Anda di halaman 1dari 5

1.

Mengambil mudah aspek persaingan Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana: sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

2. Kurang pengalaman Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.

3. Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

4. Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.

5. Kemahiran terhad Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai