Oleh Ustaz Ahmad Daud Ishak El-Merbawiy TYDP dan Masul Tarbiah IKRAM Dungun 11 April 2012 SRIAAKT
1.0 Muqaddimah.
Sepanjang sejarah manusia, terdapat tokohtokoh yang telah mempengaruhi pemikiran dan kehidupan dalam bentuk ajaran moral, pemikiran dan falsafah dalam jurusan tertentu, tetapi membiarkan sudut-sudut lain terluang kosong dan tidak diberikan perhatian.
Telah diturunkan para anbiyaa di zaman terdahulu..namun mereka merubah dan menyimpangkan agama samawi mengikut hawa-nafsu dan akal fikiran mereka sehingga menyimpang terjadi penyelewengan dan penyembahan berhala dan sesama manusia. (wa yuharrifuuna al-kalima an mawaadhiihi)
Di sinilah takdir dan kehendak Ilahi menurunkan Rasulullah saw; Muhammad Ibnu Abdillah dengan Risalahnya bersifat syumul, memberi panduan bagi manusia di setiap masa dan merangkumi setiap ruang lingkup kehidupan mereka. (wa Maa farratnaa fi al-kitab minsyaiin) Tidak terdapat sebarang ruang di dalam kehidupan manusia yang dibiarkan tanpa panduan dan bimbingan oleh risalah yang dibawanya. (tibyaanan likulli syaiin)
Kesan kekuatan risalah Islam yang berteraskan aqidah telah membolehkan Rasulullah (s.a.w.) membina satu generasi yang kukuh. mendukung ajaran Al-Quran dan petunjukpetunjuk As-Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Mereka juga adalah satu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan
Generasi ini tidak pernah timbul dan muncul lagi sesudah itu, walaupun terdapat beberapa individu dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir bagi segolongan besar manusia, di satu tempat tertentu. Sejarah manusia membuktikan bahawa ACUAN RABBANI ini berlaku secara praktikal dari makhluk manusia (bukan malaikat), memindahkan ACUAN RABBANI ini kepada sejumlah besar sahabat hawarianbiyaaillah pada anggaran 110, 000 orang jumlah mereka. *Sibghatallah..wa ,man ahsanu minallahi sibghat wa nahnu lahu aabiduun - Celupan dari Allah swt..tidak adalah acuan sebaik acuan dari Allah swt..dan kami adalah golongan yang menyembahNya dengan penuh pengabdian diri.
Kitab-kitab dan ajaran-ajaran lama telah diabaikan, dipinda ataupun ditokok tambah menurut selera pihakpihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Manusia menghadapi masa depan yang seolah-olah tidak bermakna lagi di bawah telunjuk kegelapan dan kesesatan. Akal telah diperintah oleh Hawa, Syahwat, kebendaan, kekuasaan al-malaa dan menjadi alat peperangan dan permusuhan antara kaum. Manusia tidak mengerti sebuah KEMANUSIAAN dan KETUHANAN hakiki di dalam dan luar diri mereka.
Sudut-sudut Perubahan Manhaj at-Taghyeer Pandangan hidup berTuhan Bimbingan ke arah petunjuk fitrah asal Keilmuan tinggi (Ilahiyah) meresap jiwa dan mengakar umbi dalam tindakan Kini mereka bertanggung jawab terus kepada ILAHI dan bukan lagi terbelenggu dengan manusia , berhala dan kebendaan Ruh mereka diMERDEKAKAN dan MERASAI sangat nikmat kebebasan ini yg tidak ada TUKARANNYA LAGI..inilah yg diungkapkan BILAL IBNU RABAH..AHADUN..AHAD..AHADUN..AHAD kembali kepada fitrah asal CIPTAAN Allah telah mencetak mereka dengan KELEBIHAN dan KEKUATAN zahir dan batin.
Rasulullah (s.a.w.) menghancurkan berhalahala syirik di dalam jiwa-jiwa manusia, melenyapkan segala penyembahan berhalahala tersebut YANG BERKUASA di alam nyata. Penghulu segala nabi, pemimpin golongan mujahid, pembebas serta pembela umat manusia sejagat dan rahmat kepada seluruh alam.
Kalimah inilah perubah segala-gala 360 Asas cabaran Rasulullah saw sangat BERAT;
ATABAH Rabeeah menawarkan Kepimpinan Makkah, Menjadi Jutawan Makkah dan Meninggalkan Dakwah dan Tarbiah. Jawapan Nabi saw ; Sekiranya kamu memberikan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, maka aku tidak akan meninggalkannya..sehinggalah aku disentuh ajal..sedang aku masih berada dalam keadan demikian (Jalan Dakwah).
Dalam Manhaj Ar-Rasulillah saw, baginda meletakkkan TITIK PEMISAH ANTARA JAHILIYYAH DAN ISLAM sehingga JELAS YG HAQQ DAN BAATIL. Maka itu Allah swt menurunkan surah alKaafirun..syed Qutub melihat bahawa hasil sifat THABAT AR-RASUL DGN surah alKaafirunlah..maka Allah swt menyusuli dengan Hudaibiyyah dan fathu Makkkah surah an-Nasr.
Rasulullah (s.a.w.) memecahkan segala berhalaberhala penyembahan yang dicipta sendiri oleh kesesatan hawa nafsu manusia. Kalimah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) menetapkan satu garis pemisahan yang jelas di antara iman dan kufur, di antara cahaya dan kegelapan dan di antara kebenaran dan kebatilan. secara nyata dan telah berkuasa bgi memperlihatkan kpd rakyat Tuhan berhala tidak mampu lagi menghalang Tuhan Allah swt memberi kemenangan kepada Muhammad saw dan para sahabat Radhiyallahu ajmaieen.
, Rasulullah (s.a.w.) telah menanamkan dengan lebih teguh lagi pengertian dan tuntutan-tuntutan aqidah tauhid, membersihkan hati-hati mereka daripada segala saki baki jahiliyyah, diisi jiwa mereka dengan roh ketaqwaan kepada Allah dan dihidupkan semangat mereka dengan denyutan nadi perjuangan untuk mempertahankan aqidah suci
Firman Allah swt: Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan aya-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah: 2)
Intisarinya : - Rasul utusan Allah swt utk golongan suatu Ummah yg Jaahiliyyah - Membacakan kepada Mereka KALAM ALLAH - MEMBERSIHKAN Jiwa dan akal mereka serta khuluq mereka - Walau pun mereka itu JAAHILIYYAH sgt NYATA
5. 2. Membebaskan Daripada Sebarang Perhambaan. Tahrir Min al-Jaahiliyyah wa al-itqi al-Musyrikeen. keimanan dan itiqad tidak dapat diatasi oleh sesuatu pun sama ada halangan yang dikenakan terhadap mereka itu dalam bentuk penyeksaan, penderitaan, pemulauan, kelaparan ataupun pem-bunuhan, namun ikatan aqidah yang telah tersimpul di dalam keyakinan mereka tidak mungkin dapat dirungkaikan
Allah pusat pengabdian mereka, tumpuan kepatuhan mereka dan curahan harapan dan kecintaan mereka. Golongan salihin ini tidak rela melihat manusia memperhambakan diri mereka kepada sesama manusia Di dalam madrasah Rasulullah (s.a.w.), Golongan salihin juga sangat membenci sebarang perhambaan manusia kepada sesuatu selain Allah, sama ada dalam bentuk perhambaan terhadap hawa nafsu, pengaruh syaitan ataupun warisan nenek moyang yang lapok dan menyesatkan.
Firman Allah swt: Katakanlah: Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadat kepada Tuhannya. (AlKahfi: 110)
5. 3. Berjuang Untuk Ambil Alih Kekuasaan Dari Golongan Kufur. Baginda arif tentang kuasa-kuasa dan anasir yang mempengaruhi masyarakat. Baginda sentiasa memerhati golongan yang memegang teraju kekuasaan dan pemerintahan di dalam masyarakatnya. Tetapi kekuasaan ini diperlukan untuk melaksanakan amar makruf, nahi mungkar serta menegakkan hukum-hukum Allah. Bagi Rasulullah (s.a.w.) kekuasaan bukanlah matlamat perjuangannya.
Hanya melalui kekuasaan Islam sahajalah dapat ditegakkan keadilan dan dapat membolehkan seramai mungkin manusia kembali mengabdikan diri mereka kepada Allah, Pencipta mereka. Firman Allah swt: Katakanlah: Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Aali-Imran: 26)
5. 4 Rasulullah (s.a.w.) dan Generasi AlQuran. Rasulullah (s.a.w.) bertujuan untuk membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya daripada sebarang unsur yang lain daripada landasan rabbani yang terkandung di dalam Al-Quran Karim(2).
para sahabah pula taat sepenuhnya kepada perintah Rasulullah (s.a.w.) dan tidak mencari sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w.). Mereka menerima panduan hanya dari Al-Quran, mempelajarinya dengan penuh minat, menghayati seluruh ajaran-ajarannya dan bangkit berjuang untuk menegakkan tuntutan-tuntutannya.
Mereka tidak dapat ditakut-takuti dengan kerugian, kesakitan, kekalahan ataupun kematian sekali pun. Segala ancamanancaman yang cuba menghalang mereka daripada terus berjuang di jalan Allah sebenarnya tambah meningkatkan lagi keimanan dan tawakkal mereka kepada Allah.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.(At-Talaq: 3) Kekuatan aqidah inilah yang menjadi sumber kepada kekuatan-kekuatan lain di dalam generasi Al-Quran. Hakikat kekuatan ini berpusat dalam jiwa, iaitu kekuatan Iman, tidak kepada bilangan.
menjadikan diri sebagai hamba-hamba Allah yang patuh dan taat sepenuhnya kepada-Nya. Sedangkan kepatuhan ini tidak mungkin dapat tercapai tanpa melaksanakan dakwah dan jihad. Dalam masa yang sama mereka tidak hentihenti bekerja dan berjuang bagi memastikan bahawa kalimah tauhid sentiasa berada di tempat yang teratas sekali. Mereka tidak takut celaan dan penghinaan daripada musuhmusuh
Bagi mereka perjuangan mereka di dunia ini cuma berakhir dengan dua perkara; berjaya menewaskan golongan kafir yang bererti mereka akan mendapat ganjaran dari Allah kelak, ataupun terkorban di jalan Allah yang bererti memperolehi syahid - sesuatu yang mereka idam-idamkan. Bersih mereka dari penyakit WAHAN; hubbu ad-dunya wa karahiyyatu al-Mawt
Tidak ragu-ragu dalam menyempurnakan kesetiaan telah menjadikan mereka sebagai satu umat yang berjaya dalam me-laksanakan segala tuntutan perjuangan mereka Generasi Al-Quran adalah generasi yang memenuhi tuntutan memberi kesetiaan yang telah disyaratkan oleh Allah di dalam AlQuran:
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang pasti menang. (Al-Maidah: 55-56)
6.1 Sikap sahabat terhadap al-Quran Mereka mendatangi Al-Quran seolah-olah mereka mendengar perintah-perintah Allah kepada mereka. Mereka sentiasa peka terhadap apa yang diwahyukan oleh Allah. Mereka menganggap bahawa sesuatu perintah Allah itu ditujukan khusus kepada mereka. Mereka tidak bersikap sambil lewa terhadap ayat-ayat Allah ataupun menganggap bahawa ayat-ayat itu diturunkan untuk orang lain.
Bila mereka membaca ayat-ayat berkenaan orang-orang munafiq, mereka sentiasa cemas, takut-takut ayat-ayat itu sedang membicarakan tentang diri mereka. Sebaliknya sekiranya ayat-ayat itu berkenaan sifat-sifat orang-orang mukmin atau pun janjijanji dan balasan-balasan syurga, maka mereka berusaha untuk menempatkan diri mereka dengan sifat-sifat tersebut.
Melalui cara ini kemudiannya seluruh keyakinan, pemikiran, rasa, percakapan dan perbuatan mereka dipengaruhi dan dikuasai oleh dasar-dasar rabbani yang tertanam teguh di dalam hati sanubari mereka. Sikap mereka ialah belajar untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan Al-Quran memudahkan mereka mengamalkan ajaranajarannya di dalam kehidupan mereka. Kesannya menghasilkan orang-orang yang bergerak dan berjuang di atas desakan iman yang mendalam kepada Allah.
Dengan perasaan rendah diri dia mengharapkan Islam untuk memberikan hidayah kepadanya. Ini bererti dia meninggalkan dasar-dasar, nilai-nilai dan amalan-amalan jahiliyyah. Ia masih mungkin boleh berhubung dengan orang-orang kafir yang tidak memperolokolokkan Islam.
Oleh itu jelas kepada mereka bahawa kemasukan mereka ke dalam Islam adalah satu kemasukan yang sepenuhnya )) Penerimaan mereka terhadap Islam adalah satu penerimaan yang bulat pula. Lantaran daripada kemasukan yang penuh dan penerimaan yang bulat terhadap Islam menjadikan mereka menolak segala unsur jahiliyyah yang dapat merosakkan kepenuhan hati dan jiwa mereka terhadap Islam.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 208)
Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunnah dan perjuangan Rasulullah (s.a.w.) dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabah Generasi Al-Quran Yang Unggul.