Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 KONSEP PERGERAKAN ASAS

Asas Pergerakan Ia merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas. Konsep pergerakan merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu mengadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yang spesifik. Ini termasuk: a) Kesedaran tubuh badan: Apa yang boleh dilakukan oleh tubuh badan? b) Kesedaran ruang: Di manakah badan bergerak? c) Kualiti pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak? d) Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak? Objektif Kesedaran Tubuh Badan a) Mengenal pasti nama dan lokasi anggota badan b) Posisi dan bentuk badan c) Kesedaran pergerakan tubuh badan d) Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan e) Kesedaran ketegangan otot dan relaksasi Objektif Kesedaran Ruang a) Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain b) Bergerak dengan selamat dalam ruang am c) Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah d) Memahami pelbagai aras pergerakan e) Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek f) Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi Objektif Perhubungan a) Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan b) Bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain dan/atau dalam kumpulan. c) Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek.

Objektif Kualiti Pergerakan a) Imbangan: Memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan b) Masa: Membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangan kelajuan pergerakan c) Kuasa: Kebolehan mewujudkan dan modifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan. d) Aliran: Menggabungkan pergerakan dengan licin dan melakukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

Anda mungkin juga menyukai