Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PAMERAN SAINS 2013

ANJURAN

PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG KUALA KURAU PERAK


TEMA

MENEROKA KEAJAIBAN DUNIA SAINS


PADA

6 NOVEMBER 2013
BERTEMPAT DI

SK SUNGAI BURONG

KERTAS CADANGAN PAMERAN SAINS 2013 ________________________________________________________________

1.0

NAMA PROGRAM

Pameran Sains SK Sg Burong 2013

2.0

RASIONAL

Kini ekonomi dunia sedang mengalami pembangunan pesat ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan di mana teknologi, kemahiran dan inovasi menjadi penentu bagi meningkatkan daya saing dan kecekapan !usteru, pihak kerajaan akan terus memberikan keutamaan tinggi terhadap pembangunan yang didorong oleh inovasi dan diterajui oleh teknologi Kajian Kesedaran Sains dan "eknologi #asional yang telah dijalankan dua tahun sekali di seluruh negara, menunjukkan betapa pentingnya penerapan dan pemupukkan minat rakyat terhadap Sains dan "eknologi seharusnya dimulakan di peringkat lebih a$al %leh yang demikian, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memupuk, meningkatkan kesedaran dan ke&ahaman serta minat rakyat, khususnya generasi muda kini agar tidak ketinggalan dalam

merealisasikan 'a$asan 2020 negara Sains merangkumi integrasi antara pengetahuan, kemahiran, sikap sainti&ik dan nilai murni yang membolehkan kita memahami alam sekeliling (a

mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah (lmu pngetahuan diperoleh daripada situasi yang berlaku di sekeliling melalui strategi dan kemahiran ber&ikir dan inkuiri serta menyiasat secara sainti&ik !usteru,

pendidikan Sains yang diperkenalkan bermula diperingkat a$al pendidikan bagi melatih pelajar untuk mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berlandaskan sikap sainti&ik yang sentiasa ingin tahu dan mencari ja$apannya, manakala nilai murni adalah untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian Selain itu, program penggalakkan sains di seluruh negara bermatlamat melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersi&at ikram, dinamik, progresi&, bertanggungja$ab terhadap alam sekeliling dan mengagumi

penciptaan alam tanpa menolak konsep ketuhanan atau nilai)nilai murni yang diterapkan 'alaupun para pendidik giat berusaha untuk memperkembangkan potensi para pelajar secara menyeluruh, namun kekangan yang dihadapi seperti tekanan menghasilkan keputusan akademik yang baik, kekurangan &asiliti dan kepakaran perguruan, telah menghindarkan para pelajar daripada menunjukkan dan mencapai potensi yang sepenuhnya Selaras dengan itu, maka kami ingin me$ujudkan peluang kepada para pelajar dengan memupuk dan meningkatkan keupayaan dalam penguasaan bidang sains serta merealisasikan potensi pelajar ke tahap yang lebih cemerlang

Secara tidak langsung, aktiviti yang bakal dijalankan ini, dapat melatih para pelajar tentang betapa perkara yang ingin diterapkan oleh Kementerian Pendidikan *alaysia seperti+ 1 *engenal pasti dan memperolehi pengetahuan tentang konsep, prinsip, hukum dan teori sains serta menggunakannya untuk memahami &enomena alam 2 Penerapan ke&ahaman tentang aplikasi sains dalam bidang teknologi dan kehidupan seharian 3 *enguasai kemahiran ber&ikir dan kemahiran sainti&ik dan

mengamalkan sikap sainti&ik dan nilai murni , *enyedari baha$a penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasakan kemampuan akal untuk memahami &enomena alam ke arah mencapai kesejateraan hidup manusia sejagat

3.0

OBJEKTIF Sains ini dianjurkan bertujuan untuk memperkaya dan

Pameran

memperkembangkan minda para pelajar agar tidak merasakan baha$a mata pelajaran sains adalah membosankan, membebankan dan menakutkan mereka Perkara sebegini sering terjadi mungkin disebabkan oleh kurang penghayatan dan minat dalam pembelajaran sains Sehubungan dengan itu, aktiviti ini diadakan dengan objekti& yang menjurus kepada+

1 *emupuk minat pelajar mempelajari ilmu sains dan memperkembangkan si&at ingin tahu pelajar terhadap alam sekitar 2 *emberi ke&ahaman tentang Konsep sains 3 *engasah minda pelajar agar ber&ikir secara kreati&, kritikal, sistematik, mantik dan rasional , *enghargai dan menikmati keindahan alam sains serta mengorak langkah ke arh kecemerlangan - *emberi panduan dan arah tuju kerjaya pelajar

.0

ANJURAN

Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Sungai Burong

!.0

TEMA

.*eneroka Keajaiban /unia Sains0

6.0

AHLI JA"ATANKUASA INDUK

Senarai lengkap ahli ja$atankuasa induk dan senarai tugasan di dalam LAMPIRAN A1 dan A2

#.0

TARIKH $ TEMPAT + SK Sungai Burong + 1 #ovember 2013

"empat "arikh Berlangsung

%.0

KUMPULAN SASARAN DAN PENGLIBATAN

Kumpulan yang terlibat adalah semua pelajar SK Sungai Burong iaitu seramai 123 orang murid

&.0

TENTATIF PROGRAM

!adual perjalanan program adalah seperti yang disertakan dalam LAMPIRAN B

10.0

ASAS PERTIMBANGAN DAN FAEDAH Pameran Sains ini diadakan adalah berdasarkan kepada kepentingannya

untuk memupuk kesedaran dan minat pelajar terhadap ilmu sains Kesungguhan dan semangat yang dipamerkan oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dalam mempelajari dan mendalami ilmu sains telah menjadi batu asas kepada pelaksanaan Pameran Sains ini /engan adanya tenaga pelaksana yang mantap, Pameran Sains ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya 3aedah yang diperoleh daripada program ini bukan sahaja kepada peningkatan minat dan kesedaran peserta tentang kepentingan ilmu sains (a juga secara tidak langsung mendedahkan kepada cikgu)cikgu sains Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dengan tanggungja$ab dan peranan yang dapat mereka sumbangkan kepada masyarakat amnya

12.0

HASIL 'ANG DIJANGKAKAN Selepas mengikuti aktiviti yang dirancangkan dalam Pameran Sains ini,

para pelajar dijangka akan lebih berminat dan mahir dalam penguasaan ilmu sains Selain itu, mereka akan berkecederungan untuk ber&ikir secara kreati& dan kritis apabila berhadapan dengan masalah yang berunsur sains, mahupun

dengan masalah)masalah rutin harian %leh kerana program ini melibatkan aktiviti yang bercirikan aplikasi, para pelajar juga dijangka akan lebih menghayati keindahan alam sains dan seterusnya mengorak langkah ke arah

kecemerlangan

13.0

PENUTUP Kami berharap penganjuran program seumpama ini akan dapat

meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains *elalui program ini juga, kami berharap pelajar akan tahu mengaplikasikan ilmu dan sikap sainti&ik dalam kehidupan seharian Projek ini merupakan salah satu langkah positi& dalam memupuk minat para pelajar terhadap ilmu sains Pamera ini sedikit sebanyak dapat memberi ke&ahaman kepada para pelajar terhadap pentingnya mata pelajaran sains dalam alam persekitaran kita /engan aktiviti yang banyak menggunakan konsep aplikasi dan gunaan, para pelajar mampu untuk ber&ikir dan mengasah minda mereka tentang mengapa sesuatu perkara itu berlaku dan

apakah sebab)sebabnya Secara tidak langsung, ini akan mendorong para pelajar supaya ber&ikir lebih matang dan kreati& Kami mempunyai keyakinan baha$a aktiviti)aktiviti yang dijalankan mampu menarik minat pelajar terhadap bidang sains dan para pelajar ini kelak akan menjadi pemangkin kepada perubahan sikap rakan)rakan mereka yang lain sekembalinya mereka ke sekolah Seharusnya usaha seperti ini mesti dilakukan secara berterusan agar sumber tenaga manusia mahir dalam bidang sains dan teknologi khususnya dibekalkan dengan mencukupi 4khirnya dapa membantu negara menjadi

sebuah negara yang maju dan dapat bersaing di arena antarabangsa

Disediakan oleh: ______________ Norliza Ismail Setiausaha Pameran Sains

Disahkan oleh: _______________ Nur Safura Azmi Pen erusi Pameran Sains

Anda mungkin juga menyukai