Anda di halaman 1dari 10

Teknologi untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan dan Pendengaran

Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman.Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat.

Namun, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita. Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.

Definisi had deria penglihatan dan pendengaran

HAD DERIA PENGLIHATAN


Had Deria Penglihatan adalah keterbatasan terhadap deria penglihatan yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ mata. Sebagai contohnya: - tidak dapat melihat objek yang terlalu kecil (kita guna mikroskop) - tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh (kita guna teleskop) - tidak dapat melihat objek yang berada di sebalik dinding (kita guna periskop)

HAD DERIA PENDENGARAN


Had Deria Pendengaran adalah keterbatasan terhadap deria pendengaran yang disebabkan oleh halangan tertentu pada fungsi organ telinga.

Sebagai contohnya: - tidak dapat mendengar bunyi yang terlalu kecil (kita guna pembesar suara) - tidak dapat mendengar bunyi jantung (kita guna stetoskop)

Gambar Alatan Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan

1. Teleskop

Fungsi : Melihat objek yang sangat jauh seperti bulan

2. Mikroskop

Fungsi : Untuk melihat objek yang sangat kecil seperti mikroorganisma

3. Kanta Pembesar

Fungsi : Untuk membesarkan objek kecil

4. Sinar-X

Fungsi : Untuk mengimbas imej tubuh badan bagi digunakan untuk tujuan perubatan

5. Periskop

Fungsi : Untuk melihat objek di hadapan yang terlindung oleh halangan

6. Teropong

Fungsi : Untuk melihat objek yang jauh

7. Alat Pengimbas Ultrabunyi

Fungsi : Untuk mengimbas bahagian dalam badan dengan menggunakan imbasan ultrabunyi

GambarAlatan Alatan Untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan

1. Mikrofon

Fungsi : Untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal 2. PembesarSuara

Fungsi : Untuk menguatkan lagi bunyi yang dihasilkan

3. Stetoskop

Fungsi : Untuk mendengar bunyi degupan jantung

4.

Alat Bantu Pendengaran

Fungsi : Untuk membantu menguatkan lagibunyi yang masuk ke dalam telinga

Kesimpulannya

Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti Sinar -X dan juga Alat Bantu Dengar, ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan hidup yang maksimum.

Walau bagaimana pun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita, namun perlu lah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin

SUMBER DARIPADA .

Anda mungkin juga menyukai