Anda di halaman 1dari 16

Bidang Makna Bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistic kerana bahasa tidak

akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Selain itu ada lagi tokohtokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh diatas, makna merupakan perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak sempurnalah. Seharusnya kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca, kita tulis. Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi.

2.0 Jenis-Jenis Makna 2.1 Makna Konseptual Melihat pada makna konseptua, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan makna konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran, ataupun membuat intterpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal demikian pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974), pula, di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu Segitiga Semiotik. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Oleh sebab itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu pada tahap yang paling atas. Organisasi makna konseptual ini adalah rumit. (Kushartanti et. al., 2005). Cuba lihat contoh perkataan iaitu wanita dan jugaperempuan. Sekiranya dilihat secara rasionalnya, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama iaitu seorang yang dewasa, bukan laki-laki. (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974) pula mengaitkan konsep itu dengan berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip struktur konstituen.contohnya, konotasi antara wanita dan jugaperempuan adalah berbeza. Buktinya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita sopan tetapi apabila kita tukar katawanita itu

kepada perempuan ianya akan menjadiperempuan dewasa, perempuan solehah, perempuan bekerjaya. Dapat dilihat apabila kata wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan menjadi kurang sesuai untuk mengucapkannya. Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur, tindakan yang pertama ialah mengenkod makna apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu lakukan ialah menetapkan reprentasi Fonologi dan juga reprentasi Sintaksis dan juga reprentasi Semantik. Reprentasi yang sering diperkatakan ini bermaksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau penyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutuskan buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya, maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagi akibat berlakunya proses gramatikal. Contohnya seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et. al., 2005). 2.2 Makna Konotatif Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Nilai rasa yang dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun negatif. (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak akan memihak mana-mana. Walaupun perkataanperempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Begitu juga perkataan-perkataan yang lain iaitu jantan dan juga lelaki. Jantan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala lelaki mempunyai nilai rasa yang tinggi. Bagi masyarakat yang beragama islam pula, nilai rasa mereka berbeza dengan interprentasi masyarakat yang bukan beragama islam. Bagi umat islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan yang paling sedap. Selain itu, makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya

perkataan khalwat.Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mendekati Allah, duduk bersendirian mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenagkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan tersebut telah mengalaami perubahan makna yang membawa maksud pengaingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sabagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004).

Makna konotatif ini tidak begitu spesifik pada bahasa sahaja tetapi dikongsi bersama system konunikatif seperti seni visual dan juga muzik. Contohnya barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yangv terpelajar atau orang yang meninba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat yang timbul apabila melihat sesuatu ataupun memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Sebagai contohnya perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudap-kudap sahaja. Makna denotatif ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. 3.0 Kesimpulan Secara kesimpulanya, konsep memainkan perana penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami dan juga menyatakan buah fikiran. Sekiranya konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud. Tanpa konsep juga tidak akan wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. Harus diingat juga bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh bahasa cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam sesuatu bahasa. Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir, mentakrif, membuat ujaran dan sebagainya. Tanpa makna, ia tidak lengkap. Tidak cukup sekiranya kita hanya tahu menulis, membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui apa makna disebalik apa yang kita tulis dan juga apa yang kita baca. 1.0 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda

yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. 1.1 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud penting atau bererti. Kata bererti membawa maksud makna yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut semantik sejarah (M.Breal, 1893) Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang ruwet. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.2 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. 1. Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain

mentertawakan diri saya membawa semantik kesedaran kendiri atau muhasabah diri perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan. 2. Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan Makan! berbeza berbanding Makanlah.. Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas. 3. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan taman daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan taman hati, taman buaya, dan taman rimba yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. (Aminuddin 1985). 4. Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95) merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga. 5. Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud berseorangan untuk mendekatkan diri kepada -Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu

direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. 6. Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat. Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. 7. Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata kebun berbeza daripada pekebun dan pengebun, dalam proses pengimbuhan. Kata kebun bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata pekebun bermaksud orang yang mengurus kebun sementara kata pengebun bermaksud orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. Dalam proses penggandaan, kata langit juga berbeza dengan lelangit yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata buah dan hati mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk buah hati. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupa kan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. SEMANTIK Dalam bahasa harian, perkataan semantik bermaksud makna. Dalam ilmu lingustik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa. Sebagai seorang guru, kita perlu menguasai aspek semantik di dalam bilik darjah. Dalam bahasa Melayu, setiap perkataan mempunyai banyak makna. Guru perlu mengetahui dan memahami semantik untuk memastikan penggunaan perkataan adalah sesuai atau tepat pada tempatnya. Contohnya, perkataan mereka mempunyai dua makna iaitu pertama,kata ganti diri ketiga yang menunjukkan bilangan yang ramai dan makna kedua, memikirkan (sesuatu) atau merancang . Selain itu, guru perlu menguasai semantik supaya dapat membantu murid-murid menguasai pelbagai jenis perkataan yang mempunyai makna yang lebih tepat dalam menulis sesuatu ayat dengan betul. Guru perlulah dapat membezakan perkataan seperti hiris, potong, kerat, atau belah. Perkataan ini merupakan perbuatan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza mengikut makna ayat yang digunakan. Sehubungan itu, melalui pengetahuan mengenai semantik, guru dapat membantu murid-murid dalam membezakan makna perkataan dalam sesuatu ayat.

Kegunaan Linguistik Dalam Pengajaran Bahasa Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan pada teori pemerolehan dan situasi bahasa. Dalam pengajaran bahasa, bidangbidang linguistik seperti linguistik teoritis, sosiolinguistik dan psikolinguistik tidak dapat dipisahkan kerana semua disiplin ini memberi sumbangan yang berguna dalam menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat hubungkait antara bidang-bidang tersebut dengan pengajaran bahasa. Ilmu linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Cuma yang berbeza mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan perskriptif dan normatif, manakala linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Bagi guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajar sebutan, tatabahasa atau semantik sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Aspek fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik berguna dalam pengajaran sesuatu bahasa. Asas teori sesuatu bahasa, iaitu deskripsi linguistik akan memberi deskripsi bahasa; struktur dan fungsi bahasa itu. Terdapat banyak kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. Antaranya: 1. Teori linguistik memberi maklumat tentang struktur dan fungsi-fungsi bahasa dan ini dapat menentukan tujuan, isi dan pendekatan dalam pengajaran bahasa. 2. Teori linguistik juga memberi suatu bahasa perantaraaan kepada guru. Ini merupakan kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif dan keseragaman kategori seperti frasa nama, frasa kerja atau ciri-ciri nahuan kata dan perkara ini boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa. 3. Teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan mengajar bahasa. 4. Sesebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang diajar dan dapat meningkatkan mutu pengajaran bahasa. 5. Deskripsi bahasa juga memberi pengetahuan kepada guru tentang unit-unit unsur seperti fonem, morfem dan sebagainya. Ini merupakan suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. 6. Deskripsi bahasa memberi suatu sistem rumusan yang berentetan dan ini boleh digunakan untuk membentuk bahan pengajaran. Ahli linguistik dan guru bahasa menggunakan bahan yang sama, iaitu bahasa. Terdapat hubungan yang penting antara kedua-duanya. Bahasa tidak dapat diajar tanpa sebuah deskripsi bahasa, tetapi ini perlu penyesuaian kerana pengajaran bahasa sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa. Terdapat hubungan antara linguistik dengan guru bahasa. Sebagai guru bahasa, hubungan tersebut perlu diketahui. D.A. Wilkins mengatakan terdapat tiga jenis hubungan iaitu: 1. Linguistik memberi deskripsi bahasa yang sempurna tentang bahasa, tetapi tidak memberi cara mengajar bahasa yang paling baik. 2. Sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu, janganlah disalah

mengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. 3. Linguistik selalu mempengaruhi pengajaran bahasa, tetapi pengaruhnya perlu dihadkan pada keperluan semasa. Teori-teori Linguistik dan Penerapan Dalam Pengajaran Bahasa Terdapat beberapa teori linguistik, tetapi yang paling penting ialah teori behaviourisme dan mentalisme. Pakar-pakar pengajaran bahasa berpendapat, kejayaan setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah pengajaran yang berdasarkan teori-teori linguistik. Linguistik dan psikologi pembalajaran merupakan alat-alat yang dapat digunakan oleh guru-guru bahasa untuk menguatkan kaedah mengajar mereka. Ini disokong oleh Koh Boh Boon yang menyatakan bahawa pengajaran yang lebih terjamin mutunya ialah berdasarkan pengalaman mengajar yang diperkukuh dengan pengetahuan perkaedahan, kerana pengalaman mengajar dan pengetahuan perkaedahan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ini disebabkan kesedaran penuh akan teori linguistik yang menjadi asas-asas perkaedahan dalam pengajaran bahasa akan menolong seseorang guru bahasa membuat keputusan secara lebih matang dan boleh dipercayai tentang cara mengajar yang sesuai untuk sesuatu pelajaran bahasa yang hendak dilaksanakan. Dua teori yang paling popular tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa yang tersebut di atas mewujudkan beberapa prinsip tertentu dalam pengajaran bahasa yang menimbulkan pula beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam teori behaviurisme terdapat beberapa prinsip, iaitu: 1. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. 2. Bahasa ialah suatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. 3. Bahasa sebagai alat komunikasi. 4. Pembelajaran ialah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang pelajar memberikan gerak balas yang betul. 5. Bahasa dihurai secara deskriptif atau struktural. Berdasarkan teori linguistik tersebut maka lahirlah kaedah pengajaran, iaitu Kaedah Dengar-Sebut yang menekan prinsip-prinsip berikut dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa: 1. Lisan diutamakan. 2. Latih tubi ditekankan untuk membentuk kebiasaan. 3. Rangsangan mestilah diwujudkan untuk mendapatkan gerak balas daripada pelajar. 4. Gerak balas yang diberi oleh pelajar mestilah diikuti dengan peneguhan. 5. Guru sebagai model bahasa yang sebaik-baiknya. 6. Nahu tidak diajar secara formal. Oleh itu, mengikut teori mentalisme terdapat beberapa tanggapan terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa, iaitu: 1. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi dalam menguasai bahasa. 2. Terdapat dua bahagian penting dalam penguasaan bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi.

3. 4. 5. 6. 7.

Bahasa mempunyai hubungan erat dengan pemikiran. Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. Aspek makna dan pemikiran ditekankan. Bahasa dihuraikan secara transformasi generatif. Kesalahan pelajar bukanlah kegagalan tetapi percubaan hipotesis.

Teori ini mengemukakan kaedah koda-kognitif yang menekankan prinsipprinsip yang berikut: 1. Tulisan dan bacaan diutamakan. 2. Pengajaran menekankan penerapan pengetahuan. 3. Makna dan huraian dipentingkan. 4. Kemampuan kreatif pelajar digalakkan. 5. Fungsi guru sebagai nara sumber. 6. Nahu diajar secara formal. Berdasarkan teori dan prinsip behaviourisme dan mentalis, telah melahirkan beberapa kaedah. Bagi teori behaviouris tercetus kaedah terus, kaedah psikologi dan sebagainya. Manakala daripada teori dan prinsip mentalis timbullah kaedah nahu, kaedah terjemahan, kaedah nahu-terjemahan dan sebagainya. Daripada kaedah pula disokong oleh pendekatan yang berkaitan dengan proses pengendalian pengajaran bahasa sama ada pendekatan analisis atau sintesis atau eklektik. Teknik pengajaran pula berhubung dengan strategi sesuatu isi pelajaran disampaikan. Sesungguhnya teori, kaedah, pendekatan dan teknik berkait rapat. Dalam linguistik teoritis pula, memang terdapat hubungan dengan pengajaran bahasa kerana disiplin ini mengemukakan teori-teori linguistik yang boleh digunakan untuk memberi deskripsi tentang bahasa sebagai suatu sistem dan memberikan maklumat tentang bagaimana penutur-penutur bahasa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Teori linguistik tradisional merupakan teori huraian bahasa yang tertua yang memerihal bahasa menggunakan bahasa tulisan sebagai bahan kajian. Kajian ini tidak begitu saintifik dan penekanan kajian tertumpu dalam aspek penggolongan perkataan. Teori ini mempengaruhi kaedah nahu, kaedah terjemahan dan nahu-terjemahan. Pengajaran menekan kemahiran menulis dan tatabahasa yang diajar bersifat normatif dan preskriptif. Teori linguistik struktural muncul dalam abad kedua puluh dan menumpukan kajian terhadap struktur bahasa serta menganggap bahasa adalah pertuturan. Bahasa yang dijadikan kajian berbentuk lisan dan menganggap bahasa juga adalah alat komunikasi. Bahasa ialah suatu sistem, iaitu sistem bentuk-bentuk yang di dalamnya terkandung unsur-unsur, item-item yang jika digabungkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu akan menerbitkan ayat. Analisis semestinya berdasarkan fakta-fakta yang dapat dilihat dan mestilah objektif serta berdasarkan struktur. Unsur-unsur bahasa tidak dikaji secara terasing kerana unsur-unsur itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan suatu sistem yang besar dan di antara unsur-unsur itu ada pertaliannya antara satu sama lain. Teori ini mempengaruhi kaedah terus, kaedah fonetik, kaedah semula jadi, kaedah psikologi dan kaedah situasi. Tatabahasa tidak diajar secara formal dan aspek makna tidak dipentingkan. Teori linguistik tranformasi genaratif telah diasaskan oleh Noam Chomsky dan

tumpuan kajian terhadap aspek kecekapan yang dimiliki oleh penutur jati. Kecekapan berbahasa adalah sesuatu yang semula jati (innate) dan melaluinya seseorang itu boleh bertutur dengan membentuk ayat-ayat mereka sendiri. Kecekapan di sini dimaksudkan pada rumus-rumus atau peraturan-peraturan bahasa yang ada dalam pengetahuan seseorang yang akan digunakan untuk membentuk ayat-ayatnya sendiri ataupun untuk memahami dan menganalisis pertuturan ayat, iaitu struktur dalaman dan luaran. Berdasarkan teori ini tidak melahirkan kaedah-kaedah pengajaran dengan nama-nama tertentu tetapi pada dasarnya mereka memperakukan kaedah-kaedah pengajaran yang melibatkan proses mental. Bahan-bahan Pengajaran Bahasa Faktor penting untuk menjayakan program pengajaran bahasa ialah bahan. Bahan-bahan boleh menggerakkan pembelajaran, menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Ini akan mengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Tugas guru bahasa menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk situasi matlamatnya, membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat dan menjadikan tugas-tugas guru menarik serta bermanfaat. Bagi menghasilkan bahan-bahan seperti ini, pereka bentuk pengajaran bahasa mestilah bukan sahaja ahli bahasa tetapi juga ahli pedagogi. Sehubungan dengan itu, linguistik terapan memainkan peranan sebagai penggabung kedua-dua jenis ahli ini dalam mereka bentuk sesuatu pengajaran bahasa. Teori bahasa menghasilkan analisis bahasa yang sesuai dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Kedua-dua pendekatan teori bahasa dan teori pembelajaran digabungkan untuk menghasilkan bahanbahan pengajaran yang ditetapkan oleh objektif program pembelajaran tertentu. Linguistik dan pengajaran bahasa mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Pengetahuan linguistik sangat penting untuk seseorang guru bahasa. Pengetahuan linguistik ini dapat diterap dalam pengajaran bahasa. Teori-teori linguistik digunakan untuk menghuraikan unsur struktur-struktur bahasa. Aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya merupakan huraian yang dibuat. Hasil huraian ini menjadi model penting untuk guru bahasa, iaitu menjadi isi atau bahan pengajaran yang akan disampaikannya kepada pelajar. Guru dapat melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsi bahasa dengan tepat. Dengan adanya pengetahuan tersebut, guru akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajarnya. Huraian bahasa yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik teoritis, teori-teori pembelajaran dan manifestasi penggunaan bahasa dalam masyarakat akan membantu guru dalam pengajarannya. kesimpulan semantik Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks. Dalam hal ini ilmu semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang

betul dalam perbualan. Kita kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi dibandingkan dengan memilih denotasi. Namun demikian, jika kata itu mengandungi konotasi yang salah, ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak pendengar.

Selain itu, ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar, malah ada kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang tertentu. Kata mengandung, hamil, dan bunting mempunyai nilai emotif dan digunakan pada orang yang tertentu. Demikian juga jika kita berkata Diam! Jangan bising! bermakna orang yang kita hadapi itu mempunyai status yang sama atau lebih rendah daripada kita. Sebaliknya, jika kita berkata Tuan-tuan dan puan-puan diminta bertenang bermakna orang yang kita hadapi itu diangga p sedarjat tingkat sosialnya. Secara kesimpulannya, setiap teori dalam kajian semantik mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun begitu, rumusan yang dapat dibuat semasa melakukan kajian teori semantik, iaitu menggunakan teori imejan dalam memberikan makna sesuatu kata mengikut imej yang hadir di dalam minda kita. Teori imejan merupakan teori yang hanya dapat memberikan makna sesuatu kata berdasarkan kefahaman seseorang berkaitan dengan imej kata atau gambaran dalam proses memberi makna kepada perkataan tersebut. Namun demikian, terdapat kelemahan dalam teori ini yang hanya menggunakan imej sebagai pengukur makna perkataan. Hal ini kerana pendapat atau gambaran seseorang dengan individu yang lain amatlah berbeza dari segi pemberian makna. Makna Asosiatif 8 Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah katadengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu denganyang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorangapabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhiunsu r-unsur psikis,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikajid a l a m b i d a n g p s i k o l i n g u i s t i k ( S o e n j o n o D a r d j o w i d j o j o , 2 0 0 3 ) . Makna asosiasi inisebenarnya sama dengan perlambangan yang d i g u n a k a n o l e h s e s u a t u m a s y a r a k a t y a n g mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya, perkataan buaya

dikaitkan dengan jahat atau ganasatau membawa erti seorang laki -laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Be gitu jugadengan kata mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapic a n t i k d a n b e r b a u h a r u m d i n y a t a k a n u n t u k p e r l a m b a n g a n b e r s i h d a n s u c i . H a l i n i bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik,afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Maknaafektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaana t a u e m o s i p e m b i c a r a t e r h a d a p l a w a n b i c a r a a t a u t e r h a d a p o b j e k y a n g d i b i c a r a k a n d a n disampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi.Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna asosiatif turutm e m a i n k a n p e r a n a n p e n t i n g d a l a m m e n y u s u n t e k s i k l a n d a n b u k a n s a h a j a m a k n a referensial sahaja yang mesti ditonjolk a n . M a k n a a s o s i a t i f m e m a i n k a n p e r a n a n y a n g penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi9 tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudahapabila seseorang itu memahami makna asosiatif. ( Kushartanti et.al., 2005)

#25 Makna Gramatikal Menurut Darwis Harahap (1994: 49), gramatikal membawa maksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Makna gramatikal juga merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata, intonasi, dan bentuk. Abdullah Yusof (2009: 3) pula menjelaskan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal, seperti pengimbuhan, penyisipan, penggandaan dan pemajmukan.

i) Penyisipan

Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipan hadir di celah kata dasar. Walau bagaimanapun, sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak menghasilkan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan, iaitu em-, -el-, -er-, dan in-

. Sisipan ini digunakan dalam pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dan sesebuah kata yang menerima sisipan akan berlaku perubahan maknanya. Sisipan kata nama, iaitu el-, -er-, dan emmempunyai ciri yang terkandung boleh membawa makna sesuatu yang dalam kata dasar, seperti telunjuk,

gerigi dan kemucup.Bentuk sisipan kata adjektif pula, iaitu el-, -er-, em- dan in-, seperti selerak, gemuruh, dankerlip mendukung makna bersifat. Manakala bentuk sisipan kata kerja, iaitu el-, -er-, dan em- , kata nama dan kata adjektif akan menjadi sisipan kata kerja apabila melalui proses pengimbuhan, seperti menjelajah, bergerigi, dan bergemuruh.

ii) Pengulangan atau Penggandaan

Pengulangan atau penggandaan terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan, 1993: 49). Menurut Abdullah Hassan (2002: 36), kata ganda terbahagi kepada lima, iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak, gandaan bersisipan dan gandaan bebas. Dalam Tatabahasa Dewan (1993: 77), terdapat tiga jenis kata ganda, iaitu kata ganda seluruh atau penuh, kata ganda separa dan kata ganda berentak atau bersajak atau berima.

iii) Pemajmukan atau penggabungan

Tatabahasa Dewan (1993: 73) mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Menurut Abdullah Hassan (2002: 11) pula, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih, tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Makna kata majmuk merupakan makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal, iaitu proses pemajmukan. Makna kata majmuk berkaitan hubungan makna antara unsur yang membentuk paduan itu, yakni ada atau tidak makna yang muncul daripada hubungan makna antara unsur pertama dengan unsur kedua dari paduan tersebut. Makna kata majmuk dapat dilihat dari unsur-unsur pembentuknya sama ada makna itu terhasil daripada unsur pertama pembentuknya, unsur keduanya, atau daripada kedua-duanya. Oleh hal yang demikian, kata majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal kata itu.

iv Pengimbuhan

Gramatikal merupakan proses perubahan bentuk kata yang terjadi kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan melahirkan makna-makna gramatis. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran ataupun apitan. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar. Hal ini bermakna bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar. Contohnya, daripada kata dasar batas, dapat diberikan pelbagai pengimbuhan pada kata tersebut seperti dibatas, perbatas, pembatas, berbatas,

terbatas, membataskan, batasan, keterbatasan, dan pembatasan. Dengan adanya pelbagai bentuk imbuhan pada kata dasar batas, makna kata tersebut juga menjadi pelbagai.

ULASAN : Dalam bahasa Melayu makna gramatikal dianggap sebagai satu ciri yang istimewa. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan maknanya melalui pelbagai proses seperti proses penyisipan, pengulangan, pemajmukan dan pengimbuhan. Dengan melalui pelbagai proses yang hanya terdiri daripada beberapa kata, huruf, atau bunyi dengan jumlahnya yang terhad, ia dapat memberikan makna yang lengkap dan tepat. Walaupun kata, huruf dan bunyinya terbatas dan jumlahnya terhad, namun penutur jati atau orang Melayu dapat membezakan maknanya. Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk

oleh suatu lambang. Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses. Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen. Merujuk kepada Makna Referensial pula, ia berbeza dengan Makna Nonreferensial.Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada ataut i d a k r e f e r e n b a g i p e r k a t a a n perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim, 2 0 0 4 ) . A p a b i l a perkataan mempunyai referen, maka perkataan t ersebut mempunyai makna referensial.C o n t o h n y a b e g , k a s u t dan pakaian. Perkataan yang tidak mempunyai referen, seperti kerana, namun, walaupun , tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Perkataan yangtermasuk dalam kategori kata penuh seperti makan, tidur, cerdik, cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. Manakala perkataan yang tergolong sebagaikata tugas seperti kata hubung, kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan5 nonreferensial

Anda mungkin juga menyukai