Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SK DESA MURNI TAHUN 2014 Bismillah..Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang berusaha En Zakaria bin Haii Ahmad , Guru Besar SK Desa Murni, Encik Nordin bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Encik Nazri bin Khalid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Muhammad bin Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru seterusnya anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatNya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di tapak perhimpunan yang tersergam indah ini bagi meraikan Majlis Pelancaran Program Nilam bagi sesi 2014. Bagi memberkati majlis pada pagi ini, didahului dengan bacaan Doa Pembuka Tirai. majlis menjemput saudara _________________________ naik ke pentas untuk untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas pimpinan doa sebentar tadi Majlis akan diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Pulau Pinang dan seterusnya Lagu Sekolah yang akan dilagukan bersama-sama. Semua murid diharap dapat menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat. Dijemput saudara/i _______________________ tampil ke pentas untuk memimpin nyanyian. Dipersilakan. Terima kasih kepada _____________________ Dijemput pula saudara/i ________________________ naik ke pentas untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan guru bertugas pada minggu lepas. Dijemput ______________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih kepada ___________________ atas ucapan sebentar tadi. Masa yang ditunggu sudah pun tiba. Majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Zakaria bin Haji Ahmad, Guru Besar SK Desa Murni untuk menyampaikan ucapan perasmian sekaligus gimik pelancaran Program Nilam bagi sesi 2014. Alhamdulillah, majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas perasmian sebentar tadi. Sebelum majlis melabuhkan tirai, kita akan disajikan dengan satu persembahan nyanyian koir bertema NILAM. Majlis mempersilakan Terima kasih diucapkan di atas persembahan yang menarik sebentar tadi Dengan berakhirnya persembahan nyanyian koir itu tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran Program Nilam SK Desa Murni bagi sesi 2014. Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan. Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan. Mekar sejambak bunga gubahan, Jatuh sekuntum di atas peti, Membaca itu suruhan Tuhan, Al-alaq diturun menjadi bukti. Sekian, Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai