Anda di halaman 1dari 16

MOTIVASI, KECEMERLANGAN INSAN & ETIKA KERJA

DARI PERSPEKTIF ISLAM *


( al-nasysya>t}a>t wa tadahhur al-insa>niy wa khuluq
maya>di@n al-a‘ma>l
fi d{aw’i al-Isla>m)
Oleh:
Ustadh Ahmad Daud b. Ishak Al-Merbawiy
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) Kampus Arau,
02600 Arau Perlis

Pendefinisian Konsep dan Makna;

1. Erti Daya Motivasi (pencergas atau peransang,


pembakar semangat untuk melaksanakan kerja); a) Iman
dan Taqwa iaitu bagaimanakah kita umat Islam melihat diri,
‘amal dan ganjaran duniawi dan ukhrawi yang bakal kita
terima selepas mati; b) Kecintaan Kepada Allah swt dan
Rasulullah saw – hubbu lillah wa li rasuluhi, iaitu kerana
kedua-duanya umat Islam menghabiskan usaha, keringat
dan tenaga, masa serta kesenangan mereka untuk
menyahut dan memenuhi seruan dan hasrat Allah swt dan
Rasulullah saw di dalam segala perkara yang diminta kita
lakukannya; samaada urusan duniawi atau ukhrawi.; c)
Kecintaan sesama Umat Islam – hubbu li al-muslimin, sama
seperti nabi cintakan Umat baginda, kerana itu segala usaha
demi umat Islam akan dilakukan tanpa ragu-ragu dan
bertangguh, malah akan dilaksanakan secara terbaik.; d)
Keimanan kepada hari akhirat,- iman bi yawm al-akhirah, di
mana usaha mesti berterusan mendapat pahala dan
kebaikan dalam catatan ilahi, kerana manusia hanya
mempunyai ‘satu’ peluang untuk menjalani hidup ini. Itulah
modal kita untuk kebaktian kepada Allah swt atau
penentangan kepadaNya atau disia-siakan tanpa sesuatu
yang bermakna untuk ke syurga Allah swt.

2. Erti Kecemerlangan Insan (keunggulan kecapaian nilai


Insan – Insan kamil, hamba yang soleh, hamba Tuhan al-
Rahman (‘ibad al-rahman), pembina tamadun manusia yang

1
sujud kepada Syariat Islamiyah dari Allah swt., dan menjadi
warga akhirat yang terjamin dengan kebahagiaan abadi
(eternal happiness).

Lihat Firman Allah swt dalam surah al-Furqan ayat 26:63-76


menjelaskan sifat-sifat hamba Allah swt yang dikenali
sebagai ‘Ibad al-Rahman’ (slave of Allah swt the Most
Gracious). Antara perwatakan mereka ialah;

1. Kesantunan merendah diri berjalan di bumi Allah swt


(yamshuun ‘ala al-ard hawnan)
2. Mencari Kesejahteraan berdialog dengan golongan
Jahil (khaataba al-jaahiluun qaluu salaama)
3. Malam hari mereka Sujud sembah Allah swt dengan
Bangun Malam (sujjadan wa qiyaama)
4. Memohon terhindar daripada Azab Allah swt (sarf
’an azab jahannama)
5. Berhemah dalam belanja ( ‘adam al-israf wa al-
iqtar)
6. Tidak Syirik (di‘ayat ilaahan aakhar ) dan
melakukan Jenayah Pembunuhan dan Penzinaan (
wala yaqtulu al-nafs wala yaznun)
7. Bertawbat dan Beramal Soleh (man taaba wa
aslaha)
8. Tidak Bersaksi Dusta (yasyhaduuna al-zuur) dan
Memelihara Kemuliaan diri di Tempat hina (marru bi
al-laghwi marru kiraama)
9. Sensitif dan Sangat Peka dengan Ayat Allah swt
(lam yakhirruu ‘alayha summan wa ‘umyanan)
10. Minta Pasangan Beriman (azwaaj qurrat a‘yunin)
dan Generasi Pemimpin Golongan Bertaqwa
(Imaman li al-muttaqiin)
11. Balasan dari Allah swt dengan Kesabaran
(yujzawna bima sabaruu) dan Mendapat
penghurmatan dan Kesejateraan (tahiyytan wa
salaama) Allah swt.

2
12. Kekal dengan balasan tersebut (khaalidiinn fiha )
dan itulah tempat yang terbaik dan kekal. (hasunat
mustaqarran wa muqaama)

3. Erti Budaya Kerja: “Satu himpunan nilai-nilai atau


prinsip-prinsip yang diterima oleh seseorang atau sesuatu
kumpulan sebagai amalan ketika melaksanakan tugas atau
kerja. Ia mampu menentukan tingkat prestasi kerja dan
sekali gus pencapaian sesebuah organisasi.” 1

Antara ciri-ciri penting Budaya Kerja adalah seperti berikut;

1. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang diterima sebagai


dasar kepada budaya kerja mestilah mencakupi segala
bidang tugas, menggenapi kesesuaian tugas, matlamat,
amalan dan prestasi yang hendak dicapai oleh sesebuah
organisasi.
2. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai tersebut haruslah memiliki
empat aspek terpenting;

a. Matlamat (objective) atau Niat (attention)


b. Prinsip-prinsip atau Nilai-nilai terpilih untuk
sesuatu bidang tugas (pinciples or values)
c. Keutamaan (priority) dan Tertib susunannya
d. Falsafah (Islam sebagai gantian) yang mendasari
budaya kerja tersebut.
2
3. Budaya Kerja Islam mempunyai dua nilai tambah;

a. Tawhid (monotheism – belief in the unity of Allah


almighty) dan Khilafah (vicegerence), adalah
setinggi-tingi prinsip yang mendasari budaya kerja
Islam. Dengan prinsip ini seseorang itu membuat
1
Prof. Dato’ Dr. Syed Othman al-Habshi, Islam Sebagai Ransangan Terhadap
Prestasi Kerja : dalam Ilmu dan Kecemerlangan, Dari Perspektif Islam, Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1994, hal. 130 kemudian
disebut sebagai IKS .

2
Ibid, IKS, hal. 130-1.

3
kerja selaras dengan fitrah ‘kehambaan kepada
tuan tertinggi’ di alam ini dan dia hanya memiliki
nilai yang terpiawaikan di dalam diri, di rumah dan
di tempat kerjanya. (void of double standard)

b. Kesetiaan kepada kumpulan (ta‘alluq jama‘iy –


collective loyalty). Sumbangannya penting untuk
kumpulan kerana terasa ia bertanggung jawab,
menghurmati dan dihurmati, pengiktirafan yang
cukup (dari Allah, ketua dan rakan sekerja),
menyanjung tinggi peranan dan peluang
menyalurkan keistimewaan diri terhadap
organisasi (chances of contribution for the cause
of Allah).

4. Budaya kerja Islam yang berdasarkan kepada empat


ciri utama di atas dapat direalisasikan dan menghasilkan
kecemerlangan melalui tiga peringkat; 3

4.1 Peringkat Keseluruhan – Peringkat ini adalah merupakan


skop budaya yang lebih menyeluruh seperti negara,
masyarakat, organisasi, keluarga dan lain-lain. Tegasnya ia
melibatkan semua bahagian skala besar. (mujahadat li
khayri al-ummah – striving for the excellent Nation )

4.2 Peringkat Individu – Individu adalah sangat penting


kerana ia adalah sel-sel pembentukan kumpulan. Jadi setiap
individu perlu dibentuk mengikut dan serasi dengan budaya
kerja kumpulan. Individu perlu memahami prinsip-prinsip
yang memihak kepada kepentingan individu sahaja, ada pula
prinsip-prinsip yang memihak kepada kumpulan sahaja dan
sangat penting difahami bahawa terdapat prinsip-prinsip
yang membawa kepentingan kepada kedua-duanya sekali.
(recognised the successful factors and being successful
figures)

4.3 Peringkat Kumpulan – sebenarnya budaya kerja di


peringkat individu yang mengarahkan kepada semangat
3
Ibid. IKS, hal. 132

4
berkelompoklah yang bertanggung jawab menjayakan
budaya kerja di peringkat kumpulan. Pengasingan peranan
diperingkat individu, hanya mempastikan skop peranan dan
tugas sahaja berbeza di kedua-dua peringkat ini. Namun
budaya kerja berkumpulan lebih meminta ketahanan,
persefahaman, pengorbanan dan kemenangan bersama.
(tadhiyyat wa ta‘awun – sacrifice and co-operation )

5. Penjelasan kepada penentu Budaya Kerja Islam

5.1 Niat yang benar (sidq al-niyyah).

Islam mensyaratkannya bagi memperolehi ganjaran pahala


dari Allah swt dan mempastikan hakikat pekerjaan tersebut
tercapai atau direalisaikan dalam bentuk penghambaan total
kepadaNya. Lurusnya niat itu penting, kerana ia boleh
menyampaikan kepada hakikat kebenaran (haqiqah),
keadilan (‘adalah) dan kejayaan (al-falah)4 serta kebahagiaan
jiwa (al-sa‘adah – the happiness) yang menikmatinya.
Hasilnya tujuan setiap kuantiti dan kualiti amalan dan
pekerjaan tersebut akan terserlah jua.

Dewasa ini rangka berfikir tentang niat ini dijelmakan dalam


berbagai istilah terkini seperti wawasan – vision,
perancangan strategik – strategic planning, anjakan rangka
berfikir dan bertindak – paradigm shift and actions,
pengurusan berpandukan matlamat jelas – management by
objectives (MBO), penentuan darjah piawaian – standard
bench marking dan sebagainya yang bersifat penditilan unit
kerja yang perlu dicapai dalam menggerakkan budaya kerja
cemerlang.

4
Konsep al-Fala>h} itu dilihat sebagai hasil daripada kerja-kerja keimanan
(a‘mal al-I@<<ma>niyah), berwaspada dengan larangan dan mentaatiNya
(al-Muttaqi@n), menunaikan kewajipan kepada yang berhak (al-Ami@n),
menjaga marwah diri (‘iffah), menjauhkan diri dari antiprodutif (mu‘rid}u al-
laghw), membersihkan hati dari kejahatan batin (tadhkiyyah), mencari
kurniaan Allah (ibtigha>’ mard}a>tilla>h) dan berkorban harta dan masa
kerana Allah swt (al-tad}h}iyyah amwa>l wa awqa>t), lihat pandangan Prof.
Dr, Mohd Kamal Hassan dalam Nilai-Nilai Universal Islam Tentang
Kesejahteraan Masyarakat, IKS, hal. 108

5
Ketika jelas sudah rangka niat yang benar ini (sidq al-
niyyah), maka usaha ke arah apa yang dijanjikan itu
dilaksanakan dengan penuh teliti, tekun dan bersungguh-
sungguh. Inilah sighat al-‘azmi 5di dalam Islam. Selepasnya
akan disusuli dengan penyerahan kerja agar disempurnakan
oleh Allah yang maha penentu kejayaan mutlak, di dunia dan
akhirat. Sikap ini dikenali sebagai tawakkal ‘ala Allah.
(render to Allah for the completion).

5.2 Keutamaan dan Ketertiban. (fiqh awlawiyyat wa


murattabat – priority and justice)

Mengetahui sesuatu itu penting memerlukan ilmu dan


pertimbangan yang sangat ilmiah dan intelektual. Tambahan
pula dengan bakat dan pengalaman menilai sesuatu
kejayaan dan kegagalan, menyakinkan lagi budaya
membuat keputusan dan tindakan. Dalam Islam prioriti dan
tertib dilaksanakan bagi kesahihan Ibadah. Jika rukun dan
syarat tidak disempurnakan, ibadat tersebut akan batal dan
cacat. Kerana itulah Prof. Dr. Yusuf al-Qardawiy meletakkan
kesempurnaan pekerjaan (itqan – skillful ) 6sebagai syarat
pekerjaan menjadi Ibadat yang di terima Allah swt.

Tertib melambangkan sifat semulajadi ‘sunnatullah fi al-


Alam’ – divine law of Universe telah menetapkan kejayaan
dan kegagalan sesuatu pekerjaan tersebut. Fokus

5
Sila bandingkan dengan ‘amal para anbiya’ yang diberikan gelaran oleh
Allah swt dengan uli@@@@@ al-‘azmi dari kalangan para Rasul ‘alayhim al-
s}ala>tu wa as-sala>m. Mereka ialah Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s. ‘Isa
a.s. dan Muhammad saw.
6
Lihat Prof Dr. Yusuf al-Qardawiy, Konsep Ibadat Dalam Islam, (terj.) KL :
YADIM, 1978 dan lihat juga juga perbandingan budaya kerja yang digagaskan
oleh Stephen R. Covey dalam tulisannya ‘the first thing first’ dan Prof. Dr.
Yusuf al-Qardawi juga mengulas secara ditail prinsip keutamaan dalam Islam
melalui tulisan beliau ‘Fiqh al-Awlawiyya>t:Dira>sa>t jadi@dat fi@ D{aw’i
al-Qura>n wa al-Sunnah’ – (terj.) Ahmad Nuryadi Asmawi, Fiqh Keutamaan :
Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah, Batu Caves:
Thinker’s Library, 1994

6
kemahiran, kecekapan dan keutamaan tugas mampu
memberikan kesan besar kepada sasaran kerja. Ketertiban
mengelakkan pembaziran masa, tenaga, sumber dan hasil
yang tidak produktif. Ianya memberi ruang kepada penilaian
berterusan. Dalam Islam hal ini dikendalikan oleh
Jawatankuasa Hisbah atau proses pemantauan diri
(muhasabah - Auditting) berterusan. Ia lebih praktikal
dikendalikan berpandukan ‘senarai semakan tugas’ – check
list scheme or procedure.

Keutamaan dan ketertiban juga dapat memanifestasikan


akal budi, keluhuran akhlak, kecanggihan seni dan
penampilan kualiti yang mengkagumkan. Semuanya ini
terhasil, kesan daripada kepatuhan manusia kepada prinsip
ilmu pengetahuan,7 nilai etika dan estetika (seni) di dalam
sesuatu bidang pekerjaan dan kepatuhan kepada
kepiawaiannya yang tabi‘ie.
8
5.3 Membentuk Budaya Kerja

Empat prinsip penting agar membentuk budaya kerja secara


peribadi ialah melalui Ketekunan dan kemahiran (itqan wa
maharah), daya kecemerlangan (ihsan), rasa kecukupan (al-
qana‘ah) dan melaksanakan amanah (ta’diyat al-amanah).9
Manakala empat prinsip mampu membentuk daya kerja
berkumpulan (‘amal jama‘ie – team work ) ialah orientasi
berjama‘ah atau berpasukan (espirit de corp), perbincangan
(syura – consultation), kesetaraan atau kesimbangan
(tawazun – equallibrium) dan sikap kerja berterusan
(istiqamah – consistence).

Asas dasar kepada budaya kerja dalam Islam itu ialah


menyedari setiap individu mempunyai haq, amanah dan
tugas terhadap diri dan kumpulan. Melaksanakannya adalah
7
Hadith Rasulullah saw menjelaskan tetang Kepentingan ilmu dalam
pencapaian matlamat dunia akhirat, kedua-duanya berpaksikan ilmu
pengetahuan. Dan realiti ilmu pengetahuan sangat tunduk kepada Ketertiban
dan keutamaan wujudnya sesuatu entiti, besar atau kecil.
8
Op. cit , IKS, hal. 134-7
9
Ibid, IKS, hal. 134-5

7
satu tanggung jawab. Walau bagaimana pun mesti ada
strategi-strategi berkesan dalam merealisasikan budaya
tersebut. Antaranya termasuklah; 10

1. Pengenalan (ta‘aruf), persefahaman (tafahhum) dan


penghurmatan (ihtiram atau ikram) – recognition
and appreciation, menyumbang ke arah
pertimbangan, kesaksamaan dan keadilan dalam
segala tindakan.

2. Keselarasan Kepercayaan dan Amalan (tawfiq al-


I‘tiqad wa al-tatbiq ) melahirkan kepercayaan rakan
dan organisasi terhadap individu dan kumpulan.

3. Mengiktiraf hak individu untuk menyumbang. Ianya


akan melahirkan sikap bertanggung jawab, berikat
setia (iltizam) dan menghargai diri dan kumpulan.

4. Memahami peranan dan hubungan kontrak tugas


dan kesetiakawan (ukhuwwah dan mahabbat – the
bond of brethren and loving). Dengan ini mampu
mengurangkan golongan opportunist atau ‘curi
tulang’ dan memupuk keharmonian hubungan
setiakawan.

5. Ikatan kemanusiaan itu lebih erat berbanding


dengan ikatan struktur peraturan dan sistem
organisasi. Budaya menghargai prinsip kemuliaan,
kejujuran, saling mempercayai dan kebenaran akan
terserlah. (the dignity of man – karamat al-insan)

Sebagai tambahan elok rasanya dikutip beberapa strategi


dan pengalaman budaya kerja dalam sektor awam seperti
yang pernah dikaji dan diungkapkan oleh al-Marhum Dr.
Hakim Mohamed Said; 11
Adaptasi perbincangan pada IKS , hal. 136-7
10

11
Hakim Mohamed Said, (terj. Yusuf Ismail), Hubungan Majikan – Pekerja
Menurut Islam, Kuala Lumpur : A.S. Noordeen, 1989; Sila lihat
perbincangannya oleh Wan Liz Ozman Wan Omar, Reformasi Perkhidmatan
Awam Menurut Kaca Mata Islam dalam Pengurusan Islam Abad Ke – 21:

8
“Islam sangat memandang berat perkhidmatan awam
(khidmat), penjawat awam mestilah terbaik dan amanah (al-
mithlu fa la mithlahu), mestilah mematuhi akhlaq Islam,
penilaian prestasi haruslah objektif, realistik dan telus,
memiliki kemerdekaan sikap, mentaati sesuatu pihak dengan
piawaian ma‘ruf, tidak berlaku self interest dalam tugas,
mesra dan menghapuskan karenah birokrasi (yassiru wala
tu‘assir), tiada pengecualian dalam tindakan perundangan,
tidak menyalahgunakan kuasa” dan hindari ‘pilih bulu’,
nepotisme dan Kroniyisme.

6. Etika Kerja Islam (al-khuluq al-Isla>miyyah fi mayda>ni


al-a‘ma>l)

Perlu dijelaskan bahawa dalam Islam perangai atau tingkah


laku yang menjadi sifat jatidiri seseorang itu di kenali
dengan sebagai ‘khuluq’ kata jamaknya daripada ‘akhlaq’.12
Jadi aturan nilai-nilai membentuk ‘khuluq’ ini datangnya
daripada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah saw berfungsi
mencorakkan ‘amal manusia Muslim. Aturan seumpama
Muslim Legal Procedures inilah dikatakan sebagai Muslim
Ethics. Dengannya membentuk dan mencorakkan segala
usaha dalam penghidupan manusia, ketika mereka bekerja
sebagai pedagang lalu terbentuk Etika Perdagangan Islam,
ketika mereka memerintah lalu terbentuk Etika Pendtadbiran
dan Pengurusan Islam dan begitulah sekiranya mereka
berhubung dengan negara asing, lalu terbentuk Etika
Pentadbiran dan Diplomatik Islam. Oleh kerana Islam,
sebuah ajaran melibatkan urusan Agama dan Duniawi
serentak (syumuliat al-Islam), maka akan terdapat Etika-
Etika Islam di dalam setiap bidang pekerjaan dan
penghidupan ini. Hasilnya, Sebarang pengadaptasian Nilai,
Adat Tradisi serta Protokol asing adalah biasa dan boleh

Revolusi Pengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat, Kuala


Lumpur : Utusan Publications, 1996, hal. 18-21.
12
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai “suatu
fenomena diri dalaman manusia (psychological phenomena), yang telah
sebati di dalam jiwa seseorang dan ianya akan terpamir melalui tindakannya
atau laku perbuatan serta aksi tanpa perlu direncanakan lagi.”

9
dianggap sebagai Hak Asasi Umat Islam untuk berbeza,13
terutama dalam hal-ehwal yang haram pada pandangan
perundangan Islam.

6.1 Makna dan Kedudukan EKI (al-mafhu>m wa al-


mawqifuha)

Etika Kerja Islam tidak hanya datang menerusi menunaikan


kewajipan solat, zakat, Haji, dan sebagainya sahaja, malah
ianya adalah merupakan prinsip-prinsip bermasyarakat dan
berinteraksi dengan manusia di dunia ini secara tertib dan
berdisiplin. Hasil usaha berasaskan prinsip-prinsip tersebut
umat Islam mendapat kebaikan besar di dunia seperti
mampu membina ketamadunan dan peradaban manusia
yang tinggi dan agung.

Sebenarnya rangka Etika Islam itu adalah Wahyu Allah swt,


berbeza daripada Christianity yang asas Etikanya bercampur
ajaran Kitab dan Falsafah Yunani yang disebatikan. Dengan
melaksanakan Etika Islam dalam kehidupan seharian,
bermakna Muslim telah menterjemahkan segala aktiviti-
aktiviti ibadah mereka ke tengah masyarakat, lalu ia dapat
menghasilkan kebersihan hati dan jiwa dalam bentuk
kebaikan dan kemuliaan di dalam interaksi Masyarakat Umat
Islam.

Oleh kerana itulah, melihat kepada sejarah Umat Islam


selagi mereka berpegamg teguh dengan Etika Kerja Islam,
peradaban Muslim akan kekal dinamik dan maju ke
hadapan, malah boleh mencorakkan ketamadunan,
pencapaian Ilmu pengetahuan dalam segala bidang dan
memperolehi kemakmuran untuk umat manusia di mana
sahaja Islam bertapak. Setelah Umat Islam meninggalkan
Etika Kerja mereka, seluruh Empayer Umat Islam tumbang
13
Firman Allah swt dalam hal ini bermaksud : “Maka demi Tuhan kamu Wahai
Muhammad saw, mereka (pengikutmu) tidak dianggap sebagai beriman,
selagi mereka tidak menjadikan kamu sebagai pemutus bicara di dalam
urusan mereka. Kemudian tidak timbul lagi sebarang keresahan (haraj) di hati
mereka tentang apa yang enkau putuskan untuk mereka, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”

10
satu persatu kerana Korupsi, Keganasan, kemunduran,
exlpoitasi dan pencabulan prinsip-prinsip dasar Islam di
dalam kehidupan mereka.14

6.2 Menghayati EKI (al-imtitha>l biha> )15

1) Matlamat tidak akan Menghalalkan cara. (the ends


never justify the means).
2) Matlamat Duniawi berkaitan dengan Kehidupan di
Akhirat (worldy lives are interelated with the lives of
hereafter)
3) Nilai Keagamaan Mencorakkan Pekerjaan (Religious
principles guide the human business)
4) Penggunaan Masa yang Optima (high appreciation on
time consuming)
5) Melaksanakan Sifat-Sifat Terpuji (Righteous
Comittment)
6) Menilai dan Memperbaiki Pekerjaan (Self Verification)
7) Tiada Pilih Kasih bahkan keutamaan kepada yang layak.
(Professional Centred)
8) Perihatin Kepada Pekerja (Just to Workers)
9) Gaji yang Sebenar (Appropriated Sallaray Scheme)
10)Tekun Bekerja dan Cekap (Hardworking and Skillful)
11)Mengamalkan Syura ( Discussion and Consultation
Liverage)
12) Pembahagian Tugas mengikut bidang kepakaran
(Specialization Oriented)
13) Kecekapan Perhubungan Awam (excellent in public
relation)
14) Mempermudahkan Urusan (devoid of redtapes)

14
Shaukat ‘Ali, Administrative Ethics in A Muslim State, Lahore: Publisher
United LTD, 1975 hal. 47 akan disebut selepas ini sebagai AEMS.

15
Osman Ayub, Etika Kerja & Professionalisme Islam, Kuala Lumpur: Frontier
Enterprise, cet.2, 1989 , Etika Kerja dan Profesionalisme Islam, pp.42-63

11
6.3 Pengukuhan Syariat Islam (al-tarki@z al-syara>’i‘ al-
Isla>miyah )

Islam adalah agama yang menyeluruh di dalam tata hukum


dan perundangan (Islamic Law and Constitution), maka
tingkah laku Umat Islam tidak terlepas daripada Ikatan
dengan Lima dasar hukum dalam semua pekerjaan mereka.
Oleh yang demikian bagi mereka yang sedar, arif dan
menginsafi diri mereka akan melaksanakan usaha dan kerja-
kerja berdasarkan ketetapan hukum Syariat Islam seperti
berikut; 16

1. Wajib atau Fardu, adalah bentuk amalan yang mesti


dipatuhi kerana hal ini adalah jelas menjadi arahan daripada
Allah swt secara lansung. Wajib menyatakan haqq atau
kebenaran dan berlaku adil kepada manusia. (innaLlah
ya’muru bi al-‘adli wa al-Ihsan)

2. Mandub atau Sunat iaitu amalan yang sangat disukai


Allah dan RasulNya, tetapi tidak sampai ke tahap pertama
(wajib). Inilah amalan excessories, atau tambahan yang
mengindahkan ibdat, penyerhan dan kebaktian seorang
hamba kepada Tuhannya. RasuluLlah saw sendiri
menegaskan (apala ’an akuna ‘abdan shakura). Contoh
menyempurnakan senarai inventori berkomputer, walaupun
dengan tulisan tangan sudah menepati yang wajib.

3. Mubah atau Harus. Dalam hal ini hukum Islam


kembali kepada hukum asal iaitu boleh melakukannya,17
walaupun dijelaskan bahawa seolah-olah Syariat Islam tidak
menyuruh dan melarangnya. Kerja lebih masa (overtime)
adalah harus, jika tiada perkara yang menyekat atau
mewajibkannya (urgency). Tetapi setelah kerja itu dikerjakan
wajib kepada majikan memberi ganjaran.

16
Op. cit., AEMS., hal. 27
17
Kaedah Fiqh ialah : “al-as}lu fi@ kulli syai’in al-iba>h}ah, h}atta> dalla
‘layhi al-dali@l ‘ala> tah}ri@mihi” Maksudnya : hukum asal sesuatu perkara
itu adalah ‘harus’, sehinggalah datang tanda atau bukti (dalil).

12
4. Makruh atau Perkara ini tidak digemari syarak, dicela
perlakuanya, tetapi tidak sampai ke tahap Haram.

5. Haram atau ditegah secara keras atau tuntas.


Perkara dan Perbuatan ini adalah dilarang keras oleh hukum
Syarak. Sebagai contoh Individu yang layak dinaikkan
pangkat ditangguhkan oleh majikan kerana krisis peribadi.
Penafian ini haram, kerana Islam melihat kelayakan secara
adil, bukan kerana dia orang saya atau team B atau A
umpamanya.

6.4 Pembentukan Pekerja Muslim Beramanah (al-bina>’


umana>’ al-muslimi@n)

Tujuan tertinggi daripada perlaksanaan Etika Islam di dalam


segala bidang kehidupan Umat Islam ialah agar
mempastikan kerja-kerja mereka diterima oleh Allah sebagai
Ibadat. Kesan daripadanya umat Islam akan terbudaya
dengan sifat Amanah dan Keadilan ilmu Pengetahuan serta
dilaksanakan di dalam semua profesion mereka untuk
mencapai kejayaan sebenar, berkualiti dan kekal di sisi Allah
swt dan pada pandangan manusia.

Prof. Dr. Shaukat Ali18menjelaskan keadaan yang diperoelhi


daripada mengamalkan Etika Kerja Islam ialah seperti sikap-
sikap Amanah, Adil, Cenderung kepada Kebenaran, Berani
kerana benar, Kesopanan, Pemaaf, Sabar, Perdamaian,
Mesra dalam Layanan dan Simpati atau perihatin.
7. Rumusan dan Penutup.

Diharapkan agar melalui strategi-strategi di atas, sesebuah


organisasi itu dapat melahirkan suatu persekitaran, budaya
kerja dan etika kerja yang cemerlang dan menempa
kejayaan individu ahli-ahlinya di dunia dan akhirat serta
mendapat keredaan dari Allah swt. Dengan demikian mereka
18
Op. cit., AEMS., hal. 48-86

13
akan menikmati sentuhan kebahagiaan sejati anugerah Ilahi
(gifted happiness of Divinity) ke hati-hati golongan yang
beriman, bekerja gigih dan bertaqwa kepada pencipta
mereka Allah swt.

walla>hu a‘lam bi kulli s}awa>b.

Terima kasih, Jaza>kumulla>h Khayr al-Jaza>’

* Dibentangkan di Bengkel Perancangan Strategik, Universiti


Teknologi Mara, Kampus Arau Cawangan Perlis, 2-4 Ogos
2003 di Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah Darl Aman. Kertas
ini juga pernah dibentangkan di Wacana dan Perjumpaan
Anggota Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) di
Jabatan Perdana Menteri Wilayah Utara, bertempat di Putra
Palace, Kangar Perlis, Indera Kayangan pada 14hb Jun 2002
(Jumaat) jam 9:30 malam. Kertas ini juga pernah
dibentangkan di Ceramah Motivasi Kecemerlangan Diri dan
Penyeliaan Berkesan, Staff Jabatan Perhilitan Negeri Perlis,
pada hari Rabu 8hb Mei 2002, Jam 8:30 pagi, betempat di
Pusat Pengajian Alam Semulajadi (PPAS) Wang Pinang, Kuala
Perlis, Perlis Indera Kayangan.

Rujukan Berkaitan :

14
Ahmad Faiz Abdul Rahman, edit. et all, Heaven & Eatrh: The
Human Factor, Kuala Lumpur: Institute of Islamic
Understanding (IKIM), Kuala Lumpur, 1994, Morality Key to
Enduring Growth, pp. 42-46; Business Etics, pp. 184-190;
Soul Needs to be Motivated First, pp.199-203

Hakim Mohamed Said, (terj. Yusuf Ismail), Hubungan Majikan


– Pekerja Menurut Islam, Kuala Lumpur : A.S. Noordeen, 1989

Ismail Ibrahim dan Wan Roslili Majid, Penerapan Nilai-Nilai


Murni Dalam Pentadbiran Awam, Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1995; Ahmad Sarji Abdul
Hamid (Tan Sri Dato’ Seri), Nilai dan Etika Kerja dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia, pp. 1-23; Nik Mustapha Nik
Hassan, Nilai Sejagat Islam: Satu Perspektif, pp. 65-86;
Mohamad Shaid b Mohd Taufek, Perkhidmatan Awam Pada
abad Ke-21: Ke Arah Penghayatan Budaya Cemerlang
Melalui Sistem Nilai, pp. 87-103;

Mustafa Haji Daud, Etika Pengurusan, Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd., 1996 Definisi, Konsep
dan Kepentingan Etika Pengurusan, pp.1-43; Etika
Pengurusan Islam, pp. 112-166.

Osman Ayub, Etika Kerja & Profesionalisme Islam, Kuala


Lumpur: Frontier Enterprise, cet.2, 1989, Etika Kerja dan
Profesionlisme Islam, pp. 41-63; Methodologi Penerapan
Etika Kerja dan Profesionalisme Islam Di dalam Rangka Kerja
Organisasi, pp. 77-90; Individu Bersepadu Sebagai Hasil
Daripada Perlaksanaan Etika Kerja Islam, pp.91-104

Razali Mat Zin et al, Pengurusan Organisasi Kerja, Sintok:


Universiti Utara Malaysia, ed.2, 1999, Abu bakar Hamed,
Motivasi Dalam Pekerjaan, pp.66-85

Prof. Dato’ Dr. Syed Othman al-Habshi, Islam Sebagai


Ransangan Terhadap Prestasi Kerja : dalam Ilmu dan

15
Kecemerlangan, Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1994

_________________________, dan Nik Mustapha Nik Hassan,


Islam, Knowledge and Ethics: A Pertinent Culture for
Managing Organisation, Kuala Lumpur: Institute of Islamic
Understanding Malaysia (IKIM),1998, Mustapa Mohamed
(Dato’), Ethics for Profits:The Challenges Ahead, pp. 107-
118; Ethics for Profits: The Way Towards Sustainability, pp.
119-135; Muhammad Ali Hashim, Ethics for Profits: The
Current Realities, pp.137158
Shaukat ‘Ali, Administrative Ethics in A Muslim State, Lahore:
Publisher United LTD, 1975

Wan Liz Ozman Wan Omar, Reformasi Perkhidmatan Awam


Menurut Kaca Mata Islam dalam Pengurusan Islam Abad Ke –
21: Revolusi Pengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam
dan Korporat, Kuala Lumpur : Utusan Publications, 1996

Prof Dr. Yusuf al-Qardawiy, Konsep Ibadat Dalam Islam, (terj.)


KL : YADIM, 1978 ;‘Fiqh al-Awlawiyya>t:Dira>sa>t jadi@dat fi@
D{aw’i al-Qura>n wa al-Sunnah’ – (terj.) Ahmad Nuryadi Asmawi,
Fiqh Keutamaan : Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran
dan al-Sunnah, Batu Caves: Thinker’s Library, 1994

Muslim characteristics were elaborated and has been


demonstrated precisely by the late ‘Allamah Abu Hasan ‘Ali
an-Nadawiy as he said : “They are ascetics by night and
horsemen by day” – [ Arb., ruhban bi al-layl wa fursan fi al-
nahar ] “Mereka (umat Islam) adalah ahli ‘ibadat tulin di
malam hari dan mereka juga pahlawan berkuda tangkas di
siang harinya.”

16

Anda mungkin juga menyukai