Anda di halaman 1dari 5

AMALIAH BINTI AZIZ

910123115450

REFLEKSI

Sepanjang saya belajar dan menghasilkan tugasan mengenai subjek EDU 3107, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini banyak memberi pendedahan tentang kepentingan kemahiran asas bimbingan dan kaunseling kanak-kanak di mana ia amat sesuai ditubuhkan di sekolah untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dan sebagainya. Bimbingan dan kaunseling ini telah bermula dalam tahun 1960-an lagi apabila konsep Guru Panduan Kerjaya diperkenalkan ke dalam sistem persekolahan Malaysia.

Melalui sepanjang pembelajaran saya dalam subjek ini, saya dapat juga mengenal seseorang kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran melalui ciri-ciri seperti tingkah laku yang tidak bersesuaian untuk keadaan tertentu, perbezaan angin atau perasaan hati (mood) yang amat jauh variasinya, kemahiran organisasi yang ketara lemah atau tidak wujud langsung, kegagalan untuk melihat kesan kepada tindaktanduknya, kekok mengguna peralatan seperti gunting atau pensel, mudah

terganggu/beralih perhatian, hiperaktif, masalah koordinasi persepsi, gemar mengikut gerak hati, sukar menerima kegagalan atau kekecewaan, masalah koordinasi persepsi, gemar mengikut gerak hati, sukar menerima kegagalan atau kekecewaan, sukar untuk membuat pentakulan, harga diri yang rendah, bermasalah dalam hubungan social, menghadapi masalah dalam satu atau lebih bidang akademik, sukar untuk memulakan atau menyelesaikan tugasan, prestasi ujian yang sukar diramal, kekurangan dalam ingatan aural sequential, dan kesukaran memproses perkara yang didengari.

Justeru, penyelesaian masalah mereka ini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana unit ini boleh memberi pelbagai perkhidmatan kepada mereka seperti memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran selain mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

AMALIAH BINTI AZIZ

910123115450

Sedikit yang saya kaji, terdapat beberapa pandangan tentang sifat atau ciri-ciri untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berjaya dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan aspek bimbingan dan kaunseling dalam perspektif Islam, sifatsifat guru bimbingan dan kaunseling adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah, jujur dan ikhlas, benar, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak, percakapan dan interaksi, toleransi, murah hati dan dermawan, merendah diri, tidak munafik, sentiasa ingin membantu, menepati janji, berilmu serta terlatih dan sesuai (Aziz Salleh, 1994). Dalam usaha menolong atau memberikan bimbingan kepada murid-murid, sifat yang perlu ada kepada pembimbing digariskan dalam Islam melalui kitab suci Al-Quran, Surah at-Taubah : 71 :Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman, di antara mereka menjadi pemimpin kepada yang lain, mereka menyuruh mengerjakan yang baik dan melarang daripada mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang.Gambaran sifat mulia yang perlu ada sebagai pembimbing Islam diperjelaskan lagi melalui Surah al-Imran : 104 :Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang berbuat perkara yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya ( bahagia).

Seperti yang diketahui umum, perkembangan sahsiah kanak-kanak khas memerlukan bimbingan yang lebih berbanding golongan kanak-kanak normal. Dengan keadaan fizikal atau mental mereka, menyebabkab mereka sering menghadapi masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Sebagai bakal guru pada masa hadapan, saya perlu membawa perubahan positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka seadanya dan membentuk perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh dirancang dan dijalankan oleh seorang kaunselor atau pembimbing atau untuk mengatasi masalah ini. Personaliti individu adalah dinamik, yakni sikap seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut kehendak dan keperluannya. Kaunselor atau guru melalui proses

kaunselingnya, boleh mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program perubahan tingkah laku ini amat berguna kepada program pendidikan khas.

AMALIAH BINTI AZIZ

910123115450

Oleh

kerana

keadaan

dan

kemampuan

semula

jadi

murid-murid

itu

menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelbagai perkara, proses mempercepatkan perubahan sikap ini sangat banyak membantu pertumbuhan mereka terutama sekali dalam proses pembelajaran. Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk perbualan, sama ada melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal. Kaunselor atau guru akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu melalui keperluan dan kehendaknya. Kaunselor atau guru boleh membantu

menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid dari segi jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu menghadapi masalah penyesuaian peringkat awal di sekolah, murid itu boleh dirujuk kepada kaunselor atau guru untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya supaya dia boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru. Kaunselor atau guru juga boleh memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong murid-murid menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain, untuk penyelesaian masalah jangka panjang.

Oleh yang demikian, saya dapat mempelajari kemahiran baharu yang diperolehi membantu kanak-kanak yang bermasalah iaitu dengan cara membantu kanak-kanak membuat perubahan tingkah laku. Kaunselor atau guru akan berusaha untuk membantu murid-murid mengubah tingkah laku daripada tingkah laku yang tidak diingini (negatif) kepada tingkah laku yang positif iaitu kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Dalam Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia (1993), telah menetapkan bidang agama dan moral dengan tugas perkembangannya mengandungi nilai-nilai, seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat Pelaksanaan penyerapan amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah selari dengan konsep nilai merentasi kurikulum, kurikulum tersembunyi, penyerapan nilai Islam dan penyerapan nilai murni. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2: yang bermaksud Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa

AMALIAH BINTI AZIZ

910123115450

dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Justeru kaunselor membantu kliennya untuk menyerap nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka, seperti menghormati ibu bapa dan bercakap benar.

Selain itu, dengan meningkatkan mutu perhubungan sosial sangat penting kepada semua orang termasuklah murid-murid bermasalah pembelajaran ini. Bagi seseorang kanak-kanak yang kurang upaya, perhubungan dengan ibu bapa mereka adalah sangat penting. Jika hubungan mereka mesra dengan ahli keluarga, peningkatan nilai kehidupan lebih meningkat. Hubungan kekeluargaan merupakan titik asas kepada hubungan-hubungan lain yang dilaluinya dalam komunitinya kelak. Dalam sesi kaunseling, kaunselor akan membantunya menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebayanya melalui kaunseling kelompok. Mereka juga akan diajar teknikteknik berkomunikasi dan memberi ruang untuk mereka berinteraksi dengan orang lain termasuklah berinteraksi dengan ahli keluarga.

Pengurusan diri untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih berfokus kepada kemahiran dan adap seperti adap makan, kebersihan diri dan pakaian. Bimbingan dan kaunseling akan mengajar kanak-kanak ini menggunakan pelbagai kemahiran untuk membantu mereka mengurus diri seperti bagaimana untuk kelihatan cantik dan bersih, bagaimana menggunakan tandas dengan cara yang betul dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan. Kaunselor hanya membantu sedaya upaya, tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranannya di rumah. Sesungguhnya ilmu dan kemahiran itu tidak tertumpu di sekolah sahaja. Tanggungjawab ini juga perlu dipikul oleh keluarga murid tersebut.

Membuat keputusan yang rasional adalah amat rumit apatah lagi oleh kanakkanak ini, justeru kaunselor atau guru sekolah akan membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Kaunselor atau guru akan melatih kanak-kanak ini secara langsung dan tidak langsung dan membantu mereka membuat keputusan dengan cara berlemah lembut dan berhikmah. Hal ini selaras dengan kenyataan dalam Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling: Kaunselor di sekolah dapat

AMALIAH BINTI AZIZ

910123115450

membantu para pelajar dengan cara memberikan proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar-pelajar dibimbing untuk memperoleh pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan memberi pengetahuan dan kesepaduan psikososial pelajar-pelajar, kerana pelajar bukanlah manusia kognitif semata-mata sebaliknya mereka mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993). Kaunselor akan membantu kanak-kanak ini meningkatkan kematangan fikiran mereka dengan bijak.

Ada di antara kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini

yang mempunyai

akademik yang membanggakan seperti murid pintar cerdas, tetapi ramai di antara mereka yang telah menunjukkan prestasi akademik yang sangat lemah, seperti kanakkanak Autisme dan Down Sindrom. Mereka yang lemah inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar dapat memperkembangkan potensi diri. Jika mereka ini dibiarkan begitu sahaja tanpa motivasi, mereka akan terus lemah dan patah semangat untuk meneruskan kehidupan mereka. Justeru dengan penuh berhemah, kaunselorlah yang akan memainkan peranan penting dalam memotivasikan kanak-kanak ini.

Secara ringkasnya, untuk menjadi seorang guru kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu

mengaplikasikan ke atas murid pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia

mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan murid menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap guru kaunselor.

Anda mungkin juga menyukai