Anda di halaman 1dari 1

Kebakaran Rumah Jiran Pada suatu petang, saya, Amirul, Aqil, dan Naiman sedang bermain bola sepak

di padang. Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan bergegas ke tempat kejadian. Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Ammar telah terbakar. Salah seorang dari kami telah berlari kearah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat. Semantara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Ammar. Ketika itu Ammar dalam keadaan panik dan bersedih. Afiq cuba menenangkan Ammar dan berharap agar dia dapat bersabar. Sejurus, kemudian pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Ammar tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar. Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat diamalkan dalam kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditujukan kepada saya dan rakan-rakan. Keluarga Ammar telah menginap semantara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga Ammar seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.

Anda mungkin juga menyukai