Anda di halaman 1dari 2

SJK ( T ) LDG.

MENTAKAB
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN PERINGKAT SEKOLAH BIL. 1 / 2011 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : 07.02.2011 1.15 t/hari Pusat Sumber Sekolah 1. Pn.A.Letchumma Pengerusi 2. Pn.M.Yasini Devi Setiausaha / Guru Kelas Tahun 5 3. En.Sivam Pengerusi PIBG 4. Cik.K.Malini Guru Kelas Tahun 1 5. Pn.K.Geetha GPK HEM / Guru Kelas Tahun 2 6. Pn.K.Malliga GPK 1 / Guru Kelas Tahun 3 7. Cik.M.Mukunah Guru Kelas Tahun 4 8. En.P.Subramaniam Guru Kelas Tahun 6

AGENDA 1. Perutusan Pengerusi

PERKARA 1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat pemilihan murid bagi menerima Bantuan KWAMP tahun 2011. 1.2 Pn.Letchumma membacakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memilih murid yang menerima Bantuan KWAMP merujuk kepada garis panduan KPM. 1.3 Pendapatan perkapita penjaga murid-murid seharusnya tidak melebihi RM 106.00. ( Sila rujuk pekeliling JPNP.02/03/1006/JLD 6)

TINDAKAN

2. Pemilihan Murid KWAMP 2011

2.1 Guru-guru kelas telah memberikan senarai nama murid yang layak memohon berdasarkan pendapatan perkapita penjaganya kurang dari RM 106.00. 2.2 Merujuk kepada borang permohonan bantuan di bawah Kumpulan wang Amanah Pelajar Miskin , seramai 17 orang murid telah dipilih.

Guru-guru kelas

3. Kelulusan Permohonan Bantuan KWAMP bagi tahun 2011

3.1 Bilangan murid yang memohon bantuan KWAMP tahun 2011 ialah seramai 66 orang murid. 3.2 Mesyuarat memutuskan bahawa : 3.2.1 Seramai 17 orang murid diperakukan lulus bagi menerima bantuan KWAMP tahun 2011. ( Senarai nama adalah seperti di Lampiran A ) 3.2.2 Seramai 49 orang murid tidak diperakukan menerima bantuan KWAMP tahun 2011 kerana telah menerima bantuan dari Yayasan Pahang. 3.3 Pengerusi PIBG En.Sivam telah bersetuju dengan pemilihan murid mengikut pendapatan perkapita penjaga.

Jawatankuasa Pemilihan Murid KWAMP

4, Hal-hal lain

4.1 Pengerusi mengingatkan bahawa murid-murid yang menerima bantuan lain seperti Bantuan Yayasan Pahang dikecualikan dari menerima bantuan ini. 4.2 Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan bantuan KWAMP kepada murid dalam bentuk wang tunai.

Jawatankuasa Pemilihan Murid KWAMP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh , ( Pn.Yasini Devi A/P Mogan ) Setiausaha Jawatankuasa Bantuan KWAMP

Disahkan oleh , .. ( Pn.Letchumma A/P Appalasamy ) Guru Besar / Pengerusi Jawatankuasa Bantuan KWAMP

Anda mungkin juga menyukai