Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnianya dapat saya dan rakan-rakan

yang lain mengharungi segala cabaran sepanjang kami menjalani program Bina Insan Guru fasa 3 bagi tahun 2013. Program ini berlangsung selama 1 hari yang melibatkan 21 orang iaitu 19 orang guru pelatih, seorang mentor dan juga seorang pemantau program bina insan guru. Program ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Panggau. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya pensyarah dari Unit Kokurikulum IPG Perlis kerana telah bertungkus lumus dari awal hingga akhir dalam menjayakan program Bina Insan Guru fasa 3 ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada mentor iaitu Pn Nurulhidayah lucy Binti Abdullah yang tidak pernah jemu mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang program ini dijalankan. Sememangnya tidak boleh disangkal lagi, sangat banyak ilmu yang saya timba melalui program kali ini yang bertemakan khidmat masyarakat. Bersesuaian dengan nama program ini iaitu Bina Insan Guru, kami semua sebagai bakal guru telah dididik dan dibimbing untuk menjadi lebih berakhlak mulia, bersemangat tinggi, bersabar menghadapi apa sahaja ujian serta meningkatkan daya tahan mental dan fizikal kami melalui aktiviti yang dijalankan. Nilai-nilai ini sesuai saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya seiring dengan usaha saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Pagi sebelum bertolak ke Sekolah Panggau tersebut kami semua berkumpul dahulu di hadapan kafeteria bagi memudahkan urusan memunggah barang dan menyemak barang yang hendak dibawa. Bermula jam 6.45 pagi aktiviti ini mula dijalankan dengan penuh kerjasama dan toleransi. Apabila selesai semuanya pada pukul 7.15 pagi kami mula bertolak ke sekolah tersebut. Setibanya kami di sana kami mula mengangkut barang-barang daripada bas dan diletakkan di dalam dewan di mana aktiviti akan dijalankan di situ. Persiapan pertama kami adalah untuk aktiviti suai kenal dan senaman pagi di mana kami menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakan seperti hujan. Disebabkan hujan mulai turun pada ketika itu aktiviti senaman pagi tidak dapat dijalankan di luar kawasan dewan dan aktiviti

tersebut terpaksa dijalankan di dalam dewan walaupun keadaannya yang sempit dengan susunan meja dan kerusi. Walaubagaimana pun aktiviti ini diteruskan juga di dalam dewan sebagai pembuka aktiviti. Selepas itu, sesi memperkenalkan diri kepada warga sekolah tersebut turut dijalankan. Aktiviti seterusnya diteruskan dengan aktiviti Treasure Hunt. Aktiviti ini menguji semngat pasukan sesama ahli kumpulan dan juga kekuatan fizikal dan mental. Suasana yang menyeronokkan dan sambutan daripada murid-murid yang begitu menggalakkan membuatkan aktiviti ini berjalan dengan lancar dan sistematik di samping dapat murid-murid yang hadir pada hari itu. Aktiviti selepas ini diteruskan dengan LDK iaitu latihan dalam kumpulan iaitu cara penghasilan pop-up. Dalam aktiviti ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sebelum memulakan aktiviti ini, demontrasi tentang cara penghasilan pop-up ditunjukkan terlebih dahulu supaya murid dapat melihat gambaran awal mengenai cara serta teknik penghasilan yang betul. Aktiviti-aktiviti ini jelas menarik perhatian murid-murid yang berada di situ seterusnya dapat meningkatkan nilai kreativiti dalam diri pelajar dalam matapelajaran matematik khususnya. Selepas tamat aktiviti ini majlis penyampaian hadiah diadakan dan hadiah diberikan kepada kumpulankumpulan yang telah memenangi aktiviti treasure hunt dan juga aktiviti LDK. Setelah tamat majlis penyampaian hadiah ini kami meneruskan lagi dengan aktiviti gotong royong iaitu aktiviti clean and plant pula dimana di sini kami

menghadapi kesulitan kerana keadaan taman herba yang perlu dikemaskan itu dipenuhi dengan serangga-serangga yang melambatkan aktiviti kami.

Walaubagaimana pun kami terpaksa meneruskan juga aktiviti gotong royong ini sebagai rasa akauntibili sebagai seorang guru dan melakukan tugasan ini dengan penuh ikhlas. Dalam aktiviti ini dimuatkan aktiviti menanam pokok-pokok herba, megecat dan juga menghias seluruh kawasan taman. Aktiviti gotong royong ini dijalankan sehingga pukul 5 petang. Setelah aktiviti gotong royong selesai kami mula mengemas segala barang-barang yang dibawa semasa kami tiba untuk dibawa pulang. Kami semua bekerjasama mengemas segala peralatan dan juga tempat yang telah kami guna pakai sepanjang program bina insan guru ini diadakan.

Kesimpulannya, perkara yang paling penting yang saya dapat melalui program BIG ialah kerjasama dan bantu tidak mudah berputus asa. Dengan semangat kerjasama ini, ia bukan saja dapat memudahkan pekerjaan, tetapi boleh menyatupadukan masyarakat. Seterusnya ialah tidak berputus asa. Sebagai seorang warga pendidik, tidak berputus asa adalah kunci utama seorang guru dalam mendidik pelajarnya menjadi manusia yang berguna. Profesion perguruan yang penuh dengan ujian memerlukan tahap kesabaran dan semangat tidak berputus asa yang tinggi untuk mengharunginya. Setiap masalah tidak akan dapat diselesaikan sekiranya seseorang mudah berputus asa dan dengan semangat ini juga, seorang guru dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap tugas yang diamanahkan.

Anda mungkin juga menyukai