Anda di halaman 1dari 1

PRO ANANG PMR2004

SMAI BEAUFORT

Pro Anang sebuah wadah,


Rancang kecemerlangan terbukti sudah,
Olah strategi minda diperah,
Anak Angkat pasti menyerlah.

Natijah diraih pasti cemerlang,


Anak Angkat mesti berjuang,
Nampak semangat bukan kepalang,
Genggamlah bara menjadi arang.

Pelajaran tetap agenda pertama,


Minimakan masa maksimakan usaha,
Raih kejayaan itu yang utama,
2004 mengukir nama.

Semua murid dan juga guru,


Melaksana aktiviti masa diburu,
Anak Angkat laju meluru,
Iltizam semangat sentiasa baru.

Begitu semangat Ayah dan Ibu,


Enggan mengalah mata kelabu,
Amanah digenggam mantap dikalbu,
Untuk kejayaan biar beribu.

Fikrah sudah dapat disatu,


Otak dan minda juga dipadu,
Rancang kejayaan agenda dipandu,
Terpulanglah usaha sebagai penentu.

PRO ANANG mesti dipacu,


PMR kelak di dalam saku,
2004 jadi penentu,
SMAI Beaufort kan terus maju.

Oleh:
PENGETUA SMAI
Beaufort.
AbuEddaSoyiddeeqaElBinangkit17Ogos2003.

Anda mungkin juga menyukai