Anda di halaman 1dari 35

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

PENGHARGAAN

Kepada Dr. Nor Hafizah binti Selamat dan Dr. Shariffah Suraya binti Syed Jamaludin khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada kami terutamanya memberi tunjuk ajar dalam proses menemuramah respondan-respondan dengan tujuan menyempurnakan kajian kursus ini. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr berdua . Alhamdulilah, kerja kursus ini berjaya disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Kerjasama dan sumbangan idea-idea yang diberikan oleh respondan dan ahli kumpulan kami amat memberangsangkan.Kejayaan menyiapkan kerja kursus ini adalah satu penghargaan kepada semua ahli kumpulan ini. Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini banyak yang telah kami pelajari benda baru dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami. Dalam masa yang sama juga,sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini kami dapat mendalami dan menambah minat terhadap kursus tingkahlaku manusia dan masyarakat . kami juga dapat pelajari bagaimana tingkahlaku pelajar di Universiti Sains Malaysia mengenai cara mereka berfesyen terutamanya pelajar perempuan islam. Selain itu, melalui proses menemuramah respondan kami dapat mengenali kenalan baru mengikut pusat pengajian dan tahun berlainan. Akhir kata daripada kami, kerja kurus yang diberikan dapat memanfaatkan semua pelajar dan semoga kerja kursus ini dapat dijalankan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

ISI KANDUNGAN

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengkaji persepsi pelajar wanita Islam di Universiti SainsMalaysia terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat.Tujuan kajian ini adalah

mengenaipandangan pelajar wanita Islam tentang fesyen pakaian wanita Islam terkini, pandangan terhadapfesyen terkini pakaian wanita Islam yang menepati syarak dan juga mengetahui tahap kefahamanpelajar wanita Islam mengenai tuntutan menutup aurat.Kajian ini dilakukan di sekitar kawasan USM.Kami telah memilih seramai 15 orang respondan dalam kalangan pelajar perempuan Islam.Kami telah memilih kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Kajian kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan soal selidik dan temubual sebagai instrument kajian. Objektif kajian yang dijalankan oleh kami ialah untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar islam di USM mengenai tuntutan menutup aurat mengikut perspektif islam. Selain itu, untuk mengetahui persepsi pelajar mengenai budaya berfesyen samaada mengikut syarak atau tidak.Kami juga telah menebual respondan dalam kalangan pelajar daripada pusat pengajian yang berbeza, dan tahun pengajian yang berbeza.

Dalam kajian ini kami telah menyatakan beberapa definisi mengikut pandangan islam, fesyen terkini, tuntutan agama terhadap cara pemakaian yang mengikut syarak islam dan sebagainya. Dalam kandungan ini juga, kami telah menghuraikan pendapat dan persepsi pelajar perempuan islam di USM. Kami telah menyediakan graf dan carta bagi pengumpulan segala data untuk mengetahui tahap pandangan pelajar mengenai budaya berfesyen dalam kalangan pelajar di USM.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Fesyen mengikut Islam


Sebenarnya tidak salah mengikut arus, tetapi dalam kecenderungan kita menjadi sebahagian daripada perubahan, ada batas serta peraturan yang perlu dipatuhi khususnya sebagai umat Islam, tuntutan agama sentiasa menjadi penanda aras terhadap apa juga tindakan yang ingin kita lakukan.

Sekali lagi, tidak salah bergaya untuk kelihatan cantik kerana Allah sukakan yang cantik, tetapi biarlah kecantikan itu yang benar-benar cantik. Dalam erti kata lain, kecantikan pemakaian tudung biarlah mengikut syariat serta matlamat utama kenapa ia diwajibkan terhadap perempuan Islam.

Apa yang terjadi sekarang, pemakaian tudungnya sangat cantik dengan pelbagai gaya, tetapi secara keseluruhan ia gagal memenuhi hikmah disyariatkan bertudung apabila baju dipakai melekat pada badan, berada di atas punggung dan seluar pula mengikut bentuk kaki, tidak kira yang kurus panjang atau tidak kurang yang padat berisi.

Malah, ada yang apabila duduk, ternampak pula sebahagian kulit badan di belakang walaupun rambut yang menjadi sebahagian aurat sudah elok tertutup. Itu yang menimbulkan persoalan, inikah cara berpakaian yang dianjurkan Islam kerana rasanya semua tahu akan jawapannya.

Perkembangan ini antara sedar atau tidak turut memberi gambaran salah terhadap konsep menutup aurat yang disarankan agama Islam.Oleh itu, marilah bersama kita menilai, memikirkan semula serta mengambil tindakan sebaiknya supaya niat memenuhi tuntutan agama benar-benar memberi manfaat serta ganjaran pahala, bukan sebaliknya, menjadi usaha sia-sia.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Ahzab, ayat 59)

Ini hanyalah pandangan peribadi kerana kami akur naluri manusia yang berbeza serta pandangan terhadap sesuatu itu pelbagai mengikut tahap kefahaman atau cara mereka ingin memahami sesuatu peraturan dan syariat agama. Tetapi sebagai insan kerdil yang melihat berlaku kelemahan dalam masyarakat, rasanya tidak salah saya membangkitkan isu ini.

Tambahan dengan pembaharuan yang berlaku begitu pantas, industri pakaian serta fesyen turut menerima tempiasnya maka kita dapat lihat macam-macam rekaan terkini memenuhi pasaran.Ada yang sesuai untuk wanita Islam dan ada jelas tidak mematuhi kehendak syarak.Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu, tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak dengan memastikan pakaian itu hendaklah menutup aurat mereka, menutup dengan sebenar-benarnya.

( Adi : 2012 )

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Antara tujuan berpakaian itu ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian yang tertentu.Jika mereka memilih pakaian nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakai sudah tidak berfungsi lagi.

Islam memerintahkan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar menutup aurat denganberpakaian supaya elok dipandang oleh mata.Tujuanpakaian dalam perspektif Islam adalah untuk menutup aurat dan untuk berhias. (Akmal Hj. Mhd.Zain, 2006 : 166).

Persoalan mengenai aurat merupakan antara aspek prinsip kepada setiap muslim terutamanya wanita Islam. Kewajipan menutup aurat terpikul apabila seseorang telah mencapaiusia baligh. Allah S.W.T. mahu manusia mempunyai pedoman dalam membuat pilihan yangbetul dan tepat untuk kebaikan manusia sendiri khususnya tuntutan menutup aurat.Budaya fesyen pakaian memang tidak dapat dipisahkan dari kalangan wanita. Jika kita perhatikan hari ini wanita memang suka meniru fesyen pakaian yang baru dilihatnya. Mereka menganggap pakaian yang mereka tiru itu sesuai dengan mereka (Zurina Hj Mohd Yunus, 2002:10).

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pakaian dalam islam


Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:

i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat

ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah AlAlbi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.

Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".

iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.Pakaian yang dibuat

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.

v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".

vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

8 kesalahan ketika memakai tudung


1. Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja sedangkan bahagian lain tidak ditutup. 2. Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek 3. Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya (kebaya, terutamanya) 4. Bertudung tetapi baju atau seluar sendat, sempit dan nipis, lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda. 5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut 6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 7. Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 8. Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leler, tenguk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia tidak tepat sama sekali.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Tips berfesyen yang betul


Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang Baju mestilah labuh dan longgar Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali igalakkan untuk memakai sarung kaki Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah

( Izzeyda, 2011 : majalah wanita )

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pernyataan Masalah
Jika diperhatikan situasi hari ini, menunjukkan ramai wanita Islam memilih fesyen dan bentukpakaian jenis kontemporari dan ranggi. Lebih-lebih lagi, pelbagai koleksi busana muslimah yangwujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat wanita Islam berpakaianmenepati cita rasa moden dengan penampilan gaya elegan. Ia dilakukan dengan melihatbagaimana penerimaannya di kalangan wanita itu sendiri. Ini menggambarkan seolaholahmereka memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah S.W.T. tetapi hanyasebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah.

Begitu juga dengan cara pemakaian bertudung. Realiti wanita Islam pada zaman sekarang bertudung. Namun begitu, adakah mereka memahami menutup aurat itu hanya bermaksud menutup kepala sahaja atau rambut yang wajib ditutup? Adakah mereka yang bertudung itu atasdasar memahami tentang hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada keluarga, kawankawandan persekitaran?Apa yang mendukacitakan, terdapat golongan yang memahami tentangkewajipan menutup aurat tetapi tidak melaksanakannya dengan memberi pelbagai alasan.Ramai di kalangan remaja pada usia belasan dan awal 20-an hanyut dibuai arus fesyen.Dalam keghairahan mereka membentuk imej tersendiri yang kontemporari dan ranggi, ramaiyang terlupa tentang batasan seorang muslimah. Para pelajar institusi pengajian tinggi juga tidakketinggalan dalam berfesyen mengikut arus zaman moden walaupun terdapat kod etikaberpakaian yang telah digariskan oleh pihak pentadbiran pengajian tinggi sendiri terhadapmereka tetapi masih melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, adakah fesyen pakaianterkini mengikut lunas-lunas Islam yang telah ditetapkan?Isu fesyen wanita Islam masa kinitelah menarik perhatian kami menjalankan kajian ini keranapermasalahan ini menjadi satu kekeliruan kepadamasyarakat Islam kini terutamanya berkaitan dengan soal tuntutan syarak.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Responden Tahun Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Seni Komunikasi Biologi Sains Fizik Ilmu Pendidikan Ilmu Kemanusiaan Sains Kimia Sains Matematik Pengurusan 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 1 2 Pertama (orang) Kedua (orang) Ketiga (orang)

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kami telah menemuramah seramai 15 orang responden dari pelbagai pusat pengajian.Antaranya adalah Pusat Pengajian sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian Komunikasi, Pusat Pengajian Seni dan sebagainya. Seramai 2 orang responden dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, 3 orang responden dari Pusat Pengajian Komunikasi, 2 orang responden dari Pusat Pengajian Sains Matematik dan 2 orang responden dari Pusat Pengajian Seni serta setiap seorang dari Pusat Pengajian Pengurusan, Sains Kimia, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu Pendidikan, Sains Fizik dan Sains Kemasyarakatan. Dalam borang soal selidik ini kami telah mengajukan beberapa soalan kepada 15 orang responden yang telah ditemu ramah.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Soalan pertama yang telah kami ajukan adalah makna fesyen mengikut Islam.Kami telah mendapat pelbagai respon atau jawapan dari responden yang telah ditemuramah. Seramai 5 orang responden mengatakan fesyen yang mengikut Islam adalah menggunakan pakaian yang menutup aurat sperti menutup dada, tidak jarang hingga menampakkan bentuk tubuh badan, longgar dan sebagainya dan 5 orang responden lagi mengatakan bahawa tidak salah jika seseorang individu itu berkeinginan untuk berfesyen tetapi fesyen tersebut hendaklah mengikut syarak Islam. 2 orang responden berpendapat bahawa fesyen yang mengikut Islam adalah mengikut keselesaan dan selebihnya adalah fesyen yang menyerlahkan personaliti masing-masing dan menunjukkan warna yang bersesuaian dan tidak begitu menyerlah. 10 orang responden yang mengatakan fesyen yang mengikut Islam ini adalah mahasiswi dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Seni, Sains Fizik, Ilmu Kemanusiaan, Sains Matematik, Pengurusan dan Komunikasi. Manakala selebihnya adalah mahasiswi dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Ilmu Pendidikan, Sains Kemasyarakatan dan Seni.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.0 Definisi fesyen mengikut Islam oleh pelajar USM Jenis Definisi Menutup aurat Keselesaan Mengikut fesyen Menyerlah personaliti Warna yang bersesuaian Jumlah Pelajar(orang) 5 2 5 1 2 Peratus(%) 34 13 34 6 13

Graf 1.0 Definisi fesyen mengikut Islam oleh pelajar USM

35 30 25 20 15 10 5 0 menutup aurat keselesaan mengikut fesyen meyerlahkan personaliti warna yang bersesuaian

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Seterusnya, kami bertanyakan jenis pakaian yang mengikut syarak Islam.Kami telah mendapat pelbagai jawapan atau respon dari responden.Seramai 9 orang responden berpendapat bahawa pakaian yang mengikut syarak Islam adalah pakaian yang menutup aurat iaitu tidak jarang, tidak ketat, menutup dada, berbaju lengan panjang dan sebagainya.Manakala 5 orang responden mengatakan bahawa pakaian yang mengikut syarak Islam adalah berbaju kurung, pakaian yang labuh yang menutup punggung, dan jubah dan selebihnya pula menggunakan pakaian yang menunjukkan warna yang bersesuaian. 9 orang responden yang mengatakan pakaian yang mengikut syarak Islam merupakan pakaian menutup aurat adalah pelajar dari Pusat Pengajian Pengurusan, Sains Matematik, Sains Kemasyarakatan, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu Pendidikan, Sains Fizik, Sains kajihayat dan Komunikasi manakala selebihnya adalah pelajar dari Pusat Pengajian Seni, Sains Kimia dan Sains Matematik.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.2 Jenis pakaian mengikut Islam Jenis pakaian Menutup aurat Warna yang sesuai Baju kurung dan labuh Jumlah pelajar(orang) 9 1 5 Peratus( %) 60 6 34

Carta 1.2 Jenis pakaian mengikut Islam

menutup aurat warna yang sesuai baju kurung

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Berikutnya kami bertanyakan tentang pendapat mereka iaitu 15 orang responden tersebut mengenai fesyen mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya mahasiswi Islam.Pelbagai pandangan positif mahupun berbaur negatif yang kami perolehi. Seramai 8 orang responden mengatakan bahawa mahasiswi Islam di USM ini berpakaian mengikut syarak Islam contohnya mengenakan tudung labuh, berbaju kurung dan berbaju labuh dan mahasiswi Islam ini juga turut mengikuti peredaran fesyen semasa manakala 4 orang responden berpendapat bahawa mahasiswi Islam di USM ini mengikuti peredaran fesyen masa kini dan pada masa yang sama meniru gaya artis yang diminati contohnya pemakaian tudung atau shawl yang meniru gaya Najwa Latif. Selebihnya pula memberi pandangan bahawa sesetengah mahasiswi Islam di USM ini mengenakan fesyen di tubuh mereka sekadar suka-suka, tidak menutup aurat dengan betul seperti memakai pakaian yang ketat dan bertudung ala kadar sahaja dan berfesyen mengikut kesesuaian. Responden yang memberi pandangan bahawa mahasiswi Islam mengenakan fesyen mengikut fesyen dan pada masa yang sama mengikut garis panduan dalam syarak Islam serta mengenakan pakaian hanya berfesyen semata-mata adalah pelajar dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Sains Fizik, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kimia, Sains Matematik dan Sains Kajihayat manakala selebihnya adalah dari Pusat Pengajian Komunikasi, Seni, Pegurusan dan Ilmu Pendidikan.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.3 Fesyen mahasiswi USM

Fesyen mahasiswi USM Kedua-dua Mengikut fesyen Sekadar suka-suka

Jumlah pelajar(orang) 8 4 3

Peratus(%) 54 26 20

Graf 1.3 Fesyen mahasiswi USM

sekadar suka-suka

mengikut fesyen

kedua-dua

10

20

30

40

50

60

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jenis pakaian yang mahasiswi gemar memakainya semasa pergi ke kuliah atau kelas tutor merupakan soalan keempat yang kami ajukan kepada responden-responden kami. Seramai 6 orang responden iaitu mahasiswi dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Komunikasi, Pengurusan, Sains Matematik, Ilmu Pendidikan dan Sains

Kemasyarakatan mengatakan bahawa mereka gemar memakai pakaian yang pelbagai jenis seperti t-shirt, mengenakan skirt dan sebagainya. Tambahan lagi, seramai 9 orang responden iaitu mahasiswi dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Seni, Komunikasi, Sains Matematik dan Ilmu Kemanusiaan mengenakan baju kurung dan berseluar slack bersama t-shirt serta mengenakan kemeja ke kuliah iaitu mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan keadaan atau prasarana kelas tersebut.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.4 Jenis pakaian pelajar ke kuliah

Jenis pakaian Baju kurung T-shirt Blouse Kemeja

Jumlah pelajar(orang) 3 3 6 3

Peratus(%) 20 20 40 20

Carta 1.4 Jenis pakaian pelajar USM ke kuliah

baju kurung t-shirt blouse kemeja

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bagi soalan yang ke 5, kami telah bertanyakan pendapat mahasiswi khususnya responden kami tentang penggunaan pakaian yang sesuai ketika menjalani aktiviti riadah dan aktiviti sosial berserta sebab pakaian tersebut sesuai digunakan.Dalam soalan ini, kami telah mengajukan dua jenis pakaian yang sesuai dikenakan semasa beriadah dan melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan.Bagi pakaian yang sesuai untuk digunakan semasa melakukan aktiviti riadah, seramai 15 orang responden yang berpendapat bahawa pakaian yang harus dikenakan adalah bertepatan dengan aktiviti yang dilakukan iaitu aktiviti sukan. Maka, pakaian yang sesuai adalah pakaian sukan iaitu jersi, t-shirt, track suit dan berkasut sukan serta t-shirt yang labuh. Mahasiswi atau responden yang mengatakan pakaian sukan yang digunakan adalah t-shirt labuh adalah pelajar dari Pusat Pengajian Komunikasi dan Sains Matematik manakala selebihnya ada responden dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Sains Kimia, Sains Kajihayat, Sains Matematik, Sains Fizik, Seni, Pengurusan, Ilmu Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan dan Komunikasi. Bagi pakaian yang sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti sosial seperti keluar membeli belah atau keluar mengambil angin pula, seramai 8 orang responden iaitu dari Pusat Pengajian Komunikasi, Sains Kemasyarakatan, Sains Kajihayat, Sains Fizik, Ilmu Pendidikan, Sains Kimia dan Sains Matematik berpendapat bahawa pakaian yang digunakan adalah t-shirt dan jeans yang bersesuaian dengan keadaan sekeliling dan tidak melebih-lebih. Selebihnya pula mengatakan pakaian yang sesuai adalah pelbagai jenis pakaian iaitu menggunakan skirt, cardigan, kemeja dan blouse.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.5 Pakaian pelajar ketika bersosial Jenis pakaian Cardigan Blouse t-shirt kemeja Jumlah pelajar(orang) 3 2 8 2 Peratus(%) 20 13 54 13

Graf 1.5 Pakaian Pelajar Ketika Bersosial

60 50 40 30 20 10 0 cardigen blouse t-shirt kemeja

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Selain bertanyakan pendapat responden mengenai pakaian yang bersesuaian dengan sesuatu aktiviti dan mengenai pakaian yang mengikut syarak, kami turut mengajukan soalan mengenai fesyen atau cara pemakaian tudung yang sering digunakan oleh mahasiswi USM. Bagi soalan keenam, kami telah bertanyakan pendapat mereka mengenai cara pemakaian tudung yang betul yang mengikut syarak Islam. Seramai 9 orang responden iaitu mahasiswi dari Pusat Pengajian Seni, Sains Fizik, Ilmu Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kimia, Sains Matematik, Komunikasi dan Sains Kajihayat berpendapat bahawa cara pemakaian tudung yang mengikut syarak adalah menggunakan tudung labuh iaitu menutup dada dan yang penting menutup rambut. Manakala, seramai 6 orang responden dari Pusat Pengajian Seni, Sains Matematik, Pengurusan, Komunikasi dan Sains Kajihayat mengatakan tudung yang mengikut syarak Islam adalah tudung yang tidak jarang dan tidak menampakkan leher serta tidak menggunakan anak tudung yang mempunyai bonggol.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.6 Fesyen Tudung Pelajar USM Fesyen tudung Labuh Tidak jarang Tiadak ada bonggol Jumlah pelajar(orang) 9 3 3 Peratus(%) 60 20 20

Graf 1.6 Fesyen Tudung dalam Kalangan pelajar USM

70 60 50 40 30 20 10 0 labuh tidak jarang tidak ada bonggol

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Bagi soalan yang terakhir, kami bertanyakan pendapat mereka tentang cara pemakaian pelajar Islam di USM ini sama ada menutup aurat sekadar berfesyen atau mengikut perspektif Islam. Seramai 9 orang responden iaitu responden dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Komunikasi, Sains Matematik, Sains Kimia, Ilmu Pendidikan, Sains Fizik dan Sains Kemasyarakatan berpendapat bahawa cara pemakaian mahasisiwi Islam di USM adalah kedua-duanya sekali iaitu sesetengah daripada mahasiswi Islam menutup aurat sekadar berfesyen dan sesetengah pula menutup aurat mengikut perspektif Islam. Manakala selebihnya pula iaitu 6 orang responden dari Pusat Pengajian Komunikasi, Pengurusan, Ilmu Kemanusiaan dan Seni mengatakan mahasiswi Islam di USM menutup aurat sekadar berfesyen semata-mata.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Jadual 1.7 Pendapat pelajar tentang fesyen samaada sekadar berfesyen atau mengikut syarak Islam Pendapat Kedua-dua Sekadar berfesyen Jumlah pelajar(orang) 9 6 Peratus(%) 60 40

Graf 1.7Pendapat pelajar tentang fesyen samaada sekadar berfesyen atau mengikut syarak Islam

sekadar berfesyen

kedua-dua

10

20

30

40

50

60

70

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Perbelanjaan Pakaian

Pusat Pengajian Pengurusan Sains Matematik Sains Kimia Ilmu Kemanusiaan Ilmu Pendidikan Sains Fizik Sains Kaji Hayat Komunikasi Seni

Perbelanjaan(RM) 100 ke atas 60 100 100 ke atas 100 ke atas 100 ke atas 100 ke atas 250 200

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Graf Perbelanjaan Pakaian Pelajar USM

250

200

150

100

50

Graf bar di atas menunjukkan perbelanjaan pakaian pelajar USM dalam tempoh sebulan dari sembilan pusat pengajian yang berlainan .Graf diatas juga menunjukkan perbelanjaan yang paling rendah iaitu sebanyak RM 60, pelajar dari pusat pengajian Sains Matematik.Manakala perbelanjaan yang tertinggi daripada pelajar pusat pengajian Komunikasi iaitu sebanyak RM 250.Bagi pusat pegajian Pengurusan dan Sains Kimia perbelanjaan kedua-duanya sebanyak RM 100. Pusat pengajian Ilmu Kemanusian, Sains Fizik, Sains Kaji hayat dan Ilmu Pendidikan mencatatkan perbelanjaan pakaian yang sama iaitu sebanyak RM150. Akhir sekali pelajar dari pusat pengajian seni pula membelanjakan pakaian dalam tempoh sebulan sebanyak RM 200.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sumber Kewangan Untuk Membeli Pakaian

PTPTN

SAINS KEMASYARAKATAN SENI KOMUNIKASI


SAINS FIZIK ILMU PENDIDIKAN SAINS KIMIA

ELAUN PALAPES

ILMU KEMANUSIAAN SAINS MATEMATIK KEWANGAN PENGURUSAN SENDIRI

KELUARGA

ILMU KEMANUSIAAN PENGURUSAN KOMUNIKASI SAINS KAJI HAYAT

BISNES

ILMU KEMANUSIAAN SAINS KAJI HAYAT

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

JADUAL: PERATUS SUMBER KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN PTPTN ELAUN PALAPES KELUARGA KEWANGAN SENDIRI BISNES

PELAJAR(ORANG) 3 3 4 3 2

PERATUS(%) 20 20 27 20 13

CONTOH JALAN KIRA PERATUS: PELAJAR JUMLAH PELAJAR X 100

CONTOH: 3 15

X 100 = 20%

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

CARTA PAI: SUMBER KEWANGAN PELAJAR MEMBELI PAKAIAN

PTPTN ELAUN PALAPES KELUARGA KEWANGAN SENDIRI BISNES

Carta pai di atas menunjukkan sumber kewangan pelajar untuk membeli pakaian. Terdapat lima jenis sumber kewangan iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), elauan PALAPES, keluarga, kewangan sendiri dan bisnes pelajar sendiri. Jumlah pelajar yang menggunakan kewangan dari ahli keluarga seperti ibu-bapa adalah yang paling tinggi seramai 4 daripada 15 orang responden iaitu 27%. Manakala sumber kewangan yang paling rendah adalah bisnes seramai 2 orang daripada 15 responden iaitu 13%. Sumber kewangan dari PTPTN,elauan PALAPES dan kewangan sendiri adalah sama iaitu seramai 3 orang setiap satu bersamaan 20%.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

TUJUAN MEMBELI SESUATU PAKAIAN

a. sekadar suka-suka

b.mengikut kawan c.mengikut peredaran zaman

d. mengikut syarak Islam

TUJUAN MEMBELI SEKADAR SUKA-SUKA MENGIKUT KAWAN MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN MENGIKUT SYARAK ISLAM

PELAJAR(ORANG) 3 2 7

PERATUS(%) 20 13 47

20

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

CARTA PAI: TUJUAN PELAJAR MEMBELI PAKAIAN

MENGIKUT KAWAN 13%

SEKADAR SUKASUKA 20%

MEGIKUT PEREDARAN ZAMAN 47%

MENGIKUT SYARAK ISLAM 20 %

Carta pai diatas menunjukkan peratus tujuan pelajar USM membeli pakaian. Terdapat empat jenis tujuan yang kami ajukan kepada responden antaranya mengikut kawan,sekadar sukasuka,mengikut peredaran zaman atau mengikut syarak Islam. Jumlah pelajar yang memilih tujuan membeli pakaian adalah mengikut peredaran zaman ialah seramai 7 daripada 15 orang responden adalah yang paling tinggi iaitu 47%. Manakala pelajar yang memilih tujuan mengikut kawan yang paling rendah mencatatkan 2 responden iaitu 13%. Akhir sekali,tujuan yang lain seperti sekadar suka-suka dan mengikut syarak Islam mencatatkan jumlah yang sama seramai 3 responden masing-masing bersamaan 20%.

SAW 203 TEORI TINGKAHLAKU MANUSIA DAN MASYARAKAT

RUJUKAN

http://muslim-islamiccollection.blogspot.com/2010/09/kertas-kerja-definisi-hukum-dan.html http://www.ahmadikatu.com/pakai-tudung-cantik-atau-syariat.html http://laman-seri.blogspot.com/2011/04/wanita-bertudung-kerana-tuntutan-agama.html http://izzeyda-info.blogspot.com/2011/03/8-kesalahan-ketika-memakai-tudung.html

Anda mungkin juga menyukai