Anda di halaman 1dari 1

Dr Mohd Asri: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam

Tuesday, 26 May 2009

Ditanya Dr. Mohd Asri mengenai mogok lapar yang sertai oleh seseorang muslim, apa
hukumnya?

Jawapan: Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the
means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima
oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai
ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah
anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi
a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang
pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan
hal itu sama sekali.

Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika
ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk
membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam
puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.

Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan
memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia
termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah
peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para
sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila
diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.

Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang
politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip
hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”

– dr mohd asri zainul abidin, lampeter, UK.

sumber : drmaza.com
http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=881&Itemid=65

Anda mungkin juga menyukai