Anda di halaman 1dari 17

LATIH TUBI PMR TINGKATAN 1

1. Maklumat berikut berkaitan pekerjaan penduduk Tanah Melayu pada awal abad ke-20

Melayu – petani
India – buruh estet
Cina – pelombong dan peniaga

Apakah ciri-ciri sejarah yang dapat ditafsirkan melalui maklumat tersebut?

A Fakta yang tepat dan benar

B Fakta yang dapat dipertanggungjawabkan

C Peristiwa yang mempunyai sebab dan akibat

D Peristiwa penting dan bermakna

2. Rajah di bawah menjelaskan ciri-ciri sumber sejarah

X Sumber ini belum diolah dan dicetak


Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir

Apakah X ?
A Sumber lisan
B Sumber kedua
C Sumber pertama
D Sumber semula jadi

3. Antara berikut yang manakah sumber kedua?


I Diari
II Buku
III Ensiklopedia
IV Surat peribadi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
4. Rajah di bawah menunjukkan kaedah pengkajian sejarah

Kaedah Pengkajian Sejarah

Kaedah lisan Kaedah bertulis Kaedah Q

Kaedah Q ialah
A Kaedah tradisi
B Kaedah saintifik
C Kaedah arkeologi
D Kaedah sejarawan

5. Apakah faedah kita mempelajari sejarah?

I Menjadi panduan

II Memberi iktibar

III Menghargai perjuangan penjajah

IV Memupuk semangat cintakan Negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Kita harus belajar daripada sejarah tentang kejayaan bangsa dan negara.

6. Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah kita mesti mempelajari perkara tersebut?

A. Mengetahui tokoh-tokoh yang berani

B. Mengetahui asal usul diri dan keluarga

C. Mengetahui peristiwa yang telah berlaku

D. Menjadi panduan dan iktibar untuk mencapai kejayaan


7. Senarai kumpulan berikut merupakan peralatan yang ditemui pada Zaman Prasejarah?

− Kapak : Sungai Tembeling, Pahang


− Tulang mawas : Raub, Pahang
− Sabit : Lembah Bernam, Selangor

Apakah zaman tersebut?


A Paleolitik
B Mesolitik
C Neolitik
D Logam

8. Apakah persamaan ciri-ciri masyarakat Zaman Neolitik dan Zaman Logam?


A Menghasilkan alat logam
B Mencipta peralatan tembikar
C Mencipta barang-barang kemas
D Menjalankan perdagangan tukar barang

9. Bagaimanakah upacara pengebumian manusia Zaman Logam dilakukan?


A Menggunakan kepingan batu
B Ditanam bersama alat logam
C Dikebumikan dengan barang makanan
D Mayat disolek dan ditanam bersama dengan barang keperluan harian

10. Apakah yang kamu faham dengan Manusia Perak?


I Rangka manusia Zaman Paleolitik yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh
II Dikebumikan dengan kaki berlipat
III Rangka manusia yang disaluti logam perak
IV Ditemui di dalam Gua Niah di Sarawak
A. I dan II C. II dan III
B. I, II dan III D. II, III dan IV

11. Maklumat di bawah merupakan suatu gelaran

Kurung Bnam

Siapakah yang menggunakan gelaran tersebut?


A Kaundinya
B Bhadravarnom
C Patih Gajah Mada
D Sultan al-Mutawakil

12. Senarai berikut merupakan kerajaan awal Asia Tenggara


 Kedah Tua
 Majapahit
 Srivijaya
Apakah persamaan antara kerajaan di atas?
A Menjadi pusat pengeluaran rempah dan hasil hutan
B Pusat penyebaran agama Hindu dan Buddha
C Diasaskan pada kurun kelima masihi
D Merupakan pelabuhan entrepot

13. Bagaimakah kerajaan Srivijaya mengawal seluruh kegiatan maritim di Kepulauan


Melayu?
A Mendapatkan barang dari kawasan pedalaman
B Menakluk kawasan berhampiran
C Menguasai laluan perdagangan
D Menjalin hubungan diplomasi

 Kaundiya
 Fan Shih man
14. Senarai di atas ialah tokoh penting dalam kerajaan awal Asia Tenggara. Tokoh-tokoh
tersebut memberikan sumbangan yang besar kepada
A Kerajaan Funan
B Kerajaan Angkor
C Kerajaan Champa
D Kerajaan Kedah Tua

15. Pernyataan berikut berkaitan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka

Di Temasik, Parameswara dapat menjangkakan bahawa


tempat itu akan berkembang maju satu hari nanti

Mengapakah baginda berpandangan sedemikian?


A Kedudukan yang strategik
B Keanehan yang berlaku di hadapan mata
C Kebaikan pemerintah Temasik pada masa itu
D Keindahan pantai Temasik

16. Rajah di bawah berkaitan asal usul nama Melaka

Sumber “Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah baik


X kita berbuat negeri di sini”

Apakah sumber X ?
A Sejarah Melayu
B The Suma Oriental
C Hikayat Negeri Melaka
D Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

17. Senarai dibawah merujuk kepada asal-usul nama Melaka

Mulaqah
Malakat

Apakah persamaan bagi kedua-dua maksud perkataan tersebut?


A Melaka merupakan pusat tumpuan para pedagang
B Kemakmuran Melaka menjadi taraikan pelabur asing
C Melaka merupakan negeri berpengaruh di Kepulauan Melayu
D Kepimpinan Melaka mendapat pengiktirafan di negara China

18. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Parameswara untuk membangunkan


Melaka?
I Sistem pemerintahan teratur
II Hubungan diplomatik
III Ikatan konsep daulat
IV Dasar perluasan kuasa
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

• 40 Bentara
• Biduanda kecil

19. Apakah tujuan Parameswara mewujudkan jawatan di atas


A Menghargai jasa orang Melayu
B Mencontohi pentadbiran kerajaan Majapahit
C Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Melaka
D Mewujudkan sistem pentadbiran yang teratur dan lancar

Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap


mohor dan sepersalinan pakaian kepada Melaka

20. Barangan di atas adalah pemberian barangan daripada kerajaan China kepada Melaka
Apakah kesan daripada pemberian barangan tersebut?
A China mengakui kewibawaan pembesar di Melaka
B China bersetuju membuat lawatan diraja ke Melaka
C China bersetuju berdagang dengan Melaka
D China mengiktiraf pemerintah Melaka

21. Apakah tindakan yang diambil oleh Parameswara untuk memastikan keamanan dan
keselamatan di Melaka berterusan?
A Meminta bantuan Orang Laut
B Mengawal kemasukan orang asing
C Melantik orang Jawa menjadi tentera upahan
D Mewujudkan jawatan polis dan askar upahan

22. Jadual di bawah merujuk pembesar Melaka dan kawasan pegangan masing-masing
Pembesar Kawasan Pegangan
Bendahara Muar dan Bentan
Penghulu Bendahari Sening Ujung dan Kampar
Hulubalang Sungai Raya dan Siantan

Mengapakah sultan Melaka mewujudkan kawasan tersebut?


A Mengawal kuasa pembesar
B Memudahkan pungutan cukai
C Mempelbagaikan sistem pentadbiran
D Meningkatkan sokongan dan taat setia

23. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Melaka yang merupakan pelabuhan terlindung

Pulau Sumatera Pelabuhan Banjaran Titiwangsa


Melaka
Apakah kesan daripada kedudukan tersebut?
I Ancaman lanun berkurangan
II Kapal berlabuh dengan selamat
III Menghalang tiupan angin monsoon
IV Bekalan air mudah didapati

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24. Pernyataan berikut berkaitan dengan peraturan perdagangan di Melaka


Surat kebenaran berniaga

Apakah tujuan surat tersebut?


A Menambah pendapatan kerajaan
B Menyimpan barang dagangan
C Memudahkan pungutan cukai
D Menjamin keselamatan pedagang

• Membayar ‘Panduan’ sebelum berjual beli


• Cukai yang adil dan berpatutan
• Kadar cukai yang berbeza mengikut tempat asal pedagang

25. Maklumat di atas berkaitan dengan sistem cukai yang diamalkan oleh kerajaan Melaka.
Sistem cukai ini dikenali sebagai
A Cukai rasmi
B Cukai negeri
C Cukai jual beli
D Cukai berkeutamaan

26. Apakah tugas Syahbandar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?


I Mengurus cukai
II Menguruskan gudang
III Menjaga kebajikan nakhoda
IV Menjadi hakim di pelabuhan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27. Rajah di bawah merujuk kepada perkahwinan antara Sultan Melaka dengan puteri Pasai

Megat Iskandar Shah berkahwin dengan Puteri Pasai

Apakah kesan daripada perkahwinan tersebut?


I Meningkatkan hubungan diplomatic
II Ramai pedagang Pasai berniaga di Melaka
III Mengukuhkan kekuatan ketenteraan Melaka
IV Agama Islam mudah berkembang di Melaka
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

28. Antara berikut, yang manakah peranan istana Melaka sebagai pusat kegiatan intelektual?
I Membincangkan hal agama
II Menggubal undang-undang negara
III Merancang strategi negara
IV Menyimpan karya negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

29. Pernyataan di bawah adalah mengenai kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun
1511.
Berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang
terbina sejak lebih satu abad

Apakah faktor yang mempengaruhi kejatuhan Melaka?


I Masalah perpaduan
II Kelemahan pemerintah Melaka
III Persaingan dalam kalangan pedagang asing
IV Rahsia kekuatan pertahanan diketahui Portugis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

− Amalan rasuah dalam kalangan pembesar


− Gejala fitnah berlaku secara berleluasa

30. Suasana di atas menggambarkan kelemahan kepimpinan Melaka.


Apakah punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut?
A Sultan Ahmad gering
B Sultan Ahmad meninggalkan Melaka
C Sultan Ahmad lemah dan tidak cekap
D Sultan Ahmad tidak dihormati oleh rakyat

31. Mengapakah Portugis ingin menguasai perdagangan yang dikuasai oleh pedagang Islam
di Selat Melaka?
A Pedagang Islam sukar memberikan kerjasama kepada pedagang Portugis
B Pedagang Islam enggan menjual rempah kepada Portugis
C Portugis ingin membalas dendam terhadap pedagang Islam
D Portugis mahu memecahklan monopoli perdagangan rempah oleh pedagang Islam

32. Rajah di bawah menunjukkan tuntutan Alfonso de Albuquerque kepada sultan Melaka

Tuntutan Alfonso de Albuquerque


• Membebaskan orang tawanan
• X
• Y

Apakah X dan Y ?
I Membina kubu
II Membayar ganti rugi
III Mengusir pedagang Gujerat
IV Menjalankan perdagangan di Melaka
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33. Apakah kesan penaklukan Portugis ke atas Melaka terutama terhadap Kesultanan
Melayu Melaka ?
A Orang Portugis menduduki Melaka selama 160 tahun
B Agama Kristian berkembang di Melaka
C Kewujudan golongan orang kaya di Melaka
D Berakhirnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka

34. Johor menjadi pusat membuat kapal pesisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek,
pencalang dan pencacap.

Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?


A Kemahiran mesti dipertahankan
B Kecekapan sistem pentadbiran
C Kekayaan penentu kekuatan
D Keazaman meneroka laut

Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan seorang pembesar yang


berpengaruh di Johor

35. Apakah sumbangan Laksamana Tun Abdul Jamil kepada kerajaan Johor?
I Menguasai Siak
II Mengalahkan Acheh
III Mengusir Raja Kechil
IV Mengukuhkan penguasaan Johor terhadap penjajahan takluk
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Tahun Peristiwa
1673 Jambi menyerang Johor Lama dan Batu Sawar

36. Rajah di atas menunjukkan peperangan antara Johor dengan Jambi.


Apakah kesan peristiwa tersebut?
A Jambi menguasai Johor
B Bugis bertapak di Johor
C Perdagangan Johor terjejas
D Johor meminta bantuan Belanda

Daeng Merewah
Daeng Chelak
Daeng Kemboja
37. Bagaimanakah orang Bugis memantapkan pengaruh mereka di Johor?
I Menyokong pembesar Melayu
II Mencampuri urusan pentadbiran
III Melantik sultan mengikut pilihan mereka
IV Membawa masuk orang Bugis
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

1821 Siam menyerang dan menawan Kedah

38. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa di atas?


I Kedah enggan akur pada Siam
II Kedah menguasai wilayah Siam
III Kedah memberi bantuan kepada Burma
IV Kedah berhubung baik dengan Inggeris
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

39. Raja Muzaffar telah membawa bersama alat kebesaran negeri Melaka semasa pertabalan
di Perak. Apakah alat kebesaran negeri tersebut?
A Mahkota diraja
B Cura Si Manjakini
C Keris bertatah permata
D Payung berwarna kuning

40. Proses pemilihan dan perlantikan sultan di Perak dianggap unik kerana
A mengikut sistem warisan
B berdasarkan kebolehan putera raja
C mengikut sistem giliran
D berdasarkan kegagahan seseorang putera raja
Negeri Terengganu merupakan antara negeri yang terawal
menerima pengaruh agama Islam

41. Apakah bukti untuk menyokong pernyataan di atas?


A Penemuan masjid kuno
B Penemuan naskhah al-Quran
C Penemuan batu nisan Sultan Omar
D Penemuan tembaga purba bertulisan ayat al-Quran

42. Bagaimanakah Sultan Muhammad I mengekalkan kedaulatan negeri Kelantan?


A Membina kubu pertahanan
B Menjalin hubungan dengan Siam
C Memantapkan sistem pentadbiran
D Mendapatkan bantuan Terengganu

43.
Bulat anak buah menjadi buapak
Bulat buapak menjadi lembaga
Bulat lembaga menjadi penghulu
Bulat penghulu menjadi raja

Berdasarkan perbilangan di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa masyarakat


Negeri Sembilan mengamalkan…
A Unsur demokrasi
B Adat Temenggung
C Aktiviti bergotong-royong
D Sistem pilihan raya

44.
Bendera kuning diturunkan
Bendera putih dikibarkan
Tembakan meriam dilepaskan
Berdasarkan maklumat di atas apakah adat yang diamalkan ?
A Adat kelahiran raja
B Adat pertabalan raja
C Adat kemangkatan raja
D Adat perkahwinan raja
45. Nobat dimainkan dalam upacara tertentu seperti
I pertabalan raja
II kemangkatan raja
III perkahwinan putera raja
IV keberangkatan raja ke luar negeri
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

46. Apakah yang dikatakan sebagai Balairung seri dalam institusi kesultanan

A singahsana dan tempat sultan bersemayam


B singahsana tempat sultan bersantap
C singahsana tempat sultan menjalankan hukuman kepada persalah
D singahsana tempat sultan beradu

47. Apakah undang-undang yang dihafal secara turun-temurun oleh masyarakat Melayu?
A Undang-undang bertulis
B Undang-undang Kedah
C Undang-undang adat
D Hukum Kanun Melaka

• Adat lembaga negeri


• Keistimewaan raja serta pembesar
• Undang-undang jenayah, penderhaka dan penzina

48. Peraturan di atas terkandung dalam


A Undang-undang Laut Melaka
B Undang-undang 99 Perak
C Undang-undang Pahang
D Undang-undang Kedah

Serkap
Tangguk
Tanggul
49. Apakah kegunaan peralatan tersebut?
A Alat menagkap ikan
B Jenis pengangkutan laut
C Alat melombong bijih timah
D Peralatan penanaman padi sawah

50. Senarai di bawah berkaitan sistem timbangan, sukatan dan ukuran dalam masyarakat
Melayu

Kaul
Cupak
Gantang

Apakah kegunaan utama peralatan di atas?


A Menyukat barang
B Mengukur jarak
C Menimbang barang
D Mengukur panjang sesuatu benda

• Taat setia
• Sedia berkorban
• Berganding bahu

51. Masyarakat Melayu mengamalkan nilai-nilai di atas untuk membantu pemerintah.


Apakah sistem yang mengandungi nilai-nilai di atas?
A Sistem serah
B Sistem kerah
C Sistem paksa
D Sistem perintah

52. Salah satu amalan masyarakat Melayu tradisional ialah menghormati jiran. Mengapakah
amalan tersebut diutamakan?
A Dianggap keluarga terdekat
B Supaya disegani masyarakat
C Menjadi adat penduduk tempatan
D Tanggungjawab sebagai anggota masyarakat

Reka bentuk rumah Melayu dipengaruhi unsur dari luar alam Melayu
53. Berdasarkan maklumat di atas, apakah unsure luar tersebut?
I Siam
II Belanda
III Portugis
IV Vietnam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

54. Bagaimanakah sistem pendidikan tidak formal disampaikan?


A Di ajar di masjid-masjid dan sekolah agama
B Disampaikan oleh guru Al-Quran, imam dan lebai
C Diwarisi secara turun temurun melalui cerita lisan
D Disebarkan secara langsung semasa menyambut pesta menuai

Merisik Bertunang Bernikah Bersanding

55. Rajah di atas adalah berkenaan dengan adat perkahwinan masayarakat Melayu
Mengapakah istiadat perkahwinan dalam masyarakat Melayu dianggap penting?
A Menunjukkan kemajuan sesuatu bangsa
B Merupakan amalan dan budaya masyarakat
C Mencerminkan kepercayaan sesuatu masyarakat
D Menjadi peraturan dan undang-undang masyarakat

Ditarikan oleh orang Murut


Dipersembahkan dalam upacara mentyambut tetamu yang dating dari
jauh, berpindah rumah atau pada hari Monggotom

56. Tarian di negeri Sabah ini ditarikan oleh


A Sumazau
B Ngajat
C Limabi
D Mangalang

Tokoh X
Menyelesaikan masalah perkahwinan
Menetapkan tarikh Hari Gawai
Menetapkan tarikh perayaan Beranyi
57. Tokoh X memainkan peranan penting dalam masyarakat Bumiputera Sarawak.
Siapakah tokoh X?
A Tuai rumah
B Tuan rumah
C Ketua suku
D Ketua Gawai

Peristiwa X
Orang Penan Berpindah
Orang Murut Memukul tiang rumah

58. Rajah di atas menunjukkan tindakan yang diambil oleh orang Penan dan Murut jika
berlaku sesuatu peristiwa.
Apakah peristiwa yang dimaksudkan?
A Kematian
B Perkahwinan
C Permberontakan
D Pemujaan semangat padi

59. Masyarakat Melanau di Sarawak menyambut Perayaan Kaul. Apakah tujuan perayaan itu
diadakan?
I Mengelakkan penyakit
II Selamat semasa berburu
III Mengelakkan malapetaka alam
IV Memperoleh tangkapan yang banyak
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Masyarakat Sabah mengamalkan undang-undang adat


untuk memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup

60. Apakah undang-undang adat yang diamalkan oleh mereka?


I Sogit
II Unduk Ngadau
III Magavau
IV Kepanasan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai