Anda di halaman 1dari 39

Merisik Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta

dan agama. Selain itu, faktor-faktor lainseperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur,tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latarbelakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumatmaklumat inidiperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidaklangsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orangtengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerjamerisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejenperkahwinan yang berdaftar. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akanmengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa danperawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalambahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihaklelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagaitanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagihubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebutsekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datangsebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkanmenghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluangmelihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakalpengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandangtermasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakilperempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakatIndia, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakangbakal pengantin lelaki. Selepas Perkahwinan Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelakibeberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan. Kunjungan darirumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi talikekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangantersebut. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesradengan keluarga kedua-dua belah pihak. Ikat Janji Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-duabelah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlahbilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirihpinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikankepada wakil perempuan.Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-duabelah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya

bapasalah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akandiadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantinbersetuju, mereka akan mengikat janji.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakanpersetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnyaperkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tandaikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marruta l. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hariperkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputandan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akandijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam . Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripadahari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yangdilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinandilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlispertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telahdipersetujui oleh keduadua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akanmenyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakalpengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Padamasa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelamdimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggilsebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagaimenunjukkan kurniaan tuhan.Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebihdahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yangmengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantinperempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai memintarestu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain bolehmelihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakalpengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorangwanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara bolehmengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenalisebagai orrai-maalai

atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin ( pen paartal ), adatikat janji ( niccayam ) dan pemberian hadiah ( parisam ) merupakan adat yangsering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Sebelum Majlis Perkahwinan Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting

yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya : Kad Jemputan Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinanmasyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankandengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyitcair sebagai lambang keharmonian.Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama kekuil untuk dibawa bersembahyang ( arccana i). Kad diletakkan di atas dulangbersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambangkekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku . Kemudian dulang akandibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelakidan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikansebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Penyediaan Thaali ( Tjrumaanggalyam ) Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yangdikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpalbenang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yangdigunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalanganmasyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilanhari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalahuntuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuatthaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan ditempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalahdilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal . Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakantermasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaalitidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih bolehdibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakatIndia. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda danlurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal . Batang pokok tersebutberukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga30 sentimeter.Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinanakan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirihpinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluargapengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapatdilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan sertadibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akanmenyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkalhingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau manggamenggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengahmeter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebutsebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan olehpengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenisbijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yangsama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambangpersahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaa l dilakukan di rumah pengantin lelaki. Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinanantara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam , Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankanadalah berlandaskan aspek suku kaum.Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) denganmemberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan airkunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undanganperkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurusdan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinandilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga harisebelum hari perkahwinan.Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia Pengantin Bersanding

hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesaiacara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yangdiperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikatdengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Keduamempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukardulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restutermasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya,menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa(membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari(ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukartukarkalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampurpisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secararasmi telah menjadi suami isteri.Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinandilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali , valatu kal ,pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbolpokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan. Selepas Majlis Perkahwinan Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepasberlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantinperempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormatisuami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudianpengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selamatiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati keduaduapengantin dengan mengadakan jamuan.Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan.Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tandamenunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidaklagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikankepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinandijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayursayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan,makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana dagingamat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai olehsaudara mara serta sahabat handa

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA Pengenalan Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Merisik Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taragaakan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Kaji Kecocokan Pengantin Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin

dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Ikat Janji Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakantaambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbumdengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita

lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Sebelum Majlis Perkahwinan Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya : Kad Jemputan Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam) Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagaithaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang. Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adatmukuurtta

kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. Upacara Perkahwinan Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan

kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan. Selepas Majlis Perkahwinan Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

Rujukan: 1. http://malaysiana.pnm.my/01/01030201ind_merisik.htm 2. http://pmr.penerangan.gov.my/images/stories/ingin_tahu/budaya/thali2.jpg 3. Folio Sejarah Tingkatan

Pengenalan Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Merisik Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21

aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Ikat Janji Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buahbuahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan

menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya : Kad Jemputan Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan

diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam) Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang. Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan

PAKAIAN KAUM INDIA

Sari sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang bergantung kepada individu yang memakainya yang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut,serta dipakai bersama choli@blaus yang berwarna sama atau setentang dengannya. sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Salwar kameez@baju punjabi pakaian tradisional yang popular di kalangan wanita di utara india. terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar di atas tetapi semakin kecil di bawahnya, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. wanita india juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez. Kurta pakaian tradisional bagi lelaki kaum india. kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera. kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar. kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi. kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

Busana kaum india lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan serta -sulaman benang emas,perak,labuci dan batu-batu permata. di hari perkahwinan: -lelaki india memakai dhoti dilengkapi dengan turban -wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. -wanita remaja mengenakan skirt labuh @lhenga yang dipadankan dengan baju pendek@choli. -lelaki punjabi mengayakan dhoti atau kurta. -wanita punjabi mengenakan salwar-khameez-dupata iaitu seluar dengan baju labuh yang disulam dengan benang emas. -pada usia sekitar 12 tahun, kanak-kanak gadis india dipakaikan sari menandakan beliau sudah memasuki alam remaja. Sari berfungsi sebagai media komunikasi tanpa lisan. -mesej tertentu disampaikan oleh pemakai sari bersdasarkan warna dan corak kain, cara pemakaian, jenis kain dan tempat sari dipakai.

-sari puith melambangkan pemakainya adalah seorang balu. -dalam kalangan masyarakat india beragama kristian, wanita yangkematian suami memakai sari hitam semasa majlis pengebumian, -orang india berketurunan malayalam memakai sari putih yangmempunyai zari emas di bahagian tepi dimana warna sari putih yang berzari emas memberitahu bahawa dia berketurunan malayalam. -sari kuning dipakai apabila seseorang membawa kavadi atau membayar nazar di kuil -sari warna lain menggambarkan keperibadian seseorang contohnya -merah(pemarah, garang, sukar didekati) - warna yang silau(berani, suka bergaul)

http://bmk12010.blogspot.com/2010/08/41-pantang-larang-semasa-pekahwinan.htm Pantang larang Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india . Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan PeRkAhWiNaN http://teveswary.tripod.com/perkahwinan.html Perkahwinan merupakan adat yang paling penting dalam senarai upacara kitaran hidup bagi orang India. Jika dilihat dalam aspek agama Hindu, sepanjang kehidupan, seorang hanya boleh berkahwin sekali sahaja. Perkahwinan ini adalah untuk sepanjang hayatnya. Konsep cerai tidak ada dalam ajaran Hindu. Terdapat beberapa aspek/adat yang perlu diikuti sebelum upacara perkahwinan. MERISIK Dalam peringkat merisik beberapa aspek diberi penekanan termasuklah faktor etnik, subetnik, dan agama. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor seperti status ekonomi dan status sosial keluarga yang diberi perhatian. aspek-aspek lain seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, dan lain-lain hal peribadi seperti etika dan moral tetap diberi perhatian. Selalunya maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat handai dan saudara-mara. ADAT MENGUNJUNGI RUMAH BAKAL PENGANTIN Setelah merisik dan dirasakan sesuai, pihak bakal pengantin lelaki akan megunjungi rumah bakal pengantin perempuan. Selalunya bilangan orang yang mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan hendaklah dalam bilangan ganjil. Bakal pengantin lelaki akan turut serta. Sebagai buah tangan beberapa barang seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, bunga, buah-buahan serta serbuk kumkum turut dibawa. Ini dikatakan sebagai barang yang bertuah dan baik. Barang-barang ini dibawa sebagai memberitahu pihak pengantin perempuan bahawa kedatangan mereka adalah untuk tujuan yang baik lagi bertuah. Sekiranya pihak pengantin perempuan menerime barang-barang ini bererti mereka sudi membicarakan hal perkahwinan. Mereka akan dijemput oleh pihak bakal pengantin perempuan. Selalunya bakal pengantin perempuan yang memakai sari akan menghidangkan minuman. Ini adalah peluang untuk melihat bakal pengantin perempuan dari dekat. Ada kalanya dia ditanya beberapa soalan untuk melihat cara dia menjawab. Sekiranya dirasakan sesuai, maka persetujuan akan dibuat ataupun persetujuan akan diberitahu menerusi pengantara. Pihak bakal pengantin perempuan pula akan membalas kunjungan kerumah bakal penganti lelaki. tetapi bakal pengantin perempuan tidak turut serta. ADAT MENKAJI KECOCOKAN BAKAL PENGANTIN Mengkaji kecocokan pengantin merupakan suatu amalan yang unik bagi masyarakat India. Ini penting kerana tiada konsep cerai bagi penganut agama Hindu. Jika ada kecocokan dipercayai pasangan itu akan hidup bahagia. Kecocokan bakal pengantin dibuat berdasarkan

tilikan masa depan seseorang berdasarkan kiraan almanak Hindu masing-masing. IKAT JANJI Sekiranya kecocokan tadi bersesuaian dan diterima oleh kedua-dua bakal pengantin, maka upacara ikat janji diadakan. Seperti biasa orang dalam bilangan yang ganjil akan pergi ke rumah bakal pengantin perempuan. Bakal pengantin lelaki akan turut serta. Barang bertuah lagi baik seperti kelapa, sirih, dan sebagainya dibawa bersama kerumah bakal pengantin perempuan. Bapa kedua-dua pengantin akan duduk berhadapan. Kalau bapa sudah meninggal, saudara-mara terdekat boleh menggantikannya. Kedua-dua belah pihak akan mengisytiharkan bahawa masing-masing menerima serta mengesahkan cadangan perkahwinan. Sebagai tanda ikatan, kedua pihak pengantin akan bertukar sirih pinang. Seterusnya perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan akan dibincangkanserat dibuat keputusan. PERTUNANGAN Upacara pertunangan diadakan pada hari dan ketika yang baik dan dipersetujui oleh kedua belah pihak pengantin. Pengantin lelaki akan membawa hadiah yang diaturkan dalam dulang, bilangannya adalah ganjil. Hadiah akan dibawa berarak dimana pengantin lelaki akan mengetuai perarakan dengan pakaian tradisional iaitu dhoti.Hadiah-hadiah tadi antaranya ialah sari perkahwinan dan sari pertunangan, barang-barang kemas, barang-barang perhiasan, buah-buahan, gula batu, sirih pinang, kelapa, dan sebagainya. Pihak pengantin perempuan pula akan membersihkan rumah serta menghiasnya. Dihadapan pintu masuk rumah, pantal (pondok hijau/ binaan sementara) yang beratapkan daun pokok kelapa yang dianyam didirikan. Daun kelapa muda dan daun pokok mangga dijadikan perhiasan. Pengantara yang dipilih akan mempengerusikan majlis. sebagai permulaan upacara, sembahyang diadakan. Selepas itu, pihak lelaki akan menyampaikan hadiah-hadiah yang dibawa. Sebelum pengantin perempuan bersedia, hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan dibincangkan. Sebaik sahaj pengantin perempuan siap dihias dia akan dipimpin oleh seorang perempuan ke ruang tamu di mana kedua-dua pengantin bertukat memakai kalungan bunga. Pertukaran cincin juga turut dilakukan. ADAT PENYEDIAAN THALI Thaali ialah simbol suci perkahwinan yang diikat pada leher pengantin perempuan oleh pengantin lelaki.Tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan, pihak pengantin lelaki akan membawa emas kepada tukang emas untuk membuat Thaali. UPACARA PERKAHWINAN Sebagai upacara pertama pengantin lelaki akan dipimpin oleh pengapit pengantin lelaki ke pentas perkahwinan seperti mimbar dan setelah mengellilinginya,mereka akan duduk dihadapan pentas. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Pengapit pengantin lelaki akan mengalungkan kalungan bunga kepada penganti lelaki. Seterusnaya pedanda yang mengendalikan upacara iniakan mengikat tali berwarna kuning di pergelangan tangan pengantin lelaki. Sementara itu, pakaian perkahwinan serta kalung dibawa kepada para hadirin untuk mendapatkan restu. Pengapit pengantin lelaki akan menerima pakaian serta kalungan bunga tadi dan memimpin pengantin lelaki ke bilik untuk bertukar pakaian. Kini tiba pula masa bagi pengantin perempuan.Pengantin perempuan akan akan dipimpin oleh pengapit pengantin perempuan.Upacara-upacara yang dilakukan oleh pengantin lelaki turut dilakukan oleh pengantin perempuan.Pengapit pengantin perempuan akan memimpin pengantin perempuan kebilik untuk menukar pakaian. Pengantin lelaki yang memakai

pakaian perkahwinan serta kalungan bunga akan masukke dewan perkahwinan. Dipintu masuk, pengapit pengantin lelaki akan memakai cincin jari kaki, setiap satu bagi kaki kanan dan kiri. Sebelum memakaikan cincin tersebut pengapit pengantin lelaki akan menempatkan kakipengantin lelaki diatas batu giling,membersihkannya dengan susu serta menyapu cendana, kumkum dan menaburkan bunga. Secara simbolik pengapit pengantin lelaki mengingatkan pengantin lelaki supaya tabah hati dan berpegang teguh pada perkahwinan ini seperti teguhnya batu giling. Sebaik sahaja upacara ini selesai pengantin lelaki akan menghadiahkan cincin emas kepada pengapit pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan duduk diatas pentas sementara pengantin perempuan pula akan duduk disebelahnya. Thali yang diikat pada segumpal benang suci dililitkan pada sebiji kelapa yang dibersihkan serta disapu serbuk kunyit. Thali diletakan dalam dulang yang dialas dengan kain sutera. Dulang ini dibawa kepada hadirin untuk mendapatkan restu. Dulang berisi atchatai turut dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini digunakan untuk merestui para pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Setelah itu thaali akan dibawa kepada pedanda. Pedanda akan menyerahkan thaali itu kepada pengantin lelaki. Thaali akan kelihatan tergantung, pengantin lelaki akan memegang kedua hujung benang suci. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan keatas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin akan bangun dari pentas dimana pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Sebelum bertolak kerumah pengantin lelaki, pengantin perempuan diberikan sebiji kelapa yang dibersihkan disapu serbuk kunyit serta dibalut dengan kain kuning. Sebaik sahaja sampai dirumah pengantin akan masuk kedalam rumah dengan melangkah kaki kanan masuk dahulu. Sebaik sahaja masuk kerumah , pengantin perempuan akan meletakan kelapa tadi di bilik sembahyang. -Sekiandan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india . Menuju ke alam perkahwinan merupakan impian setiap wanita dan lelaki. Akan tetapi,bagi kaum India untuk melangkah ke alam perkahwinan mereka perlu melalui beberapa prosesagar perkahwinan tersebut kekal selamanya. Bagi kaum India, suami adalah Tuhan bagi isterinya. Oleh itu, proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama ataupun sami yang membantu setiap pasangan membuat tilikan masa betuah serta reaksi pasanganberkahwin. Dalam kepercayaan kaum India, masa amatlah berharga kerana ketetapan masaboleh mengelakkan berlakunya malapetaka oleh nasib buruk.

MAKANAN TRADISIOANAL KAUM INDIA

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

THOSAI
Thosai merupakan makanan kegemaran orang India. Makanan ini menjadi menu utama dalam hidang Hari Deepavali. Thusai sedap dimakan dengan kuah yang digelar 'sandhini'.

IDHILI
Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam menu hidangan kaum India pada Hari Deepavali. Idhili sedap dimakan dengan ' sandhini' atau kari ayam, kari dal dan sebagainya.

MURUKU
Muruku merupakan makanan kegemaran bukan sahaja Kaum India malah Kaum-kaum lain di Malaysia. Muruku sangat ranggup dan sedap untuk dimakan.

KUIH RAWA URUNDAI


Kuih Rawa Urundai merupakan kuih yang kurang manis. Pada masa ini , ramai tidak mengenali kuih ini. Ramuan kuih ini ialah tepung suji, gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan minyak sapi.

KUIH NEI URUNDAI


Kuih Nei Urundai ini merupakan kuih yang manis . Rupanya sama seperti kuih Rawa Urundai . Tetapi kuih ini lebih manis daripada kuih Rawa urundai. Kuih sangat lembut dan mudah rapuh apabila dipegang.Ramuan kuih ini ialah tepung kacang hijau, gula, garam, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Kanak-kanak suka makan kiuh ini.

KUIH JILLEBHI
Kuih Jillebhi sangat manis. Rupanya seperti muruku . Kuih ini sedap untuk dimakan.

KUIH ATHIRASAM
Kuih Athirasam merupakan kuih manis. Bentuknya sama seperti kuih donat. Ramuan kuih ini ialah tepung beras, gula merah, buah pelaga, garam , kelapa parut dan minyak masak. Kuih tahan sehingga enam bulan.

KUIH MAISUR PAHKU


Kuih Maisur Pahku ini merupakan kuih manis.

KUIH ALVA
Kuih Alva juga merupakan kuih manis dan ruapanya seperti kuih dodol. Warna kuih ini ialah merah.

KUIH PAAL GUVA


Kuih Paal Guva adalah kuih manis dan dan lembut. Ramuan kuih ini ialah susu segar lembu, gula dan garam.

LADHU
Kuih Ladhu merupakan makanan manis. Kuih ini mudah rapuh apabila dipegang. Ramuan kuih ini ialah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, buah kismis, pewarna, gual, garam dan minyak sapi. kuih ini sedap untuk dimakan.

DAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA


ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA

DEWAN PERKAHWINAN KAUM INDIA

KERETA PENGANTIN Kereta pengantin dihias dengan riban dan bunga-bungaan dengan cantik. Saudaramara sedang menuggu ketibaan pengatin lelaki.

Ketibaan Pengantin Lelaki.

Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan, cincin tangan dan cincin kaki untuk pengantin perempuan.

Pengantin lelaki di jemput masuk ke dewan perkahwinan selepas meniris 'panir' dan meletak 'pothu' pada dahinya.

Adik lelaki pengantin perempuan membawa naik pengantin lelaki ke pelamin.

Adik lelaki pengantin perempuan duduk di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan.

Sami memulakan upacara perkahwinan.

Pengantin lelaki dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki.

Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan.

Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pertunangan pada hari perkahwinan .

Ibu pengantin perempuan meniris air mawar dan meletakkan pothu di dahi anaknya.

Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin.

Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supaya berdoa.

Pengantin perempuam dikalungkan bunga malai oelh pengiring pengantin perempuan.

Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan.

Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan .

Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan.

Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.

Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.

Pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan.

Adik lelaki pengantin perempuan memakai cincin pada jari kaki pengantin lelaki.

Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut.

Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga.

Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki.

Pantang Larang Kaum India Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah - tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah. Pantang larang merisik - bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta. Kerana dianggap tidak sopan. Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk. - Bising, menganggu Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu. -takut-takut termakan benda lain atau bersepah. Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh. - nanti tercucuk ke mata atau tangan. Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir - takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut. Pantang larang kematian

gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik. barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu. ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.(

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanyasayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaumindia juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india

Anda mungkin juga menyukai