Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

LAPORAN BIG

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 4/2013 Tarikh:25-28 SEPTEMBER 2013 Tempat: Kampung Pejuang Kelulit, Kuala Sibuti 25 September 2013 Pada 25 september 2013 guru pelatih semester 4 telah mengadakan program Bina Insan Guru fasa yang ke-4. Program tersebut telah dibuat di Kampung Pejuang Kelulit, Kuala Sibuti. Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam bermula pada 25 september sehingga 28 september 2013. Perjalanan kami untuk pergi ke Kampung Kelulit terdapat tiga trip dan saya menaiki trip bas yang ke -2. Kami dikehendaki berkumpul di hadapan blok pentadbiran tepat pada jam 1 petang bagi perjalanan trip yang ke-2. Tepat jam 1 petang kami bergerak ke Kampung Kelulit dan perjalanan untuk ke lokasi berkenaan adalah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami sampai ke lokasi program lebih kurang pada jam 2.30 petang dan kedatangan kami disambut baik oleh penduduk kampung tersebut. Apabila sampai sahaja ke kampung tersebut kami bekerjasama untuk menyusun barang-barang yang dibawa untuk keperluan program tersebut. Sebelum program bermula kami telahpun diberikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan kami terdapat 4 orang ahli dan saya telah menjadi ketua kumpulan bagi kumpulan kami. Program bermula pada jam 9 malam iaitu Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Dalam LDK tersebut kami hanya melakukan perbincangan mengenai persembahan yang akan kami persembahan pada malam kebudayaan. Kumpulan kami digabungkan dengan 2 buah kumpulan yang lain untuk membuat persembahan pada malam kebudayaan. Kumpulan kami telah ditugaskan untuk

mempersembahkan koir pada malam tersebut. Dalam perbincangan tersebut kami telah sepakati untuk membawa lagu cina dan lagu 1 malaysia untuk dipersembah pada malam kebudayaan tersebut. Perbincangan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana terlalu banyak idea yang disumbangkan dalam perbincangan tersebut. Perbincangan tamat sekitar jam 11 malam untuk memberi masa kepada guru pelatih bermuhasabah diri sebelum tidur malam.

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

26 september 2013 Program bermula pada jam 6 pagi iaitu selepas solat subuh. Aktiviti yang pertama adalah senaman pagi yang diketuai oleh Syaheir Amin. Senaman tersebut hanya dibuat senaman yang ringan sahaja agar guru pelatih tidak berasa letih. Perasmian program telah dilakukan lebih kurang jam 9 pagi. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri iaitu Encik Bedui. Selepas sahaja perasmian program tersebut, aktiviti penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat dijalankan dan kumpulan kami telah mendapat keluarga angkat yang bernama Puan Pasung binti Sahir dan

suaminya Encik Lalih bin Pindek. Keluarga tersebut adalah berbangsa kedayan yang mana ia bukan sahaja terdapat di Sarawak malah di Sabah dan brunei. Selepas itu, kami terus sahaja bergerak ke rumah keluarga angkat yang tidak jauh daripada tempat penginapan kami di kampung tersebut. Setibanya sahaja di rumah keluarga angkat, kami mendapat layanan yang amat baik daripada mereka. Mereka telah menyediakan makanan dan minuman yang lazat kepada kami. Kami dengan sopannya menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Kami juga telah dibawa ke dusun buahbuahan mereka untuk membuat sedikit gotong-royong untuk membersihkan kawasan dusun mereka sambil memetik buah-buahan yang telah masak bak kata pepatah menyelem sambil minum air . Selain itu, kami juga melakukan aktiviti memancing di dusun berkenaan kerana dusun tersebut terdapat kolam yang besar yang mempunyai banyak ikan namun nasib tidak menyebelahi kami kerana kami tidak mendapat apa-apa hasil semasa kami memancing. Namun demikian, ia tidak melunturkan semangat kami untuk bekerjsama dalam kumpulan untuk membantu keluarga angkat untuk membersihkan kawasan dusun mereka.

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Gambar 1: Aktiviti memancing.

Sekitar jam 1 petang kami pulang ke rumah untuk melaksanakan solat zohor di rumah. Kami sekali lagi dihidangkan dengan hidangan yang menyelerakan selepas sahaja selesai menyempurnakan solat zohor. Masakan yang dihidangkan adalah bertemakan masakan ala-ala kampung. Kami juga telah dibawa untuk menziarahi ke rumah sanak saudara keluarga tersebut. Selain dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan sanak saudara keluarga angkat kami juga dapat berjalan-jalan di sekitar kampung tersebut kerana sanak saudara mereka juga merupakan penduduk kampung ini dan juga menjadi keluarga angkat pada kumpulan lain.

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Gambar 2: Menziarahi rumah sanak saudara keluarga angkat.

Gambar 3: Makan dengan sanak saudara keluarga angkat.

Pada jam 6 petang, kami pun pulang ke tempat penginapan kami dan meninggalkan keluarga angkat kami kerana aktiviti bersama keluarga angkat telah ditetapkan sehingga jam petang sahaja. Kami diberikan masa untuk mengurus diri dan bermuhasabah diri selapas aktiviti tersebut sehingga jam 9 malam.
5

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Tepat jam 9 malam, LDK 2 telah dijalankan iaitu membuat refleksi daripada aktiviti bersama keluarga angkat sebentar tadi. Beberapa orang telah dijemput untuk membentangkan refleksi mereka kepada semua sebagai perkongsian kepada guru pelatih yang lain. Terdapat pelbagai pendapat yang telah diutarakan oleh mereka semesa mereka memberikan perkongsian refleksi tersebut. Antaranya adalah teknik untuk bersosial dengan orang sekeliling kita, adab yang perlu dijaga semasa bersosial dengan orang sekeliling dan banyak lagi. Selepas itu, kami diberikan sedikit masa untuk melakukan latihan bagi memperkemas dan memantapkan lagi persembahan kami untuk dipersembah pada malam kebudayaan yang akan dijalankan pada malam yang seterusnya. Kami menjalankan latihan lebih kurang sejam sebelum manamatkan latihan untuk tidur sebagai persediaan bagi aktiviti pada esok hari. 27 september 2013 Program bermula sama seperti kemarin iaitu pada jam 6 pagi iaitu selepas solat subuh. Aktiviti yang pertama adalah senaman pagi yang diketuai oleh Windy Rosman. Windy membuat senaman yang dinamakan chicken Dance yang mana guru pelatih mestilah bersenam dan menari. Pada jam 9 pagi, aktiviti gotong-royong dijalankan di kampung tersebut. Terdapat 5 zon dalam aktiviti gotong-royong tersebut dan kumpulan kami telah mendapat zon 4 untuk melakukan gotong-royong. Kami bergotong-royong untuk membersihkan kampung tersebut daripada sampah-sarap yang dibuang merata-rata di kampung tersebut. Selain itu, kami juga menanam anak-anak pokok bunga di sekitar jalan raya kampung tersebut untuk menceriakan lagi kawasan kampung tersebut.

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Gambar 4: Gotong-royong bersama penduduk kampung.

Selesai sahaja kami bergotong-royong, orang kampung dengan baik hatinya telah menyediakan makanan dan minuman kepada kami. Kami bukan sahaja dapat berahat malah dapat menjamu selera dengan makanan ringan yang lazat yang disediakan oleh orang kampung di sana. Selain itu, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim kami kepada penduduk kampung tersebut tanpa mengira agama dan bangsa. Aktiviti gotong-royong tamat pada jam 11 untuk member laluan kepada guru pelatih bersedia dan muhasabah diri untuk menunaikan solat jumaat secara berjemaah. Aktiviti solat jumaat di surau tela diuruskan oleh pihak kami daripada bilal, khatib dan imam. Pada jam 2 petang, kami juga menganjurkan aktiviti sukaneka kepada muridmurid di sekolah yang terdapat di kampung tersebut. Kumpulan kami telah ditugaskan untuk membuat satu sukaneka kepada murid-murid tahap 1. Kami telah membuat sukaneka yang bernama bola mati. Dalam sukaneka tersebut muri -murid tersebut hendaklah bekerjasama membawa bola menggunakan kepala melintasi jalan yang telah kami sediakan. Dalam sukaneka ini, kerjasama adalah sangat penting kerana tanpa kerjasama dalam kumpulan maka bola tersebut tidak akan dapat dibawa menggunakan kepala untuk melintasi jalan yang kami sediakan itu. Selesai sahaja sukaneka tersebut, aktiviti penyampaian hadiah terus dijalankan untuk memberikan hadiah kepada kumpulan yang menang. Sukaneka tersebut dijalankan lebih kurang 2 jam lebih sahaja.
7

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Gambar 5: Sukaneka murid-murid tahap 1.

Pada jam 9 malam, acara malam kebudayaan bermula yang mana pada malam tersebut semua kumpulan hendaklah mempersembah persembahan kumpulan masing-masing. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang ke-2 untuk mempersembah persembahan kumpulan kami. Kumpulan kami telah

mempersembah lagu koir hasil latihan kami selama 2 malam. Terdapat pelbagai jenis persembahan yang dibuat pada malam tersebut antaranya karut komedia, nasyid, dikir barat dan banyak lagi. Selain guru pelatih, penduduk kampung juga mempersembah beberapa persembahan pada malam tersebut seperti tarian zapin, lagu tradisional dan sebagainya. Persembahan penduduk kampung tersebut sememangnya menarik dan menyeronokkan kerana mereka mempersembahkan tarian zapin mereka dengan cara mereka sendiri. Ianya sememangnya amat unik bagi kami kerana jarang dapat melihat persembahan seperti itu. Sekitar jam 11.30 malam, aktiviti malam kebudayaan itu pun selesai dan guru pelatih pun bermuhasabah diri sebelum tidur.

28 september 2013 Hari tersebut merupakan hari yang terakhir kami untuk berada di kampung Kelulit sebelum pulang ke maktab. Pada hari yang terakhir ini, kami hanya membuat majlis penutupan sahaja sebagai simbolik program yang kami jalankan di kampung
8

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

ini. Majlis penutupan bermula tepat pada jam 11 pagiiaitu setelah semua guru pelatih telah siap berkemas untuk pulang ke maktab. Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh kem komanden program berkenaan iaitu Encik James selaku pensyarah kaunseling di maktab. Majlis penutupan berakhir pada jam 1 petang. Selesai sahaja majlis tersebut, kami diberi peluang untuk berjumpa dengan keluarga angkat untuk kali yang terakhir sebelum berangkat pulang ke maktab. Pada masa itu, kami telah menyerahkan cenderahati daripada kumpulan kami kepada keluarga sebagai tanda penghargaan di atas jasa mereka sepanjang program ini dijalankan di kampung berkenaan. Selain itu, kami juga menangkap beberapa gambar bersama keluarga angkat sebagai tanda kenangan kepada keluarga angkat tersebut. Pada jam 2 petang, kami berangkat untuk pulang ke maktab semula untuk meneruskan perjuangan di sana. Kami tiba di maktab sekitar jam 4 petang kemudian terus menyimpan barang keperluan BIG di stor BIG maktab bersama-sama sebelum pulang ke asrama. Sekian terima kasih.

Gambar 6: Gambar kenangan berssama keluarga angkat.

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

REFLEKSI

10

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Refleksi: MOHD HAFIZUDDIN BIN ROSLI No Matriks:2012021340060 Aktiviti kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang wajib dilaksanakan berdasarkan garis panduan Program Bina Insan Guru semester empat yang telah ditetapkan untuk guru pelatih di seluruh institut pendidikan guru ( IPG ). Matlamat Program Bina Insan Guru pada kali ini ialah program ini menjadi salah satu pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Manakala, objektif program Bina Insan Guru Fasa 4 ini adalah : Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepaka t, bekerjasama dan bertanggung jawab kepada pasukan. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapesonal serta perpaduan masyarakat. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa de ngan berkesan. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan tolong-menolong dan sedia memberi sumbangan dalam kehidupan seharian. Sepanjang proses persediaan melakukan Progam BIG kali ini, para peserta telah mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali yang mana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing.
11

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

Semasa menjalani program Bina Insan Guru bagi fasa yang ke-4 ini, saya dan rakan guru pelatih yang lain telah berpeluang untuk mengadaptasi diri dengan keadaan persekitaran masyarakat iaitu keluarga angkat kami masing-masing. Tidak dinafikan perasaan gementar untuk berhadapan iaitu berkomunikasi dengan keluarga baru apatah lagi keluarga angkat saya pada kali ini adalh berlainan bangsa dan agama. Namun saya terus cekalkan hati saya untuk mencuba sesuatu yang baru. Peluang mendapat keluarga angkat di Kg Kelulit , miri peluang yang sangat berharga dan amatlah rugi jika disia-siakan. Selain itu, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan memberikan impak yang sangat mendalam kepada diri saya. Aktiviti yang diberikan sebagai contoh iaitu semasa aktiviti refleksi. Sebenarnya aktiviti ini ialah merupakan aktiviti yang amat menarik perhatian saya. Selepas mendengar rakan guru pelatih saya membuat refleksi, saya sedar bahawa saya semakin mengenali mereka dan saya bersyukur kerana dapat mengenali meraka sebagai rakan-rakan saya. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat mendengar pelbagai luahan rasa iaitu pengalaman mereka, apa yang mereka rasa , apa yang mereka lalui dan sebagainya. Saya juga sedar bahawa amatlah penting bagi kita untuk menepati masa dan mengurus masa dengan baik. Pada program kali ini, saya telah menyedari bahawa pengurusan masa saya adalah lebih baik berbanding BIG fasa pertama dahulu. Perkara ini saya sedari sendiri dan juga mungkin dialami oleh guru pelatih masingmasing. Perkara seperti ini merupakan satu peningkatan yang sangat baik dan amat penting untuk diri setiap guru pelatih, bak kata pepatah masa itu emas. Pada program kali ini juga saya telah ditempatkan dalam kumpulan 15 iaitu terdiri daripada Noor Amiza , Tu Hong Hing, Lawrence dan saa sendiri. Pada pendapat saya secara peribadi, saya amat bertuah ditempatkan dalam kumpulan ini kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sebelum ini dan hanya mengenali sedikit sahaja mengenai mereka. Dikesempatan ini saya telah berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan juga bekerjasama dengan mereka sebagai satu kumpulan. Setiap tugasan yang diberikan membolehkan kami mengamalkan komunikasi sosial yang tinggi melalui kerjasama dalam kumpulan dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Tidak dinafikan banyak pengalaman menarik yang kami tempuhi bersama sepanjang
12

merupakan satu

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

program BIG dijalankan. Disini saya sedar semangat bekerjasama dalam kumpulan amatlah penting dan sentiasa melibatkan diri secara aktit adalah amat berbaloi kerana dapat memberikan sumbangan secara bersama. Sebagai bakal pendidik kelak saya sedar kemahiran sosial dan berkomunikasi amatlah penting untuk dititik beratkan. Kerjaya sebagai seorang guru bukan sahaja mendidik anak bangsa bahkan merupakan egen perubahan kepada masyarakat. Program BIG fasa ke-4 yang bertemakan Kembara sosial Dan Khidmat Masyarakat ini telah memberi pengalaman baru kepada kami mengenai aktiviti luar yang berkonsepkan khidmat dan interaksi sosial dengan persekitaran dan anggota masyarakat. Untuk menjadi seorang guru, hubungan dengan komuniti, bukan sahaja dengan komuniti sekolah, tetapi juga komuniti masyarakat adalah penting disebabkan guru menjadi role-model kepada mereka. Segala tindak tanduk serta tutur kata kami sebagai bakal guru akan diperhatikan dan dinilai oleh mereka yang berada disekeliling kami.

Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK), saya telah menyedari banyak perkara baru mengenai kekuatan diri, kelemahan diri dan sebagainya. Terdapat pelbagai aspek diri telah dicungkil melalui aktivit dalam LDK. Saya sedar, sebagai bakal pendidik kelak, adalah amat penting bagi saya untuk mempersiapkan diri kepada risiko dalam bidang kerjaya yang amat saya minati ini. Sebagai bakal pendidik, saya haruslah sentiasa tabah, rajin, berusaha, tidak mudah putus asa, rasional dalam mengambil tindakan, cuba mengeratkan silaturahim dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang penting sebagai seorang bakal pendidik.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam LDK amat berguna kepada saya dan boleh dijadikan sebagai satu cara untuk saya lebih mengenali anak-anak didik saya kelak. Sebenanya aktiviti dalam LDK yang dijalankan banyak menekankan kepada kemahiran emosi, kemahiran berfikir dan kemahiran sosial. Dengan adanya penerapan beberapa kemahiran ini, diri setiap individu dapat dipertingkatkan lagi. Cara ini boleh saya aplikasikan semasa saya menjadi pendidik kelak. Apa yang
13

LAPORAN DAN REFLEKSI BIG FASA 4 2013

jelas, kami sebagai bakal pendidik haruslah lebih peka kepada aspek-aspek yang melibatkan keperibadian sebagai seorang guru di samping menjadikan FPK dan FPG sebagai tunjang selama menyarung identiti sebagai seorang pendidik dan mencurahkan bakti sepenuhnya kepada anak bangsa kelak. Dalam program kali ini para guru pelatih berpeluang mempunyai keluarga angkat masing-masing. Kesempatan mempunyai keluarga angkat ini merupakan salah satu cara kita untuk berada lebih dekat dengan masyarakat disekeliling kita. Amalan seperti ini boleh kita lakukan apabila kami sudah mula bekerja kelak. Dimana kami akan ditempatkan di tempat-tampat yang jauh di pedalaman yang mana kami tidak mengenali sesiapa pun. Oleh yang demikian adalah amat penting berada lebih dekat dan rapat dengan masyarakat kerana mereka merupakan orangorang yang boleh kita harapkan semasa kita berada seorang diri di sana kelak. Selain itu dengan adanya hubungan yang erat dengan masyarakat maka lebih muda untuk guru mengadaptasi sesuatu keadaan sosial,ekonomi, pendidikan dan sebagainya dalam sesuatu masyarakat. Bagi pandangan saya, saya berasa amat betuah kerana mempunyai keluarga angkat iaitu Puan Pasung binti Sahir dan suaminya Encik Lalih bin Pindek. Kesimpulannya, sebagai bakal guru pada masa hadapan maka adalah penting bagi kami untuk sentiasa bersiap sedia untuk memikul beban dan menggalas tanggungjawab ketika memikul sesuatu tugas yang berat di samping sentiasa bekerjasama demi kebaikan bersama.

14

Anda mungkin juga menyukai