Anda di halaman 1dari 3

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet PISMP Ambilan Jan 2012

Pada 3 Julai 2013 (Rabu), ahli Pandu Puteri Kadet telah menjalankan pendidikan komuniti di SK Melanggang Baru, Tuaran. Pendidikan komuniti ini dijalankan selama 2 jam 30 minit, iaitu mulai pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Kami seramai 25 orang ahli dibahagi kepada 2 kumpulan. Patrol cempaka dan kenanga ditugaskan untuk mengajar pertolongan cemas, manakala patrol teratai dan melur ditugaskan untuk mengajar ikatan dan simpulan. Bersempena bulan kecergasan di SK Melanggang, ahli pandu puteri kadet memimpin para pelajar membuat senam robik sebelum waktu persekolahan bermula. Memandangkan bulan ini merupakan bulan kecergasan, maka semua guru dan pelajar pun memakai baju sukan ke sekolah untuk menyambut bulan kecergasan ini. Semua pelajar dan guru kelihatan riang semasa membuat senaman robik. Sebagai tanda berterima kasih terhadap pihak sekolah kerana membenarkan kami melakukan pendidikan komuniti, kami telah menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah. Kami juga mengagihkan makanan ringan kepada para pelajar. Seterusnya, kami pun menjalankan pendidikan komuniti. Kumpulan saya bertanggungjawab membentangkan tajuk pertolongan cemas. Selepas

menerangkan konsep pertolongan cemas, kami pun mendemonstrasikan cara membalut tangan yang patah. Pelajar kemudiannya dikehendaki menjalankan amali ini dengan rakan berpasangannya. Selain itu, kami juga mendedahkan cara melipat kain anduh kepada para pelajar. Selepas selesai mengajar pertolongan cemas, kami pun membawa pelajar menyanyikan action song. Kami menyanyi lagu bersertakan aksi-aksi yang comel. Muka pelajar kelihatan riang dan gembira semasa interaksi dijalanakan. Di samping itu, kami juga membuat persembahan untuk menghiburkan pelajar. Misalnya, kami menyanyi lagu Potong Bebek Angsa, Move A Little Bit, Aram Sam Sam dan sebagainya. Selain itu, kami juga memainkan permainan Goreng Pisang di dalam kelas sedangkan semua pelajar telah menguasai balutan tangan.

Aktiviti ini diakhiri dengan lawatan ke sekitar kawasan sekolah. Kami berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk menjalanakn pendidikan komuniti di sekolah ini. Ini merupakan pengalaman yang berharga untuk kami semua kerana kami akan praktikum dalam semester 5 yang akan datang ini. Kami berharap agar dapat mengunjungi SK Melanggang, Tuaran pada masa depan.

Disediakan oleh,

5 Julai 2013.

___________________ (KOK YING YING) AJK Dokumentasi, Pandu Puteri Kadet, IPG Kampus Kent, Tuaran.

Lampiran Gambar Pendidikan Komuniti

Ahli Pandu Puteri membimbing pelajar buat senam robik.

Kami mengambil gambar dengan pelajar selepas pengagihan makanan ringan.

Anda mungkin juga menyukai