Anda di halaman 1dari 29

aktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia iaitu factor endogen (dalam

individu) dan eksogen (luar individu) 1. Faktor Endogen -Faktor endogen ialah faktor atau sifat yang dibawa oleh individu bermula dari dalam kandungan hinggalah kepada kelahiran. Ia merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan. Maka individu akan memiliki sifat-sifat ibubapa mereka kerana hasil daripada persenyawaan sperma dan ovum. Diantara faktor-faktor endogen adalah seperti berikut:

Baka -Dari segi fizikal individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibubapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut, sifat semulajadi dan sebagainya. Terdapat kajian mengatakan sebahagian kecacatan mental juga diwarisi contohnya penyakit Tay-Sachs. Selalunya jangkahayat kanak-kanak yang mengidap penyakit tersebut adalah 3 dan 4 tahun kerana kegagalan badan untuk memecahkan lemak. Penyakit-penyakit lain yang juga diwarisi adalah seperti sindrom down, phenylketonuria, dan anemia sel sikel. Selain itu sahsiah juga turut diwarisi contohnya personaliti ekstrovert ( bebas bergaul ) dan personaliti introvert ( pendiam ). Kecerdasan juga dapat diwarisi dari kedua ibubapa. Pemakanan ( Ibu ) -Ibu hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cukup semasa mengandung bagi keperluan fetus. Kekurangan zat makanan akan melambatkan perkembangan sel otak manakala saiz otak janin akan menjadi kecil. Kesihatan ( Ibu ) -Penjagaan kesihatan oleh ibu semasa hamil amatlah penting seperti mengurangkan pengambilan gula dan garam supaya dapat mengelakkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan preaklamsia. Selain membuat pemeriksaan berkala ibu juga perlu bersenam, tidur yang cukup dan juga mengelakkan memakai pakaian yang ketat serta berkasut tumit tinggi ataupun rendah. Dadah dan Alkohol -Untuk mengelakkan anak yang bakal lahir mengalami kecacatan atau berpenyakit seperti terencat akal atau penyakit jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung, sendi gagal berfungsi, hiperaktif dan sebagainya para ibu yang mengandung hendaklah mengelak daripada pengambilan sebarang jenis dadah ataupun meminum alkohol. Merokok -Para ibu hendaklah mengelakkan daripada menghisap rokok kerana ia akan mengakibatkan janin akan mengalami kekurangan oksigen. Dimana pembuluh darah akan mengecut setelah karbon monoksida disedut dan ini akan mengakibatkan kecacatan pada otak serta pengecilan ukuran lilitan kepala. Faktor Rh darah -Sekiranya ibu memiliki Rh negatif dan bapa pula Rh positif, maka anak yang akan lahir berdarah Rh positif. Ibu akan menghasilkan antibodi yang berupaya memusnahkan sel darah fetus dan ia tidak akan memberi kesan yang serius pada kehamilan pertama tetapi akan memberi kesan pada kehamilan yang berikutnya. Antibodi yang mencukupi akan memusnahkan sel darah fetus dan seterusnya akan menyebabkan penyakit anemia (kurang darah merah) berlaku. Kesan X-Ray -Terdapat kajian mengatakan sinaran laser dan radioaktif akan menyebabkan kecacatan pada fetus dan seterusnya kepada bayi yang dilahirkan. Emosi Ibu -Perangsangan hormone adrenalin yang berpunca daripada emosi ibu seperti kebimbangan, marah, dan kecemasan akan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota tubuh yang lain. Keadaan ini akan mengakibatkan kurangnya bekalan oksigen pada janin.

Umur Ibu -Faktor umur juga mempengaruhi kecacatan pada bayi. Umur yang paling sesuai mengandung ialah diantara 20 hingga 35 tahun. Umur ibu terlalu muda akan mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mengalami keguguran, anak tidak cukup umur dan kematian. Manakala umur ibu dan ayah terlalu tua pula juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti sindrom down atau monggoloid kerana abnormal pada kromosom. Keabnormalan pada baka pula akan memgakibatkan anak yang dilahirkan berisiko untuk mengidap penyakit sindrom Turner dan Kleinfelter. Teratogenik dan penyakit ibu -Teratogen adalah sejenis bahan yang akan mengakibatkan perubahan dalam kod genetic dan seterusnya akan menyebabkan keabnormalan. Ia merupakan bahan persekitaran yang diwarisi daripada ibubapa seperti radiasi, jangkitan (rubella) dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida. Agen teratogenik boleh menghentikan penghasilan protein, gangguan kepada perkembangan atau tidak lengkap. Penyakit AIDS juga boleh berpindah dari ibu ke fetus. 2.Faktor Eksogen -Faktor eksogen merupakan faktor yang datan dari luar individu contohnya pengalaman, keluarga, persekitaran dan sekolah. Berikut adalah faktorfaktor eksogen: Pemakanan -Mengamalkan diet pemakanan seimbang akan mempengaruhi perkembangan dimana tubuh badan akan dibekalkan dengan zat-zat makanan yang mencukupi seperti protein, karbohidrat, vitamin dan sebagainya. Proses perkembangan akan berlaku dengan baik. Tempat tinggal -Persekitaran rumah yang bersih dimana selutuh isi rumah mengamalkan sikap mengutamakan kebersihan dalam pelbagai aspek seperti penyediaan makanan, penggunaan air, dan tandas yang bersih akan melahirkan anak yang memiliki sifat yang bersih serta sihat dari pelbagai penyakit. Pusat Ibadat -Kediaman yang berdekatan dengan pusat ibadat seperti masjid juga akan mempengaruhi perkembangan dimana anak yang dilahirkan akan menjadi anak yang baik serta taat kepada suruhan agama. Media elektronik dan Sebaran Am -Penggunaan bahan media elektronik dan sebaran am dirumah seperti televisyen, internet, radio, surat khabar dan sebagainya juga akan mempengaruhi perkembangan dimana anak-anak didedahkan dengan berbagai rancangan ataupun program samada berunsur pendidikan, hiburan, pengetahuan am dan sebagainya. Persekitaran dunia -Keadaan keamanan dunia juga akan mempengaruhi perkembangan dimana apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana aman iaitu bebas daripada peperangan, perbalahan, konflik dan sebagainya akan merasa selesa samada darisegi kehidupan, pergaulan dan pembelajaran. Rakan sebaya -Pergaulan bebas yang sihat akan mempengaruhi perkembangan sosial, fizikal dan lain-lain lagi. Dimana mereka dapat berinteraksi dan bermain bersamasama. Keluarga -Kelas sosial yang berbeza-beza dimana ada yang berkedudukan, sederhana, dan miskin juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dimana bagi keluarga yang kaya dapat menyediakan keperluan yang cukup seperti makanan, pakaian, dan kelengkapan lain untuk anak-anak mereka berbanding keluarga yang susah. Sekolah -Proses pembelajaran berlaku dimana bakat dan potensi kanak-kanak akan dikesan dan dikembangkan mengikut kebolehan masing-masing. Perkembangan darisegi jasmani, emosi, rohani, intelektual akan dikembangkan dalam proses P&P.

7.0 Implikasi kepada guru

Hasil daripada pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan akan memberikan berbagai implikasi terhadap guru khususnya dalam P&P. Berikut adalah enam implikasi:

Guru harus merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid secara optimum dan bermakna dalam semua domain. Bagi meningkatkan perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor seorang guru perlu memperbanyakkan aktiviti bermain sambil belajar contohnya permainan melengkapkan jigsaw puzzle. Murid-murid perlu berfikir (domain kognitif) untuk mencari persamaan dan menggunakan tangan ( domain psikomotor- halus) untuk memadankan kepingan jigsaw keatas papan jigsaw serta harus memiliki sifat (domain afektif) yang sabar iaitu dapat menahan marah sekiranya susah untuk memadankannya. Ketiga-tiga domain tadi saling berkait dan oleh itu guru-guru haruslah merancang P&P dengan berkesan terlebih dahulu agar objektifnya akan tercapai Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk kemudiannya. Bagi mengoptimumkan perkembangan berlaku mengikut urutan seorang guru hendaklah membuat aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti menyanyi dimana murid-murid akan meniru gara nyanyian artis yang diminati dan mempersembahkan mengikut korografi yang dipelajari oleh guru. Guru pula akan memperbetulkan kesalahan sekiranya ada sehingga kebolehan untuk menyanyi dan menari mula terbentuk sehingga menjadi bagus. Oleh itu guru hendaklah memastikan murid-murid tadi dapat menguasai kemahiran menyanyi terlebih dahulu barulah boleh beralih kepada tarian dan seterusnya memiliki kebolehan untuk membuat persembahan. Begitu juga dengan rancangan pengajaran, hendaklah dirancang dengan baik dimana guru mestilah mengajar mengikut urutan dari yang senang dahulu sebelum berpindah kepada aktiviti yang lebih susah. Guru menerima keadaan murid ini dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Kadar perkembangan kanak-kanak yang berbeza menyebabkan ada muridmurid yang cepat belajar dan ada yang lambat. Maka guru haruslah mengasingkan murid-murid tadi supaya yang cepat belajar tidak berasa jemu kerana mempelajari benda yang sama begitu juga dengan murid yang lambat tadi tidak ketinggalan dimana belum lagi mahir guru dah tukar kepada pembelajaran baru. Guru juga perlu kerap mengajar secara individu dan jangan sesekali menolong murid-murid semasa latihan supaya mereka berdikari dan benar-benar mahir walaupun guru tidak dapat memenuhi rancangan pengajaran harian asalkan objektif P&P tercapai. Oleh itu guru hendaklah bijak memilih aktiviti yang sesuai bagi murid-murid tadi contohnya bagi yang cepat belajar biarkan dia dengan aktiviti melukis asalkan tidak mengganggu P&P. Guru harus peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Bagi mengoptimumkan perkembangan adalah berterusan guru hendaklah membuat kajiselidik terlebih dahulu terutamanya latar belakang keluarga melalui borang pendaftaran murid-murid dan juga bertanya kepada murid-murid tentang pengalan mereka semasa proses P&P. Contohnya rasa buah-buahan seperti durian, murid-murid yang pernah memakannya akan dapat bercerita tentang rasa dan bau buah durian disamping itu guru pula haruslah menyediakan buah durian sebenarnya sebagai set induksi. Maka perkembangan pengalaman mereka akan bertambah apabila dapat merasa dengan

sendiri begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti pernah menaiki pesawat, melawat Zoo dan sebagainya. Guru harus mempelajari dan memahami sosio budaya yang memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid tersebut serta menyediakan aktiviti yang dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini ke peringkat optima. Berbagai cara boleh dilakukan oleh guru termasuklah membuat lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang dapat memberi pemahaman kepada murid-murid semasa proses P&P seperti zoo untuk melihat haiwan tersebut dengan lebih dekat dan langsung. Memberi ganjaran kepada murid-murid yang dapat menyiapkan latihan seperti melukis dengan baik. Ganjaran tersebut tidak semestinya hadiah malah guru boleh menampal lukisan tersebut didinding kelas bagi menggalakkan murid-murid untuk melukis dengan baik dan seterusnya memperkembangkan lagi potensi mereka untuk melukis atau menghantar mereka menyertai pertandingan-pertandingan melukis yang dianjurkan. Memilih alatan permainan yang sesuai serta menempatkan peralatan tadi di suatu sudut yang menarik iaitu sudut bermain serta menyediakan proses P&P yang kondusif bagi menarik minat murid-murid untuk belajar. Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep bermain sambil belajar untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat yang lebih optimum. Konsep bermain sambil belajar merupakan pendekatan yang sangat berkesan dalam P&P prasekolah. Oleh itu guru hendaklah memperbanyakkan lagi aktiviti bermain seperti memadankan jigsaw puzzle dan sebagainya kerana semasa dalam aktiviti bermain murid-murid akan dapat memperkembangkan perkembangan dari segi sosial, emosi, rohani dan kognitif secara langsung. Selain itu mereka dapat meningkatkan perkembangan domain afektif dan juga domain psikomotor. Oleh itu guru harus bersedia dengan merancang dengan teliti seperti hasil pembelajaran, bahan yang sesuai serta dapat menarik minat murid-murid sebelum melaksanakannya.

8.0 Kesimpulan Sebagai seorang guru yang berkesan hendaklah memiliki dan memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak supaya akan

memudahkan kerja mereka untuk memilih dan merancang P&P yang sesuai. Selain itu dapat mengoptimakan perkembangan kanak-kanak serta dapat mengembangkan lagi potensi dan bakat kanak-kanak selaras dengan falsafah pendidikan Negara. Akhirnya dapat memenuhi matlamat pendidikan prasekolah iaitu bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Seterusnya akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi perkembangan fizikal, mental, emosi, bahasa dan sosial.

MENGIKUT TEORI PIAGET PADA PERINGKAT PRA OPERASI KANAK-KANAK SUDAH MULA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA DAN BERUPAYA BERFIKIR DALAM BENTUK SIMBOL. CADANGKAN 5 LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL OLEH GURU UNTUK MEMBANTU PERKEMBANGAN KOGNITIF DI PERINGKAT INI. Bab 2 1.0 Pendahuluan Terjadinya proses belajar sebagai upaya untuk memperoleh hasil belajar sesungguhnya sulit untuk diamati karena ia berlaku di dalam mental. Namun demikian, kita dapat mengidentifikasi dari kegiatan yang dilakukannya selama belajar. Sehubungan dengan hal ini, para ahli psikologi cenderung untuk menggunakan pola tingkah laku manusia sebagai suatu model yang menjadi prinsip-prinsip belajar. Contohnya Piaget (sebagai bapa psikologi kognitif), memandang bahawa pengetahuan terbentuk melalui proses asimilasi dan akomodasi. Maksudnya, apabila pada seseorang diberikan suatu informasi (persepsi, konsep, dsb), dan informasi itu sesuai dengan struktur kognitif yang telah dimiliki orang tersebut, maka informasi itu terus berintegrasi (berasimilasi) dengan struktur kognitif yang sudah ada dan mendapat pengetahuan baru. Sebaliknya, apabila informasi itu belum ada dengan struktur kognitif yang telah dimiliki orang tersebut, maka struktur kognitif yang sudah ada direstrukturisasi sehingga terjadi penyesuaian (akomodasi) dan baru kemudian memperolehi pengetahuan baru. 2.0 Rasional Bagi setiap bakal guru, mereka perlu menyesuaikan langkah-langkah yang bijak bagi memperkembangkan lagi perkembangan kognitif dan bahasa bagi setiap kanak-kanak diperingkat awal lagi supaya bakat dan potensi yang ada pada kanak-kanak dapat dikembangkan. Ini akan membentuk kanak-kanak yang akan lahir seimbang dari semua perkembangan bukan sahaja bahasa dan kognitif malah fizikal, emosi dan rohani. 3.0 Konsep Perkembangan Piaget Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Manakala pembelajaran adalah proses kognitif untuk

perhubungan perkara-perkara persekitaranya. Oleh itu pembelajaran kognitif merupakan satu proses yang mana individu menggunakan pengalaman yang sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi Perkembangan kognitif sebagian besar ditentukan oleh manipulasi dan interaksi aktif anak dengan lingkungan. Pengetahuan datang dari tindakan. Piaget yakin bahwa pengalamanpengalaman fizik dan manipulasi lingkungan penting bagi terjadinya perubahan perkembangan. Sementara itu bahawa interaksi sosial dengan teman sebaya, khususnya berargumentasi dan berdiskusi membantu memperjelas pemikiran yang pada akhirnya memuat pemikiran itu menjadi lebih logik (Nur, 1998). Teori perkembangan Piaget mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realitasi melalui pengalaman-pengalaman dan iteraksi-interaksi mereka Menurut teori Piaget, setiap individu pada saat tumbuh mulai dari bayi yang baru di lahirkan sampai dewasa mengalami empat tingkat perkembangan kognitif. Empat tingkat perkembangan kognitif itu adalah sensori/deria motor (usia 0 - 2 tahun), Pra operasi (usia 2 7 tahun, Operasi kongkrit (usia 7 11 tahun) dan Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa). Sila rujuk jadual 2(Peringkat Perkembangan Kognitif)

Jadual 2 (Peringkat Perkembangan Kognitif) Umur 0-2 tahun 2-7 tahun Peringkat Deria motor Pra operasi Cara berfikir Gunakan deria motor untuk fahami dunia mereka Keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah. Tahap pemikiran tidak mengikut logik, mudah diperdaya oleh persepsi lain 7-11 tahun 12 tahun Ke atas
Berdasarkan tingkat perkembangan kognitif Piaget ini, untuk pelajar pada usia 11 tahun dan ke atas berada pada taraf perkembangan operasi formal. Pada usia ini yang perlu

Operasi Konkrit Operasi Formal

Berfikir secara logik dan konkrit Boleh berfikir secara abstrak dan kesan akibat jangka panjang

dipertimbangkan adalah aspek-aspek perkembangan pelajar. Dimana pelajar mengalami tahap transisi dari penggunaan operasi konkrit ke penerapan operasi formal dalam berfikir. Pelajar mulai menyedari had pemikiran mereka, di mana mereka mulai bergelut dengan konsep-konsep yang ada di luar pengalaman mereka sendiri. Seterusnya pada tahap operasi formal pelajar mula boleh berfikir secara abstrak dan juga kesan-kesan jangka panjang 4.0 Pembahagian Manusia Mengikut piaget (1977) menggariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi, dan akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi 4.1 Skema

Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi.
4.2 Asimilasi

Asimilasi

merupakan

proses

kognitif

dimana

seorang

pelajar

mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Proses ini melibatkan sesuatu organisma makan makanan, hadam makanan itu, dan asimilasi atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan manusia. Semasa proses penbelajaran asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalamann baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada.
4.3 Akomodasi

Akomodasi merupakan proses untuk meminda atau menambah skema yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan iaitu pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu dan skema yang ada boleh dipindah supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan. Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi.
5.0 Langkah-langkah yang boleh diambil oleh Guru Sebelum memulakan pengajaran setiap guru haruslah membuat persiapan yang lengkap contohnya dengan menggunakan rancangan mengajar yang berkesan iaitu dengan menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan kognitif pelajar seperti daripada konkrit kepada abstrak iaitu daripada mudah kepada yang susah. Bagi pembelajaran baru dan kompleks, setiap guru haruslah membimbing pelajar dengan menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitif mereka agar dapat mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi instrinsik. 5.1 Bahasa dan cara berfikir kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Ianya bergantung kepada tahap-tahap mengikut faktor kematangan. Oleh itu guru perlu mengajar dengan menggunakan bahasa yang paling sesuai dengan cara berfikir kanak-kanak supaya ianya mudah difahami contohnya semasa menerangkan sesuatu fakta, data ataupun konsep. Dengan menggunakan bahasa yang mudah dan tepat akan mempercepatkan lagi kerja guru dalam menyampaikan sesuatu pengajaran kerana pelajar akan mudah memahami dengan setiap apa yang diajar dan pengajaran guru juga akan menjadi lebih mudah dan cepat. 5.2 Kanak-kanak akan dapat belajar dengan lebih baik apabila dapat menyertai dalam latihan berkumpulan. Guru harus membantu kanak-kanak agar dapat berinteraksi dalam kumpulan dengan cara menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dalam menyelesaikan kerja-kerja kumpulan. Konsep bermain sambil belajar juga penting selain dari mereka dapat memperkembangkan perkembangan fizikal malah

perkembangan bahasa juga turut terlibat contohnya dalam permainan teka-teki dan sebagainya. Apabila guru memberi gambaran dari segi bunyi ataupun lakonan dan meminta kanak-kanak untuk menjawab. Diakhir P&P kanak-kanak dapat menyebut perkataan yang mudah contohnya nama-nama binatang, kenderaan, buah-buahan dan sebagainya. Apabila mereka mula berbincang sesama sendiri dan masing-masing cuba memberi jawapan. Dengan cara ini kanak-kanak akan berkembang dari segi kognitif dan bahasa kerana pelajar akan mula menggunakan pemikiran dan juga bahasa. 5.3 Alat bantu mengajar (ABM) yang harus dipelajari kanak-kanak hendaknya dirasakan baru tetapi tidak asing. Contohnya penggunaan komputer riba, alat pandang dengar dan lain-lain lagi. Dedahkan kanak-kanak dengan huruf-huruf yang menarik supaya dapat menarik perhatian mereka seperti pemilihan tulisan, warna dan juga gambar. Tulisan hendaklah yang dapat dilihat dengan jelas dan difahami seperti Times New Roman manakala saiz huruf pula bergantung pada jarak kanak-kanak dengan skrin tayangan. Bagi penggunaan warna pula hendaklah kontras (huruf dengan latar belakang) seperti hitam putih, merah putih, dan biru putih. Penggunaan gambar 3D dan gambar gerak juga boleh membantu kanak-kanak memahami objek yang cuba diterangkan kerana selain memberi penerangan kanak-kanak akan lebih memahami apabila dapat melihat objek. Oleh itu semasa set induksi lebih baik guru dapat menyediakan objek sebenar contohnya semasa mengajar tentang buah-buahan. Sediakan buah sebenar seperti pisang, betik, tembikai dan sebagainya. Bergantung kepada kesesuaian minggu pengajaran ataupun tema. Selain memudahkan dan mempercepatkan pemahaman pelajar, mereka juga dapat mengembangkan perkembangan kognitif dan juga bahasa. 5.4 Berikan peluang agar kanak-kanak belajar mengikut kesesuaian tahap perkembangan mereka. Tahap perkembangan kanak-kanak berbeza antara satu sama lain, oleh itu sebagai seorang guru kita perlu bijak merancang P&P dan juga mengenal pasti kanak-kanak berdasarkan penilaian yang telah dibuat. Justeru itu asingkan pelajar iaitu bagi pelajar yang lambat perkembangannya akan diajar secara individu supaya mahir dan tidak ketinggalan manakala yang cepat perkembangan pula diberi kerjakerja yang sesuai dengan minat mereka seperti melukis, mewarna, dan sebagainya supaya mereka tidak jemu dan mengganggu P&P. Guru tidak perlu risau apabila gagal menghabiskan sukatan P&P asalkan kanak-kanak dapat memahirkan diri

terlebih dahulu sebelum ke pelajaran baru. Galakkan juga pelajar berfikir seperti memberi soalan yang mudah-mudah bagi memperkembangkan lagi pemikiran mereka. 5.5 Guru juga hendaklah mengajar mengikut urutan iaitu dari mudah ke susah. Rancang P&P yang sesuai mengikut tahap perkembangan dan mahirkan mereka dengan objektif yang mudah dahulu barulah pergi ketahap yang seterusnya. Contohnya mengajar mengenal huruf dahulu barulah mengajar mengeja. Berbagai cara boleh dilakukan untuk kanak-kanak supaya dapat menghafal huruf seperti membuat aktiviti nyanyian semasa proses P&P. galakkan mereka supaya mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dilakukan agar perkembangan dapat berlaku. Selain itu penting bagi guru untuk mengenal pasti latar belakang pelajar bagi membezakan pengalaman mereka. Disamping itu guru juga perlu bertanya kepada mereka tentang pengalaman sedia ada. Dengan cara ini, akan memudahkan guru-guru untuk merancang P&P dan meningkatkan lagi tahap perkembangan kognitif dan bahasa mereka. 6.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulan untuk soalan 2, seorang guru perlu menguasai teknik-teknik pengajaran yang berkesan dalam proses P&P supaya perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak dapat diperkembangkan dari peringkat awal lagi iaitu di peringkat pra operasi. Berbagai langkah-langkah boleh digunakan supaya dapat melahirkan kanak-kanak yang berkembang dari segi bahasa dan kognitif. Selain dari dapat mencapai matlamat objektif P&P, ia juga dapat memberi impilkasi kepada guru-guru. 7.0 Refleksi Kepada setiap bakal guru prasekolah, saya merasakan tajuk ini amat sesuai untuk difahami dan dikuasai supaya dapat digunakan semasa proses P&P kelak. Kesukaran bagi saya untuk memahami soalan ini banyak mempengaruhi kelancaran proses menyiapkan penulisan ini.

Bibliografi Azalina Abu Bakar@Mohd, Psikologi personaliti Individu, Shah Alam, 2005:Karisma

Bjorklund, D.F, Children's Thinking: Developmental Function and individual differences. 3rd ed. Bellmont, CA. 2000: Wadsworth Cole, M, et al, The Development of Children, New York. 2005: Worth Publishers.Johnson, M.H, Developmental cognitive neuroscience, 2nd ed. Oxford. 2005: Blacwell publishing Drs. Khalid B Jonit, Psikologi Perkembangan Awal Kanak-kanak (Nota Kuliah). Fakulti Pendidikan.2009: Universiti Industri Selangor. Piaget, J, Studies in Reflecting Abstraction. Hove, UK, 2001: Psychology Press Zulkarnain B Hassan, Pendekatan dan Strategi Pendidikan PraSekolah (Nota Kuliah), Fakulti Pendidikan. 2009: Universiti Industri Selangor. Posted by Hasmizi Abdul Hamid at 8:58 PM

1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalahperkembangandanpertumbuhan.Duaprosesinimerupakaninduksiyangpentinguntuk mematangkanataumendewasakansemuabendahidup.Perincianbagiperkembanganadalahperubahanabstrakyang berterusanhinggakeakhirhayatbendahiduptersebut.Pertumbuhanpulaadalahperubahanfizikalyangterhadpadabeberapa factor .1.1Konseppertumbuhankanak-kanak WoolfolkdanMargetts(2007)dalamHalizaHamzahdanJoyN.Samuelmensifatkanpertumbuhansebagaiperubahandalamsaiz dankematangan.Daripadasegifizikal,inibermaksudpertambahandalamsaizbahagian-bahagianbadan,ketinggiandanbilangansarafsarafotak.MenurutDr.RagbirKaur(2008),pertumbuhanadalahperubahan-perubahanfizikalyangberlakupadamanusia.Iajuga perubahan-perubahankuantitatifyangberlakudalamdirimanusia.MokSoonSang(2009)pulamenjelaskanbahawapertumbuhan adalahperubahanfizikaltubuhbadan.Kesimpulannya,pertumbuhanbermaksudsuatuperubahanyangbersifatkuantitatifiaitu perubahanfizikalmanusiadariaspeksaizdankematangandanperubahaniniakanterusberlakuhinggakesatutahapperubahanitu akanberhenti 1.2 Konsepperkembangankanak-kanak Santrock(2008)dalamHalizaHamzahdanJoyN.Samuelmentafsirkanperkembangansebagaiperubahandalamcorakbiologi, kognitifdansosioemosiindividuyangbermuladaripadaperingkatpercambahansehinggakeakhirhayat.MenurutDr.RagbirKaur (2008),perkembangandidenifnisikansebagaiperubahab-perubahansistematikyangberterusandalamseseorangdaripadatarikhlahir hinggalahkematiannya.Perubahan-perubahaniniadalahperubahankualitatifyangberlakusecaraprogresifdalamdiri manusia.MengikutMokSoonSang(2009),perkembanganmerupakansatuprosesyangberterusandaripadaperingkatlahirhingga peringkatkematangan.Konsepperkembanganpadaasasnyaialahperubahantingkahlakumental.MenurutCrowdanCrowpula, perkembanganmerupakanperubahansecara kualitatifsertacenderungkearahyanglebihbaikdarisegipemikiran,rohani, moraldansosial.KarlE.Garrisonpulameyatakanbahawaperkembanganterhasildaripadatindakanyangsalingberkaitantara perkembanganjasmanidanpembelajaran.Semuaperkembangan,samaadaberbentukstruktur,kemahiransatusiritingkahlaku ataupunkeseluruhansahsiah,adalahmengikutbeberapaaturansemulajadidansifat-sifatyangsejagat.Secararingkas,perkembangan bolehdisifatkansebagaipengaliranyangsalingberkaitantaraperubahankuantitatifdanperubahankualitatifyangmenujukearahtertentu danyangdijangkakan.D.S.WrightdanAnnTaylormentakrifkanperkembangansebagaiperubahanyangberlakudalamwarisan hayat(baka)danorganisasikepadastrukturorganismdalamkeadaanyangsalingberkaitsertaberhubungdenganpertambahan umur.MenurutAtanLongpula,perkembanganialahperubahankualitatif.Iatidakdapatdiukursecarakuantitatiftetapijelasdilihat perubahantelahberlakukeranasifatbaruberlainandaripadaperingkatyanglebihawal.Tambahanpula,perkembangansentiasaberlaku secaraberterusandaripermulaanpercambahanhinggakeakhirhayatorganisma.Inibermakna,perkembanganbukan sahajamembawasesuatuorganismkeperingkatmatang,tetapiperkembangan EDU3102PerkembanganKanak-kanak13Februari2009 berterusanberlakuwalaupunperingkatkematangandilampaui.Tegasnya,perkembangansentiasaberlakuterus-menerus,dariawal sehinggaakhirhayatsesuatuorganisma.Prosesperkembanganbagisesuatuorganismaitusudahsediaterancangdalamgen-genyang diwarisidaripadaketurunanyangterdahulu.Bagisesuatujenisorganisma,sifatumumjenisituiaitu phylogenetic

adalahserupa.Gesell(1949)menyatakan,walaupuntidakadaduaindividuyangbenar-benarserupa,secaraglobalsemuakanak-kanak yangnormalcenderungmengikutsusunanpertumbuhanyangbiasadilaluiolehkanak-kanak.Kesimpulannyaperkembangandapat ditakrifkansebagaisatuperubahankualitatifyangsistematikmeliputiaspekbiologi,kognitifdansosioemosi.Perubahantersebutadalah berterusandalammematangkandanmendewasakansuatubendahiduphinggakeakhirhayatnya

2.1 Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak Pertumbuhankanak-kanakmempunyaiciri-cirisepertiberikut:2.1.1Pertumbuhanmanusiabersifatkuantitatif,iadapat dilihatdandiukur.2.1.2Saizdanstrukturbadanbertambahdankanak-kanakkelihatanlebihbesarsecarafizikal.2.1.3Selaindaripadaitu, saizotakdanorgan-organdalamanjugabertambah.Pertambahansaizotakmemberikanak-kanakkeupayaanyanglebih untukmenaakuldanmengingat.Olehitu,pertumbuhanmelibatkanaspekkognitifdan fizikal.2.1.4Pertumbuhandipengaruhioleh bakaatauketurunan,kematangan,kesihatanibubapadanpersekitaranindividutersebut.2.1.5Kadarpertumbuhanberbeza daripadaindividukepadaindividudaniaberlakuperingkatdemiperingkat. .2 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak Perkembanganmempunyaibeberapaciri-ciriyangbolehdilihat.Antaraciri-ciriperkembanganyangpentingadalahseperti berikut:2.2.1Iamerupakansatuprosesperubahanyangberlakuakibattindakanyangsalingberkaitantaraperkembanganjasmani denganpembelajaran.2.2.2Perubahan-perubahaniniadalahdarisegijasmani,emosi,mentaldansosial.Ringkaskata,perubahanitu bersifatkualitatif.2.2.3Perubahan-perubahanituadalahdarisegifungsi.2.2.4Prosesperkembanganmembawaperubahankearahsifatsifatyangsejagatsertamengikutaturansemulajadi.Contohnya,seseorangkanak-kanakkecilberupayameniarapsebelummerangkak, duduksebelumberdiridanberjalansebelumberlari.2.2.5Prosesperkembanganberterusansepanjanghayatseseorangindividu.2.2.6 Perubahantingkahlakuberlakudalamkeadaanyangberterusandanmenerusiperingkat-peringkatkematangantertentu.2.2.7Peringkatperingkatperkembanganmembawaperubahanyangmenujukearahtertentusertadijangkakan.2.2.8Perkembangandipengaruhi olehbakadanpersekitaran.Bakamenentukanhadperkembanganmanakalapersekitaranakanmenolongperkembanganmencapai tahapyangmaksimum 3. Persamaan dan Perbezaan antara pertumbuhan danperkembangan kanak-kanakPersamaan Prosesinimembabitkanmanusia.Mempunyaicoraktertentu.Susunansamabagisemuaahli.Berlakusecaraberterusan Perbezaan AspekPertumbuhanPerkembanganJasmani Tinggi,saiz,berat,pertumbuhangigi,uratdagingdansarafpancainderaKemahiranmenggunakananggotabadansepertimerangkak, berjalan,melompatdanberlari. Mental Keupayaanberfikirbertambahtermasukperkarayangsubjektif.Kemahiranmenggunakanbahasa,angkadanmembuatpenaakulan. Emosi Memilikipelbagairagamperasaansayang,gembira,riang,cemburu,duka,marahdantakut.Memahamikonsepperasaan,menguasai danmengawalperasaanketikamarah,takutdancemburu. Sosial Kenalansemakinbertambah.Keupayaanmemilihkenalan. Struktur Mengikutpoladarikepalakekakidandaritengahkesisi.Mengikutkematangandanpengalamanpembelajaran

4. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 4.1 Menurut Mook Soon Sang (2009) prinsip-prinsip perkembangan adalah sepertiberikut:4.1.1 Pertumbuhan berlaku dalam dua arah4.1.1.1 Dari atas ke bawah.4.1.1.2 Dari tepi ke tengah. 4.1.2 Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya.4.1.3 Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus.4.1.4 Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnyaadalah berbeza pada setiap individu.4.1.5 Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlakusecara berterusan hingga hayat akhir.4.1.6 Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani,emosi dan sosial.4.1.7 Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikutperingkat-peringkat berikut:4.1.7.1 Peringkat pralahir (prenatal) (dalam kandung 9 bulan)4.1.7.2 Peringkat bayi (02 tahun)4.1.7.3 Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)4.1.7.4 Peringkat pertengahan kanak-kanak (69 tahun)4.1.7.5 Peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun)4.1.7.6 Peringkat awal remaja (1115 tahun)4.1.7.7 Peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun)4.1.7.8 Peringkat akhir remaja (1821 tahun)4.1.7.9 Peringkat dewasa (2160 tahun)4.1.7.10 Peringkat tua (60 tahun ke atas)4.1.8 Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.4.1.9 Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan oranglain EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak21Februari 2009 4.2 Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008), prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembanganadalah seperti berikut:4.2.1 Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusai berlaku pada kadaryang berlainan.4.2.2 Perkembangan seorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhandan kematangan.4.2.3 Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlakusecara semulajadi, secara spontan dan tidak berada dalam kawalanmanusia.4.2.4 Pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggiandan pertumbuhan rambut.4.2.5 Pertumbuhan berlaku daripada umum kapada spesifik.4.2.6 Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalamkompleksiti organ dan sistem saraf manusia.4.2.7 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam satu susunan yang bolehdiramal.4.2.8 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara perlahan-lahan.4.3 Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-prinsippertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:4.3.1 Proses perkembangan berlaku mengikut aturan . Misalnya seseorang bayipada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkakdiikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kapada abstrak. Ini dapat dilihat khususnyadalam perkembangan kognitif dan bahasa.4.3.2 Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik . Seorang bayi bolehmenggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jaritangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulusebelum beransur ke otot-otot halus. 4.3.3

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan . Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akanmenambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.4.3.4 Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu . Misalnya,setengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala adayang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktoryang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapatlihat di dalam sebuah bilik darjah.4.3.5 Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran . Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia adadalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dankemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaranadalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi danmemerlukan usaha.4.3.6 Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya . Misalnya perkembangan otot dansaraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang ituberenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.4.4 Mengikut sumber lain, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalahseperti berikut:4.4.1 Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:4.4.1.1 Arah dari kepala ke kaki ( cephalocaudal )4.4.1.2 Arah dari tengah ke tepi ( proximodistal )4.4.2 Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan adayang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelumberdiri atau berdiri sebelum berjalan. 4.4.3 Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanyaumum kemudian khusus.4.4.4 Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masafertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.4.4.5 Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapibeberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yanglain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dankematangan mental.4.4.6 Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanakmencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.4.4.7 Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Prosesperkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputiperubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dansosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahantersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburanmerangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkanperanan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:4.4.7.1 Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;4.4.7.2 Mewujudkan peluang dan ruang untuk perke mbangan fizikal;4.4.7.3 Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untukperkembangan kognitif;4.4.7.4 Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secaraemosi dan sosial. 5. Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

5.1 Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangankanak-kanak adalah seperti berikut:5.1.1 Dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan seorang individuiaitu baka dan persekitaran.5.1.2 Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal,perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia.5.1.3 Faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya,teknologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat.5.1.4 Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah pemakanan dantaraf status sosio ekonomi serta kebudayaan.5.1.5 Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam membentukpertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.5.2 Mengikut sumber lain, faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakdihuraikan seperti di bawah:Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunandan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yangdibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warnamata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan hadkeupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawasetiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu,walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal,kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidakada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Merekaberpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadarperkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak26Februari 2009 Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripadanukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentupada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalamnukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosommengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yangmengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangankromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran diantara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri bakatersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajahberikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosomberlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum

Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisanciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh geneticterhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri

perbezaan individudari segi fizikal, mental dan emosi.Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai cirrifizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deriaserta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikalluaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibubapa.Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) danShieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dankebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individudengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akanmelahirkan anak yang juga cerdas pintar.Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisidaripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabildan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pulamempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasanarumah, makanan, asuhan dan status sosioekonomi keluarga. Adalah telah diketahuiumum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluargamelahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.Misalnya;5.1 Kanakkanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuhdengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak29Februari 2009 5.2 Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanakmemperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.5.3 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalamiperkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.5.4 Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantuperkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum keranakeluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbangserta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanakbergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembanganintelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi denganrakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positifdaripada mereka.Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yangmelingkunginya, seperti rumah dan sekolah

6.1 Konsep Perkembangan Fizikal Kanak-kanak(6-12 tahun) Menurut Woolfolk & Margetts (2007),

perkembangan fizikal merujuk kepada perubahansaiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggotabadan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yanglebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanaksecara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978).Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanakmelakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalamsukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyakdisebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim,senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhiperkembangan aspek fizikal seseorang itu.Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi danlebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warnarambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip.Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapipengaruh baka juga memainkan peranan penting. Menurut Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahapaktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiridaripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruhyang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak32Februari 2009 6.2 Prinsip Perkembangan Fizikal Kanak-kanak(6-12 tahun)

6.2.1 Prinsip asas perkembangan fizikal kanak-kanak adalah seperti berikut:6.2.1.1 Perkembangan bermula daripada kepala hingga kaki bayi.6.2.1.2 Pertumbuhan bermula daripada baha gian tengah badan.6.2.1.3 Kebolehan kanakkanak semakin jelas dan spesifik.6.2.1.4 Aspek perkembangan fizikal pada peringkat yang berbeza.6.2.2 Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), prinsip asas perkembanganfizikal kanak-kanak dihuraikan seperti berikut:6.2.2.1 Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikutidengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanakdapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikutidengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawalpergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepaslahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap danmengangkat badanya menggunakan lengan. Pada usia 6 tahun hingga12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak,berdiri dan seterusnya berjalan.6.2.2.2 Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan keluar.Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luarbadan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentukdahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kakimerupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayiselepas kelahiran akan cuba mencapai obkel yang dilihatnya tetapigagal kerana masih tidak dapt mengawal otot-otot tnagannya. Selepasbeberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak33Februari 2009 menggengam objek sengan sebelah tangan menggunakan jari tanagankerana otot tangan sudah berkembang.6.2.2.3 Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.Sebagai contoh nya, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayiakan menangis dengan kuat.Selepas beberapa bulan, jika inseden yang sama berlaku, bayi masihakan menangis tetapai bolah menunjuk kepada kepala yang sakit.Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akanmemberitahu kepalanya sakit.6.2.2.4 Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasaperingkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahapmaksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakulberkembang dengan lebih perlahan. 6.3 Peringkat-peringkat Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-12 tahun) Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan danperkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiranpsikomotor yang sedia ada.Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun danmencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mulabertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai tahapkemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadilebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh,kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokuskepada aktiviti atau tugas yang diberi kapada mereka. Perkembanagn otot-otot halus,koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebihkemas, belajr bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait,membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelakicenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

7.1 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak(6-12 tahun)

MenurutHaliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitifmerupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingatiperkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktivitimental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsunganhidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaanpemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yangberlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapatdengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan ataupemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitanrapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakansebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitifkanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal)serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripadakemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi.Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otakkanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal,membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembanganfizikal dan sosial kanak-kanak tersebut 7.2 Peringkat Operasi Konkrit (6-12 tahun) Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubahdaripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin,1997). Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsiorang lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanakperingkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu?Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahamiorang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yangdiperolehi oleh kanakkanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkansecara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antarasubordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehanini dinamakan 'class inclusion' 7.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 7.3.1 Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melaluiperingkat-peringkat perkembangan kognitif yang samatetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapatpersekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak,sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan merekasecara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaanini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan denganlebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama :7.3.1.1 Skema ( Schema )7.3.1.2 Penyerapan ( Assimilation )7.3.1.3 Pengubahsuaian ( Accomodation ) dan7.3.1.4 Keseimbangan

( Equilibrium ) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurusdan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuahkabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabilaseorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesarskema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skemaadalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun danmengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialahmenghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnyaakan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belumdapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, keranahanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukanmaklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yangsedia ada, iaitu penyerapan ( fitting ) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai makluma an pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakinmembesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlakuadalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif sertaperkembangan skema ( development of schema ). Jika maklumat yang diterima sesuaidengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jikamaklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suaiuntuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada.Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahappemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkanproses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanakmenerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidakdapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skemaatau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, makatahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula daribayi sehingga dewasa.Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitifkanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikutperubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkatsensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.7.3.2 Peringkat Sensori Motor (0 2 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untukmemahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkanselama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek didalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa danlambing yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria

motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan denganobjek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. 7.3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan . Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapatmenguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikirsecara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidakmempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidakdapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. 7.3.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalahyang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik sertamembuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untukmenggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengankonsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalahmatematik. EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak41Februari 2009 Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembanganpesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikirtentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktivitimental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusunsemula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapapemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasikonkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi danmengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik ( relational logic ). Pengekalan ( conservation ) Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidakmengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiticecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah dibawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B'yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konseppengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter)iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukanproses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelasyang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang samabanyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B

Mengklasifikasi Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripadakenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance. Cirinya beroda2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT, Putera RTyang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya. Perkaitan Logik Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebihbaik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan"berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahamioleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehanmembuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusundalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka jugaberkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalamsesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebihtinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Merekayang talah berada di peringkat operasikonkrit akan boleh memberi jawapan yangbetul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripadaFirdaus 7.4 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky 7.4.1 Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahlipsikologi Russia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dankemudian beralaih kepada pengajian undang-undang dan padamasa yang sama mendalami bidang kesususteraan. Penerbitandan kajian beliau yang menda pat perhatian bertajuk ThePsychology of Art. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individuberlaku dlam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku danpemikiran individu. Beliau memberi alternatif kapada idea Piaget tentangperkembanagn kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial danbudaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Perkambangan mental kanak-kanakterhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang.Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), pemikirankanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan orang lain. Baginya, kanak-kanaktidak dapat membina pengetahuannya sendiri melainkan dengan interaksi bersamaindividu-individu di persekitarannya. Perkembangan kognitif berlaku dalam duaperingkat: 7.4.1.1 Peringkat sosial Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individudengan individu lain di persekitarannya. 7.4.1.2 Peringkat individu (peribadi) Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehidaripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yangdiperolehi ini bileh menukar skemata individu

7.4.3 Perancah (Scaffolding) Bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Menurut Santrock(2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), apabila seseorangpelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkinakan memberi bimbingan penuh tetapi pelajar sudah mula memahami,bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasaikemahiran tersebut.

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak45Februari 2009 Menurut Lev Vygotsky dalam HalizaHamzah dan Joy N. Samuel (2009),selain berkomunikasi denagn orang lain,kanak-kanak sekitar usia 3-7 tahunberkomunikasi dengan diri merekasendiri. Komunikasi ini seterusnyabertukar kepada suara hati ataudorongan pemikiran dewasa kelak.Komunikasi sebegini memberi impak yang positif untuk kanak-kanak tersebut(Berk & Spuhl, 1995) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009)

7.5 Teori Perkembangan Metakognisi Berdasarkan Mok Soon Sang (2008) antara teori matakognisi adalah seperti berikut:7.5.1 Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatuproses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.7.5.2 Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kibolehanatau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir.7.5.3 Teori Roger Sperry (1979) nghuraikan otak manusia yang menggunakanbahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secarakreatif.7.5.4 Mayor (1977) manfsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi mental dalamsistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn masalah.7.5.5 Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar,perkataan, pengamatan dan konsep. Melalu pemikiran, rangsangan luar yangditerima oleh deria akan ditafsirkan dengan peggunakan perkataan atau simboluntuk membentuk konsep terhadap rangsanagn tersebut.7.5.6 Beyer (1991) memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap inputderia dengan menggunakan maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasidan mengasimilasikannya dengan tujuan membentuk untuk mencari sesuatumakna.7.5.7 Menurut pandangan Islam , pemikiran ialah sesuatu proses ynagmenggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadapsesuatu keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan menggunakanpelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yanglogikal dan munasabah terhadap proses yang dialami

1 Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak(6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktiviti-aktivitiseperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permeianan dan latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membinapergerakan yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untukkanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untukkanak-kanak perempuan misalnya bola jaring.Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai yang perlu siterapkan kapadakanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jikakanak-kanak tersebut terlebih berat badan bolh menimbulkan masalah sosial danmasalah penyesuaian. 8.2 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak(6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. Implikasi daripada teori Jean Piaget .8.2.1 Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutamanya untuk mempelajarikemhiran tertentu.8.2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objekyang diajar.8.2.3 Memastikan pembentangan dan pembacaaan adalah rngkas dan tersusun.8.2.4 Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalamanpelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks.8.2.5 Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yangmemerlukan pemikiran logik dan analitik.Implikasi daripada teori Lev Vygotsky

.8.2.6 Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimalsetiap kanak-kanak 8.2.7 Menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran.8.2.8 Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.8.2.9 Mengawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasamenyelesaikan sesuatu masalah.8.2.10 Memberi arahan yang bermakna. 8.3 Kesimpulan Implikasi Perkembangan Fizikal danKognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajarandan Pembelajaran. Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusiamelahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antarasatu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unikdan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktivitipengajaranpembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harusmenggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya. Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannyamempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehanmenerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuatkesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka.Untuk membantu muridmurid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, programpemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang palingberkesan.Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbezadari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya.Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalamsesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaanperbezaan inisememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guruterpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalamkeadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidakboleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan dibelakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka denganserta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga keperingkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaranmereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalaniaktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Muridmurid dalam golongan inibiasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan caramenyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka jugamudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambatberfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Muridmurid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama adasecara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslahdisediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang merekahadapi. 9. Rumusan/Cadangan Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz badan.Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan kognitifdan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek perubahan.Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifatkualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlakudalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangantertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka danpersekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akanmembantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangansatu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyataantara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umuryang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnyaharus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudahmenerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Sehubungandengan itu, induksi utama yang

wajar menuntun kanak-kanak ini adalah ibu bapa danguru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir dengan kanak-kanak tersebut.Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk sahsiah kanak-kanak tersebutmelalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang demikian, untuk memastikankesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yangpositif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang danterbilang

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan . Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak . Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan . Subang Jaya: Longman http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_ 01.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri& pg=dn_08.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0405&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_0 2.htm&arc=hive

Anda mungkin juga menyukai