Anda di halaman 1dari 2

Azaman Bin Idris 053002 Pemandu Lokomotif

Eksekutif Gerakan Loko Bukit Tengah Eksekutif Kawan Operasi Butterworth 12 DISEMBER 2013 Tuan, PERKARA : LANSIRAN KASAR JAJARAN EX 2NK DIDEPOH BUKIT TENGAH Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Bertarikh 6 Disember, saya dijadualkan bertugas sebagai Feeder masuk tugas jam 1600 bersama PLR En Zuria Sani bin Abdul Wahab (No 022440) dan pelansir En Mohamad Sabani bin Ibrahim (No 032010). Jam 1930 membawa 10 unit gerabak sakit yang telah dibaiki dari Bukit Tengah ke yad Perai, dengan lokomotif 25104. Tiba di yad jam 1955 dan membawa balik enjin 25203 ke Depoh Bukit Tengah. Tiba pada jam 2025. Jam 2130 menaiki van ke stesen Butterworth dan tiba pada jam 2145. Jam 2210 tren 2nk tiba di stesen Butterworth. Membawa enjin 2nk 25106 dan disambung dengan Parcel van (PV) pada jam 2240. Setibanya tren 21, saya membuat lansiran menyambung PV pada tren tersebut. Kemudian, saya membawa enjin 2nk ke yad untuk dipusing dan menyambung semula ke jajaran 2nk. Pada jam 2345 bertolak dari stesen Butterworth dan tiba di stesen Bukit Tengah pada jam 0010. Kemudian saya mengubah kedudukan enjin dari hadapan dan di sambung ke belakang jajaran. Apabila mendapat semboyan, saya bergerak menarik dan menolak jajaran masuk ke depoh dibantu oleh pelansir melalui semboyan tangan serta percakapan melalui walkie-talkie. Keadaan walkie-talkie pada ketika itu tidak berfungsi dengan baik. Apabila jajaran sedang ditolak masuk semboyan tangan dari pelansir tidak kelihatan oleh sebab keadaan landasan yang berselekoh. Dengan inisiatif serta pengalaman, saya terus mengambil tindakan memberhentikan jajaran, tanpa disedari jajaran telah terlanggar buffer stop.

Untuk makluman pihak tuan, sekiranya saya melakukan lansiran kasar sudah semestinya buffer stop terkeluar dari kedudukannya dan berkemungkinan jajaran akan tergelincir. Sekian laporan saya. Yang benar,

................................................... (AZAMAN BIN IDRIS)

Anda mungkin juga menyukai