Anda di halaman 1dari 26

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

PENGENALAN Awal kanak-kanak adalah mereka yang baru dilahirkan sehingga berumur lapan tahun. Mereka dibesarkan dalam persekitaran ekologi yang bermula dari dirinya sendiri dan diikuti dengan ibu bapa (keluarga) serta komuniti (jiran, rakan sebaya, institusi pendidikan dan institusi sosial yang lain).

Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti, program asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang terancang perlu disediakan untuk mempastikan potensi intelek, kerohanian/moral, sosioemosi, bahasa dan komunikasi, estetika dan kreativiti serta jasmani mereka dapat dikenalpasti dan diperkembangkan hingga ke tahap optimum.

Memandangkan pendidikan awal kanak-kanak adalah penting dan menjadi tunjang kepada pembentukan modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial, justeru tumpuan kepada pendidikan awal mereka merupakan strategi yang boleh memberikan impak besar bagi jangka masa pendek dan panjang.

Di Malaysia dewasa ini terdapat beberapa jenis program yang menjadi pilihan ibu bapa kedua-duanya bekerja bagi menyelesaikan masalah jagaan anak-anak. Di antaranya adalah TASKA, singkatan bagi Taman Asuhan Kanak-kanak dan dijalankan bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) bagi anak-anak 4 hingga 6 tahun dan pusat jagaan terdiri dari mereka pelbagai peringkat umur.

Namun bagi tugasan ini kita hanya akan membincangkan topik berkaitan TASKA sahaja.

1.1 Definisi TASKA Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Seksyen 2 mentafsirkan pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis di mana empat atau lebih kanakkanak umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah.

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

1.2 Statistik Bilangan TASKA Berdaftar Tenaga pengasuh terlatih, sistem pembelajaran teratur dan berkualiti mengikut modul ditetapkan JKM PENGUSAHA Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dikenakan penalti maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah melanggar Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 pindaan Akta 2007 yang mewajibkan semua taska mendaftar dengan jabatan berkenaan. Bagi tahun 2009, JKM memberi tempoh sehingga 12 Februari lalu untuk taska di seluruh negara membuat pendaftaran sebelum tindakan undang-undang diambil mengikut akta berkenaan. Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, JKM, Sharudin Shah Kassim, berkata walaupun pengumuman sudah dibuat tahun lalu (2008) yang mewajibkan taska berdaftar dengan JKM, masih banyak pengusaha yang tidak mematuhinya.Sehingga November tahun lalu sebanyak 2,255 Taska sudah berdaftar di JKM, tetapi masih belum memperbaharui perakuan pendaftaran mereka. Sebaliknya, 1,987 Taska dikesan masih belum berdaftar walaupun sudah dimaklumkan mengenai tempoh Amnesty yang diumumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Ogos lalu. Statistik Taska berdaftar mengikut negeri boleh dirujuk pada jadual dan carta berikut. Berdasarkan data diperolehi daripada portal rasmi Jabatan Kebajikan Masayarakat Malaysia yang telah dikemaskini pada 14 Mei 2009. Bilangan Taska Berdaftar Mengikut Negeri Pada Tahun 2009 NEGERI Selangor Kelantan Perlis Labuan Kuala Lumpur Trengganu Sarawak Sabah Pulau Pinang BILANGAN 30 4 1 3 15 2 17 54 1
2

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Perak Pahang Negeri Sembilan Melaka Kedah Johor JUMLAH

35 54 34 0 4 20 274

Jadual 1: Bilangan Taska Berdaftar Mengikut Negeri Pada Tahun 2009

Taska Berdaftar Mengikut Negeri Di Malaysia Sehingga Mei 2009


60 50 40 Bilangan 30 30 20 10 0 4 1 3 15 2 17 4 20 35 34 54 54

Negeri Taska Berdaftar Mengikut Negeri Di Malaysia

Carta 1 : Bilangan Taska berdaftar mengikut negeri bagi tahun 2009 Sumber : http://www.jkm.gov.my

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Daripada statistik yang didapati, telah menunjukkan pada tahun 2009 dua buah negeri yang mencatatkan bilangan taska berdaftar yang paling banyak iaitu Sabah dan Pahang di mana masing-masing sebanyak 54 buah taska. Manakala, negeri Melaka tidak menunjukkan sebarang Taska yang berdaftar dengan JKM. Bagi negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan mencatatkan 30 hingga 35 buah Taska berdaftar. Demikian bagi setiap negeri lain yang turut mencatatkan angka tersendiri bagi jumlah Taska yang mendaftar.

1.3 Masalah Taska Tidak Berdaftar Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Namun masih terdapat banyak Taska tidak berdaftar disebabkan beberapa alasan. 1.3.1 Masalah Birokrasi Bagi mereka yang berminat menjadi pengusaha taska, mereka dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan. Mereka juga hendaklah mendaftarkan perkhidmatan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kajian rambang yang dijalankan mendapati antara sebab pemilik atau taska tidak mendaftar kerana menganggap ia sebagai perkara remeh-temeh dan melecehkan. Selain daripada itu, ramai pengusaha taska berpendapat proses dan borang yang banyak yang diperlukan bagi mendaftarkan taska mereka menyebabkan mereka bertindak menangguh atau tidak mendaftar terus taska tersebut. Di antara borang-borang yang perlu diisi disertakan di bahagian lampiran.

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Sebagai contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai final agency bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan untuk premis dan lokasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk keselamatan serta Kementerian Kesihatan untuk menjamin kesejahteraan anak-anak Malah, sebelum permohonan kepada Jabatan-jabatan di atas dilakukan, pihak pengusaha juga perlu mendaftarkan dahulu perniagaan mereka kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang turut mengandungi pelbagai proses dan syarat seperti pemilihan nama syarikat pengusaha perlu mengisi borang 13A , syaratnya pula mesti seratus peratus bahasa Inggeris atau bahasa Melayu tidak melebihi 50 huruf dan diikuti proses seterusnya dengan pelbagai jenis borang . 1.3.2 Tempoh pemprosesan yang mengambil masa Penubuhan taska ini bukanlah mudah tidak kurang juga proses meluluskan Taska mengambil masa yang lama. Kerjasama dan ketelitian dari pihak berwajib dalam membantu mempercepatkan proses tanpa melengah-lengahkan pendaftaran secara tidak langsung mengubah pandangan serong terhadap agensi berkenaan. Berdasarkan temubual eksklusif bersama seorang pengusaha Taska Pintar di Pasir Gudang, Pn Normah bt Abd Rahman berkata, beliau sendiri merasai pengalaman proses pendaftaran itu yang terpaksa menunggu 6-9 bulan untuk meluluskan permitnya. Beliau turut berkongsi pengalaman selama beberapa bulan untuk menunggu kakitangan yang terbabit untuk menandatangani dokumen yang diperlukan tidak terusik bagi tempoh beberapa bulan. 1.3.3 Tidak mendapat sokongan tiga agensi Setiap jabatan mengawasi operasi dan perkhidmatan Taska dari perspektif yang berlainan. Jika peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kesemua agensi ini tidak dipatuhi, pengusaha tidak akan diberikan permit untuk beroperasi. Bagi pengusaha taska yang mempunyai perancangan ingin membuka taska, ada di antaranya menghadapi masalah kekurangan maklumat mengenai bagaimanakah proses penubuhan taska ini. Misalnya, setiap pengusaha mesti mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi tujuan keselamatan, namun masalah yang timbul adalah siapakah pegawai
5

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

yang bertanggungjawab, bahagian mana serta bagaimana cara untuk membuat surat-surat permohonan. Tuntutan teknikal oleh Jabatan Bomba dari segi struktur bangunan, aspek keselamatan , kepadatan dan penyediaan alat pemadam api serta lokasi plag perlu dititikberatkan. Juga keperluan-keperluan untuk mendapatkan lesen peraturan operasi daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat. Sementara itu , banyak lagi masalah yang bakal dihadapi oleh para pengusaha seperti peraturan pekerja, peraturan perabot serta tuntutan aktiviti yang bersesuaian juga perlu difikirkan. Mereka perlu juga menghadapi tuntutan teknikal berkaitan pelan struktur, penggunaan ruang, penggunaan tanah, ciri-ciri pengudaraan dan pencahayaan serta beberapa perkara daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Tuntutan daripada Jabatan Kesihatan seperti kebersihan permis, penyediaan ruang rehat yang sesuai, penyediaan makanan seperti jenis makanan yang dibenarkan dan prosedur membersihkan botol susu perlu diambilkira. Kekurangan para pengusaha dalam menyediakan tuntutan daripada agensi-agensi ini pastilah akan membataskan kebenaran penubuhan taska berkenaan. 1.3.4 Masalah kewangan Para pengusaha juga beranggapan pengasuh sedia ada sudah berpengalaman dan tidak memerlukan kursus asas mengenai cara mendidik dan menjaga anak-anak kecil. Tambahan pula, bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan ini, kekurangan modal antara faktor mereka tidak menghantar pengasuh ke Kursus Asas Awal Kanak-kanak yang dijalankan untuk tempoh 21 hari dengan kadar bayaran RM 480.00 bagi seorang pengasuh yang perlu ditanggung oleh taska-taska berkenaan. Selain daripada masalah yang dinyatakan di atas, kos membayar pengasuh tempatan yang diwajibkan oleh JKM jauh lebih mahal berbanding mengambil pekerja asing yang jauh lebih murah. Tetapi kita perlu ingat menggunakan khidmat warga asing secara tidak langsung membuatkan anak keliru terutama dari segi bahasa, adat dan budaya.

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Begitu juga bayaran deposit bagi sesuatu lokasi yang dikenakan oleh pihak Penguasa Tempatan yang mencecah angka RM 5000.00 adalah satu jumlah yang besar terutama bagi sesebuah taska yang mempunyai pelanggan sedikit. 1.3.5 Premis tidak sesuai Menurut Md Noor Chik, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan berkata kebanyakan taska tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan JKM termasuk pemilihan premis. ''Sebagai contoh, sekiranya pengusaha taska membuka pusat jagaan kanak-kanak di kawasan taman perumahan, ia perlu di unit terakhir taman berkenaan yang turut mempunyai kawasan lapang,'' katanya. Tiap-tiap bangunan yang hendak digunakan sebagai Taska mestilah sesuai dari segi keselesaan, reka bentuk, struktur dan keselamatan. Terdapat sesetengah pengusaha secara sengaja tidak mendaftarkan taska mereka kerana kedudukan premis mereka yang tidak sesuai. Ini termasuklah keadaan premis yang dipilih adalah berdekatan dengan premis taska lain yang telah berdaftar. Selain itu kedudukan dan lokasi bangunan berkenaan juga perlu diambil kira. Para pengusaha sewajarnya memilih rumah yang ingin dijadikan taska tidak terletak di hujung persimpangan atau berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan yang terlalu sesak dan sibuk dengan lalu lintas. Begitu juga dengan unit-unit rumah yang terletak di tingkat 2 dan ke atas dalam blok rumah pangsa juga tidak dibenarkan. Premis taska haruslah mempunyai keluasan ruang yang mencukupi dengan bilangan kanak-kanak seperti yang telah ditetapkan oleh Ordinan Sekolah 1950, yang menetapkan seorang pelajar taska memerlukan ruang seluas 3.5 meter persegi. Sekiranya ciri-ciri yang dinyatakan itu tidak dipatuhi, pastilah sukar untuk pihak berwajib untuk meluluskan pendaftaran Taska berkenaan.

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

1.4 Langkah-langkah Yang Perlu Diambil Bagi Meningkatkan Bilangan Taska Berdaftar Dalam menangani isu taska tidak berdaftar yang tiada berkesudahan, kerajaan telah mengambil langkah yang drastik tetapi bijak. Pengawalan terhadap pertumbuhan taska memerlukan kerjasama dan perhatian daripada semua pihak. Di antara usaha yang boleh diambil adalah memberikan kod baru kepada semua taska berdaftar dalam membangunkan Sistem Maklumat Taska oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat akhir langkah ini diambil adalah untuk mewajibkan taska berkenaan menggunakan kod tersebut di dalam sebarang jenis iklan agar dapat dikenalpasti tadika yang berdaftar dengan yang tidak berdaftar. Langkah seterusnya adalah menyenaraikan taska berdaftar di dalam website JKM untuk diakses oleh orang ramai. Cadangan ini pernah diajukan oleh Senator Datuk Saripah Aminah bt Syed Mohamed di Persidangan Dewan Negara ketika Perbahasan Rang Undang-Undang Taman Asuhan Kanak-kanak (Pindaan) 2006. Selain itu, usaha kerajaan menambah kakitangan bagi penguatkuasaan Rang Undang-undang Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan 2006) yang telah diluluskan di Dewan Negara pada tahun 2006. Tenaga kerja tambahan itu diperlukan bagi memastikan semua pengusaha taska mematuhi peraturan ditetapkan dan membolehkan tindakan tegas dikenakan ke atas pengusaha taska haram. Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kakitangan itu akan digunakan bagi menjalankan kerja-kerja penguat kuasaan seperti tindakan kompaun, pendakwaan serta penyitaan premis taska yang beroperasi secara haram. Dalam menangani situasi terdesak ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak ke taska, kerajaan telah memulakan misi nasionalnya melalui penubuhan Taska Komuniti (TASKOM), PERMATA dan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.Penubuhan taska komuniti bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah terutama di bandar yang tidak mampu menghantar anak mereka ke taska swasta kerana yurannya tinggi. Peruntukan RM1.9 juta telah diluluskan sebagai geran membina 10 taska komuniti di lokasi strategik di seluruh negara dengan berteraskan konsep perkongsian bijak antara kerajaan, swasta dan masyarakat. Sebagai bantuan awal, setiap taska komuniti yang ditubuhkan itu diberikan geran pelancaran RM50,000.

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Kerajaan juga akan menghadkan jumlah kanak-kanak di setiap taska komuniti itu kepada 30 orang. Ibu bapa yang berkelayakan juga akan diberi subsidi yuran sebanyak RM 180 sebulan untuk menghantar anak-anak mereka ke TASKOM. Walau bagaimanapun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat diminta bersama-sama bertanggungjawab menguruskan taska komuniti itu bagi membantu menampung sebahagian kos pengurusannya. TASKOM pertama telah beroperasi di Bandar Sri Damansara dengan nama Taska Komuniti Penyayang Bakti yang diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala di Johor Bahru ini sendiri terdapat sebuah Taska Komuniti Penyayang yang terletak di Jalan Jelatek, Larkin Jaya. Kerajaan telah menggubal dasar pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif bagi membolehkan semua pusat asuhan kanak-kanak diselaraskan dari segi kurikulum dan piawainya seperti mana dilaksanakan oleh program Pusat Permata Negara yang dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA ini telah pun bermula di seluruh negara dengan satu unit perintis bagi setiap negeri. Pihak yang bertanggungjawab terhadap penyediaan modul pembelajaran dan teknik pengajaran adalah pihak Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Pernyataan Dasar Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah seperti berikut : Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga empat tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada. Memoradum Jemaah Menteri,JPM.SP.(R)1/7Jld4 Kertas Kerja : Memberi Peluang Kepada Setiap Kanak-kanak Mengikuti Pendidikan Awal Kanak-kanak (Umur 0-6 tahun) , Pelaksanaan Pendidikan Awal Kanak-kanak Dan Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi menjimatkan masa dan mengamalkan konsep paper less, pendaftaran Taska boleh dibuat menerusi talian atau laman web. Ini akan memudahkan orang ramai tanpa perlu tercari-cari di mana dan ke mana arah tuju untuk menyerahkan borang-borang sewaktu proses pendaftaran tersebut.

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

2.1 Pelan dalam kelas Maksud kanak-kanak keperluan khas bagi penempatan di Taska dan tadika adalah:a. Kurang upaya penglihatan b. Kurang upaya pendengaran c. Terencat akal sederhana d. Masalah pembelajaran Pengurusan bilik di Taska berkait rapat dengan aktiviti pembelajaran kanak-kanak selain aspek pengurusan diri kanak-kanak tersebut.Dalam menjalankan aktiviti, murid memerlukan ruang yang mencukupi dan sesuai untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Penyusunan dan suasana yang kondusif akan merangsang minda, sikap dan minat kanak-kanak terhadap aktiviti pembelajaran. Sebagai seorang Pengusaha Taska, pengurusan bilik Taska berkenaan haruslah mempunyai keluasan yang bersesuaian , pengudaraan dan pencahayaan yang baik. Perlu juga menyediakan ruang dan susun atur peralatan yang boleh diubah suai dari masa ke semasa dan pelbagai guna. Ruang dalam yang disediakan juga haruslah merupakan satu ruang pembelajaran yang bermakna yang dapat merangsang perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, sudut bahasa diwujudkan untuk membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berkomunikasi, menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata, menanam minat suka mmbaca di samping membina keyakinan diri.

10

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Rajah 1 : Pelan Dalam Kelas Taska

pP

1 2 Bilik persediaan guru 3 Bilik rehat /kecemasan

katil

4 Ruang berkumpul Bilik Tidur Bayi

50 kaki

5 Sudut Sudutbacaan bacaan 7

Sudut manipulatif / Sudut matematik

Sudut Sains Sudut Komputer

c c

Sudut Seni dan kraf Sudut Muzik dan Drama

Ruang Makan Dan Dapur

Stor 9

Tandas (P)

Tandas (L)

Petunjuk :

kabinet

30 kaki Petunjuk : 1 2 - Almari fail pengurusan - Meja guru


c

Sinki dapur Komputer

11

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

- Televisyen 3 4 5 - Rak pelbagai guna - Rak fail peribadi - Almari pelbagai guna - Rak buku bacaan 6 7 - Almari bahan keperluan murid - Peti ais

Papan putih berkaki Bangku guru Kerusi Peralatan bantuan kecemasan Sinki

Senarai Peralatan dan Ruang Yang Disediakan. Ruang Bilik Persediaan Guru Senarai Peralatan 1. Papan kenyataan 2. Meja Guru 3. Bahan rujukan 4. Fail Pengurusan Bilik Rehat/Kecemasan 1. Katil 2. Kerusi 3. Peralatan kecemasan (First Aid) Ruang berkumpul 1. Televisyen 2. Rak pelbagai guna

3. Bangku guru 4. Papan putih berkaki 5. Hamparan Bilik Tidur Bayi 1. Katil bayi 2. Almari 3. Tilam 4. Bantal Sudut Manipulatif 1. Meja, kerusi, ruang lantai dan rak 2. Bongkah pelbagai saiz,bentuk dan warna 3. Alat permainan memadan dan mengelas 4. Kad cantuman bergambar/jigsaw puzzle 5. Alat permainan nombor 6. Mesin wang tunai mainan,abacus 7. Manik dan kayu varnish pelbagai ukuran

12

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

8. Rak Sudut Bacaan 1. Buku pelbagai saiz dan ketebalan, dan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti plastic, kertas dan kain 2. Boneka 3. Bantal warna-warni 4. Hamparan 5. Soft toy 6. Rak Ruang dapur 1. Dapur masak 2. Kabinet 3. Alatan masak periuk, kuali, cerek dll 4. Peti ais Sudut Komputer 1. Meja komputer dan kerusi 2. Mesin pencetak dan kertas 3. Perisian 4. Komputer Sudut seni dan kraf 1. Meja 2. Easel 3. Kertas warna,berus,krayon, gunting 4. Plastesin, doh,kain, cop 5. Rak pelbagai guna Sudut Sains 1. Akuarium 2. Kanta,magnet,teleskop,cermin 3. Meja 4. Rak 5. Carta P&P Sudut Muzik dan drama 1. Radio,kaset dan cakera 2. Alat gendering 3. Anak patung 4. Set permainan- memasak,bertukang dll 5. Rak pelbagai guna Jadual 2 : Senarai peralatan dan Ruang Dalam Yang Disediakan
13

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

2.2 Pelan Di Luar Kelas

40

7 5 6

9 3

50 Rajah 2 : Pelan Di Luar Kelas Ruang luar diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak menjalankan aktiviti dan mengalami suasana seperti di rumah,juga meningkatkan kemahiran motor kasar dan mendisiplinkan diri semasa menggunakannya Peralatan Permainan Di Luar Kelas Jadual 3 : Peralatan permainan di luar kelas Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Peralatan Tempat permainan air bertutup Tempat permainan pasir bertutup Pondok Tiang dan tapak mini bola keranjang Tiang Mini bola keranjang Terowong Rangka bergayut Gelongsor Buaian Unit 1 1 1 1 1 1 1 1 1

14

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

2.3 Sumber Kewangan Bagi Melicinkan Pelaksanaan Taska Sumber kewangan sesebuah Taska biasanya adalah daripada kutipan yuran pada setiap bulan di samping sumbangan dan derma daripada seseorang individu mahupun pertubuhan dan badan-badan khas seperti kumpulan korporat, ahli politik dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat pengusaha yang mendapatkan pinjaman bank untuk melicinkan pelaksanaan Taska mereka. 2.3.1 Yuran
TASKA Pendaftaran BULANAN 2 bulan - 2 tahun 3 tahun - 4 tahun 5 & 6 tahun ( TADIKA & TASKA ) Asuhan harian (BERDAFTAR) Asuhan harian (TANPA BERDAFTAR) Asuhan ikut masa (BERDAFTAR) Asuhan ikut masa ( TANPA BERDAFTAR) Bayaran lebih masa RM 200.00 RM 180.00 RM 200.00 RM 15.00 SEHARI RM 20.00 SEHARI RM 4.00 SEJAM RM 5.00 SEJAM RM 4.00 SEJAM RM 50.00

BAYARAN "PAKEJ" LEBIH DARI 2 ORANG ANAK - POTONGAN 10% DARI JUMLAH BAYARAN BULANAN

Jadual 4 : Contoh kutipan bayaran di sebuah Taska. Yuran biasanya ditentukan bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah taska tersebut. Biasanya yuran dikutip adalah seperti berikut : a. Yuran pendaftaran dikutip pada hari pertama murid mendaftar masuk b. Yuran bulanan dikutip pada setiap awal bulan bagi menggung kos pelaksanaan Taska c. Yuran aktiviti Kutipan bayaran yang dikutip bagi pembiayaan aktiviti ataupun program sesebuah Taska seperti Program Sukan Tahunan, Program Lawatan dan sebagainya. d. Yuran buku kerja Dikutip bagi membiayai pembelian buku-buku kerja yang digunakan di Taska, terutama sekiranya Taska tersebut turut menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian.
15

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

e. Yuran perkhidmatan tambahan Dikutip bagi perkhidmatan yang diberikan. Contoh dapat dilihat di Jadual 2.3 2.3.2 Derma Sumber kewangan seterusnya yang biasanya dijalankan oleh sesebuah Taska adalah melalui kutipan derma seperti melalui jualan amal, menganjurkan konsert ataupun aktiviti walkathon. Namun usaha publisiti perlu dilakukan bagi memudahkan orang ramai tampil untuk menderma. Selain itu, permohonan sumbangan daripada individu korporat dan badan-badan khas sering juga dilakukan bagi tujuan memantapkan lagi sumber kewangan sesebuah taska. 2.3.3 Pinjaman Seperti kebanyakan perniagaan yang lain, terdapat juga pengusaha Taska yang membuat pinjaman daripada institusi kewangan tertentu bagi memastikan kelancaran taska berkenaan beroperasi. Pinjaman boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti program usahawan MARA, institusi perbankan dan sebagainya.

2.4 Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Sewaktu Penubuhan Taska Walau di mana sahaja kita berada semestinya aspek keselamatan merupakan aspek yang paling penting. Beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil sewaktu ingin menubuhkan Taska adalah meliputi beberapa aspek seperti keselamatan fizikal bangunan, peralatan dan perabot serta keselamatan psikologi kanak-kanak. 2.4.1 Keselamatan fizikal bangunan. Kes penculikan 2 kanak-kanak pada tahun 2008 iaitu kes adik Nurin Jazlin dan Sharlene benar-benar telah membuka mata kita semua supaya tidak mengabaikan keselamatan anakanak terutama ketika di sekolah. Setiap taska perlu memastikan premis mereka mempunyai pagar yang tidak berkarat dan terdapat kunci di pintu pagar. Pagar bukan jenis berduri kerana membahayakan kanak-kanak. Tempat permainan luar hendaklah rata dan selamat, tiada terdapat batu dan benda tajam yang boleh membahayakan kanak-kanak. Sebaiknya diletakkan pelapik getah untuk mengelakkan kecederaan. Ruang kaki lima premis mestilah sentiasa kering dan bersih supaya tidak licin.
16

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Bilik kanak-kanak seelok-eloknya mempunyai keluasan yang cukup untuk mereka bermain dan sebaik-baiknya pilih perabot jenis pasang siap, khususnya almari kerana ia menjimatkan ruang. Tidak digalakkan memasang tingkap gaya Perancis atau tingkap kaca besar. Jika mahu memasang tingkap kaca, pilih jenis berlapik yang diperbuat daripada kaca dan plastik kerana jika pecah ia tidak berterabur dan merebak ke tempat lain kerana lapisan plastik memastikan kedudukan kaca kekal di tempatnya. Jangan pasang langsir labuh hingga mencecah lantai bagi mengelakkan kanak-kanak menariknya atau mereka boleh terjatuh akibat terpijak langsir. Seelok-eloknya labuh langsir hanya mencecah ambang saja. Selain daripada itu, aspek keselamatan kebakaran juga diambil berat. Di antaranya, pihak pengusaha taska perlulah menyediakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan pihak Bomba. Pelan laluan kecemasan kebakaran akan disediakan bagi makluman semua yang ada di Taska. Tangga dan pintu keselamatan juga harus dikenalpasti tidak ada sebarang bentuk hadangan yang menghalang pergerakan pantas jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Pihak pengusaha taska juga perlu memastikan bahawa gril keselamatan yang dipasang boleh membantu murid melepaskan diri semasa kebakaran. Di antara aspek keselamatan di dalam kelas yang sentiasa dititikberatkan oleh ibu bapa adalah keselamatan ketika di tandas. Selaras dengan harapan ini, sebagai pengusaha taska perlulah menyediakan mangkuk tandas yang menepati piawaian dan sesuai dengan paras ketinggian dan umur murid. Lantai bilik mandi, sinki dan tempat buang air kecil sentiasa bersih dan memuaskan setiap masa serta tidak licin bagi mengelakkan sebarang bentuk kemalangan dan kecederaan. Elakkan kanak-kanak berada bersendirian di dalam bilik air.

Gambar 1 : Mangkuk tandas yang kecil bersesuaian dengan kanak-kanak. 2.4.2 Keselamatan Peralatan Di samping itu, keselamatan di setiap ruang di taska itu juga mengambil kira aspek penggunaan alatan dan perabot, di mana setiap peralatan dan perabot yang disediakan seharusnya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Ketinggian kerusi dan meja
17

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

yang digunakan adalah bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak. Seharusnya sebagai pengusaha Taska elakkan daripada menggunakan meja dan kerusi yang berbucu tajam. Pilih yang bucu bulat dan sentiasa pastikan dalam keadaan baik. Pembahagian ruang mesti seimbang. Ini termasuklah cara penyusunan perabot haruslah tidak terlalu sesak dan menghalang trafik di dalam kelas. Susun atur perabot tidak akan melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan kanak-kanak. Selain daripada itu, kanak-kanak perlu dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan elektrik. Contohnya, letakkan kipas ditempat yang tinggi. Bahan api seperti mancis dan pemetik api perlu dielakkan. Kedudukan dapur dan soket perlu dalam keadaan yang sesuai.

18

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Gambar 2 : Peralatan dam permainan dalam Taska menyediakan peralatan permainan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak. Saiz alat yang disediakan tidak terlalu kecil yang membolehkan kanak-kanak memasukkannya ke dalam mulut atau rongga badan yang lain. Sementara itu, peralatan pengajaran dan pembelajaran adalah dipastikan tidak mengandungi bahan toksik. Hanya

penggunaan bahan

yang selamat sahaja digunakan.

Gambar 3 : Keselamatan dan keselesaan di luar bangunan perlu diutamakan. Peralatan permainan luar seperti gelongsor, buaian dan papan jongkang-jongkit perlu dalam keadaan baik dan bersesuaian bagi kegunaan kanak-kanak yang sebegini kecil umurnya. Susun atur peralatan sebaik-baiknya tidak berdekatan antara satu sama lain. Semua peralatan tersebut juga perlu diselenggara dengan baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain daripada itu, kanak-kanak itu perlulah sentiasa diawasi ketika bermain di luar kerana keghairahan kanak-kanak sewaktu mereka bermain boleh membahayakan. Kanak-kanak perlu sentiasa memakai kasut sewaktu berada di luar. 2.4.3 Keselamatan psikologi atau emosi

19

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Gambar 4 : Suasana penyayang Keselamatan psikologi atau emosi merujuk kepada tanggapan atau persepsi kanak-kanak terhadap persekitaran mereka. Kanak-kanak secara fitrah dapat meneka sama ada persekitaran mereka selamat atau tidak, menyenangkan atau sebaliknya, selesa atau merimaskan. Ibu bapa akan lebih yakin untuk meletakkan anak-anak mereka di taska apabila mereka pasti taska berkenaan mempunyai staf yang cukup pengalaman. Mereka juga berharap agar staf di taska telah pun memahami setiap langkah, masa, aktiviti harian serta bagaimanakah caranya untuk mereka berinteraksi dengan pelanggan dan anak-anak taska. Senyuman dan wajah staf yang ceria akan memberi kesan yang sangat positif bagi mewujudkan rasa yakin kepada ibu bapa yang ingin menghantar dan mengambil anak mereka. Keselesaan dari segi ruang juga perlu bagi anak-anak kecil ini. Misalnya, ruang bagi kanakkanak tidur atau berehat serta ruang untuk menyimpan peralatan kanak-kanak seperti rak bagi meletakkan beg atau bakul yang mengandungi keperluan kanak-kanak. Adalah lebih baik sekiranya terdapat bilik-bilik tertentu mengikut umur bayi atau kanak-kanak.

2.5 Perancangan Untuk Menggalakkan Penglibatan Keluarga Dan Komuniti Di Taska Penglibatan keluarga dan komuniti secara langsung dan tidak langsung di dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak akan memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak. Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan di taska bagi menggalakkan penglibatan ibu di taska adalah seperti berikut :
20

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

2.5.1 Pengukuhan Pembelajaran Sebagai langkah permulaan terhadap penglibatan ibu bapa di Taska, ibu bapa digalakkan untuk membantu dan menggalakkan anak mereka meneruskan amalan ataupun apa yang telah dipelajari di Taska. Di antaranya adalah : a. Pengukuhan nilai murni seperti amalan memberi salam, ucap selamat, terima kasih, bersyukur, hormat menghormati, kerjasama dan sebagainya. b. Amalan kemahiran seperti menyiram pokok, menyimpan alatan dan mengemas. c. Amalan membaca doa-doa tertentu. d. Aktivit membaca, menulis, mengira, menyanyi dan lain-lain. 2.5.2 Menyumbang Kepakaran Atau Sebagai Rujukan Sebagai menggalakkan lagi penglibatan ibu bapa di dalam Taska, ibu bapa boleh memberikan penerangan tentang pekerjaan mereka kepada anak-anak di Taska mengikut kesesuaian umur kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf. Selain itu, ibu bapa boleh membantu di dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti bercerita, menyanyi dan menggunakan komputer. Di samping itu, mereka juga digalakkan memberi khidmat nasihat dan runding cara. 2.5.3 Memberi Sumbangan Tenaga dan Bahan Salah satu daripada perancangan menggalakkan penglibatan ibu bapa adalah membantu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran di kelas Taska anak mereka. Bagi ibu bapa yang berkemahiran di dalam meukang, mempunyai pengetahuan di dalam lanskap bolehlah membantu dari segi membaiki alat permainan luar dan membina taman sains. Selain daripada itu, ibu bapa juga boleh menderma alat permainan terpakai. Membantu menyediakan props bagi sesuatu aktiviti persembahan serta penyediaan untuk aktiviti lawatan atau berkelah. 2.5.4 Memberi Khidmat Kebajikan

21

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Ibu bapa juga digalakkan memberi sumbangan untuk aktiviti sukan atau persembahan tahunan. Mereka juga digalakkan menjadi ahli jawatankuasa Majlis Pemuafakatan antara pihak Taska dan ibu bapa. Selain itu, khidmat kebajikan seperti bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Taska juga amat digalakkan. Kelapangan ibu bapa dalam membantu guru ketika timbul keperluan seperti menghantar anak ke sesuatu tempat pertandingan juga dapat meningkatkan hubungan baik di antara pihak guru dan ibu bapa. 2.5.5 Penglibatan Komuniti Komuniti merujuk kepada warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat seperti Jabatan Kesihatan, Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Bukan Kerajaan dan Badan-badan swasta. Agensiagensi luar boleh menyumbangkan kepakaran-kepakaran khusus yang boleh membantu pengurusan taska untuk melaksanakan program ataupun kempen-kempen kesihatan dan keselamatan bagi pihak taska. Perancangan dan kerjasama yang erat dengan komuniti boleh dimanfaatkan oleh pihak pengurusan bagi membentuk persekitaran taska yang sihat dan selamat. Untuk memungkinkan matlamat ini tercapai, anggota komuniti harus mengamalkan pemikiran yang demokratik, positif, fleksibeliti dan liberal. Pada sama nilai sedia menghargai, amanah, bertanggungjawab dan komited terhadap peranan dan matlamat murni komuniti harus dipegang kukuh. Sebagai permulaan, berdasarkan petikan akhbar Berita Harian bertarikh 23 November 2007, Kumpulan Syarikat Emkay (Emkay) dengan kerjasama Educate to Learn Sdn Bhd (E2L), Persatuan Taska Perak (PTP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak melaksanakan program kemasyarakatan dengan menyediakan perkhidmatan mengasuh dan mendidik kanakkanak secara berkualiti yang semakin diperlukan dengan memilih ibu tunggal sebagai pengasuh. peruntukan berjumlah RM1 juta disalurkan Emkay membabitkan penyediaan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak prasekolah dan Taska.

PENUTUP Perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) melibatkan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat sebagai pelanggan. Penyediaan perkhidmatan jagaan yang terbaik bagi menjamin kualiti yang diharapkan demi kebajikan kanak-kanak itu sendiri.
22

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Dengan bantuan-bantuan dan keprihatinan kerajaan, diharapkan isu Taska tidak berdaftar dapat diatasi dengan sistematik dan teratur. Usaha kerajaan ini telah banyak memberi pendedahan kepada masyarakat supaya berhati-hati memilih Taska yang bakal menentukan masa depan anak-anak kerana mereka adalah permata Negara. Perhatian dan penglibatan ibu bapa, guru dan komuniti perlu diteruskan untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak yang sempurna. Perubahan cara hidup dan persekitaran moden yang meruncing perlu diperkukuhkan.

RUJUKAN Undang-Undang Malaysia Akta 308. Akta Taman Asuhan 1984. Prof Madya Dr Putri Zabariah Megat A Rahman. (2006).HBPS 1103 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak. KL : Unitem
23

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

Norin Hassan.(2008). Membina Perniagaan Taska,Tadika dan Pusat Jagaan.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd Saayah Abu,Surayah Zaidon, Siti Saleha Samsuri.(2006). Panduan Untuk Pengusaha Tadika. Kuala Lumpur : PTS Publication Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah . (2005).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur. PTS Publication Portal Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2008). Penubuhan Taska dan Pusat Jagaan.(.2009).http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option(n.d) Prof.Madya Dr Tajul Ariffin Nordin & Mohd Arif Hj Ismail.(2003).Paradigma Tauhid:Amalan Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai Pendekatan Pembangunan Manusia. Jurnal Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia,40(84),7.t Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kertas Konsep Memperkasakan Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

24

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

LAMPIRAN

PENDAFTARAN TASKA
Senarai Semak Dokumen Untuk Pendaftaran TASKA Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sesebuah TASKA seperti berikut :25

HBPS1203 Pentadbiran dan Pengelolaan Organisasi Program Kanak-kanak

1. Salinan Lesen Pelesenan dari SSM(ROB/ROC) yang diakui sah 2. Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar (cth : MPK/MPAJ/Pejabat Daerah (salinan diakui sah) 3. Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan (cth : MBPJ/MPSJ (salinan diakui sah) 4. Surat sokongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (cth : Kajang/Bangi/Pandan Indah (salinan diakui sah) 5. Borang Jadual 11 (Borang asal). Dibeli dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah bernilai RM10 berserta buku panduan. 6. Jadual Aktiviti. Mengikut perkembangan menyeluruh untuk seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur : i) 0 - 2 tahun, ii) 2 - 4 tahun 7. Jadual Menu yang seimbang. Jadual untuk sebulan terbahagi dua kumpulan umur : i) 0 - 2 tahun, ii) 2 - 4 tahun. 8. Pelan Lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti dan lain-lain bahagian. Kiraan kawasan ruang dalam meter persegi (3.5m/setiap kanak-kanak). 9. Penglibatan Ibu Bapa. Untuk program tahun ini dan perancangan tahun hadapan. Ia hendaklah mengandungi tarikh, nama program dan jumlah kehadiran ibu bapa. 10. Senarai kanak-kanak. 11. Senarai kakitangan. Mengandungi nama, umur, kelayakan dan salinan kad pengenalan yang diakui sah. 12. Sijil Kursus Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan. Sijilsijil bagi Pengusaha, Penyelia dan Pengasuh (salinan diakui sah). 13. Wang Pos/Cek (RM50.00) atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Disediakan setelah dokumen telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA. 14. Pelan Lokasi. Pelan dari jalan besar/utama bagi memudahkan pihak JKM mengesan lokasi. 15. Peraturan TASKA. Peraturan yang disediakan oleh Pengusaha termasuk senarai harga yuran kanak-kanak. Manakala bagi pendaftaran TASKA di Rumah, berikut adalah antara dokumen yang diperlukan : 1. Borang permohonan pendaftaran TASKA di Rumah. (Boleh didapati dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah) 2. Salinan kad pengenalan 3. Salinan Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak 4. Jadual Aktiviti 5. Jadual Menu 6. Senarai Kanak-Kanak Perakuan pendaftaran TASKA di rumah akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

26

Anda mungkin juga menyukai