Anda di halaman 1dari 16

GLOBALISASI PENDIDIKAN DAN PEKERJA ILMU

PENDIDIKAN JARAK JAUH (DISTANT EDUCATION)

PENDIDIKAN TERBUKA (OPEN EDUCATION)

GLOBALISASI PENDIDIKAN DAN PEKERJA ILMU

PENGENALAN

Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan computer, pelbagai jenis pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk kegunaan di institusi institusi pendidikan demi menangani tuntutan tuntutan semasa serta cabaran-cabaran masa depan.

Di antara jenis-jenis pendidikan baru diperkenalkan ialah : (i) Pendidikan Jarak Jauh, (ii) Pendidikan Komputer serta (iii) Pendidikan Terbuka dalam negeri dan luar negeri

PENDIDIKAN JARAK JAUH (DISTANT EDUCATION)

Pendidikan jarak Jauh juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media, Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melalui Siaran. Pendidikan jarak Jauh ini biasanya dikenali dengan dua cara, iaitu:a) Dengan pengguna pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio, televisyen tempatan atau televisyen satelit. b) Pengedaran bahan-bahan pelajaran dalam bentuk bercetak, rakaman pita, rakaman video atau menyediakan program dalam disket computer ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajarpelajar. Dengan perkembangan kegunan komputer yang semakin canggih, pelajar pun boleh dapat melelui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumahnya.

Dengan adanya alat penghantaran seperti radio dan televisyen atau bahan-bahan bercetak, pelajar yang tidak sempat menghadir sekolah boleh belajar di rumah mereka sendiri.
Dengan perkatan lain, sekolah tidak lagi menjadi satu-satunya tempat untuk mendapat pendidikan formal. Pelajar Pendidikan Jarak Jauh mengikuti rancangan pelajaran sesuatu kurikulum, menyiapsediakan kerjakerja kursus, menduduki peperiksaan, dan jika lulus, akan menerima sijil yang diakui. Pendidikan Jarak Jauh ini banyak didapati di Negara-negara Barat. Di Malaysia, setakat ini, Kursus Kajian Luar kampus boleh disebut sebagai salah satu jenis Pendidikan Jarak Jauh.

Program Kajian Luar Kampus ini mulai pada tahun 1971 di Unuversiti Sains Malaysia. Di bawah program ini, pelajar dikehendaki menghadiri kuliah-kuliah dalam cuti penggal ketiga setiap tahun selama masa 4 tahun dan menduduki peperiksaan yang sama seperti penuntut-penuntut penuh masa. Pada tahun kelima, pelajar yang Berjaya dikehendaki masuk Universiti itu dan mengikuti kursus tahun ketiga sepenuh masa bersama dengan penuntut 0pen untuk tahun terakhir. Program Kajian Luar Kampus ini dimulakan dengan mengambil seramai 84 orang pada tahun 1971, dan pada tahun 1974, bilangan penuntut telah meningkat kepada 570 orang.

Kini, program ini telah berkembang dengan pengambilan ribuan penuntut setiap tahun dan mereka mengikut kursus pengajian dalam pelbagai bidang. Di dalam dekad 1990-an, selain daripada Program Kajian Luar Kampus di Universiti Sains Malaysia. Pendidikan Pendidikan Jarak Jauh pula dianjurkan oleh university-universiti tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara dan Universiti teknologi Malaysia. Semua program Pendidikan Jarak Jauh ini dikendalikan dengan menggunakan teknologi terkini seperti videoconferencing dan internet.

PENDIDIKAN TERBUKA (OPEN EDUCATION)

Pendidikan Terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Pendidikan jenis ini tidak perlu sebarang kelayakan untuk didaftarkan sebagai pelajar. Segala aktiviti pendidikan boleh dijalankan di tempat-tempat bekerja atau di rumah.
Terdapat ada pelbagai jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh kerajaan, badan-badan berkanun atau pihak swasta di kebanyakan negara-negara maju. Di antaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka.

Menjelang tahun 2000, Malaysia pula menubuhan sebuah university terbuka (UNITEM), dan sebuah universiti virtual (UNITAR), kedua-duanya ialah universiti swasta yang pula menggunakan teknologi terkini termasuk video-conferencing, internet dan televisyen masing-masing untuk menyampaikan kuliah. Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) yang mula dibuka pada bulan Julai, 1999, pula menggunakan ruang udara RTM2 untuk menyampaikan kuliah kepada orang ramai yang mengikuti kursus-kursus ijazah di luar kampus universiti itu dalam masa masa tertentu.

International Medical Universiti (IMU) pula ada rancangan untuk menubuh Virtual Medical Universiti (VMU) yang membolehkan pelajar mengikuti kursus perubatan melalui internet.

Di peringkat antarabangsa, selain daripada universiti terbuka di U.K.Masachusetts Institute Technology (MIT) di Amerika Syarikat menawarkan 100 kursus pengajian dalam Internet dengan percuma mulai pada bulan September, 2002.
Mengikut Rancangan Sepuluh Tahun, pada bulan Mac, 2003, MIT akan menawarkan lagi 250 kursus pengajian, diikuti 500 kursus lagi pada bulan September untuk pekerja-pekerja ilmu antarabangsa yang berminat.

Pemerolehan ilmu pengetahuan hari ini tidak lagi hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Pendididkan hari ini semangnya telah merentasi sempadan dan media. Ilmu pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dapat diperolehi di sempadan luar sekolah dalam negeri tetapi juga di luar negeri melalui penggunaan computer sebagai media. Dijangka pada masa depan, khasnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan komputer secara meluas di sekolah bestari, guru hendaklah menguasai kemahiran inovasi untuk menilai dan menentukan yang mana kesesuaian bahan pelajaran yang dibekalkan, sama ada dari punca Internet atau wakil Kementerian Pendidikan,

Misalnya Telekom Smart School, dan menggunakannya dengan secara kreatif untuk mengendalikan pelajaran virtual dalam kelasnya. Selain daripada, guru perlu berinovatif dalam persediaan kerja sekolah dan tugasan mengikut keperluan dan kebolehan pelajar masing-masing. Sehubungan ini keperluan guru yang berinovatif dalam promasi pendidikan adalah amat penting untuk menjayakan program pendidikan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Anda mungkin juga menyukai