Anda di halaman 1dari 6

KEM MODAL INSAN KEWAJA

1988 – 2009
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja
10 Tips / Panduan untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan
Bermula dari proses berkenalan dan percintaan sehinggalah ke alam
rumah tangga

1. Kenali dan fahami kelemahan diri sendiri di samping


mengenali serta mengakui kehebatan pasangan anda secara
jujur.

2. Kekalkan kehebatan diri yang di kagumi oleh pasangan anda


serta kekalkan pujian dan kebanggaan anda terhadap setiap
kehebatan yang di tunjukkan oleh pasangan anda.

3. Akui kesilapan dan kelemahan diri serta mengamalkan


konsep memohon maaf dengan penuh rela dan jujur di
samping jangan mempersendakan kelemahan pasangan
anda.

4. Bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran dan


kritikan dari pasangan anda di samping menegur dengan
penuh rasa bertanggung jawab dan ikhlas terhadap kesilapan
pasangan anda.

5. Kenalkan dan mesrakan pasangan dengan semua ahli keluarga


anda serta jalinkan hubungan baik dan beramah mesra dengan
keluarga pasangan anda.

6. Bentuk, jalinkan dan kekalkan persefahaman bersama di samping


bersedia menghadapi apa jua kumungkinan dan perubahan dengan
ikhlas dan rela.

7. Buang sikap berpura-pura, berahsia dan cemburu di samping


bersedia berlaku jujur dengan sepenuh hati.

8. Buktikan rasa cinta anda dengan sikap, perbuatan atau


keterampilan diri bukannya dengan kata-kata dan jangan sekali
memaksa pasangan and membuktikan rasa cintanya walaupun
anda meraguinya.

9. Pamerkan rasa bertanggung jawab anda terhadap orang yang


anda cinta dan jangan sesekali menyulitkan dan menyusahkannya.

10. Saling mempercayai antara satu sama lain, berasaskan sembilan


(9) perkara di atas jangan mudah percaya campur tangan orang
ketiga sekiranya salah seorang tiada bersama.

1
KEM MODAL INSAN KEWAJA
1988 – 2009
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja
10 Tips / Panduan untuk mengenali pasangan yang ideal
Khas untuk Gadis Remaja & Wanita

1. Jangan terlalu menonjolkan diri atau membuatkan sidia


perasan yang anda meminatinya atau ingin mengenalinya.

2. Jangan mudah percaya kepada lelaki yang sentiasa


menyoalkan serta menyiasat latar belakang anda.

3. Jauhkan diri daripada lelaki yang sering menceritakan


keburukan dan kelemahan pasangannya yang terdahulu.

4. Jauhkan diri daripada lelaki yag ramai teman wanita atau


kerap bertukar pasangan.

5. Berhati-hati dengan lelaki yang kurang berminat dengan


aktiviti keagamaan, kekeluargaan dan kebudayaan sendiri.

6. Berhati-hati dengan lelaki yang aktif didalam aktiviti sosial


yang tidak bermoral atau di tegah oleh agama dan undang-
undang.

7. Berhati-hati atau jangan hampiri lelaki yang sentiasa berbual


atas topik yang berunsur seks atau berbau lucah.

8. Berhati-hati atau jangan turutkan lelaki yang cenderung


membawa anda ditempat sunyi atau jauh dari pandangan
ramai.

9. Pilihlah lelaki yang menonjol sifat-sifat kepimpinan, keimanan


dan berbudi perkerti mulia di samping bertimbang rasa.

10. Pilihlah lelaki yang menghormati dan menghargai anda


sebagai wanita di samping keluarga anda.

2
KEM MODAL INSAN KEWAJA
1988 – 2009
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja
5 Tips / Panduan untuk memilih pasangan
Khas untuk Lelaki Sahaja

1. Jangan hampiri wanita yang tidak berminat dalam aktiviti yang


berkaitan dengan rumah tangga, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

2. Berhati-hati terhadap wanita yang terlalu kerap menukar pasangan atau


teman hidup.

3. Jangan terlalu mesra atau jauhkan diri daripada wanita yang suka
kepada aktiviti sosial yang tidak bermoral di samping lebih berminat
kepada unsur-unsur hiburan dan kemewahan sahaja.

4. Jangan terlalu mesra atau jauhkan diri daripada wanita yang tidak
menghormati dan tidak menhargai keluarga anda.

5. Pilihlah wanita yang penyayang, bertimbang rasa, beradat dan memiliki


asas kewanitaan yang sempurna.

Falsafah Kewaja
5 Tips / Panduan mengenali keperibadian lelaki sebenar
Istimewa untuk lelaki dan panduan bagi wanita

1. Lelaki adalah pemimpin : Seharusnya dia melindungi, mendidik dan


menyelamatkan wanita. Bukannya mengambil kesempatan diatas
kelemahan wanita.

2. Lelaki yang mengakui cintanya sejati dan suci adalah lelaki yang
menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya:
Seharusnya dia bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan orang
yang di cintainya, bukannya menguasai dan menggunakan kuasa 'veto'
sebagai lelaki.

3. Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita, dia akan
menerima siapa sahaja wanita yang di cintainya bukannya menyiasat
dan menilai wanita macam mana yang harus dicintai.

4. Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumah tangga;


Sebarang masalah, pergolakan atau kepincangan dalam rumah-tangga
adalah tanggung jawab suami, bukannya meletakkan masalah tersebut
atas bahu isteri atau anak-anak atau menganggap mereka punca segala
masalah. Kepimpinan suami itu penting.

5. Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urasan dan tindakan. Jangan sesekali
salahkan orang atas setiap kegagalan hidup yang di lalui.

3
KEM MODAL INSAN KEWAJA
1988 – 2009
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

4
KEM MODAL INSAN KEWAJA
1988 – 2009
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja
reformasi cinta alaf baru

Cinta adalah Iman : Keimanan juga yang menentukan ketahanan


kesetiaan pasangan bercinta.

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati


tidak
akan di temui.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan


dan
semangat setia kawan yang terbina bertahun-tahun berakhir
dengan
ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan


tindak
balas yang di pamirkan oleh seseorang bukannya dari kata-kata
bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah


orang
keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran, bukannya


pengorbanan
Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang-orang
yang tidak pernah memahami erti sebenar cinta.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau di cintai


sekiranya
anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab "cinta itu buta"


tetapi di sebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya


anda
sering mengucapkan "Aku cinta padamu" dan "Adakah kau
mencintai aku".

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan


mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh
cinta kepada seseorang.
5
KEM MODAL INSAN KEWAJA
1988 – 2009
Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami
Susunan;
Unit Integriti Kem Modal Insan KEWAJA
Tel: 03-40254755 013-3384868
http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA kewaja@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai