Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tahun Masa Jumlah Pelajar Bidang Aktiviti Tema Tajuk Media

: 2 Bijak : 08.30 09.30 am (60 minit) : 30 orang : Membuat Corak dan Rekaan : Lipatan dan Guntingan : Objek Buatan Manusia : Hiasan Dinding : Alat Gunting dan pensel Bahan Kertas lukisan, kertas warna dan gam

Bahan Bantu Mengajar

: Contoh-contoh hasil karya yang telah siap

STANDARD KANDUNGAN 1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Murid dapat menyatakan unsur jalinan dan rupa, warna, prinsip keseimbangan dan penegasan pada corak teknik lipatan dan guntingan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa organik atau geometri 2.1.1.2 Warna primer (kuning, biru dan merah) 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni perulangan motif 2.1.2.2 Imbangan simetri 2.1.2.3 Kontra - primier 2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak menggunakan teknik guntingan dan lipatan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alatan gunting dan pensel 2.2.1.2 Bahan gam, kertas lukisan dan kertas warna

2.2.2

Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik guntingan dan lipatan

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta kemahiran teknik dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

2.3.1 2.3.2 2.3.3

Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif Mengaplikasikan proses dan teknik guntingan dan lipatan dalam penghasilan corak terancang. Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni dalam penghasilan karya.

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan sendiri 2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Mencorak dengan menggunakan elemen Asas Seni Reka seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang melalui penerokaan. 2. Menghasilkan corak untuk dijadikan satu rekaan berfungsi seperti hiasan dinding Kemahiran 5P:

1. Penyerapan Nilai Murni Nilai Kebersihan Diri

2. Pengkayaan Penghasilan hasil karya yang lebih mencabar.

Teori Pembelajaran: 1. Behaviorisme penggunaan pujian dan rangsangan kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran 2. Konstruktivisme memastikan murid-murid bekerja dalam kumpulan dan guru sebagai fasilitator sahaja Pendekatan: Proses dan produk memastikan murid-murid memahami proses penghasilan sebelum menghsilkan produk Strategi Pembelajaran: Kajian Masa Depan memastikan murid-murid dapat berfikiran kearah lebih futuristik Kaedah Pembelajaran: Individu dan kumpulan guru memastikan murid-murid membuat kerja secara individu dan berkumpulan Teknik Pembelajaran: 1. Beri arahan guru memberi arahan yang jelas semasa mengajar murid-murid 2. Tunjuk cara - guru menunjukkan cara penghasilan karya yang betul 3. Kawalan kelas guru memastikan keadaan kelas terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku 4. Penerangan menggunakan contoh guru memberikan suatu penerangan menggunakan contoh kepada murid-murid

Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

BBM

Catatan

Set Induksi (3 minit)

Soal jawab, perbincangan dan bercerita

1. Guru menunjukkan klip video mengenai hiasanhiasan yang terdapat pada

1. Komputer riba dan LCD

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Soalan: Apakah jenis hiasan dinding yang terdapat di rumah anda?

sebuah rumah. 2. Murid diminta untuk memperhatikan hiasanhiasan yang terdapat pada

Jangkaan jawapan: 1. Lukisan gambar 2. Gambar keluarga Tajuk pelajaran: Membuat hiasan dinding menggunakan teknik lipatan dan guntingan

dinding rumah dalam klip video tersebut. 3. Guru bertanyakan kepada murid-murid tentang hiasan dinding yang terdapat di rumah masing-masing. 4. Murid-murid bercerita tentang hiasan dinding di rumah masing-masing. 5. Guru mengaitkan hiasan dinding dengan isi pembelajaran.

Langkah 1 (6 minit)

Pengenalan Lipatan dan Guntingan:

Pengenalan: 1. Guru menyatakan definisi lipatan dan guntingan

Contoh hasil karya- lipatan dan guntingan

Definisi lipatan dan guntingan: Aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut corak yang dikendaki

2. Guru menunjukkan contohcontoh corak teknik lipatan dan guntingan.

Persepsi Estetik: 1. Murid menyebut dan

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang

menyatakan tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti jalinan, warna, imbangan, kontra dan harmoni yang terdapat pada hasil karya menggunakan teknik lipatan dan guntingan

Langkah 2 (5 minit)

Pewujudan Konsep

1. Guru memperkenalkan media yang akan digunakan dalam teknik lipatan dan guntingan. 2. Guru menunjukkan teknik melipat dan menggunting

Alat : Gunting dan pensel

Bahan : Kertas lukisan, kertas warna dan gam

kertas untuk menghasilkan corak.

Langkah 3 (8 minit)

Tunjuk Cara

1. Guru membahagikan alat dan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan karya kepada murid-murid. 2. Guru menunjukkan cara menampal corak kertas warna pada kertas lukisan. 3. Murid-murid akan membuat aktiviti ini dengan bimbingan guru.

Alat : Gunting dan pensel

Bahan : Kertas lukisan, kertas warna dan gam

Langkah 4 (30 minit)

Penghasilan karya

1. Murid memulakan proses penghasilan karya dengan melipat dan melakar motif pada kertas warna. 2. Murid menggunting mengikut lakaran motif. 3. Guru memantau murid dalam proses penghasilan karya.

Alat : Gunting dan pensel

Bahan : Kertas lukisan, kertas warna dan gam

1. Murid menampal corak kertas warna pada kertas lukisan. Langkah 5 (5 minit) Apresiasi Seni 1. Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan. 2. Murid menyatakan hasil corak lipatan dan guntingan boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain seperti kad ucapan, penanda buku dan hiasan bekas pensel. Penutup (3 minit) Rumusan : Isi Pelajaran Teknik lipatan dan guntingan Kerjasama dan kekemasan Kreativiti Kognitif: 1. Murid merumuskan aktiviti yang berkaitan dengan teknik lipatan dan guntingan. Sosial: 2. Murid menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti. Hasil karya murid

Anda mungkin juga menyukai