Anda di halaman 1dari 1

Main Sembunyi-Sembunyi atau juga dipanggil sebagai aci sorok ialah sejenis permainan budak-budak yang turut dimainkan

di Jitra ketika aku kecik-kecik dulu. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain yang akan bersembunyi dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang atau lebih pencari. Ia dimainkan oleh budak-budak dan ia sangat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. iasanya sapa yang dapat sembunyi paling lama dikira pemenang.

Sebelum permainan dimainkan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. !ndian secara lai lai li tam plong digunakan untuk semua pemain memilih geng masing-masing. Setelah kedua-dua pauk atau geng ditentukan, geng yang jadi dulu akan berdiri sambil menutup matanya di rumah induk yang berbentuk bulat. "iraan akan dibuat # hingga #$$ atau %$. &ibilang dengan kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari geng lawan bersembunyi disekeliling kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat ahli geng lawan yang bersembunyi di luar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira habis dan akan mengambil peranan sebagi pencari pulak.

Sekiranya pencari telah dapat tangkap salah seorang dari geng lawan, hendaklah disebut tangkap dan bilang kuat hingga kiraan #$. &alam masa yang sama ahli lain dari geng tersebut akan berlari ke rumah induk untuk mencuit geng nya yang telah kena tangkap untuk membebaskan gengnya. Pencarian ini akan dilakukan berterusan sampai ke semua pemain yang bersembunyi tadi dujumpai. Setelah selesai kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mulamula ditemui itu akan jadi pencari pula.

Anda mungkin juga menyukai