Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENULISAN REFLEKSI Berlandaskan pentaksiran yang dilaksanakan terhadap kelas 1 Wira di SekolahKebangsaan Palong8 (f), Gemas, Negeri Sembilan, dapat dikenalpasti dua orang muridtidak melepasi saringan-saringan yang dilaksanakan terhadap dirinya. Pentaksiran inimelibatkan pentaksiran temubual, pentaksiran sahsian, dan pentaksiran menulis danmembaca.Murid yang tidak melepasi saringan ini ialah MUHAMMAD AMIN AIMAN BINALIFSIM dan MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN ZULKIFLI. Kedua-keduanya gagaldalam pentaksiran membaca dan menulis di mana sehingga bulan Oktober 2013, murid ini masih gagal untuk mengenal hurul kv dan kk.Malah, kedua-dua mereka ini gagal untuk mengurus diri dengan baik.Kebersihan diri sangat tidak terjaga dan mereka gagal untuk menguruskan diri merekauntuk membuang air besar. Kerapkali kedua-dua mereka ini membuang air besar didalam kelas dan menganggu persekitaran dan kondusi pembelajaran kelas.Pergaulan dari segi social murid ini bersama rakan-rakan lain juga diaplikasikansebagai gagal kerana sangat pendiam dan tidak mahu langsung berkomunikasi denganguru dan rakan sebaya. Pentaksiran berbentuk lisan dan temubual adalah GAGALsama sekali. Mereka hanya memerhatikan wajah guru dan rakan-rakan mereka tanpamahu bersosial dengan sesiapa sahaja.Tembual terhadap ibu bapa mereka turut dilaksanakan dan nyatalah bahawa dirimereka di sekolah itulah gambaran diri mereka di rumah. Murid tidak mampu membawadiri dan menguruskan diri dengan baik. Tidak mahu bersosial dengan sesap dan tidakmampu membaca dan menulis. Setelah memperoleh kebenaran drai ibu bapa murid,kedua-dua murid ini telah dibawa ke doctor khas dari KLINIK KESIHATAN PALONG 7DAN 8 untuk pemeriksaan dan pemantauan. Hasil pemeriksaan dan beberapa ujiansusulan, mendapati murid ini perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Inklusif atauPendidikan Khas. Pendidikan khas ini sebenarnya suatu aspek pelaksanaan yang sangatbermakna untuk membantu murid-murid sepertimana ini kerana mereka tidak bolehberada seiring dengan murid-murid di arus perdana. Guru perlu membantu murid-muridini untuk dikategorikan di tempat yang sewajarnya bagi mengelakkan mereka terbantutdari segi pembelajaran mereka.Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas,dengan meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusifdan menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui wargapendidik yang professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO (The Salamanca Statement, 1994)berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang kekangan, ianyaadalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP didalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif disekolah harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripadapelajar bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara.Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan,amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadapprogram dan murid inklusif. Termasuk juga soal penglibatan keluarga, sosialisasi danpenglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian lanjutan yang mengukur amalan dankualiti pelaksanaannya.Kepentingan kajian ini dari segi ilmu diharap akan menjadi sumbanganpengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong perkembangan kanak-kanakbermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya. Kajian yang akandilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan danrujukan kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator amalan terbaikpendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian ini puladijangka dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.

Anda mungkin juga menyukai