Anda di halaman 1dari 10

Alienasi

Teori alienasi yang dikembangkan oleh Karl Marx mengetengahkan aktiviti manusia yang berselindung dalam menguasai masyarakat. Marx telah mendedahkan bahawa tindakan manusia pada masa lalu telah mencipta dunia moden dan membebaskan pada masa manusia dari percanggahan-percanggahan bermaksud hilang kawalan

kapitalisme

depan.

Alienasi

terutamanya kawalan atas pekerja. Terdapat empat aspek alienasi yang telah bermaharaja dalam masyarakat kapitalisme iaitu hasil tenaga pekerja, proses tenaga pekerja, manusia yang lain dan sifat manusia.

Alienasi yang pertama adalah hasil tenaga pekerja. Pekerja dialienasi kerana mereka dimiliki dan digunakan oleh orang lain iaitu pihak kapitalis. Manusia mempunyai sifat kreatif dalam menghasilkan barang yang akan digunakan dalam kehidupan seharian, dijual dan untuk ditukar. Di bawah kapitalis, hal ini telah dialienasi kerana pekerja tidak dapat menggunakan barang yang telah dicipta untuk digunakan dalam kehidupan seharian atau melibatkan diri dalam aktiviti produktif. Pekerja juga dibayar gaji kurang

daripada nilai yang dihasilkan oleh mereka malahan sebahagian dari hasil mereka itu juga telah dirampas oleh majikan atau pihak kapitalis. Hal ini telah menunjukkan pekerja telah dieksploitasi oleh pihak kapitalis.

Proses tenaga pekerja pula adalah aspek alienasi yang kedua. Kekurangan kawalan proses pengeluaran turut dialienasi oleh pihak kapitalis menurut Marx. Proses bekerja menjadi kawalan kuasa-kuasa yang bermusuh dengan pihak kapitalis dan pengurus-pengurus mereka yang mendesak pekerja untuk bekerja lebih rajin dan lebih cepat dari kebiasaan untuk jangka masa yang lama. Harry Braverman mengatakan masyarakat yang berdasarkan penjualan dan pembelian kuasa tenaga pekerja, pembahagian dalm bidang tersebut akan mengurangkan nilai individu untuk membolehkan majikan mempunyai kepentingan dalam membahagikan proses pekerjaan menjadi bahagian-bahagian yang kecil.

Aspek alienasi yang seterusnya pula adalah manusia yang lain. Alienasi ini wujud disebabkan oleh percanggahan struktur kelas masyarakat. Tenaga manusia telah dieksploitasi dan benda-benda yang telah dihasilkan dikawal

oleh pihak majikan. Pengeluaran komoditi sentiasa mencari cara untuk mewujudkan keperluan-keperluan baru untuk dieksploitasi keuntungannya.

Aspek alienasi yang terakhir adalah sifat manusia. Sifat manusia berkemampuan untuk membentuk dunia moden di sekeliling dalam keadaan sedar. Kapitalisme, tenaga pekerja telah dipaksa dan pekerjaan yang dilakukan tidak mempunyai hubungan dengan kesukaan peribadi atau kepentingan kolektif.

Pembahagian Tenaga Buruh

Sebelum kapitalisme, pembahagian tenaga pekerja secara sosial, orang yang berbeza-beza kemahirannya akan terlibat dalam cabang-cabang pengeluaran atau kraf yang berbeza mengikut kepakaran masing-masing.

Semasa kapitalisme pula, pekerja terpaksa menjadi khusus dalam tugas tertentu dan pekerja tidak berpeluang untuk melakukan perkara yang lain slain apa yang dilakukan. Pekerja akan menjadi semakin bergantung kepada pihak kapitalisme yang memiliki cara-cara pengeluaran dan menyebabkan mereka tidak dapat hidup secara bebas.

Tenaga pekerja pula menjadi tenaga pekerja yang dipaksa, di mana pekerja tidak boleh memilih untuk tidak bekerja, tidak dapat memilih apa yang ingin dicipta dan tidak dapat memilih cara untuk menciptanya.

Fakta Sosial

The Rules Of Sociologycal Method merupakan hasil tulisan Emile Durkheim yang membincangkan fakta sosial. Fakta sosial adalah kekuatan dan struktur yang ada di luar. Durkheim menyatakan, fakta sosial adalah seluruh cara bertindak, baku atau tidak yang berlaku pada diri individu sebagai sebuah paksaan luaran atau boleh dikatakan bahawa fakta sosial adalah secara keseluruhan adalah cara bertindak yang umum dipakai suatu masyarakat dan pada masa yang sama keberadaannya terlepas dari manifestasi-manifestasi individual

Terdapat dua jenis fakta sosial iaitu fakta sosial material dan fakta sosial non-material. Fakta sosial adalah perkara yang tampak seperti seni bina, birokrasi, undang-undang manakala fakta sosial non-material adalah perkara yang tersirat seperti kebudayaan, institusi sosial dan norma-norma sosial. Focus utama kajian Durkheim adalah fakta sosial non-material. Durkheim mengungkapkan, . . . tidak semua kesedaran sosial mencapai eksternalinasi

dan materialisasi. Di bawah fakta sosial non-material ini terdapat empat jenis fakta sosial.

Fakta sosial yang pertama adalah moraliti. Moraliti dipelajari secara empiris dan tidak difikir secara falsafah. Durkheim dianggap sosialogi moral kerana pelajarannya didorong oleh kepeduliannya terhadap kesihatan moral masyarakat moden. Durkheim menyifatkan bahawa masyarakat akan terancam sekiranya ikatan moral dalam diri masyarakat mulai hilang. Tanpa morality dalam diri maka setiap orang akan cenderung untuk memuaskan sikap atau nafsu mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Kesedaran kolektif adalah fakta sosial yang kedua. Kesedaran kolektif adalah seluruh kepercayaan dan perasaan bersama-sama dalam sesebuah masyarakat yang akan membentuk suatu sistem yang tetap yang mempunyai kehidupan tersendiri. Struktur umum, norma dan kepercayaan bersama dan bersifat terbuka dan dinamik. Durkheim percaya bahawa masyarakat primitif memiliki kesedaran kreatif yang kuat iaitu kepercayaan bersama yang lebih daripada masyarakat moden. Kesedaran kolektif boleh wujud dalam kehidupan

masyarakat ketika Durkheim menyebut keseluruhan kepercayaan dan sentiment bersama. Kesedaran kolektif juga sesuatu yang mampu mencipta fakta sosial yang lain yang bukan sekadar cerminan dari pangakalan material sebagaimana yang diramalkan oleh Marx. Seterusnya kesedaran kolektif wujud melalui kesedaran individu.

Seterusnya adalah perwakilan kolektif. Perwakilan kolektif adalah simbol agama, mitos dan lagenda popular. Perwakilan kolektif mendorong kita untuk menyesuaikan diri dengan segala tuntutan kolektif. Perwakilan kolektif tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seseorang individu kerana ia akan digunakan dalam interaksi sosial dan secara langsung akan berhubung dengan simbol seperti isyarat, ikon dan gambar atau berkaitan dengan amalan spiritual.

Arus sosial merupakan fakta sosial non-material yang terakhir. Menurut Durkheim, arus sosial merupakan fakta sosial yang tidak jelas. Contohnya perasaan marah, semangat dan belas kasihan yang akan terbentuk dalam sesebuah masyarakat.

Kesimpulannya, fakta sosial non-material ini adalah sesuatu yang dikaitkan dengan individu dan masyarakat di mana bukan fakta individual semata-mata. Jenis-jenis fakta sosial non-material ini saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contoh, jika seseorang individu atau sekumpulan masyarakat mempunyai morality yang tinggi, mereka akan mempunyai kesederan kolektif yang kuat dan berjaya menyesuaikan diri dengan segala tuntutan kolektif iaitu perwakilan kolektif. Apabila ini semua berlaku, maka arus sosial dalam masyarakat tersebut akan wujud.

Rujukan

http://arts.anu.edu.au/suara/cox2.rtf http://arts.anu.edu.au/suara/foster1.rtf http://bestbuydoc.com/.../pengenalan-kepada-teori-alienasi http://ww.ahmad-sanusi-husain.com/2012_01_01_archive.html http://mindapengarang.blogspot.com http://www.apfammalaysia.org/jamilah_ariffin.cfm

Rujukan

http://id.shvoong.com/social-sciences/sociology http://ferryroen.wordpress.com/2011/08/03/david-emile http://saripudin.wordpress.com/pemikiran-emile-durkheim

Anda mungkin juga menyukai