Anda di halaman 1dari 12

Bengkel Easy Quantifiers

SEKOLAH KEBANGSAAN BACHOK,


JALAN NIPAH,16300 BACHOK, KELANTAN.

KERTAS CADANGAN : BENGKEL EASY QUANTIFIERS


TEMPAT BILIK MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN BACHOK TARIKH 07 JULAI 2012 ( AHAD )

ANJURAN PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN BACHOK

Bengkel Easy Quantifiers

RASIONAL

Internship merupakan satu program yang wajib dijalani oleh semua guru pelatih semester 8. Melalui Internship ini, guru pelatih dikehendaki untuk melaksanakan dan menganjurkan beberapa program di sekolah dalam tempoh satu bulan. Bengkel Easy Quantifiers ini merupakan salah satu program yang ingin dijalankan untuk meningkatkan lagi kebolehan murid-murid dalam fakta asas penolakan yang melibatkan pengumpulan semula. Hal ini akan seterusnya membantu meningkatkan lagi pencapaian murid-murid dalam matapelajaran Matematik.

PENDAHULUAN

Pendidikan matematik di sekolah rendah bertujuan untuk mengembangkan dan memperluaskan pemahaman para pelajar atau murid mengenai konsep nombor dan kemahiran-kemahiran asas pengiraan. Namun, guru-guru sering dihadapkan dengan isu kelemahan Matematik di kalangan murid-murid dalam setiap cabang pendidikan. Salah satu penyebab penurunan pencapaian murid-murid semasa peperiksaan adalah muridmurid gagal menguasai konsep penolakanmelalui pengumpulan semula dengan baik.

Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. Kemahiran yang diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah berkaitan penolakan.

Bengkel Easy Quantifiers

MATLAMAT

Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menyelesaikan masalah penolakan melalui proses pengumpulan semula dengan menggunakan Model Pembilang EQ. Selain itu, adalah diharapkan melalui bengkel ini, murid-murid akan memperoleh ilmu pengetahuan baharu dalam usaha meningkatkan kemahiran dan keyakinan ketika menghadapi soalan penolakan yang memerlukan proses pengumpulan semula.

OBJEKTIF

Secara amnya, bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas penolakan Matematik bagi murid tahun 3 bagi menyelesaikanmasalah penolakan dengan pengumpulan semula.Selain daripada itu, adalah diharapkan muridmurid akan :

i.

Menguasai konsep pinjam sebelah sebelum menyelesaikan masalah penolakan nombor bulat dengan pengumpulan semula.

ii.

Menggunakan Model Pembilang EQ (Easy Quantifier) bagi menyelesaikan soalan penolakan nombor bulat dengan pengumpulan semula dengan mahir.

iii.

Menggunakan Model Pembilang EQ bagi menarik minat murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Bengkel Easy Quantifiers

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh

01 Julai 2012 ( Ahad) 10.15 a.m. 11.45 a.m. (1 jam)

Masa

Tempat :

Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Bachok

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Peserta :32 orang murid Tahun 3 Efektif

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN SENARAI PERALATAN ANGGARAN PERBELANJAAN TENTATIF PROGRAM MODEL PEMBILANG EQ

: : : : :

rujuk Lampiran A rujuk Lampiran B rujuk Lampiran C rujuk Lampiran D rujuk Lampiran E

Bengkel Easy Quantifiers

CARTA ALIRAN KERJA Mengadakan perbincangan dan mensyuarat serta membentuk jawatankuasa.

Menyediakan kertas kerja dasar

Mengemukakan kertas kerja kepada Guru Pembimbing

Menerima maklum balas dan pemurnian kertas kerja

Memohon kelulusan Guru Besar

Lulus

Tidak lulus

Tindakan: 1. Menempah dan mengambil alatan. Julai 2012 2. Meninjau tapak program 3. Pemurnian aktiviti

Julai 2012

Pelaksanaan Bengkel Easy Quantifiers

Julai 2012

Post Mortem

Bengkel Easy Quantifiers

PENUTUP Bengkel Easy Quantifiers yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan manfaat kepada murid-murid yang terlibat dalam usaha memantapkan lagi pemahaman, kemahiran dan keyakinan murid-murid dalam menyelesaikan masalah penolakan yang melibatkan proses pengumpulan semula.Diharap bengkel ini dapat membantu pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi akademik dan Matematik khususnya.Diharapkan juga agar program ini dapat diteruskan pada masamasa akan datang bagi murid-murid dalam kuantiti yang lebih besar dengan pengurusan yang lebih teratur.

Bengkel Easy Quantifiers Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung

Tn. Hj. Nik Mohamed bin Awang Guru Besar S. K. Bachok

Penasihat

Pn. Zakiah binti Awabi Penolong Kanan Pentadbiran S. K. Bachok

Pn. Norliza Arni binti Ghazali Ketua Panitia Matematik S. K. Bachok

Pengerusi

Haryani binti Zolkifli Guru Pelatih S. K. Bachok

Naib Pengerusi

Muhammad Hafiz bin Mohamad Ashhar Guru Pelatih S. K. Bachok

Setiausaha

Nur Asilah binti Ishak Guru Pelatih S. K. Bachok

Bendahari

Khairuddin bin Khaidir Guru Pelatih S. K. Bachok

Bengkel Easy Quantifiers Lampiran B

SENARAI PERALATAN

Berikut merupakan peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan program ini:

BIL 1 2 3. 4. 5. 6. Kadbod

PERALATAN

KUANTITI 2 1 rim 1 kotak 6 buah 1 kotak 1

Kertas A4 Pensel Hadiah Kuiz Whiteboard Marker Pen Plastik pembalut buku

Bengkel Easy Quantifiers Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan dalam program ini :

BIL 1. Kadbod

PERKARA

UNIT 2

JUMLAH * sumber dari sekolah

2.

Kertas A4

1 rim

* sumber dari sekolah

3. 4. 5.

Pensel Hadiah Kuiz Whiteboard Marker Pen

1 kotak 6 jenis 1 kotak

RM 12.00 RM 6.00 * sumber dari sekolah

6. 7.

Plastik pembalut buku Rencam

1 -

RM 2.00 RM 5.00

JUMLAH

RM 25.00

Bengkel Easy Quantifiers Lampiran D

TENTATIF PROGRAM

01 Julai 2012

10.15 a.m. 10.20a.m. 10.30a.m. 11.00a.m. 11.10a.m. 11.30 a.m. 11.40 a.m. 11.45 a.m.

Peserta bergerak ke bilik muzik Bacaan Doa Pengenalan konsep Model Pembilang EQ Kuiz EQ Sesi lembaran kerja Semakan jawapan Penyampaian hadiah dan cenderahati Bersurai

Bengkel Easy Quantifiers Lampiran E

MODEL PEMBILANG EQ

Bengkel Easy Quantifiers

Disediakan oleh,

Disokong oleh :

( HARYANI BINTI ZOLKIFLI ) Setiausaha, Bengkel Easy Quantifiers, Sekolah Kebangsaan Bachok.

( PUAN NORLIZA ARNI BINTI GHAZALI ) Ketua Panitia Matematik, SekolahKebangsaanBachok.

Disemak oleh :

( PUAN ZAKIAH BINTI AWABI ) Penolong Kanan Pentadbiran, SekolahKebangsaanBachok.

Diluluskan oleh :

(TN. HJ. NIK MOHAMED BIN AWANG) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bachok.

Anda mungkin juga menyukai