Anda di halaman 1dari 36

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: CHE RASYIDAH CHE ZAKARIA. MUHAMMAD NAIMUDDIN MAHADI. WAN NR AKMAL WAN ARIS.

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM 1. PENGERTIAN TAMADUN ISLAM 2. PRINSIP TAMADUN ISLAM 3. SUMBER TAMADUN ISLAM 4. MATLAMAT TAMADUN ISLAM

PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

Tamadun berasal daripada perkataan arab iaitu maddana yang bermaksud memodenkan sesuatu. Perkataan yang sama erti dengan tamadun iaitu 1. Hadharah- yang bermaksud peradaban 2. Umran-kemajuan 3. Thaqafah-kebudayaan

PRINSIP TAMADUN ISLAM

PRINSIP TAMADUN ISLAM


1. MEMELIHARA JIWA DAN NYAWA 2. MEMELIHARA AKAL FIKIRAN 3. MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN 4. MEMELIHARA HARTA BENDA 5. MEMELIHARA HAK DAN KEBEBASAN

MEMELIHARA JIWA DAN NYAWA


Dalam Islam nyawa merupakan anugerah Allah Taala yang paling beharga kepada manusia Sehubungan itu tamadun islam telah mengutamakan pemeliharaan jiwa dan nyawa sebagai dasarnya Allah taala menetapkan supaya setiap orang memelihara nyawa diri sendiri dan orang lain.

MEMELIHARA AKAL FIKIRAN


Akal merupakan organ dan anugerah yang paling beharga yang diberikan oleh Allah. Akal adalah organ yang menaik taraf manusia menjadi semulia-mulia makhluk dan akal juga yang menjadikan manusia sehina-hina makhluk diatas muka bumi

MEMELIHARA MARUAH DAN KETURUNAN


Manusia merupakan makhluk yang paling mulia di muka bumi. Manusia dilantik menjadi sebagai khalifah di dunia ini. Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada manusia adalah kerana wujudnya kombinasi keseluruhan kejadiannya yang unik iaitu: 1. Jasad 2. Akal 3. Istiqamah Yang membolehkan manusia menjadi khalifah di dunia.

Islam telah menegahkan umatnya melakukan persetubuhan tanpa ikatan yang sah. Banyak ayat al-quran dan hadis nabi muhammad s.a.w yang menyentuh larangan tersebut Dan janganlah kamu dekati zina, sesungguhnya
perzinaan itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang salah. (Al-Isra:ayat 23) Perbuatan-perbuatan yang boleh berlakunya penzinaan seperti pergaulan bebas juga diharamkan.

Perbuatan zina diharamkan dalam islam kerana:

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

menasabkan keturunan merosakkan keturunan menghancurkan rumah tangga meretakkan perhubungan masalah sosial menyebarkan penyakit-penyakit kelamin Kejahatan nafsu Merosot akhlak

MEMELIHARA HARTA BENDA


Islam menggalakkan seseorang itu mengumpul sebanyak mana harta kekayaan dengan cara yang dihalalkan oleh syariat,syarak islam. Islam juga mengingatkan manusia supaya tidak taksub dengan kekayaan yang diperoleh dan sanggup mengaku sebagai tuhan seperti Qarun dan Firaun.

Islam menganggap harta kekayaan serta anak-anak sebagai dugaan dan percubaan daripada Allah kepada manusia. Harta kekayaan dan anak-anak merupakan amanah dan tanggungjawab oleh Allah kepada manusia di muka bumi.
Harta benda dan anak-anakmu hanyalah menjadi ujian. Dan di sisi Allah ada pahala yang besar.

MEMELIHARA HAK DAN KEBEBASAN


Islam telah memberikan kebebasan dan hak kepada manusia untuk melakukan sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Terdapat dua kategori hak dan kebebasan yang diberikan oleh manusia iaitu: 1. Hak Allah 2. Hak dan kebebasan dunia

Islam memberi kebebasan sebagai hak asasi manusia. Kebebasan tersebut ialah:
1. 2. 3. 4. Kebebasan bergerak Kebebasan bersuara Kebebasan berpesatuan Kebebasan beragama

SUMBER TAMADUN ISLAM

Terdapat dua sumber (dalil naqli)dalam tamadun islam iaitu: 1. Wahyu 2. Akal fikiran

WAHYU
Wahyu yang diturunkan kepada nabi muhammad merupakan sumberyang utama terbentuknya tamadun islam. Setiap tamadun yang berlaku memerlukan ilmu pengetahuan,kemahiran dan pengubahsuaian sikap. Wahyu yang pertama dengan jelas telah menyarankan agar manusia berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf, mencari dan meningkatkan pengetahuan di kalangan umatnya.

Ayat-ayat al-quran merupakan pendorong yang kuat ke arah pembentukan sikap bagi mencari ilmu pengetahuandan menghasilkan tamadun islam Dengan berpandukan al-quran, seseorang dapat menghasilkan individu yang yakin terhadap betapa kuatnya gesaan dari Allah Taala agar manusia itu berilmu pengetahuan, berfikir dan mencipta tamadun yang berasaskan kepada akidah syariah dan akhlak.

Al-quran telah mewajibkan umat islam menuntut ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Kewajipan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah sendiri untuk menjadi contoh dan tauladan. Wahyu juga merupakan penggerak atau mungkin yang paling utama dan berkesan bagi membimbing manusia supaya keluar dari kegelapan menuju ke arah yang lebih baik.

AKAL FIKIRAN
Akal fikiran merupakan sumber kedua yang terpenting dalam pembentukan tamadun islam. Ilmu pengetahuan yang dikuasai melalui akal fikiran dapat membentuk melahirkan sesuatu perkara yang baru dan menghasilkan tamadun. Peranan akal fikiran adalah untuk mencari kebenaran dan membentuk suatu perubahan pada tamadun

PENEMUAN DAN PENCIPTAAN BARU

PENEMUAN DAN PENCIPTAAN BARU.


1. 2. 3. 4. 5. KEDOKTORAN BIOLOGI KIMIA DAN FIZIK TEKNOLOGI GEOGRAFI ILMU FALAK ATAU ASTRONOMI

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

MATLAMAT TAMADUN ISLAM


1. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA 2. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA 3. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEJAGAT.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PENCIPTANYA (ALLAH)


Dikenali juga sebagai Hablumminallah hubungan manusia dengan pencipta meliputi fizikal dan metafizika, kebendaan dan kerohanian Manusia berada di dala kudrat dan iradat Allah,segala kebaikan dan keburukan yang diamalkan oleh manusia semuanya kehendak atau qadak dan qadar Allah.

Hubungan manusia dengan Allah tidak musnah, berkekalan dan berterusan dari alam baka sehingga akhirat dan tiada kesudahannya. Hubungan manusia dengan Allah sama sekali tidak sama seperti hubungan manusia dengan manusia. Hubungan dengan Allah wujud dalam bentuk pengabdian, penghambaan,penyembahan dan pengakuan hanya kepada Allah sahaja yang wajib disembah.

CARA UNTUK MENGENAL ALLAH


1. RUKUN ISLAM 2. RUKUN IMAN 3. RUKUN IHSAN

Hubungan manusia dengan Allah tidak musnah, berkekalan dan berterusan dari alam baka sehingga akhirat dan tiada kesudahannya. Hubungan manusia dengan Allah sama sekali tidak sama seperti hubungan manusia dengan manusia. Hubungan dengan Allah wujud dalam bentuk pengabdian, penghambaan,penyembahan dan pengakuan hanya kepada Allah sahaja yang wajib disembah.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA


Dikenali sebagai Hablumminannas. Muammalah islam dalam perlaksanaannya melahirkan sistem sosio-budaya dan ekonomi politik masyarakat. Kedua-dua aspek iaitu ibadat dan muamalah tidak dapat dipisahkan.

Hubungan muslim dengan muslim adalah berlandaskan pada persaudaraan seagama yang sama-sama memperhambakankan diri kepada Allah dengan penuh ketakwaan. Matlamat hubungan manusia sesama muslim ialah untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan yang mencakupi dunia dan akhirat

Hubungan muslim dengan bukan musim juga berlandaskan ketakwaan dengan erti kata lain tidak wujudnya penindasan, kezaliman, penipuan dan diskriminasi yang berteraskan pada kaum, warna kulit,politik, akidah dan adat resam. Matlamat hubungan yang wujud adalah untuk menjuruskan kepada satu arah iaitu keamanan sejagat.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEJAGAT


Allah mencipta manusia dengan alam sejagat. Manusia dan alam sejagat mempunyai hubungan yang erat dalam bentuk pengguna (manusia) dengan bahan penggunaan (alam sejagat) Alam sejagat terdiri daripada benda bernyawa dan tidak bernyawa seperti binatang, jin, bukit bukau, gunung, sungai dan sebagainya.

Allah mencipta binatang untuk kegunaan dan kepentingan manusia namun penggunaan manusia terhadap binatang terikat dengan eribadatan kepada Allah Manusia tidak boleh melakukan sesuka hati dengan alasan binatang dijadikan kegunaan mereka

Di dalam al-quran juga menyeru manusia untuk memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, perubahan cuaca dan iklim, tentang angin, matahari, bulan dan cakerawala dengan bintang-bintangnya. Al-quran juga menyuruh manusia berfikir tentang rahsia hidup dan mati, pertumbuhan dan keruntuhan manusia dan jenis bangsa dan sebagainya.

SEKIAN TERIMA KASIH (^_^)

Anda mungkin juga menyukai