Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Sepanjang kami melakukan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) ini banyak perkara yang telah kami peroleh

dan boleh dijadikan iktibar dan juga cabaran untuk kami dalam menceburi bidang perguruan ini. PBS ini sememangnya banyak memberi manfaat kepada guru-guru pelatih agar dapat menimba pengalaman yang berguna. Tujuan utama kami melakukan PBS ini adalah untuk menyiapkan tugasan berkaitan tugasan Bahasa Inggeris yang diberikan. Dan secara tidak lansung kami juga ingin menerima pengalaman sebagai seorang guru dan cabaran yang dihadapi oleh seorang guru. Pada hari pertama kami melakukan PBS ini kami lebihkan kepada mengenal sejarah sekolah dan latar belakang Sekolah Kebangsaaan Sri Tunjong. Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut mengenai sejarah dan latar belakang sekolah ini kami menemu ramah guru besar dan penolong kanan satu. Banyak maklumat mengenai sekolah yang kami peroleh dan kami mula mengenal latar belakang sekolah ini dengan mendalam. Selain itu kami juga mendapat beberapa maklumat sekolah daripada guru-guru dan semua pihak sekolah. Hari kedua kami mula mengambil gambar sekitar sekolah untuk menyiapkan tugasan kami iaitu menyediakan portfolio PBS. Selain mengambil gambar kami juga mengenal kawasan-kawasan sekolah dan prasarana-prasarana yang disediakan di sekolah ini. Melalui penglihatan kami kami dapati sekolah ini terdapat kemudahankemudahan yang cukup seperti makmal sains, bilik kemahiran hidup, perpustakaan, bilik kaunseling dan lain-lain lagi. Di sekolah ini juga terdapat bilik bantu mengajar yang menyediakan kemudahan-kemudahan kepada guru dalam membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Hari ketiga kami melakukan PBS ini kami diberi peluang melihat bagaimana guru-guru mengajar di dalam kelas dan melalui ini kami membuat pemerhatian tentang cara guru mengajar dan ragam murid-murid di dalam kelas semasa guru mengajar. Hari keempat kami melakukan PBS ini kami mula mengedarkan soalan yang berkaitan perkembangan kanak-kanak kepada responden kami iaitu muridmurid sekolah kebangsaan bukit indera muda. Ini adalah salah satu tugasan yang kami perlu lakukan untuk menyelesaikan tugasan perkembangan kanak-kanak yang kami terima.

Pada hari terakhir kami lebihkan kepada refleksi mengenai apa yang kami lakukan sepanjang lima hari melakukan PBS di sekolah itu. Kami juga mengambil kesempatan berjumpa guru besar dan penolong kanan satu bagi mengesahkan kedatangan kami selama lima hari PBS di sana. Kami juga menerima nasihat dan dorongan daripada mereka yang serba sedikit membantu kami dalam profesion keguruan ini.

Anda mungkin juga menyukai