Anda di halaman 1dari 4

Esei/ Huraian Rancangan Pengajaran Harian

Refleksi Keseluruhan

Refleksi Keseluruhan

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas nabi junjungan Rasulallah s.a.w. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat juga tugasan ini dilengkapkan. Semoga tugasan yang dilaksanakan ini menepati kehendak atau garis panduan yang telah ditetapkan. Selautan kasih saya hamparkan buat bonda tercinta, Puan Anis Salwa Binti Ahmed @ Adnan selaku pensyarah bagi subjek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar kerana beliau banyak menyampaikan ilmu dan panduan untuk melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya jasamu tetap anakanda kenang bonda. Tugasan ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar yang memerlukan saya melengkapkan folio atau fail pembelajaran dengan

melaksanakan tugasan-tugasan ISL yang diberikan bagi setiap minggu. Selain itu juga, saya turut membuat rumusan bagi setiap tajuk kuliah yang telah dijalankan bersertakan artikel-artikel yang mengikut tajuk-tajuk bagi setiap minggu. Tidak dapat dinafikan bahawa saya turut menghadapai kekangan masa dimana memerlukan pembahagian masa untuk melaksanakan atau melengkapkan tugasantugasan yang lain pula. Dengan lambakan tugasan dan faktor kesibukan masa telah memberikan kesan terhadap kesihatan diri saya sendiri. Saya turut membahagikan masa dengan seimbang supaya semua tugasan dapat dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan. Namun, dengan tekanan dan masalah kesihatan ini tidak sesekali membantutkan semangat saya dalam melaksanakannya dalam apa jua keadaan sekali pun. Hal ini kerana saya sedar bahawa saya sedang dilatih untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan dalam menghadapi sesuatu situasi atau sesuatu pengurusan.

Dengan pemikiran positif dan rasional, saya turut membuat kolaborasi atau perbincangan dengan beberapa orang rakan sekuliah saya. Dengan komitmen yang diberikan oleh mereka, maka percambahan idea dan proses menghuraikan masalah bagi sesuatu isu sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini dapat dirungkaikan dan berjaya mendapat kata sepakat. Sebagaimana tugasan ini telah dilengkapkan, saya turut merasai kepuasan dalam menghasilkannya. Semoga apa yang telah saya laksanakan ini dapat memberikan faedah dan manfaat yang berguna buat saya suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai