Anda di halaman 1dari 28

DISEDIAKAN OLEH : NIK GHAZALI BIN NIK MD AMIN PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT


TRADISIONAL MODEN

PERENIALISME

PROGRESIVISME

ESENSIALISME

EKSISTENSIALISME

REKONSTRUKTIONISME

FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

PERENIALISME
Berasal daripada perkataan perennial bermaksud tidak

berubah
Mengikut ahli-ahli perenialisme : oleh kerana pengaruh materialisms,

pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional manusia semakin merosot.
Fungsi asas pendidikan : mengutamakan perkembangan potensi

rasional individu, menemui prinsip-prinsip mutlak dan memahami dunia yang sebenar.

Tugas pendidikan : mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, mengembang potensi menaakul, memupuk kelakuan moral,menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu

membaca, menulis dan mengira, serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan.
Ahli perenialisme berpendapat : - pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat bersemuka secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara memikir seperti mereka. - pendidikan kemanusiaan, termasuk

agama, ialah mata pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan sains.

Perennialism berfokus kepada perkembangan diri

dengan tujuan utama adalah pendidikan ialah untuk mengajar nilai dan ilmu sejagat serta memupuk nilai rasional dan intelek

Konsep : Secara semulajadi, ciri manusia bersifat

sejagat dan tidak berubah Matlamat Pendidikan : Mengajar ilmu dan nilai bersifat sejagat dan abadi Tumpuan : Kurikulum Bidang kemanusiaan dan kesusasteraan (bahasa, sastera, matematik, seni dan sains). Guru Penyampai ilmu yang pakar Kaedah Mengajar Didaktik Murid Penerima ilmu yang pasif

ESENSIALISME
Berpunca daripada realisme dan idealisme. Fitrah manusia sebenarnya kekurangan nilai-nilai murni

yang sempurna. Sama ada dapat dibaiki untuk menjadi insan yang baik adalah bergantung kepada pengaruh kebudayaan masyarakat, iaitu melalui latihan intelek dan mental untuk membentuk personaliti dan mental mereka ke tahap keharmonian dan penyempurnaan.

Konsep : Penekanan kepada perkara-perkara asas, berubah

dari semasa ke semasa dan bersifat praktikal dan prakmatik. Matlamat Pendidikan : Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas sahaja. Tumpuan : Kurikulum Kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Sains, seni, sejarah, muzik adalah subjek wajib manakala sastera dan kemanusiaan adalah subjek sampingan. Guru Penyampai ilmu yang mahir. Kaedah Mengajar Didaktik Murid penerima ilmu yang pasif.

Essentialism melihat pendidikan sebagai persediaan

untuk kerjaya dan kewarganegaraan. Sekolah memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan intelek sesorang individu. Guru mempunyai kuasa terhadap pengajaran dan kurikulum

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

PROGRESIVISME

Dipengaruhi oleh pemikiran John Dewey dan mazhab pragmatisme.

kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti

kain putih, dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekitarnya.

Konsep : Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap

perubahan. Matlamat Pendidikan : Menghasilkan individu yang sedia mengalami perubahan dalam kehidupan seharian. Tumpuan : Kurikulum Kebebasan memilih mata pelajaran yang diminati dan ingin dipelajari. Guru Pembimbing dan pengurus. Kaedah Mengajar Induktif Murid Mencari ilmu dan bersifat aktif.

Progressivism menyarankan bahawa kebenaran itu

adalah relatif dan tentatif. Ilmu membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Pendidikan haruslah menyediakan murid supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan situasi melalui usaha koloboratif.

REKONSTRUKTIVISME
Berpunca daripada progresivisme dan menekankan aspek

kemasyarakatan.
menekankan teknik perbincangan dan penggunaaan

kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah

Konsep : Sekolah merupakan landasan untuk

membentuk masyarakat baru. Matlamat Pendidikan : Mengasaskan corak budaya baru dan membasmi masalah sosial. Tumpuan : Kurikulum Bidang sains sosial (kajian sosial) Guru Agen perubahan dan pembaharuan (kreatif dan inovatif). Kaedah Mengajar Berpusatkan murid Murid Bersifat aktif dan berani mencuba.

Rekonstruktionism menyarakan pembaikan dan

pembangunan semula masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk mengenal pasti penyakit masyarakat dan mencari jalan untuk mengurang dan mnyelesaikan masalah.

EKSISTENTIALISME
Mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu

pengetahuan.
Individu mestilah bertanggungjawab terhadap diri sendiri

dan bebas menentukan arah hidupnya.


Di dalam pendidikan, guru mestilah menghormati pelajar

dan pelajar mesti menghormati kebebasan guru. Keduaduanya diperlukan bagi membentuk pendidikan yang diinginkan.

Konsep : Manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri, bebas menentukan matlamat dan membuat keputusan. Matlamat Pendidikan : Tidak digariskan (guru tidak ada hak untuk menentukan matlamat pendidikan murid). Tumpuan : Kurikulum Bidang estetik dan falsafah (seni, kesusasteraan dan drama). Guru Pemangkin ilmu. Kaedah Mengajar Berpusatkan murid dan aktiviti. Murid Penerima ilmu yang aktif.

KEPENTINGAN CABANG-CABANG DAN MAZHAB-MAZHAB TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN


Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis (kaedah menyelesaikan masalah) Mewujudkan generasi yang mantap dalam pendidikan, berfikiran progresif dan saintifik serta mampu bersaing

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pandangan serta pemikiran progressivism Jean-Jacques

Rousseau berhubung pendidikan banyak mempengaruhi pembentukan kurikulum di Malaysia.


Pendidikan : sesuatu yang berterusan bermula sejak dari

kanak-kanak lagi. Segala kebolehan yang bersifat semulajadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semulajadi dan ini perlu berterusan.
Kanak-kanak harus dididik mengikut fitrahnya sebagai

seorang kanak-kanak dan jangan melatih seseorang kanakkanak menjadi dewasa terlalu awal. Biar kanak-kanak itu mengalami sendiri tanpa paksaan daripada orang dewasa.
Sebagai orang tua kita seharusnya memupuk semangat ingin

tahu pada diri kanak-kanak iaitu dengan bertanyakan soalansoalan yang mencungkil pemikiran serta membuka minda kanak-kanak.

Kurikulum : 1.Matlamat atau tujuan. Kurikulum : untuk kehidupan seharian, untuk menjadi pekerja, sebagai rakyat atau warganegara, memupuk perwatakan atau karektor individu dan bagi memenuhi masa lapang. Pandangan beliau dapat kita hayati dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijadikan asas untuk menggubal kurikulum pendidikan di Malaysia. Setiap pelajar diberikan peluang untuk dikembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kurikulum yang relaven menurut (Pusat Kembangan

Kurikulum) Kurikulum yang digubal seharusnya berupaya menghasilkan pekerja ilmu yang inovatif dengan menjana dan menggunakan segala dan kuasa mindanya secara kompleks dan berkesan. 2.Ilmu Pengetahuan Ilmu yang dipelajari adalah berhubung kehidupan seharian iaitu pengalaman kehidupan sebenar pelajar. 3.Bentuk individu Kurikulum yang dibentuk tidak harus berasaskan isi atau kandungan mata pelajaran sahaja. Kebebasan fizikal dan mental meneroka, berfikir, kreatif dan pentingkan tahap perkembangan individu patut dipertimbangkan. Kita mesti sedar bahawa setiap individu itu unik, pembelajaran mesti memberi makna kerana setiap individu ada keupayaan untuk belajar yang tersendiri.

4.Masyarakat/negara Pendidikan utk menyediakan masa depan Negara dan menyelesaikan masalah.negara. Pendidikan yang komprehensif kepada pelajar turut menjadi penekanan kerajaan. Baru-baru ini, Bajet 2008 memperlihatkan bahawa penekanan pelajaran bukan saja terhadap kurikulum dan mendapat kecemerlangan dalam aspek pembelajaran bilik darjah, malah juga menekankan aspek kokurikulum ke arah pembentukan sahsiah dan membina kualiti kepemimpinan pelajar.
Dengan memacukan pelaburan dalam sektor modal

insan, masa depan negara diharapkan akan terus memacu kejayaan demi memartabatkan maruah negara terus berdaulat dan kekal merdeka.

Kesimpulan :
1) Pendidikan merupakan proses interaksi manusiawi

yang ditandai oleh keseimbangan antara kedaulatan subjek didik dengan kewibawaan pendidik. 2) Pendidikan merupakan usaha penyiapan subjek didik menghadapi lingkungan hidup yang mengalami perubahan semakin pesat. 3) Pendidikan mengandung tujuan tertentu, iaitu meningkatkan kualiti kehidupan peribadi masyarakat.

4) Pendidikan berlangsung seumur hidup

5) Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan melakukan usaha yang sengaja dan terencana dengan memilih materi, strategi kegiatan dan teknik penilaian yang sesuai. 6) Pendidikan merupakan kiat dalam menerapkan prinsip-prinsip ilmupengetahuan dan teknologi bagi pembentukan manusia seutuhnya. Kegiatan tersebut dapat dilakukan baik di sekolah mahupun di luar sekolah iaitu keluarga dan masyarakat.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai