Anda di halaman 1dari 23

Soalan Latihan RBT 3119

Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawanan

soalan 1
Bezakan diantara usahawan dan peniaga. Jelaskan kenapa peniaga bukannya seorang usahawan? Bil.
1.

Usahawan
Meneroka perniagaan yang berpotensi dan belum diterokai oleh orang lain. Skop aktivitinya luas. Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi untuk berkembang maju. Berkeinginan untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna selain memperoleh keuntungan. Berusaha untuk membuat pembaharuan kepada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Lebih cenderung untuk mewujudkan jaringan usahawan dan menggunakan jaringan usahawan untuk mendapat maklumat, mencari peluang dan menyelesaikan masalah. Mampu mencari peluang dan mengambil risiko secara berhemah dalam merebut peluang.

Peniaga
Lebih cenderung memilih perniagaan yang telah terbukti memberikan keuntungan. Skop aktivitinya sempit dan terhad. Skala operasinya kecil dan pengurusannya statik. Hanya mementingkan keuntungan sahaja.

2. 3.

4.

5.

Lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti jual beli tanpa mewujudkan pembaharuan.

6.

Lebih cenderung untuk menjalankan perniagaan secara bersendirian.

7.

Hanya memenuhi permintaan yang sedia terbukti.

Soalan 2
Apakah factor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal untuk mencapai matlamatnya.

Mengimpikan untuk menjadi sebagai seorang usahawan yang berjaya, bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha yang kuat dan kental untuk menghadapi dugaan dan ujian ketika menjalankan sesuatu perniagaan. Bukan itu sahaja, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dalam menguruskan sesuatu perniagaan yang jalankan. Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal dalam

perniagaannya adalah seperti berikut:1. Strategi Pemasaran Yang Tidak Berkesan Strategi pemasaran yang dilaksanakan tidak berkesan bagi menarik minat pelanggan dan tidak mampu mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan mudah tertarik dengan pesaing yang memiliki strategi pemasaran yang bagus dan berkualiti. 2. Tidak Berjaya Dalam Pengurusan Saluran Tunai Tiada catatan dan rekod transaksi simpanan wang yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan telus dan dikawal.

3. Khidmat Pelanggan Yang Tidak Mahir / Cekap Usahawan hanya memikirkan strategi untuk mendapatkan pelanggan tanpa memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Malah, untuk mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mencari pelanggan. Usahawan juga tidak memberi latihan kepada pekerja untuk menjadi khidmat pelanggan yang cekap dan betul. 4. Lokasi Perniagaan Yang Tidak Strategik Contoh lokasi yang tidak strategik seperti kedai perniagaan anda sukar untuk ditemui oleh pelanggan atau kedai anda berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat yang menyukarkan pelanggan untuk berhenti membeli barangan atau produk pakaian. 5. Usahawan Yang Tidak Berfikiran Jauh Usahawan yang memiliki permikiran ke belakang seperti tidak berfikiran global dan futuristik. Mereka tidak mengambil tahu mengenai perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan atau produk yang dijual tidak menepati ciri-ciri terkini dan menyukarkan pelanggan untuk meyakini produk tersebut. Ini menyebabkan permintaan agak berkurang. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa seperti menghadiri kursus atau seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan atau yang pakar dan membaca majalah serta laman web berkaitan keusahawanan. 6. Mengambil Ringan Mengenai Aspek Perniagaan Mereka beranggapan walaupun sudah lama bertapak dalam perniagaan, mereka tidak akan jatuh atau menghadapi sebarang kesulitan. Jadi, mereka mengambil ringan mengenai aspek perniagaan seperti tidak perlu berdaya saing, tiada idea kreatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan serta terlalu yakin dengan kelebihan diri yang sedia ada.

7. Kurang Modal Kewangan Syarikat Tidak merancang kewangan dengan teratur dan bersistematik. Malah, tidak memiliki modal yang mencukupi untuk berkembang dalam dunia perniagaan. Memberikan kata-kata manis kepada pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan tersebut. Perlu beringat, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik dan sempurna mampu membuatkan perniagaan anda semakin berkembang. 8. Kurang Pengalaman Usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa mempunyai pengalaman yang luas, tidak mahir atau tidak minat dalam dunia perniagaan. Kebiasaanya, usahawan yang bermula daripada bawah mudah berjaya dan kekal lama dalam perniagaan yang dijalankan kerana pengalaman yang dimilikinya. Malah, mereka juga tidak mudah mengalah dalam persaingan. 9. Suka Bertangguh Dokumen yang diuruskan sepatutnya disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan, tetapi disebabkan suka bertangguh, kerja menjadi semakin banyak dan bertimbun. Malah, memberi kesan perniagaan pada syarikat anda dan menyebabkan proses sesuatu kerja tergendala. 10. Rakan Kongsi Perniagaan Berpecah Perniagaan gagal dijalankan dengan baik kerana rakan kongsi yang pecah amanah, tidak sehaluan dan tidak bertanggungjawab

Soalan 3
Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan campuran pemasaran? Nyatakan mengapa seseorang perlu menyediakan rancangan pemasaran? Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk

menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali sebagai 4 P (product, price,place and promotion).

a) Produk Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan atau perkhidmatan. b) Harga Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk. c) Saluran Agihan Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau pengguna perniagaan. d) Promosi Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah promosi ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan persendirian.

KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN

a) Kepentingan kepada Individu


Pemenuhan Utiliti Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri. Kehidupan yang lebih baik Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat. Pengguna mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik. Ini menjadikan sesuatu produk dan perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga. Apabila wujud persaingan organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih produk yang dikeluarkan. Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat. Peluang

pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

b) Kepentingan kepada Organisasi


Mempercepatkan Proses Pertukaran Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan

meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.

Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang tidak sesuai kepada sasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang.

Peluang perniagaan dalam industri berkaitan Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran. Terdapat banyak peluang

kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.

Soalan 4
Jelaskan kenapa e dagang amat penting dalam dunia perniagaan pada masa kini? Kepentingan E-Dagang Dalam Dunia Perniagaan
i. Membekalkan lebih banyak maklumat kepada pelanggan dengan lebih tepat dan pantas. ii. Membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti, memadankan, serta membuat inovasi dalam produk. iii. iv. Cepat, mudah, selamat dan boleh dipercayai. Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain. v. Mesra pelanggan, iaitu kaedah pencarian produk yang lebih mudah, kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.

Soalan 5 Apakah kekuatan dan kelemahan dalam perniagaan secara e dagang. Kekuatan e dagang
1)Menggantikan konsep manual Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali clik di internet tanpa membuang masa dan tenaga. 2)Pemasaran yang luas Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di dunia perniagaan tanpa sempadan.

3)Mengikut peredaran teknologi semasa Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.

4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.

5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi) Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.

6)Cepat dan mudah Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

7)Mengurangkan kos Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan barangan tersebut.

8)Keuntungan yang optimum Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

9)Modal yang rendah Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan juga adalah rendah.

10)Waktu bekerja yang flaksibel Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan edagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja. Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.

11)Bekerja dimana-mana Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya, asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa selama 2 jam setiap hari, iaitu masa yang

diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan minyak kereta juga dapat dijimatkan.

12)Perniagaan Automatik Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di automasikan.

13)Menceburi lebih dari satu perniagaan Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

Kelemahan e dagang

Namun

begitu

terdapat

beberapa

kelemahan

dengan

sistem

urusniaga

menggunakan e-dagang. Seperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada sudut peniaga dan juga pelanggan. Kelemahan Dari Sudut Peniaga. Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui

penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan. Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas

Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang

bersamaan

jika

penerangan

tidak

jelas

kepada

pengguna.

Kelemahan Dari Sudut Pembeli. Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian. Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Seperti Diiklankan. Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

Soalan 6 : Nyatakan sumbangan dan peranan usahawan dan perniagaan kecil. a). Sumbangan dan Peranan usahawan.
1. Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup hasil daripada keuntungan yang diperolehi . 2. Membangunkan potensi diri dan ciri-ciri positif akibat daripada cabaran yang dihadapi. Ciri-ciri positif adalah seperti kreativiti, kegigihan, kemahiran, ketrampilan, berdikari, yakin diri dan tidak mudah berputus asa 3. Membangunkan kerohanian. Keusahawanan menyemai sifat sabar, syukur dan dermawan. 4. Keuntungan yang diperolehi melalui keusahawanan akan meningkatkan pendapatan sesebuah keluarga dan meningkatkan taraf hidup, seperti keselesaan, kesihatan dan pendidikan. 5. Memberi peluang pekerjaan dan mengelakkan pengangguran . 6. Meningkatkan status social. 7. Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.

8. Mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barang - hasil daripada peningkatan teknologi dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi usahawan. 9. Melahirkan masyarakat madani dengan menzahirkan nilai keusahawanan seperti bergotong royong, menepati janji, berjimat cermat bertanggungjawab, gigih berusaha dan jujur. 10. Pemangkin kepada pembangunan negara dengan membangunkan sumbersumber yang ada. 11. Meningkatkan pendapatan negara melalui hasil cukai seperti cukai jualan, duti eksport dan import, duti eksais dan sebagainya. 12. Mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Ini kerana keusahawanan membangunkan pelbagai industri yang mengurangkan kepada pergantungan barangan import 13. Penghasilan pelbagai jenis produk menghasilkan pendapatan kepada negara dari segi pertukaran wang asing, Contohnya industri pelancongan.

a). Sumbangan dan Peranan Perniagaan Kecil.


1. Perniagaan kecil memainkan peranan penting dalam pembangunan dan

perkembangan ekonomi negara.


2. Perniagaan kecil adalah industri penggerak utama dalam

mempelbagaikan aktiviti di sektor pembuatan.


3. Perniagaan kecil juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan

dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap.

4. Perniagaan kecil membuka banyak peluang pekerjaan. 5. Sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan

menjimatkan tukaran wang asing.


6. Mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik. 7. Membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan

tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan.
8. Membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

Soalan 7 : Jelaskan kekangan dan masalah yang dihadapi oleh peniaga kecil dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.
a). Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai kekangan yang lazimnya tidak dihadapi oleh perusahaan besar. Antara kekangan tersebut ialah: 1. Pendapatan tidak menentu. 2. Risiko terhadap modal yang dilaburkan. 3. Jangkamasa kerja yang panjang dan kerja. 4. Suasana hidup yang tidak teratur. 5. Tanggungjawab keseluruhan terhadap perniagaan. 6. Risiko minda dan psikologi. 7. Risiko sosial. b). Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai masalah yang lazimnya tidak dihadapi oleh perusahaan besar. Antara masalah tersebut ialah: 1. Masalah untuk mendapatkan modal.(kekurangan modal) 2. Masalah pemasaran. 3. Masalah produk yang tidak pelbagai dan berkualiti rendah. 4. Masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan. 5. Masalah kekurangan mesin dan peralatan. 6. Modal yang terhad. 7. Kepakaran pengurusan yang rendah. 8. Pengetahuan pasaran yang terhad. Cara mengatasi : 1. 2. 3. 4. 5. Mengetahui perniagaan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci. Berusaha menyediakan rancangan sendiri. Pastikan urusniaga direkodkan. Memahami pasaran dan tabiat pelanggan. Mengurus kerja dan pekerja dengan cekap.

6. Sektor kewangan dan perbankan yang mantap telah meningkatkan keupayaan pekilang-pekilang Malaysia, terutama Perniagaan Kecil untuk

mengembangkan operasi mereka dan mengeksport ke luar negara. 7. Selain kredit perniagaan biasa, banyak bank perdagangan dan institusi kewangan telah dilantik Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan bayaran geran kerajaan dan menyediakan kemudahan pembiayaan yang

diperuntukkan kepada Perniagaan Kecil.

8. Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi negara telah bertambah, kerajaan akan terus memberi sokongan untuk menguatkan lagi Perniagaan Kecil dengan memperkenalkan langkah-langkah baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi Perniagaan Kecil yang mampan. 9. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti ialah : 10. Memperbaiki sistem sokongan institusi. 11. Memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan. 12. Menaiktaraf kemahiran teknologi. 13. Mempertingkatkan akses pasaran. 14. Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak. 15. Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek. 16. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi kawasan penyertaan yang lebih besar. 17. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di dalam proses industri luar Bandar. 18. Memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.

Latihan tambahan. Soalan 1 : Ciri-ciri usahawan


1. Mengenalpasti peranan. 2. Mempunyai kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasional. 3. Bermotivasi.Kesediaan melakukan perubahan. 4. Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai produk atau

perkhidmatan yang hendak ditawarkan.

5. Mempunyai pengetahuan pasaran yang disasarkan. 6. Mempunyai pengetahuan mengenai persaingan. 7. Mengetahui maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran. 8. Mengetahui maklumat mengenai Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan. 9. Mempunyai pengetahuan mengenai kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi. 10. Sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. 11. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Soalan 2 : Strategi campuran pemasaran.


1. PRODUCT (PRODUK) 2. PRICE (HARGA) 3. PL ACE (TEMPAT) 4. PROMOTION (PROMOSI) 1.Produk 1.Barangan atau perkhidmatan. (Produk mudah beli dan istimewa) 2.Perlu memenuhi kehendak dan keperluan. 3.Keuntungan yang maksimum 4.Mempunyai kualiti, jenama,pembungkusan,jaminan dan khidmat sampingan. a.Kualiti Kualiti tinggi untuk menjamin pasaran kepada barangan tersebut. Memuaskan hati pembeli dan pengguna. b.Jenama

Penjenamaan membezakan antara satu produk dengan yang lain. c.Pembungkusan Pembungkusan mampu menarik minat pembeli, menjaga kualiti dan mutu. Gunakan plastik, kotak atau bekas plastik. d. Pelabelan. Tulisan yang mudah menerangkanproduk dan kandunganya. e.Jaminan dan khidmat sampingan Pembeli merasa terjamin apabila membeli produk yang dijual. Ada tempat untuk membuat aduan. 2.HARGA Harga ditentukan mengikut beberapa faktor: 1.Permintaan Permintaan tinggi harga barang boleh meningkat contoh kereta. 2.Kos Kos pengeluaran dan berapa keuntungan boleh menjadi faktor penentuan harga. 3.Berdasarkan jenama mengikut keadaan pasaran. 4.Perkhidmatan juga menentukan harga. 5.Keadaan ekonomi. 6.Lokasi perniagaan. 7.Syarat kredit dan diskaun pembelian.

3.TEMPAT Selesa dan strategik.Ciri-ciri: i) Jenis perniagaan - Menentukan tempat perniagaan - Perniagaan runcit. ii) Modal yang ada - Modal tinggi utk kedai di bandar. iii) Pesaingan dengan peniaga lain - Perlu mengkaji saiz pesaing, kelebihan dan kekurangannya. - Kalau lokasi banyak pesaing kena usaha cari pelanggan. iv) Jenis pelanggan -meliputi umur, jantina, pendapatan, tingkat perbelanjaan,kebudayaan dan agama. v) Kemudahan yang ada -Lengkap dengan kemudahan asas (tempat letak kereta).Mudah dikunjungi Suasana persekitaran .(kemudahan pengangkutan) vi) Undang-undang dan kawalan zon -undang-undang ditetapkan oleh majlis

kerajaan tempatan, dewan bandaraya dan majlis perbandaran 4.PROMOSI 1.Kaedah, cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang ramai. 2.Bertujuan utk mewujudkan, mengekalkan, menarik perhatian,menimbulkan minat,membangkitkan keinginan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk. Aktiviti terbahagi kepada 4:

i) Pengiklanan a) Iklan penerangan maklumat dan penerangan . Tidak mempengaruhi pembeli. Contoh Pameran dan Ekspo Sains di UM . b) Iklan memujuk maklumat dan penerangan terperinci. Memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli . Contoh Smart Shop. c) Iklan mengingat. memastikan pengguna terus menggunakan produk ini. Contoh: Ubat gigi, syampoo. ii) Jualan langsung. Jurujual datang ke rumah ataupun pejabat.Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual. Demonstrasi dilakukan untuk menyakinkan pengguna. Contoh .. iii) Promosi jualan menambahkan kualiti jualan. hadiah percuma, cabutan bertuah dan jualan murah. iv) Publisiti menggunakan media seperti suratkhabar, tv , radio dan sebagainya.

Soalan 3 :
Peranan dan jenis Bank Perdagangan, Bank saudagar dan Bank Negara. 1. Bank Perdagangan Peranan utama bank perdagangan ialah: Menerima simpanan. Memberi pinjaman. Menyediakan kemudahan pembayaran melalui cek. Menyediakan perkhidmatan wang asing. Memberi kemudahan pengiriman wang seperti cek kembara.

2. Bank Saudagar Peranan utama bank saudagar ialah: Terima simpanan dari syarikat besar Beri pinjaman Beri khidmat nasihat korporat Urus pelaburan syarikat berhad Tangung jamin terbitan syer 3. Bank Negara Peranan utama bank negara ialah: Mengurus, Mengeluarkan dan mengawal selia sistem kewangan negara.( wang kertas dan syiling , kawal kiriman wang ke luar Negara) Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan. -Sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan sebagai penasihat pelaburan kerajaan jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan. Mengekalkan kestabilankewangan Negara dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan Negara yang baik..

SOALAN 4 PENYATA PENDAPATAN Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan. BUTIRAN PENYATA PENDAPATAN Hasil Keputusan aktiviti kendalian Kos kewangan Pembahagian keuntungan dan kerugian daripada syarikat sekutu dan usahasama -

Belanja cukai Untung atau rugi daripada aktiviti biasa Kepentingan miniriti Untung atau rugi bersih bagi sesuatu

SOALAN 5

A.NISBAH UNTUNG Peratus Untung kasar atas kos jualan Peratus untung kasar atas jualan Peratus untung bersih atas jualan Pulangan atas modal Untung kasar x 100 Kos jualan Untung kasar x 100 Jualan bersih Untung bersih x100 Jualan Untung bersih x 100 Modal awal

B.NISBAH KECAIRAN Mengukir keupayaan syarikat untuk memenuhi komitmen jangkapendeknya daripada aset aset cair
Tujuan mengukur kemampuan syarikat menjelaskan hutang jangka pendek. Nisbah ini menunjukkan hubungan antara aset semasa kecuali stok dan belanja terdahulu dengan liabiliti semasa. Ia menunjukkan kemampuan perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta-merta.
Nisbah ini menunjukkan kemampuan perniagaan untuk meneruskan operasinya

1.NISBAH SEMASA
2. NISBAH UJIAN ASID

Nisbah semasa Liabiliti semasa


Jumlah Aset Semasa Stok Akhir Belanja terdahulu

Jumlah Liabiliti Semasa

NISBAH UJIAN MAMPU

Nisbah Ujian Mampu = Jumlah liabilitI Jumlah Aset

C.NISBAH KECEKAPAN
1. 1.KADAR PUSING GANTI 2. STOK
2.TEMPOH KUTIPAN HUTANG 3.TEMPOH PEMBAYARAN HUTANG

KOS JUALAN STOK PURATA


PENGHUTANG X 365 JUALAN KREDIT

PEMIUTANG X 365 BELIAN KREDIT

SOALAN 6
KONSEP WANG MASA KINI DAN MASA HADAPAN KONSEP WANG MASA KINI - Nilai masa kini digunakan sebagai kaedah bagi menentukan nilai hari ini yang sanggup dilaburkan atau didepositkan pada suatu kadar faedah tertentu bagi mendapatkan nilai masa hadapan yang lebih besar.

KONSEP WANG MASA HADAPAN Konsep wang masa depan adalah nilai wang masa kini yang dikompaunkan pada satu kadar faedah.Proses ini membolehkan nilai wang yang ada bertambah pada suatu kadar faedah atau kadar kompaun yang diterima.

CONTOH: Jalil memiliki RM 100 pada hari ini dan beliau menyimpannya di sebuah bank dengan kadar faedahyang dibayar sebanyak 5% setahun, maka dia akan menerima kembali RM 105 pada penghujung tahun tersebut. Jika simpanan tersebut dikekalkan, maka dia akanmempunyai sejumlah wang yang lebih besar pada masa hadapan. Oleh itu, proses peningkatan amaun daripada RM 100 pada masa kini (nilai masa kini) kepada sejumlah wang yang lebih besar pada masa hadapan.. Proses ini membolehkan nilai wang yang ada bertambah pada suatu kadar faedah atau kadar kompaun yang diterima

SOALAN 7
BERPUSATKAN GURU SYARAHAN Demonstrasi/ tunjuk cara Bercerita BERPUSATKAN MURID Simulasi Lawatan Projek Permainan Perbincangan Pembelajaran koperatif Pembelajaran masteri

BERPUSATKAN BAHAN -Modul -Carta -Slaid -Pita rakaman -laman web -bahan/peralatan

SOALAN 8
INTERNET Wide Area Network (WAN)

Connectionless Stateless

Sambungan berorientasi Mesej tidak berdiri sendiri (dapat mengetahui mesej diterima) Menawarkan jaminan mesej akan dihantar Lebih dipercayai

Best-effort

Tidak boleh dipercayai

DISEDIAKAN OLEH : ESVARY A/P RAJOO PPG - 5H

Anda mungkin juga menyukai