Anda di halaman 1dari 27

Nota BMM3110 Untuk Exam Semester 6 (2) Kata Nafi 1. 1.

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 2. 2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. 3. 3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh a) a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. b) b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya. 4. 4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh a) a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah. b) b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. 5. 5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. Contoh a) a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar. b) b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja. Kata Nama Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan Nama Betul Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang binatang tumbuh- tumbuhan benda tempat ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll pokok, betik, rumput, lalang dll pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tea - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Gajah itu berbadan besar. Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll Pada akhir ayat Pada awal ayat

b) b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Benda Kata Nama Am bangunan kereta buku sekolah Kata Nama Khas Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau

Orang

doktor kerani guru budak lelaki

Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi

Binatang

kucing lembu katak ayam burung

Tempat

negeri bandar kampung tasek

Tumbuhan

pisang cili jambu limau

Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) Sila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata di akhir kata di awal dan di akhir kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-ita, -man, -wati, -an, dan -wan per- -an, penge--an, peng-.-an, pen--an, pem-.-an,

pe-.-an, dan ke--an Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :kelas kata kata kerja kata dasr peraga latih bawa lawan kata sendi oleh untuk kata nama lombong rumah guru kata adjektif cantik besar tinggi Ganti Nama Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu. Gantinama Diri kata terbitan peragawati latihan pembawaan perlawanan perolehan peruntukan perlonbongan perumahan perguruan kecantikan pembesar ketinggian

Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya

aku (tunggal)

digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

saya (tunggal) hamba (tunggal)

patik (tunggal)

digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

beta (tunggal)

kami (jamak)

kita (jamak)

digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak Bentuk tunggal jamak Kata ganti nama Diri Kedua Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut : Bentuk Tunggal contoh kata Ganti Diri kedua tuanku, wak, kamu, anda, engkau contoh kata nama diri pertama beta, patik, aku, saya kita, kami, kita orang

Jamak Kata Ganti Diri Kedua anda (tunggal) Penggunaannya

kalian

digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal)

digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal) kalian (jamak) kamu (tunggal dan jamak)

digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunkan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi. Kata Ganti diri ketiga kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk. Bentuk tunggal jamak Contoh kata ganti diri ketiga ia, dia, beliau, baginda mereka

Katy Ganti Diri Ketiga baginda (tunggal) beliau (tunggal

Penggunaannya digunakan untuk raja dan sultan digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal)

digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

mereka (jamak)

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 1. Dia pegawai pendiaikan 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. Dia menolong bapanya. kata Sang Murba kepada Sang Samba. 7 "Sekiranya dada halangan, . akan berangkat esok pagi , kepada bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi. 10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya. Ringkasan Kata Ganti Nama Diri Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) Tunggal aku saya patik hamba Diri Kedua awak awak semua Bilangan Banyak / Jamak kami kita

( Orang yang dilawan bercakap )

kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku

kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian

Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya)

dia ia nya beliau baginda

mereka

Kata Ganti Tanya 1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah kah dan tanda soal. 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Benda apakah Orang siapakah Tempat manakah Masa bilakah Hal bagaimanakah kenapakah mengapakah Kata Ganti Tanya apa Penggunaannya digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan Bilangan berapakah

siapa

digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

mana

Contoh ayat 1. Bilakah engkau pergi ke bandar ? 2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ? 4. Nama pokok itu apa ? 5. Pemuda kacak itu siapa ? Kata Ganti Tempat 1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Ganb Tempat sana sini Penggunaannya digunakan untuk tempat yang dianggap jauh digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana Benda, orang, Binatang Tempat ini, itu sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh.) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

Keadaan contoh ayat 1. Ini langsat. 2. Itu kucing. 3. Pokok itu rendah sahaja. 4. Kereta Proton Wira ini cantik. Kata Ganti Umum / Tak Tentu

begini, begitu, demikian

Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. Kata Ganti Nama Penunjuk Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 1. 1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: (a) (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya: i. i. Ini komputer. ii. ii. ii. Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya: i. Kotak ini berat. ii. Says belajar. di sekolah itu. 2.8 Kata Ganti tak tentu. 1. Kata ganti talk tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Ganti Umum / Tak Tentu apa-apa Ayat-ayat contoh 1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya. Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.

2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu. Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka. Kata Ganti Tak Tentu sapa-sapa mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu siapa-siapa atau sesiapa digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu Penggunaannya digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu

Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayat. maka arakian bermula Contoh 1. Maka permaisuri pun bersiramlah di perigi itu. 2. Hatta datanglah seorang ahli menghadap tuan puteri. 3. Adapun padang itu tersangatlah luas, saujana mata memandang. Kata Pemeri 1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. 2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama. 4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya. b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu. alkisah syahdah Kalakian Hatta adapun

c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin. Kata Penegas Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagianbahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah Juga Lagi Contoh 1. Itulah rumah saya. 2. Pernahkah awak makan sup daging arnab. 3. Apatah dayaku untuk menolongnya. 4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya. 5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran. 6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu. Kata Penguat 1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. 3. Contoh Paling Terlalu Agak Nian Sungguh Benar Amat Paling -lah Sahaja pun -tah Hanya jua Memang

4. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. 5. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. 6. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Kereta itu laju sangat. Kata perintah Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel lah di belakangnya. contoh Jangan usah Contoh ayat 1. Jangan tolak meja itu ke situ. 2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah. Kata Seru 1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. Kata Seru aduh Penggunaannya Ayat Contoh Sila jemput tolong Minta Harap

untuk menyatakan perasaan 1. Aduh, sakitnya tanganku! sakit dan kagum 2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai

untuk menyatakan perasaan Aduhai, malang sungguh nasibku! sedih untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, says tetap tidak mengaku bersalah!

ah

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! amboi/wah untuk menyatakan perasaan 1. Amboi, mahal betul kereta itu! hairan atau kagum cis/cih 2. Wah, berani betul budak itu!

untuk menyatakan perasaan 1. Cis, berani dia menentangku! marsh dan bend 2. Cih, mereka tidak kenal siapa Ad

eh

untuk menyatakan perasaan 1. Eh, kamu sudah sampai! hairan atau terkejut 2. Eh, tadi dia ads di sini! 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

hai

untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

Contoh lain kata seru dan ayat Kata Seru wahai maksud Contoh ayat

menyatakan Wahai adik ku sayang ! perasaan sayang atau merayu menunjukkan perasaan kagum Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !

amboi

hai nah aduh wah ceh bedebah marah perasaan sakit perasaan hairan

Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! Nah, terimalah habuanmu ! Aduh, sakitnya tanganku ini ! Wan, cantiknya merak ini ! Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! Oh, itu rupanya rumah kamu !

cis oh

marah atau jijik terkejut hairan, gembira atau

mengharap eh syabas hairan gembira, puas, memuji atau ucap tahniah menghina terkejut hairan terkejut hairan atau marah

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! Eh, bila ia terjadi ! Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

alahai alamak ha Ya-Allah Masya- Allah

Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! Ha, budak itu yang menang ! Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

Kata Adjektif ( Kata Sifat ) Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. 1. Kata adjektif jugs dikenal sebagai kata sifat. A. Jenis-jenis kata Adjektif 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. 1. Adjektif Jati Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. Contoh Buku itu berwarna biru. Budak kurus itu kawan saya. 2. Ajdektif Bilangan atau pecahan Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. Contoh Ayah memiliki dua buah kereta. Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk Ia menunjukkan bagaimana / yang mana contoh Baju ini mahal harganya. Perkara demikian jangan diulangi lagi. 4. Ajektif pencerai / pengasingan Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok. Contoh Setiap pelajar mesti berdiplin. Ambil barang masing-masing. 2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan 3. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut: (a)menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik; (B) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau; (c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; (d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; (e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; (f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; (g)menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; (h)menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; (i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum. B. Pangkat-pangkat Adjektif 1. Pangkat biasa ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh Baju dia cantik. Buah betik itu manis.

2. Pangkat perbandingan Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh Tenaganya sekuat Badang. Buah jambu itu semanis gula. 3. Pangkat menyangat Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh Cuaca hari ini sangat mendung. Buah rambutan ini terlalu masak. 4. Pangkat penghabisan Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan. Contoh Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia. Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia. Kata Sendi Kata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa, atau ayat. Kata Tanya 1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat tanya. 4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 5. Partikel kah tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. contoh a. Apakah benda itu ? b. Buku siapakah ini ?

kenapa bila siapa mengapa apa bagaimana berapa mana Kata Keterangan

Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? Engkau ini siapa ? Mengapakah baju awak ini basah ? Apakah nama binatang itu ? Bagaimanakah rupa hantu ? Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? Nelayan itu dari mana ?

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan. 2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya: (a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi) (b) Sayur-sayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.) 1. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenisjenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini. Contoh cara / gaya begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena, 1.Berjalanlah dengan perlahanlahan supaya tidak terjatuh. 2. Munah pergi ke pasar dengan bas. Masa / waktu akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam 1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang. 2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya. Nafi bukan, tidak, kecuali 1. Orang itu tidak tinggal di sini. 2. Anak kecil ini bukan anaknya. Tanya mengapa, bagaimana, bila 1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ? 2. Bagaimanakah terjadinya

perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ? tidak tentu /ragam mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu 1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya. 2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang. Darjah / kata penguat amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau 1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya. 2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu. Aspek belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali 1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi. 2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.

Jenis Kata Keterangan Kata Keterangan Cara

Penggunaan dan Contohnya untuk menerangkan cara Contoh: begini, begitu, betapa, demikian, dan sebagainya

ayat Contoh

1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang. 2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.

Kata Keterangan Bantu

untuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya

1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam. 2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.

Kata Keterangan Masa

untuk menerangkan masa Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya

1. Saya harus pergi sekarang. 2. Encik Gan akan bertolak esok.

Kata Keterangan Tanya

untuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya

1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan? 2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu? 3. Mengapakah ayah lambat pulang? 1. Kelakuan budak itu agak ganjil. 2. Sedap betul masakan di restoran itu. 3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.

Kata Keterangan Darjah

untuk menerangkan darjah kata adjektif Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya

Kata Keterangan Nafi Kata Keterangan Tak Tentu

untuk menafikan atau menyangkal Contoh: bukan, tak, atau tidak untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya

1. Dia bukan orang kampung itu. 2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam. 1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat. 2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

kata Keterangan Penegas Kata Keterangan Kekerapan Kata Keterangan Umum Kata Ganda

untuk menyatakan penegasan Contoh: hanya, jua untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya

Dia hanya membeli sebuku roti.

1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya. 2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu. Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.

untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung

1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan. 2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. 3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan. 3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu : a. Gandaan Seluruh Kata b. Gandaan Separa / Separuh c. Gandaan Berirama d. Gandaan Menyaling Gandaan Seluruh Kata 1. Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.

2. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. 3. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). 4. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, Jan kata keterangan. Contoh : Gandaan kata nama buku-buku lembu-lembu murid-murid kawan-kawan Gandaan Kata kerja baring-baring pandang-pandang jalan-jalan usik-usik Gandaan Adjektif /sifat manis-manis besar-besar awal-awal bulat-bulat

alat-alat, awal-awal ,balk-balk, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing ,cepatcepat, kereta-kereta ,lazat-lazat,dan lain-lain. 1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan samaada sebahagian atau seluruhnya. 2. Kata ganda terdiri daripada: (a) kata ganda seluruh; (b) kata ganda semu; (c) kata ganda separa; (d) kata ganda bersajak atau berima; (e) kata ganda berimbuhan. 1 Kata Ganda Seluruh 1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. 2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). 3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan. Senarai Kata Ganda Seluruh alat-alat, awal-awal, benar-benar, besar-besar,

budak-budak, cacing--cacing , dan lain-lain 2 Kata Ganda Semu 1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus. 3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name. Senarai Kata Ganda Semu kuda-kuda, kupu-kupu, kura-kura, labah-labah, layang-layang, oleh-oleh, onde-onde, dan lain-lain 3 Kata Ganda Separa 1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima 2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama. Senarai Kata Ganda Separa bebawang bebenang bebudak cecair dedalu dedaun dedawai gegendang

geguli jejari jejarum jejentik kekabu kekisi kekunci kekuda lelaki lelangit lelayang pepejal pepijat pepenjur u rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga 4 Kata Ganda Bersajak/Berima 1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya: (a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya. persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya. penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya. Persamaan Bunyi di Pangkal batu-batan beli-belah bengkang-bengkok corat-coret degap-degup dentam-dentum desas-Jesus gembar-gembur gerak-geri Gandaan Separa Separuh 1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya. Persamaan Bunyi di Hujung anak-pinak calar-balar cerai-berai comot-momot gotong-royong karut-marut kaya-raya kuih-muih pindah-randah Penyesuaian Bunyi Seluruhnya bolak-batik compang-camping dolak-dalik gopoh-gapah gunung-ganang haru-biru huru-hara huyung-hayang kacau-bilau

2. Hanya diambil hujung perkataan itu. Contohnya : lelaki kekuda Gandaan Berirama 1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal. 2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Contoh : lauk-pauk tungganglanggang batu-bata tanah-tanih saudara-mara semak-samun bukit-bukau kacau-bilau bebola jejentik lelabah kekabu pepohon dedaun jejari kekisi

bengkang-bengkok gelap-gelita

Gandaan Menyaling 1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. 2. Perkataan keduanya ditambah me ( N ) contoh : tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit kata-mengata tarik-menarik sepak-menyepak kejar-mengejar karang-mengarang

sulam-menyulam tawar-menawar tari-menari tangis-menangis

rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan

KONSEP AYAT TERBITAN v Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa. v Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan PROSES PENERBITAN AYAT PROSES PENGGUGURAN v Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib. Pengguguran FN sebagai subjek. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh,awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.

Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh,Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar. Pengguguran frasa predikat. FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.= Adik Ali dan sepupunya belajar di England. FN yang serupa. Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lanbang Negara. FA yang serupa. Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin. Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat. Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul. Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari. Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu. Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif. Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya. Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan. PROSES PENYUSUNAN SEMULA Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Tidak membawa perubahan pada makna ayat. Penyusunan semula. Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh, Ali memendang bola itu = bola itu di tendang oleh Ali. Penyusunan semula FN sebagai objek Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh, Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad. Penyusunan semula melalui ayat songsang. Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh, Orang tua itu pergi ke sungai =Ke sungai orang tua itu pergi.

Anda mungkin juga menyukai