Kalau Terpijak Pisau Belati
Kalau Terpijak Pisau Belati
pusaka bangsa Pergi Peramu membeli gergaji Jalan nya teruk berlopak berbatu Orang berilmu tak minta di puji Baik buruk sahabat yang tahu Jalan teruk berlopak berbatu Musim mengundi baru di turap Tingkah perangai sahabat yang tahu Sopankah atau tidak beradap Pantun gurindam pusaka bangsa Wajib diwarisi setiap generasi Seloka dan madah hiasan kata Tanda beradap pelengkap diri. Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun. Anak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa. Anak ikan dimakan ikan, Manakan sama ikan tenggiri; Mati ikan kerana umpan, Mati tuan kerana budi. Apa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang.