Anda di halaman 1dari 7

BUDAYA ITQAN, IHSAN, TAWAKKAL, TAWADHU‘, DAN

TAFWEEDH DI DALAM DI DALAM


‘AMALAN PARA DA‘IE 1

( ‫ثوابت ال تقان واللحسان والتوكل والتواضع والتفويض فى ميادين أعمال الدعآة‬


)

‫الحمد ل والصلة والسلم على رسول ال وعلى آله وأصحابه أجمعين ومن تبعهم‬
‫بإحسان إلى يوم الدين؛‬

Muqaddimah

Perbincangan ini akan menjelaskan peri pentingnya sifat-sifat atau


budaya kerja du‘at yang berpaksikan al-Itqan, al-Ihsan dan al-tawakkal
yang sangat tinggi di sisi Allah swt, kerana dengannya ‘amalan dan
kerja-kerja du‘at bukan sahaja bermutu tinggi, malahan akan
menjadikannya ‘amalan soleh (‘amal qawiy atau a‘mal qawiyyah) di sisi
Allah swt. Kesannya, sangat diharapkan menyentuh, membelai dan
membuka hati manusia ke arah petunjuk kebenaran Ilahi dan
menerima kebaikan dan keindahan beramal dengan ajaran Islam dan
berjamaah. Dengan tambahan sifat tawadu‘ dan tafwid, insya Allah
swt, para du‘at dapat mencapai kehinaan diri dan berhajat (faqir)
kepada Allah swt untuk menjayakan amal mereka. Dengan itu
mereka tidak menyesal, bertelingkah dan mengungkit amal ini.
Kekallah amal itu suci, mulia dan kudus, sehingga diterima Allah
swt sebagai sebahagian daripada amal, jihad dan pengorbanan di
jalan Allah swt. Kerana kemuliaan hidup dan kematian di jalan
Allah, [Arb., - al-mawt fi sabillah] menjadi idaman setiap du‘at.

Budaya dan Prinsip-Prinsip (Thaqaaafat wa thawaabit )

Thaqafat bermaksud budaya yang berasaskan ilmu pengetahuan dan


dasar saintifik yang tinggi, kerana inilah dasarnya yang bertanggung
jawab melahirkan acuan sesebuah tamaddun dan peradaban tinggi
1
Dibaca di dalam Forum Tazkirah Kelab Kakitangan Akademik (KKA) Universiti
Teknologi Mara Kampus Arau Cawangan Perlis pada 24 Januari 2003 bersamaan 20
Dhu al-Qa‘dah 1423H, jam 8:00-9:00 pagi di Bilik Cenderawasih.

1
manusia. Manakala Thawabit berasal dari thabitah bermaksud prinsip-
prinsip nilai mutlak yang teguh, dengannya membolehkan
ketamadunan kemanusiaan tumbuh dan berkembang subur, sebagai
contoh dalam Islam ajaran Tawheed dan ‘Adalat al-Islaamiyyah –
keadilan Islam, adalah merupakan antara thawabit yang unggul
untuk melahirkan Masyarakat Madani (Prophetic Society).

Hakikat Itqaan (Kesempurnaan Kerja)

Sabda baginda saw : [‫ ]إن ال يحب أحدكم إذا عمل عمل إن يتقن به‬Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah swt sangat meyukai (cintai) seseorang yang


apabila ia bekerja, lalu ia lakukannya dengan penuh ketekunan dan
ketelitian.”

Kesempurnaan kerja ialah apabila telah menepati aturan


pembentukan medan ‘amal dan ia dapat memberikan fungsi sebenar
‘amal tersebut’; hasil atau ‘product’ berguna dan memberi pahala dan
keberkatan melalui kepakaran, darjah usaha yang bertaraf ‘azm’dan
ciri-ciri kerja ultra positif. Dalam konteks ini itqan adalah piawaian
yang standard dan mejadi rujukan ‘amal oleh seluruh nilai kerja.
Keunikannya dilihat secara metafizik, ialah apabila ‘acuan ciptaan
Allah swt’ telah dicapai oleh manusia dengan izinNya bagi
menyerlahkan lagi kewujudan sesuatu kerja. Dilihat dari sudut
episteme (teori pengetahuan), ialah apabila penguasaan ilmu
pengetahuan manusia telah sampai ke tahap ‘khibrat’(expertise),
‘hirfat’ (professional), ‘sina‘at’ (technology dan mechinery) dan ‘ibda‘
(external artistic designation), daripada Allah swt, dengan proses
pengadaptasian menerusi pengalaman kemahiran, maka bertukarlah
manusia itu (experiencial adaptations or skills ) daripada kejahilan
kepada tahu.2
2
Allah swt mengajar manusia apa yang belum mereka ketahui, dengan pendedahan
(exposures) dan pengalaman pertama kali (first experience) melalui kejahilan, kemudian
mengetahui dan seterusnya pengadaptasian pengalaman tersebut secara berulang
(repeatation), setoran maklumat (preservation) dan kias perlaksanaan (analytical
application). Lihat surah al-‘alaq, ayat 4-5 [Arb., alladhi ‘allama bi al-qalam (4) ‘allama al-
insan ma lam ya‘alam (5)]

2
Hasil daripada pengalaman ini semua dan usaha penguasaannya,
maka kerja-kerja yang bakal dilakukan akan menepati kehendak dan
spesifikasi yang tepat dan mampu mengeluarkan kesan langsung
yang sangat produktif dan bermakna.

Hakikat Ihsaan (Kesempurnaan Nilai kerja)

Firman Allah swt : [‫إن ال يامركم بالعدل والحسان]; [وأحسن كما أحسن ال إليك و تبغى‬
‫] الفساد فى اللرض]; [لقد خلقنا النسان فى أحسن تقويم‬

Huraian: ihsan merupakan perintah Allah swt agar terlaksana setelah


manusia melakukan keadilan – al-‘adl. Ihsan adalah suatu nilai yang
hadir selepas manusia berjaya meletakkan sesuatu urusan kembali ke
tempat asalnya atau mengikut hiraki kedudukannya yang sebenar di
alam raya ini berdasarkan kajian, ilmu pengetahuan dan pengalaman
manusia terdahulu, yang jelas sekali ialah suatu yang sangat dekat
(taqarrub) kepada ukuran Allah swt (divine measurements).

Sebagaimana Allah swt telah melakukan yang terbaik kepada


Manusia, dalam ciptaan dan layanan spt. [‫الذى أحسن كل شىء خلقه و بدأ خلق‬
‫ ] النسييان ميين طييين‬Ciptaan manusia daripada Ruh dan jasad adalah
terbaik, di mana permulaannya ialah hanya kejadian daripada tanah.
Demikianlah hakikat kejadian semua makhluk di dunia dijadikan
demikian; zahir dan batin (zahir kewujuduan jasmaniah dan
batiniyah ) pengendalian urus tadbir Allah swt ke atas alam raya
sehingga alam itu menjadi ‘Islam’ dengan sunnatillah fi al-‘alam. Maka
begitulah Allah swt meminta kita melaksanakan kerja kita di atas
muka bumi; mengambil kira urusan kesempurnaan kerja lahiriah
untuk kegunaan di dunia, dan juga urusan ‘amal hati kerana Allah
swt dan memahami dengan izin Allah swt segalanya terjadi dengan
baik dan sempurna. Di sinilah ihsan, menyekat kita daripada
melakukan sebarang bentuk syirik di dalam amal kita. Ketiadaan cela
dan syirik dalam amal, menjamin segala amalan manusia diterima
Allah swt dan benarlah ia menjadi amalan soleh (lihat erti salih dalam

3
Arb., memberi transformasi kebaikan dan pengislahan kepada
manusia dan alam raya ke arah suatu kerja yang lebih kekal abadi
dalam bentuk pahala (prennial rewards).

Manakala kejadian manusia (Ruh dan jasad) adalah suatu kerja dan
kejadian yang terbaik dilakukan oleh Allah swt. Ini melibatkan unsur
keruhanian dari Allah swt dan unsur jasad material tanah yang
digabungkan, lalu menghasilkan ciptaan ‘instinct’ atau ‘gharizah’ al-
hayawaniyyah – kehidupan sebagai makhluk yang sangat tertarik
dengan unsur-unsur bumi. Qiyam atau taqwim adalah struktur
susunan atau kualiti kejadian manusia tersebut.

Rasulullah saw bersabda : [‫إن ال كتب الحسان على كل شيء]; [وإذا زبحتم فأحسنوا‬
‫ الحسيان أن تعبيد ال كأنيك‬:‫ [ مين حسين المرء الترك ميا ل يعنييه]; [وميا الحسيان؟ قال‬3;]‫الزبحية‬
‫]تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك‬

Mengikut hadith ini ‘kataba’ ialah menetapkan atau mewajibkan


tahap kerja Ihsan dalam segala perkara. Jelasnya apabila kita lihat
segala kejadian ilahi, maka segala yang datang daripada Allah swt
itu adalah sempurna (kesan daripada kewajipan Ihsan pada diri Allah
ke atas setiap kerja ilahi).

Lihat sebagai kajian kes penyembelihan, di mana Allah swt meminta


umat Islam melakukannya dengan skill, penuh teliti dan tidak
menyakiti [fa ahsinu al-zibhata] atau meyiksa binatang sembelihan.
Arahan ini penuh rahmat dari Allah swt, kerana korban itu
dilakukan kerana Allah swt.

Pengiktirafan Rasulullah saw kepada individu yang terbaik ialah


yang tidak melakukan bukan urusannya. Pengkhususan kerja dan
tepat dengan tugas hakiki individu itu adalah suatu bentuk kebaikan,
tugas pengabdian adalah tugasnya. Selain daripada itu ia tidak
berkaitan langsung dengan Umat Islam. Jadi kaitan hanya dengan

3
Hadith diriwayatkan oleh Muslim daripada Syaddad ibn ‘Aws r.a.; Hadith no.18
dalam Bab Larangan berdiam diri sehari suntuk sampai malam., al- Adhkar li Imam al-
Nawawiy r.ah.

4
urusan seorang Muslim sahaja yang dipandang Allah swt, selebihnya
akan bertukar menjadi tidak salih (laghw al-‘umur).

Akhir sekali dalam urusan ihsan ini, ialah mengenai penilaian


daripada Allah swt dan bagaimana kita mampu juga menilai
piawaian kesempurnaan kerja bertaraf ihsan ini; 1) Suatu bentuk kerja
pengabdian diri kepada Allh swt, 2) Kita yakin bahawa apa yang kita
buat itu benar-benar disaksikan Allah swt dan kita mempastikannya,
kerana bentuk, sifat, kualiti dan hasil kerjanya layak dipersembahkan
kepada Allah swt. 3) Apabila ia berlaku di luar kemampuan tingkat
keimanan kita, masih lagi kita menyakini Allah swt tetap memantau
dan menilainya tanpa ragu sedikit pun.

Perkataan ‘ka’annaka tarahu’ – melihat Allah swt dengan pasti, dan


sebagai balasan ‘fa innahu yaraka’, jika tidak berlaku seperti yang
sepatutnya, Allah swt tetap melihat kamu. Perkataan ‘ka’annaka’
adalah perumpamaan atau metafora yang sangat tepat atau jelas
serupa. Erti sifat ‘amal itu sangat pasti bagi umat Islam, apabila
dilakukan kerana Allah swt. Pastinya Islam tidak mahu kita keliru
dalam beramal untuk Allah swt. Walau bagaimana pun Allah swt
masih menyerahkan keizinan Allah swt untuk mencipta ‘amal. [‫إلى أن‬
‫]يشآء ال‬.

Hakikat Tawakkal (Penyerahan Peyempurnaan Dari Allah swt)

Konsep tawakkal dalam amal adalah sangat penting kerana, ia adalah


proses penyerahan kepada Allah swt untuk meyempurna amal
(render for the completion) umat manusia yang di luar batas
kemampuan mereka. Maka tawakkal adalah zon Allah swt untuk Dia
menyempurnakan amal itu zahir dan batinnya. Kesannya ialah amal
umat Islam akan sempurna, kerana telah disempurnakan oleh
pencipta manusia dan daya kemampuan mereka. Allah swt sangat
cintakan orang-orang yang bertawakkal kerana insan ini sangat
menginsafi dan meyakini kekuasaan Allah swt dan terus
mengharapkan pemyempurnaan daripadaNya. Penentuan kualiti
amal manusia yang tertinggi adalah datang dari Allah swt. Manusia
bersyukur kepada Allah swt di atats bantuannya dalam setiap

5
peringkat ‘amal. Perasaan sombong dan bongkak serta angkuh akan
berkubur dengan tawakkal kepadaNya.

Budaya Tawadhu‘ dan Tafweedh

Kedua-dua budaya tawadhu‘ dan tafweedh ini merupakan


penyempurnaan sikap hamba kepada Allah swt. Jadilah hamba itu
kecil, hina dan lemah di hadapan Allah swt, tetapi penuh ‘izzah
dengan Islam ketika berhadapan dengan musuhnya dan golongan
penentang agama Allah swt Tuan pencipta dirinya. Tidak bermaksud
bahawa orang tawadhu‘ itu boleh dipijak kepala oleh golongan
durhaka dan ahlu al-dhalal, kerana orang tawadhu‘ akan memerangi
habis habisan golongan bida‘ah dan fasiq serta zalim. Dasar dan
prinsip kukuh ini hadir dalam ajaran Islam seperti; [ ‫ول تصعر خدك للناس‬
‫ول تمشيى فيى الرض مرحيى]; [وأقصيد فيى مشييك واغضيض مين صيوتك]; [ول ترغعوا أصيواتكم‬
‫ ]فوق صيوت النيبى]; [إن العزة ل ولرسيوله وللمؤمنيين ولكين المنافقيين ل يعلمون‬Tawadhu‘
berlaku di kalangan hambaNya yang sangat faham kedudukan diri
mereka berbanding Allah swt. Melihatkan kehebatan manusia adalah
pinjaman cuma daripada Rabbi al-Jalil, maka apa ada pada usaha,
kecuali hanya mentaati perintah ber’amal ke arah yang disyariatkan
sahaja. Kesan akhirnya kesempurnaan ‘amal itu adalah milik Allah
swt jua. Hasilnya segala pujian dan syukur hanyalah diperuntukkan
bagi Allah swt, di tanganNya segala kebaikan, kesejahteraan dan
kesempurnaan.

Kalimat Khatimah.

Idea atau garis utama dari perbincangan di atas ialah;

Amal sempurna dalam Islam itu adalah dalam dua bentuk atau lebih;
Amal tersebut ialah itqan, ihsan dan tawakkal. Sedangkan Amal itqan
dilihat sebagai pencapaian lahiriah atau fizikal atau kualiti nilai
kebendaan atau materialistik alam raya yang musnah ini. Manakala
amal ihsan pula adalah dilihat sebagai amal batiniah atau metafizik
atau kualiti keruhanian yang berbentuk ketundukan dan penyerahan
diri kepada Allah swt. Kesan amal inilah yang melayakkan manusia
mendapat ganjaran pahala ibadat dan syurga di sisi Allah swt di

6
akhirat kelak. Sifat Tawadhu‘ dan tafwid adalah sifat merendah diri
dan merasa kurang dan faqir (sangat memerlukan Allah swt dalam
segala hal.) Dengan prinsip tafwid, maka kata putus hanyalah untuk
Allah swt. Kita hanya redha di atas apa jua keputusan yang di
datangkan olehNya, kerana Dia lebih pakar dalam segala-galanya.

. ‫أقول قولى هذا وأستغفرال لى ولكم والسلم عليكم ورحمة ال وبركاته‬

Draf pertama siap ditulis dengan inayat Allah swt pada 1 March 2002
bersamaan dengan 16 Dhu al-hijjah 1422H. Abu ‘Amrullah ADIS Al-
Merbawiy. Sebarang pembetulan, sumbangan idea untuk
mengukuhkan kertas ini dapat sekiranya ditulis kepada :
easudihamdun@netscape.net/

Oleh:
Abu ‘Amrullah ADIS Al-Merbawiy
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU),
Universiti Tenologi Mara Terengganu (UiTMT), Kampus Dungun,
Sura Ujong 23000 Dungun,
Terengganu.
(1 Disember 2008 - )

Anda mungkin juga menyukai