuk bercucuk tanam namun sekarang keluasan tempat semakin berkurangan dan teknologi makanan semakin maju untuk menampung kehidupan penduduk bumi. Dunia kini sedang berhadapan dengan polemik krisis makanan global. Fenomena senyap yang telah lama memberikan isyarat ini dipandang sepi dan dianggap tidak penting ekoran sektor pengeluaran makanan dianggap sebagai bidang yang primitif dan tidak popular.

Bagi negara-negara maju dan membangun mereka sudah kurang memperuntukkan kawasan pertanian kerana lebih menumpukan kepada perkembangan industri dan pembuatan. Kekayaan dan kemakmuran negara maju dan membangun membolehkan mereka mengimport terus sumber makanan asasi dari negara luar tanpa perlu bergantung kepada stok domestik, namun apabila berlaku krisis makanan global ketika ini, banyak negara sedang berhadapan dengan masalah besar kekurangan makanan. Kita harus ingat dengan fenomena cuaca yang tidak menentu pada masa kini, jumlah pengeluaran makanan kadang-kadang tidak dapat menampung permintaan negara maju. Maka walau sekaya mana negara tersebut, duit tidak dapat untuk membeli makanan yang penting bagi rakyatnya jika pengeluaran sedikit. Maka terjadilah isu makanan dunia.

Pertanian bagi sesetengah negara diabaikan sejak sekian lama memandangkan tumpuan yang lebih diberikan kepada ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, industri pelancongan serta kepesatan pembangunan sektor perkilangan. Akibatnya kini dunia berdepan dengan kekurangan sumber makanan asasi. Negara-negara dunia ketiga tidak lagi dapat menampung kekurangan makanan yang terjadi dewasa ini.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Amerika Syarikat menjangkakan 37 negara akan berdepan dengan krisis bekalan makanan terburuk pada abad ini. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pula dalam satu laporannya menyatakan harga beras dunia sejak lima tahun lalu meningkat sehingga tiga kali ganda. Jabatan

Pertanian Amerika Syarikat pula dalam kenyataannya memberitahu kenaikan itu adalah tertinggi sejak dua dekad lalu, sedangkan produktivitinya semakin menurun sejak 1980-an.

Kenyataan rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini bahawa krisis makanan dunia berada pada tahap serius dan boleh mengancam kempen membasmi kemiskinan sejagat untuk jangka masa panjang. Pertubuhan itu turut menyeru agar masyarakat dunia bersatu bertindak secara bersepadu bagi mengelak implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar daripada krisis ini. Situasi ini jika tidak dikawal akan mewujudkan ketegangan dan kekacauan dalam negara yang boleh membawa kepada masalah kebuluran kronik, demonstrasi, protes dan keganasan di serata dunia.

Tindakan Thailand, Vietnam dan Myanmar yang menjadi periuk nasi utama dunia menghentikan eksport beras ke luar negara sehingga 50 peratus akan memburukkan lagi krisis yang sedang dihadapi ini. Walaupun tindakan mereka adalah bagi menjamin dasar makanan dan pertanian negara masing-masing akibatnya akan dihadapi oleh negara lain yang bergantung sepenuhnya kepada import beras seperti Singapura, beberapa negara Arab, Eropah dan sebagainya.

Dalam isu yang sama, Bank Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO) baru-baru ini turut memberi amaran krisis pemakanan global akan berlanjutan terutama di Asia, Afrika dan Amerika Selatan, berikutan kekurangan bekalan dan kenaikan harga komoditi itu.

Lebih menakutkan apabila Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran harga makanan yang melambung tinggi boleh membawa kepada kejatuhan kerajaan dan mencetus peperangan yang mana setakat ini telah berlaku rusuhan besar-besaran di Haiti, Mesir dan beberapa negara lain akibat krisis ini. Peperangan dan penjajahan dalam bentuk baru tidak mustahil berlaku sekiranya stok makanan dunia semakin berkurangan dan susah diperoleh.

Dalam hal ini negara miskin dan membangun akan menjadi mangsa keadaan krisis terbaru ini yang boleh membawa kepada kancah peperangan. Demokrasi juga boleh tergugat dan disalah guna oleh pihak tertentu bagi memburukkan lagi keadaan di mana boleh mengancam sistem pemerintahan negara jika fenomena terbaru ini gagal ditangani segera.

Peralihan kuasa secara drastik dan tidak terkawal yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang sedang dialami boleh berlaku pada bila-bila masa di kebanyakan negara apabila rakyat bangkit bertindak mengikut emosi dan ketika `perut lapar', apa saja sanggup dilakukan sebagai tanda protes dan balas dendam. Apabila politik tidak stabil dan tidak terurus, struktur ekonomi dan sosial juga akan terjejas yang mampu memberi impak negatif kepada landskap pembangunan negara.

Keadaan ini juga boleh membuka peluang dan ruang kepada pihak luar atau orang asing mengambil kesempatan ke atas apa yang berlaku di dalam negara. Kejadian yang berlaku di luar negara perlu dihentikan segera dan telah menyedarkan banyak pihak bagi membendung krisis ini daripada terus membarah, mengganas dan mengancam penduduk dunia.

Langkah kerajaan baru-baru ini mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM4 bilion untuk pelaksanaan Dasar Jaminan Makanan Negara (DJMN) bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat Malaysia adalah langkah proaktif dan tepat.

Peruntukan itu sebagai jaminan stok penimbal makanan negara, pembukaan kawasan baru pertanian terutama di Sarawak dan di Semenanjung serta subsidi bagi pengeluaran makanan racun, teknologi penanaman, peralatan mesin dan sebagainya ke arah kemajuan dan kebaikan dasar pertanian di negara kita. Ini selaras polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak awal pemerintahan beliau yang tekad memperkasa dan menjenamakan semula sektor pertanian negara seiring dengan industri penjana utama ekonomi lain.

Dasar yang diperkenalkan diharapkan mampu memastikan bekalan makanan negara mencukupi pada bila-bila masa, terutama ketika menghadapi kesan krisis makanan dunia yang mulai dirasai rakyat.

Peruntukan itu juga bagi membolehkan negara bersedia dalam menghadapi inflasi makanan global yang berlaku sekarang dan kerajaan akan memastikan bahawa Malaysia mampu untuk

memenuhi keperluan makanan sendiri sebanyak 100 peratus berbanding antara 65 peratus hingga 70 peratus sebelum ini.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan juga menetapkan sasaran untuk mengurangkan duti import beras dengan meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi memenuhi 90 peratus kadar sara diri berbanding 72.2 peratus pada masa sekarang. Jika kerajaan berjaya merealisasikan sasaran ini, maka kita tidak perlu lagi mengimport bekalan makanan ini dan boleh menjimatkan kos import yang boleh digunakan untuk memajukan lagi teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian negara seperti menggunakan nanoteknologi dan sebagainya.

Biarpun begitu, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan Pembangunan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Sulochana Nair, berpendapat sebagai negara sedang membangun, kedudukan Malaysia dari segi kekayaan bukan berada pada tahap kritikal. Rakyat negara ini tidak perlu memberi reaksi melampau terhadap isu kenaikan harga beras dunia kerana Malaysia memiliki banyak pilihan bagi mengelakkan rakyatnya kelaparan dan kebuluran.

Krisis makanan adalah fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia sama ada di negara maju atau miskin di mana negara kita tidak terkecuali. Bagi Malaysia, walaupun tiada beras atau harga beras meningkat sekali pun disebabkan krisis berkenaan, dengan dasar dan pelan jangka panjang yang ada, kita mempunyai pilihan lain untuk menampung keperluan makanan pada tahap maksimum. Negara juga bukannya pengimport makanan bersih saja, sebaliknya kita juga pengeksport makanan dunia. Kewujudan Stok Penimbal Kebangsaan di bawah Majlis Harga Negara (MHN) iaitu inisiatif baru untuk memperkukuh strategi bagi memastikan harga barang keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di dalam negara hendaklah dimantapkan lagi bagi mendepani krisis ini pada masa depan. Stok penimbal itu akan berfungsi menyimpan barangan komoditi tertentu yang boleh diagihkan untuk kegunaan rakyat sekiranya berlaku masalah kekurangan bekalan di pasaran.

Penubuhan majlis seperti ini telah dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom ketika krisis kenaikan harga minyak dunia pada 1974 dan 1979 apabila kos bahan itu meningkat

daripada AS$2.50 setong kepada AS$30 setong. India juga melaksanakan langkah sama sejak 1950-an khususnya bagi mengawal harga barang pertanian.

Bagaimanapun, melihat kepada senario semasa, rakyat negara ini wajar bijak mengawal perbelanjaan dan mengatur tabiat pemakanan harian agar tidak menjadi penyumbang kepada krisis yang sedang berlaku ini. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), dilaporkan pada 2006, makanan yang terbuang adalah menyamai hampir sebahagian daripada pembuangan sisa kumbahan negara.

Dalam erti lain, hampir 20,000 tan sisa kumbahan yang dijana setiap hari, 45 peratus daripadanya adalah makanan terbuang. Situasi seperti ini perlu dihentikan segera dan tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku di negara kita, lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berhadapan krisis kekurangan makanan ini biarpun rakyat di negara ini hidup dalam keadaan yang cukup mewah dan belum diuji dengan kekurangan makanan serius.

Pihak kerajaan juga perlu memantau sebarang bentuk kenaikan harga barang komoditi ini agar rakyat tidak menjadi mangsa keadaan biarpun beras dikategorikan sebagai barangan kawalan di negara kita. Penguatkuasaan undang-undang yang komited, pelaksanaan dasar yang kompeten dan sikap masyarakat itu sendiri terhadap masalah ini menjadi penentu kepada kejayaan kerajaan mengatasi krisis serius ini.

Kementerian terbabit juga perlu membuat kajian mengenai dasar jaminan makanan serta mencari jalan bagi menstabilkan harga barangan kritikal dan komoditi di samping meneliti secara terperinci mengenai jumlah stok penimbal yang perlu disediakan termasuk mengadakan perjanjian jangka panjang dengan negara lain bagi membekalkan komoditi utama seperti beras. Teknologi Makanan Teknologi Makanan merupakan suatu bidang sains dalam penghasilan produk makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Sebagai dalam bioteknologi makanan dapat memajukan Industri Pengeluaran Makanan dimana ramuan bahan kimia dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia dan menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama. Mikrob

dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis, dan perasa dalam makanan

Di negara jiran seperti Indonesia serta Thailand, apa yang menariknya mereka secara bersepadu mampu mencipta produk makanan dengan teknologi makanan yang mudah serta memudahkan orang awam.

Seperti petani serta penternak mengaplikasikan teknologi makanan yang mudah itu kedalam perusahaan mereka pada kos yang murah dan menggunakan bahan - bahan yang mudah di dapati dipersekitaran. Penghasilan produk makanan dengan menggunakan pendekatan teknologi makanan yang mudah serta pada kos yang murah,menjadikan produk itu dapat dijual pada pengguna dengan harga yang agak berpatutan serta ia mampu berdaya saing dipasaran.

Namun begitu produk yang mereka hasilkan boleh juga dibanggakan kerana ianya amat unik. Contohnya mee keledek, ais krim keledek, pau dari keledek dan pelbagai lagi makanan yang telah dihasilkan di Surabaya Indonesia. Perkembangan Teknologi Makanan Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah : mengelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. memudahkan pencernaan. memperbaiki rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit. Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan.

Kesan-kesan Perkembangan Teknologi Makanan


Kebaikan

Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana. Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh Meningkatkan ketersediaan bermusim kebanyakan makanan, membolehkan pengangkutan makanan yang mudah rosak melintasi jarak jauh, dan membuat pelbagai jenis makanan yang selamat untuk dimakan dengan mematikan atau menghapuskan patogen mikro-organisma.

Meningkatkan kualiti hidup orang yang mempunyai alergi, diabetes, dan orang lain yang tidak boleh mengambil beberapa unsur makanan umum.

Keburukan

Pemprosesan makanan dapat menurunkan nilai gizi makanan, dan memperkenalkan kebahayaan yang tidak dijumpai dalam produk yang segar. Contohnya, Vitamin C telah dihapuskan oleh panas dan oleh kerana itu buah-buahan tin memiliki kandungan vitamin C yang lebih rendah dibandingkan dengan buah yang segar.

Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser.

Penggunaan bahan kos rendah yang meniru sifat dari bahan alami (misalnya minyak sayur murah yang dikeraskan dengan menggunakan kimia untuk menggantikan lemak tepu alam yang lebih mahal) telah terbukti menimbulkan masalah kesihatan yang teruk, tapi ia masih luas digunakan kerana kebimbangan kos dan kurangnya pengetahuan pelanggan tentang kesan bahan pengganti.

Makanan yang diproses sering mempunyai ratio yang lebih tinggi untuk kalori kepada nutrisi penting berbanding dengan makanan yang belum diproses, fenomena ini dikenali sebagai "kalori kosong".

Contoh Bahan Kimia Dalam Makanan Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu : Menyebabkan makanan Buah-buahan kering Bahan Awet Garam dan Gula tahan lama dan sos Menyebabkan makanan pandan (hijau), karamel Pewarna Kaya dan kicap kelihatan sedap (Coklat) Monosodium glutamat Menambahkan rasa makanan ringan dan Perisa (MSG) nama pasaran ialah "ajinomoto" Mencegah makanan dari Penstabil gam akasia Sos dan mayonis termendap ke bawah Mencegah makanan Pengantiokida Vitamin E dan BHT Minyak masak berlemak menjadi busuk.

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang- undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser. Kesimpulan Teknologi makanan mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada Negara jika ia digunakan dengan cara yang betul. Ia juga dapat mengatasi masalah kekurangan makanan yang sedang di hadapi dunia di mana melalui teknologi makanan, makanan akan lebih tahan lama.

Rujukan http://www.teknologimakanan.com/ http://kkktusains.blogspot.com/2010/08/teknologi-makanan.html http://www.slideshare.net/mzulfadli.binchezabri/teknologi-makanan

Anda mungkin juga menyukai