Anda di halaman 1dari 33

BAB 5 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan merumuskan dapatan penting daripada analisis kajian dan seterusnya perbincangan melewati aspek implikasi kajian serta lontaran cadangan lanjutan.

5.2

Rumusan Kajian

Kebolehpercayaan sesuatu instrumen adalah antara kriteria penting dalam proses pengujian dan penilaian dalam pembelajaran. Instrumen yang memiliki darjah atau tahap kebolehpercayaan yang tinggi akan menghasilkan keputusan pengujian yang tepat dan penilaian yang dibuat kemudiannya akan menghasilkan tindakan susulan yang sewajarnya.

Pelaksanaan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dalam konteks negara Malaysia seperti yang tercatat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002 bertujuan membolehkan pelajar mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media supaya mereka mampu menguasai ilmu sains dan matematik

dengan lebih berdaya saing pada peringkat antara bangsa. Di samping itu, pengajaran dalam bahasa tersebut juga diharapkan dapat melahirkan generasi yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris. Serentak pelaksanaan pengajaran

dalam bahasa Inggeris bagi kedua mata pelajaran berkenaan membawa implikasi

233

juga dalam pelaksanaan pengujian mata pelajaran berkenaan turut dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini menimbulkan persoalan dari aspek kebolehpercayaan dan ketunggalan dimensi instrumen berkenaan.

Dari aspek penilaian, sesuatu ujian berkenaan perlu mempunyai ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan dan ketunggalan dimensi serta praktikal (Abu Bakar Nordin, 1986). Dengan pelaksanaan sistem peperiksaan dalam bahasa Inggeris bagi keduadua mata pelajaran berkenaan, penilaian yang dijalankan barangkali sudah tidak tertumpu kepada aspek kandungan mata pelajaran berkenaan sahaja tetapi turut menilai kebolehan penguasaan bahasa pelajar berkenaan jika ini berlaku, maka jelas menunjukkan bahawa ia sudah menyimpang daripada prinsip asas pengujian yakni dari aspek ketunggalan dimensi dan ini secara langsung dapat mempengaruhi kebolehpercayaan ujian atau peperiksaan berkenaan (Abu Bakar Nordin, 1986). Penilaian yang baik seharusnya menilai pengetahuan murid dalam bahasa pertuturannya (Donim & Silva, 1994). Dengan itu, murid bebas memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan dan pemahaman dengan lebih baik. terhadap sesuatu perkara

Kajian Alderson (1984), Farreant & Segalowitz (1982) dan Segalowitz (1982) menunjukkan bahawa membaca dalam bahasa kedua adalah lebih sukar dan lebih lambat dari bahasa pertama. Hal ini kerana pelajar-pelajar perlu memahami terlebih dahulu dalam bahasa kedua berkenaan dari aspek kemahiran membaca dan pengetahuan bahasa kedua berkenaan. Apabila pengetahuan diuji dalam
234

bahasa kedua, murid perlu mendapatkan sebanyak mungkin aspek leksikal dan struktur ayat dalam bahasa kedua dan mengaitkan dengan struktur makna sebagai satu wacana (Donim & Silva, 1994).

Sementara kajian yang dijalankan oleh Abedi, Lord dan Plummer (1997) serta Margeret (2005) menunjukkan bahawa penggunaan soalan alternatif dalam bahasa Inggeris yang dipermudahkan daripada soalan asal dapat membantu pelajar

mendapat pencapaian dengan lebih baik tanpa mengurangkan integriti ujian yang dilaksanakan. Keadaan ini seolah-oleh memberikan nafas baru kepada para pelajar dalam usaha mereka untuk memperolehi pencapaian yang lebih baik biarpun soalan ujian digubal dalam bahasa kedua bagi mereka. Dengan itu, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ini masih boleh dilaksanakan. Manakala mekanisme item ujian berkenaan perlulah diubah suai bagi memudahkan pemahaman pelajar agar faktor bahasa bukan menjadi faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar.

Teori Generalizabiliti telah dijadikan sebagai landasan bagi membantu mengenal pasti sumber ralat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid. Kajian lepas (VanLeewen, 1997; VanLeeuwan Dormody & Seevers, 1999; Yao Zhang, 2003) menunjukkan bahawa sumber boleh terdiri daripada beberapa facet seperti pelajar, item rater dan kelas. Dengan mengetahui sumber yang paling menyumbang ralat, maka ia dapat mengurang ralat dalam pengukuran (Eason, 1989).

235

Dalam kajian ini, penyelidik telah membangunkan model cadangan bagi kajian ini untuk menjelaskan pencapaian matematik KBSM Tingkatan 2 dengan menjadikan Teori Generalizabiliti sebagai landasan kajian. Model yang dicadangan seperti ditunjukkan dalam rajah 5.1 di bawah dikembangkan untuk diuji dalam model penuh seperti dalam Rajah 4.9 menggunakan perisian Amos bagi menentukan model berkenaan adalah fit.

Kemahiran BI

Gred BI UPSR

SkorMat

AttBI AttMat

Nota: Kemahiran BI - Kemahiran Bahasa Inggeris AttBI - Sikap terhadap Bahasa Inggeris Gred BI Gred Bahasa Inggeris dalam peperiksaan UPSR AttMat Sikap terhadap matematik SkorMat skor yang diperolehi oleh pelajar dalam ujian matematik Rajah 5.1 Cadangan Model Pencapaian Matematik KBSM Tingkatan 2

236

Model yang dicadangkan ini dilakarkan mengguna rajah jalur (path diagram) dan model persamaan struktur (SEM). Model yang dicadangkan dinilai menggunakan SEM bagi mengenal pasti sama ada model ini fit dengan data yang dikutip

daripada populasi pelajar Tingkatan 2 di negeri Kedah yang terdiri daripada lokasi sekolah luar bandar dan sekolah bandar.

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang paling menyumbang kepada wujudnya ralat pengukuran dalam instrumen pengujian mata pelajaran matematik KBSM Tingkatan 2. Secara lebih khusus lagi kajian ini bertujuan untuk: Menentukan dependabiliti skor ujian pencapaian mata pelajaran matematik KBSM Tingkatan 2 mengikut Teori Generalizabiliti. Menjelaskan bagaimana pembolehubah terpilih mempengaruhi skor ujian pencapaian matematik KBSM Tingkatan 2.

Kajian yang melibatkan seramai 500 orang responden ini memerlukan responden menduduki ujian matematik sebanyak dua kali. Ujian pertama menggunakan soalan asal dan ujian kedua menggunakan soalan yang telah diubah suai. Di samping itu, responden juga dikehendaki mengisi soal selidik berhubung sikap mereka terhadap bahasa Inggeris dan dan matematik serta pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada sekolah luar bandar dan sekolah bandar di negeri Kedah Darulaman.

237

Analisis

data melalui berapa proses bermula dengan analisis item pengujian

menggunakan perisian Quest bagi menentukan kesesuaian item berdasarkan Teori Respon Item (IRT) untuk analisi selanjutnya. Pada peringkat ini, data yang yang didapati tidak memenuhi indeks yang telah ditetapkan digugurkan. Proses kedua setelah item dianalisis, skor ujian akan dianalisis menggunakan perisian Genova bagi mengetahui sumbangan komponen varian setiap facet yang dikaji dan

seterusnya menentukan nilai koeffisien genaralizabiliti dan nilai koeffisien phi yang dapat menjelaskan dependabiliti skor pencapaian matematik. Langkah akhir sekali ialah data dianalisis menggunakan teknik SEM dengan perisian Amos.

Dalam proses menganalisis menggunakan SEM, penentuan taburan normaliti multivariate menggunakan koeffisien Mardia telah dijalankan terlebih dahulu. Dapatan kajian ini menunjukkan data adalah tidak normal. Bagi menangani masalah ini, penyelidik menggunakan kaedah Bootstrapping. Setelah analisis terhadap model cadangan didapati model berkenaan adalah fit dan dapat

menerangkan fenomena pengujian matematik dalam bahasa Inggeris selaras dengan ramalan teori. Model cadangan yang diterima fit diuji semula dengan data mengikut lokasi sekolah dan jantina responden secara terpisah serta secara serentak bagi melihat ukuran fit model berkenaan dan perbezaan yang wujud.

238

5.3

Ringkasan Dapatan Kajian

Hasil kajian akan dibincang berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan akan berpandu kepada jadual-jadual serta rajah-rajah dan keputusan hasil analisis daripada Bab 4 yang lalu. Kajian yang melibatkan 500 orang pelajar Tingkatan 2 terdiri daripada 250 pelajar sekolah luar bandar dan 250 pelajar sekolah lokasi bandar. Dari segi komposisi jantina pula, 55 peratus adalah terdiri daripada pelajar perempuan dan bakinya ialah pelajar lelaki. Kebanyakan pelajar yang terlibat ini berasal dari kampung (54.4%). Berikut adalah rumusan penting daripada dapatan yang diperolehi dalam kajian ini.

5.3.1 Kemahiran Bahasa Inggeris Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memperolehi pencapaian yang baik dalam peperiksaan UPSR sebelum ini lebih 60% pelajar mendapat gred A dan B dalam peperiksaan berkenaan. Sementara analisis kemahiran melalui soalan selidik menunjukkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Perempuan: M = 3.16, SD = 0.77; Lelaki: M = 3.03, SD = 0.96). Dari segi kemahiran mengikut lokasi sekolah pula, responden sekolah bandar lebih memilihi tahap kemahiran bahasa Inggeris

berbanding responden sekolah luar bandar (Bandar: M = 3.18, SD = 0.80; Luar Bandar: M = 3.06, SD = 0.92).

239

5.3.2 Sikap Terhadap Mata pelajaran Hasil kajian mendapati bahawa sikap pelajar perempuan lebih positif berbanding pelajar lelaki bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan (Bahasa Inggeris dan Matematik). Sementara sikap pelajar bandar lebih positif berbanding pelajar sekolah luar bandar bagi mata pelajaran matematik.

5.3.3 Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Secara umumnya, responden menunjukkan bahawa mereka tidak seronok untuk belajar matematik dalam bahasa Inggeris (52.2%). Hal ini kerana mereka (40.4%) berasa sukar untuk mengikuti pembelajaran apabila diajar dalam bahasa Inggeris. Hanya 26.4% yang mengakui mereka tidak sukar mengikuti pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Dari segi pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris, dapatan menunjukkan bahawa guru mengajar matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara berselang-seli. Dalam erti kata yang lain, pembelajaran masih belum dilakukan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Dari segi kecenderungan pelajar untuk menjawab soalan ujian atau peperiksaan pula, majoriti responden (74.4%) pelajar menunjukkan kecenderungan untuk memilih soalan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris (25.6%).

240

5.3.4 Kualiti item Pada umumnya, kebanyakkan item yang diuji adalah memenuhi kualiti item pengujian yang telah ditetapkan iaitu berada dalam lingkungan indeks pointbiserial yang diterima yakni antara 0.3 hingga 0.6 sebagai mana yang digariskan oleh Bond & Fox (2001). Daripada 15 item yang diuji satu item perlu digugurkan dan tiga item perlu dibaiki semula bagi soalan asal. Ini bermakna 70 % item ujian asal boleh diterima. Setelah ujian diubah suai, didapati dua item perlu digugurkan dan satu item dperlu dibaiki. Ini menjadikan 80 % item ujian yang telah diubah suai memenuhi indeks point-biserial. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa item dalam soalan yang diubah suai lebih baik daripada ujian asal. Dapatan juga menunjukkan nilai point-biserial dalam ujian yang diubah suai lebih tinggi berbanding ujian asal. Sementara dari segi kesukaran pula menunjukkan kebanyakaan item yang diubah suai nilai indeks kesukarannya lebih mudah daripada item asal.

5.3.5 Skor ujian matematik Dapatan kajian ini menunjukkan responden berpendapat soalan ujian yang telah diubah suai adalah lebih mudah berbanding dengan soalan asal. Dengan itu, pencapaian responden dalam soalan ujian yang diubah suai adalah lebih baik daripada skor ujian asal. Hasil ujian-T yang signifikan menunjukkan skor pencapaian bagi soalan yang telah diubah suai adalah lebih baik daripada skor pencapaian soalan ujian asal. Keadaan ini menunjukkan bahawa soalan ubah suai dapat membantu pelajar dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Bagi soalan
241

berbentuk objektif dan subjektif, kajian mendapati perbezaan yang signifikan antara kedua-duanya dengan skor pencapaian soalan objektif lebih tinggi daripada skor soalan subjektif.

5.3.6 Dependabiliti Item Analisis Genova yang dijalankan menunjukkan bahawa facet pelajar

menyumbang peratusan yang tinggi (62%) bagi ujian asal dan 63 peratus bagi ujian ubah suai. Ini diikuti dengan kombinasi facet pelajar dan item serta ralat sebanyak 30 peratus bagi ujian asal dan 29 peratus bagi ujian ubah suai. Sementara facet item menyumbang sembilan peratus bagi ujian asal dan menurun kepada tujuh peratus bagi ujian ubah suai. Keadaan ini menunjukkan keberkesanan penggunaan item ubah suai yang dapat menurunkan sebanyak dua peratus daripada varian facet item dalam skor dapatan.

Kajian D yang dijalankan juga mendapati apabila bilangan item ditambah, nilai koeffisien semakin meningkat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bilangan sebanyak 30 item sudah memadai untuk mendapatkan nilai koeffisien yang baik (p = 0.81; = 0.77 bagi kedua-dua ujian). Seandainya, item ditambah melebihi 30 item perbezaan nilai koeffiesen tidak menampakkan perbezaan yang ketara. Serentak dengan itu dapat mengurangkan varian bagi facet item dalam skor dapatan.

242

5.3.7 Model Persamaan Struktur (SEM) Analisis secara menyeluruh terhadap data utama menunjukkan bahawa model fit dengan data yang dikaji. Analisis penentu ukuran model (model calibration) dan pengesahan model (model validation) turut memperolehi dapatan yang serupa, yakni model diterima fit. Ukuran nilai kriteria fit GFI, TLI dan RMSEA berada pada paras yang diterima sebagai fit , > 0.90. Peramal (predictors) yang signifikan dalam meramal skor pencapaian Matematik ialah sikap terhadap matematik

(AttMat, = 0.532) dan kemahira bahasa Inggeris (Kem.BI, = 0.46.3) .

Selain itu, peramal yang signifikan bagi gred bahasa Inggeris ialah kemahiran bahasa Inggeris (Kem.BI, = 0.384) dan sikap bahasa Inggeris terhadap

kemahiran bahasa Inggeris (Kem.BI, = 0.432). Terdapat juga hubungan korelasi yang signifikan antara pemboleh ubah kemahiran bahasa Inggeris dengan sikap terhadap bahasa Inggeris (r = 0.421).

Varian lebih 98 % dapat dijelaskan bagi skor pencapaian matematik tingkatan 2 dalam kajian ini. Hal ini menunjukkan bahawa hanya 2% lagi varian yang

mempengaruhi skor ujian matematik tidak dikaji dalam kajian ini.

a)

Sekolah Luar Bandar

Bagi melihat sama ada model cadangan fit mengikut lokasi sekolah, ujian telah dijalankan semula dengan memisahkan data utama mengikut lokasi sekolah. Model cadangan pencapaian matematik KBSM Tingkatan 2 didapati fit. Nilai kriteria fit
243

indeks GFI, TLI dan RMSEA jelas menunjukkan bahawa model berkenaan fit dengan data sekolah luar bandar. Analisis data memperlihatkan hanya pemboleh ubah sikap terhadap matematik ( = 0.561) memberikan kesan yang signifikan terhadap skor ujian pencapaian matematik. Parameter lain yang turut menunjukkan kesan yang signifikan ialah AttBI Kem.BI ( = 0.315) dan Kem.BI BI ( =

0.406). Terdapat korelasi yang signifikan antara sikap terhadap bahasa Inggeris (AttBI) dengan sikap terhadap Matematik (AttMat) ( = 0.587) bagi sekolah luar bandar. Sebanyak 99% varian dapat menjelaskan skor pencapaian matematik bagi pelajar luar bandar.

b)

Sekolah Bandar

Model cadangan pencapaian matematik KBSM Tingkatan 2 didapati fit dengan data. Nilai GFI, TLI dan RMSEA berada lebih daripada 0.90 yang menunjukkan model fit dengan data. Peramal yang signifikan ialah AttBI 0.601) dan Kem.BI Kem.BI ( =

BI ( = 0.524). Pemboleh ubah peramal bagi skor

pencapaian matematik didapati tidak signifikan. Terdapat korelasi antara sikap terhadap bahasa Inggeris (AttBI) dengan sikap terhadap Matematik (AttMat)

dengan nilai signifikannya ialah = 0.233. 98% varian yang dapat dijelaskan berhubungan pencapaian matematik bagi sekolah bandar dalam kajian ini. Ini menunjukkan hanya 2% sumbangan faktor lain tidak dikaji dalam kajian ini mempengaruhi pencapaian matematik bagi pelajar sekolah lokasi bandar.

244

c)

Pelajar Lelaki

Model yang telah diterima diuji dalam kalangan data pelajar lelaki model tersebut didapati fit dengan data lelaki. Walaupun = 153.37, df = 82, p = 0.000, kriteria fit lain seperti GFI, TLI dan RMSEA menunjukkan model fit dengan data. Peramal yang signifikan kepada skor ujian pencapaian matematik ialah sikap terhadap matematik ( = 0.465) dan Kemahiran bahasa Inggeris ( = 0.549). pemboleh ubah lain yang signifikan ialah AttBI Kem.BI ( = 0.447) dan Kem.BI BI (

= 0.551). Analilis juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap bahasa Inggeris dengan sikap terhadap matematik (r = 0.501).

Sebanyak 99% varian yang dapat menjelaskan skor pencapaian bagi pelajar lelaki berdasarkan pemboleh ubah yang dikaji dan masing-masing 20% dan 28% dalam menjelaskan kemahiran bahasa Inggeris (Kem.BI) dan gred bahasa Inggeris (BI) dan gred bahasa Inggeris (BI).

d)

Pelajar Perempuan

Seperti pelajar lelaki, penganggar ML dengan Bootstrapping dalam perisian AMOS juga mendapati model fit dengan pelajar perempuan. Nilai = 199.62, df = 84, p = 0.000. Indeks GFI, TLI dan RMSEA menunjukkan model diterima sesuai dengan data. Parameter yang signifikan ialah kemahiran bahasa Inggeris (Kem.BI) terhadap gred bahasa Inggeris (BI) yakni nilai = 0.366 dan sikap terhadap bahasa bahasa Inggeris ke atas kemahiran bahasa Inggeris dengan nilai = 0.425. Sementara pemboleh ubah yang memberikan kesan yang signifikan terhadap skor
245

ujian pencapaian matematik ialah sikap terhadap matematik ( = 0.689) dan Kemahiran bahasa Inggeris ( = 0.692).

Hubungan korelasi juga menunjukkan pertalian yang signifikan antara pemboleh ubah kemahiran bahasa Inggeris dengan sikap terhadap bahasa Inggeris (r =

0.268). Sebanyak 99% varian yang dapat menjelaskan skor ujian matematik dengan pemboleh ubah yang dikaji.

e)

Ujian Terhadap Hipotesis

Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam fitting keseluruhan dalam model skor pencapaian matematik antara pelajar luar bandar dan bandar diterima. Hal ini demikian kerana kajian mendapati model yang diuji pada data pelajar luar bandar dan bandar diterima fit hasil ujian menunjukkan bahawa nilai GFI dan TLI berada pada paras lebih daripada >0.90 dan nilai RMSEA berada di bawah <0.08 walaupun nilai p <0.05 (=351.92, df = 168, GFI = 0.916, TLI = 0.911). Analisis fit model bagi data mengikut jantina juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan ( = 340.77, df = 84, GFI = 0.919 dan TLI = 0.912, RMSEA = 0.045).

Hasil ujian invarian antara data antara lokasi sekolah luar bandar dan bandar dan jantina lelaki serta perempuan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Misalnya bagi data sekolah luar bandar dan bandar ( = 400.981, df = 178, GFI = 0.905 dan TLI = 0.898, RMSEA = 0.050) dan data pelajar lelaki dan
246

perempuan ( = 359.919, df = 178, GFI = 0.915 dan TLI = 0.912, RMSEA = 0.046).

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa model tersebut secara keseluruhannya adalah fit secara menyeluruh dengan skor pencapaian matematik tingkatan 2 serta fit mengikut jantina pelajar serta mengikut lokasi sekolah. Fenomena yang berlaku itu telah diterangkan oleh parameter bagi setiap kumpulan pelajar berkenaan.

5.4

Ulasan dan Perbincangan dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris

Pelaksanaan pengajaran

memasuki tahun keempat di negara kita. Dalam tempoh pelaksanaan ini, pelbagai pihak memberikan reaksi yang berbeza sama ada secara positif mahupun negatif. Kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah Jamaluddin (2004) menunjukkan

masih wujud ketidaksediaan pelajar untuk belajar matematik dalam bahasa Inggeris. Dapatan yang sama turut diperolehi oleh Nur`Ashiqin Najmudin & Rusilah Jais (2005) yang melaporkan wujud kerisauan dalam pembelajaran

matematik dalam bahasa Inggeris kerana ia merupakan pengalaman baru dalam pembelajaran responden terbabit.

Memandangkan

pelaksanaan dasar ini masih baru, analisis terhadap item ujian

penting dalam merungkai persoalan sama ada item yang digubal adalah berkualiti dan memenuhi kriteria yang ditetapkan serta meninjau faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi secara signifikan pencapaian pelajar dalam ujian matematik yang
247

dijalankan dalam bahasa Inggeris. Justeru, perbincangan akan melewati aspek dapatan utama kajian ini dibincangkan dalam susunan sub topik di bawah.

5.4.1 Item Ujian Asal dan Item Ujian Ubah Suai Kajian ini mendapati bahawa penggunaan item yang diubah suai dapat membantu pelajar dalam memperolehi skor yang lebih baik berbanding penggunaan item ujian asal. Ini dibuktikan menerusi ujian -t yang dijalankan mendapati bahawa perbezaan skor yang signifikan antara ujian asal dengan item ujian yang diubah suai (t(499) =36.52, p<0.001). Pelajar mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian yang diubah suai (M=7.45, SD=2.80, n=500) berbanding skor yang diperolehi dalam ujian yang menggunakan item asal (M=5.62, SD=2.77, n=500).

Ini diperkukuhkan lagi menerusi kajian G dan kajian D yang dijalankan yang jelas menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan dalam peratusan sumbangan varian pelajar (meningkat 1%) dan menurunkan peratusan varian item (daripada 9% kepada 7%). Hal ini selaras dengan Teori Generalizabiliti yang menggariskan bahawa pelajar adalah penyumbang yang besar dalam kebolehubahan skor ujian (Brennan, 1991). Dapatan ini selari dengan dapatan Van Leeuwen (1997) yang turut menunjukkan bahawa pelajar menyumbang peratusan varian yang tinggi berbanding item dan rater. Terdahulu daripada itu, Brennan (1991) yang mengkaji komponen varian bagi pencapaian mata pelajaran sains telah mendapati pelajar menyumbang varian lebih sekali ganda daripada item. Manakala kajian oleh VanLeeuwen, Dormody & Seevers (1999) menunjukkan bahawa kombinasi
248

pelajar-kelas menyumbang varian yang besar dalam keboleh percayaan penilaian pelajar. Kajian juga mendapati skor ujian yang telah dibuah suai mempunyai dependabiliti yang lebih tinggi daripada item ujian ujian asal.

Sementara penambahan dalam bilangan item ujian, dapatan kajian ini selari dengan kajian-kajian Brennan (1991), Van Leeuwen (1997) dan Yao Zhang (2003) yang menunjukkan penambahan dalam bilangan item dapat meningkatkan nilai dependabiliti (Koeffisien G dan Koeffisien Phi). Van Leeuwen (1997) mendapati jumlah item yang sesuai dengan seorang rater adalah lima belas item sahaja. Dalam kajian ini jumlah item matematik yang dianggap sesuai dan memenuhi nilai kebolehpercayaan sekitar 30 item. Justeru, bagi meningkatkan nilai dependabiliti skor ujian berkenaan tindakan menambah item adalah wajar dilaksanakan sehingga mencapai nilai koeffisien yang dikehendaki.

Hal ini bersesuaian dengan dengan dapatan kajian Abedi, Lord dan Plummer (1997) serta Margeret (2005) yang menunjukkan penggunaan soalan alternatif dalam bahasa Inggeris yang dipermudahkan dapat membantu meningkat skor pencapaian matematik pelajar. Keadaan ini demikian kerana perbezaan dalam struktur ayat yang lebih mudah dapat memberikan kesan pemahaman yang lebih kepada pelajar (Abedi, Hofstette & Lord, 2004).

Kajian ini juga menunjukkan kecenderungan pelajar untuk terus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam peperiksaan matematik. Ini dapat
249

dilihat berdasarkan lebih 50 % berpendapat yang berpendapat tidak seronok belajar matematik dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini wujud kerana didapati masih sukar pelajar-pelajar

(lebih 40%) untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa

berkenaan. Keadaan ini juga menyebabkan guru juga menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (lebih 80%) secara berselang-seli dalam menyampaikan

pengajaran. Keadaan ini selari dengan pandangan Donim & Silva (1994) yang berpendapat penilaian yang baik harus menilai pengetahuan pelajar dalam bahasa pertuturannya bagi membolehkan mereka bebas memberikan respon berdasarkan pengetahuan dengan lebih baik.

Di samping kecenderungan untuk menjawab dalam bahasa Melayu, responden juga memilih untuk menggunakan item soalan yang diubah suai yang pada pandangan mereka adalah lebih mudah daripada soalan asal. Keadaan ini seiring dengan dapatan kajian terdahulu (Abedi, Lord & Plummer, 1997; Bernado, 1999; MacGregor & Price, 1999; Abedi, 2004, Abedi, Hofstetter, & Lord, 2004, Margereth, 2005) yang menunjukkan kecenderungan pelajar untuk menjawab dalam soalan yang diubah suai dari aspek struktur ayat. Menurut Abedi, Lord & Plummer (1997) pengubahsuaian dalam struktur ayat mahupun perkataan yang jarang ditemui oleh pelajar dapat memudahkan pemahaman pelajar untuk memperolehi keputusan yang lebih baik

menjawab soalan dan seterusnya

memandangkan bahasa Inggeris adalah bahasa kedua. Malah pelajar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah juga dapat mencapai keputusan

250

yang lebih baik dalam ujian yang diduduki apabila menggunakan soalan yang permudahkan bahasanya (Abedi, Hofstetter & Lord, 2004).

5.4.2 Model Pencapaian Matematik Model yang dirangka berdasarkan kerangka konseptual ini telah dicadangkan bagi menerang keadaan skor pencapaian ujian matematik tingkatan 2. Persoalannya model cadangan tersebut benar-benar dapat menjelaskan keadaan demikian? Hasil analisis mendapati model yang dicadangkan diterima fit dengan data.

Sikap terhadap mata pelajaran khususnya terhadap matematik memberikan kesan langsung secara signifikan terhadap pencapaian matematik pelajar. Di samping sikap terhadap matematik, sikap terhadap bahasa Inggeris turut memberikan kesan langsung kepada skor pencapaian matematik. Kajian juga mendapati bahawa sikap terhadap bahasa Inggeris mempunyai kesan yang signifikan dengan kemahiran bahasa Inggeris. Seterusnya kemahiran bahasa Inggeris mempunyai kesan yang signifikan dalam meramal gred bahasa Inggeris. Keadaan ini selari dengan dapatan kajian Azizi Hj Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2001), Bassette (2004) dan Arsaythamby (2006) yang telah mendapati sikap terhadap matematik mempengaruhi dengan signifikan terhadap pencapaian matematik.

Sementara gred bahasa Inggeris pula memberikan gambaran secara umum tentang pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan ia dapat membantu pelajar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris
251

lalu membantu pelajar dalam ujian mereka. Keadaan ini

membawa tafsiran

bahawa seandainya pelajar lemah dalam bahasa Inggeris maka mereka akan sukar mengikuti pembelajaran matematik dan mencapai kecemerlangan dalam

peperiksaan atau ujian.

5.4.3 Peramal Kepada Pencapaian Matematik

Dapatan kajian ini menunjukkan dua pemboleh ubah utama yang menjadi peramal kepada skor pencapaian pelajar, iaitu sikap terhadap matematik dan kemahiran bahasa Inggeris. Sikap atau atitud adalah aspek yang penting dan seringkali

mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran (McLeod, 1992, NCTM, 1991, 2000). Menurut Bassette (2004) sikap yang positif terhadap sesuatu mata pelajaran akan memberikan rangsangan kepada seseorang individu pelajar untuk memilih sesuatu mata pelajaran dan seterusnya memberikan kesan kepada pencapaian. Dalam kajian ini didapati pada umumnya responden yang terlibat mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran Matematik. Pelajar perempuan lebih mempunyai sikap yang positif terhadap mata pelajaran matematik berbanding pelajar lelaki (Perempuan: M = 4.43, SD = 1.10; Lelaki: M = 3.70, SD = 1.40). Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Mirano (2005) dan Arsaythamby (2006) yang turut mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam mata pelajaran matematik. Kajian Mc Leod (1992) dan Ma dan Kishor (1997) lebih awal daripada itu juga menunjukkan bahawa sikap amat penting dalam menentukan pencapaian pelajar dalam mata
252

pelajaran matematik. Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang posifif maka dia akan berusaha dengan lebih berbanding dengan peljar yang bersikap negatif dan memperolehi skor yang lebih baik (Ma & Kishor, 1997).

Sebagai mana yang dijelaskan, kemahiran bahasa Inggeris turut menyumbang secara signifikan terhadap skor pencapaian ujian matematik dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan ini menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam peperiksaan peringkat kebangsaan adalah baik yakni lebih daripada 50% pelajar mendapat Gred A dan B. Namun begitu apabila ditinjau pandangan mereka berhubung penguasaan bahasa mereka, kajian ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar perempuan dan pelajar lokasi bandar adalah lebih baik daripada pelajar lelaki dan pelajar di luar bandar (Perempuan: M=3.16, SD =0.77; Lelaki: M=3.03, SD=0.96; Bandar: M=3.18, SD =0.80 ; Lelaki: M=3.06, SD=0.92).

Dalam konteks pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia, pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris terlebih dahulu dan keadaan ini amat mempengaruhi skor pencapaian pelajar (Alias Baba, 1997). Sekiranya mereka menguasai bahasa berkenaan maka sudah tentu akan meningkatkan skor pencapaian matematik. Kajian ini mendapati kemahiran

bahasa Inggeris adalah signifikan mempengaruhi skor pencapaian matematik. Ia juga memberikan gambaran bahawa semakin tinggi gred yang diperolehi maka semakin tinggi skor pencapaian matematik yang diperolehi. Ini seiring dengan kajian Aiken (1972), Mestre (1981), Secada (1992) dan Berdugo & Hoover (1997)
253

yang turut menyatakan bahawa penguasaan yang baik dalam bahasa mempunyai hubungan yang signifikan dalam menyelesaikan masalah matematik. Mestre (1981) mendapati wujud korelasi yang signifikan dan positif antara penyelesaian matematik dan kemahiran bahasa dikalangan pelajar keturunan Hispanik yang mengguna bahasa Inggersi sebagai bahasa kedua. Begitu juga dapatan kajian Owing dan Quinn (1992) yang mendapati bahasa Inggeris mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian matematik dalam bahasa kedua (bahasa Inggeris).

Dalam hal ini, Secada (1992) berpendapat, murid yang menguasai dua bahasa lebih memberikan manfaat kepada kognitif dalam menguasai sesuatu mata pelajaran. Ini dikukuhkan lagi oleh Abedi (2003) yang turut mendapati factor bahasa mempnuyai peranan besar dalam penilaian sesuatu kursus, khususnya mata pelajaran matematik.

5.5

Respon Kepada Soalan Kajian Apakah dependabiliti skor ujian pencapaian mata pelajaran

Soalan 1:

matematik KBSM Tingkatan 2 mengikut Teori Generalizabiliti? Dependabiliti skor pencapaian matematik Tingkatan 2 dalam kajian ini pada umumnya adalah boleh dipercayai dengan nilai koeffisen masing-masing

koeffisien G (p) = .676 dan Koeffisien phi () = .630 bagi ujian asal dan p = .679 dan () = .620 bagi ujian ubah suai. Kajian juga mendapati pertambahan dalam item ujian kepada 30 item sudah memadai untuk mendapat dependabiliti

254

yang baik, iaitu G (p) =.809 dan p = .765. Oleh itu bagi meningkatkan dependabiliti skor ujian pertambahan item adalah amat wajar.

Soalan 2:

Apakah sumbangan setiap facet terhadap varians ralat mengikut

Teori Generalizabiliti? Facet yang dikaji seperti facet pelajar (person) dengan menyumbang perbezaan yang besar iatu sebanyak 62% bagi soalan asal dan 63% bagi soalan yang diubah suai. Ini diikuti dengan interaksi komponen varian pelajar-item serta ralat lain sebanyak 29 bagi soalan asal dan 30% bagi ujian yang diubah suai. Sementara varian yang disumbangkan oleh facet item sebanyak 9% bagi soalan asal dan 7% bagi soalan yang diubah suai. Pertambahan dalam jumlah item juga juga turut memperlihatkan pengurangan ralat yang disumbangkan oleh kombinasi komponen item-pelajar dan ralat lain. facet item dan

Soalan 3:

Sejauhmanakah model cadangan fit data pemboleh ubah bebas dan

pembolehubah bersandar? Ho: Model cadangan fit dengan data kajian. Model yang dicadangkan fit dengan data. Nilai = 190.326, df = 84, p<0.000, GFI = 0.953, TLI = 0.945 dan RMSEA = 0.050.

255

Soalan 4: perempuan?

Adakah model yang dicadangkan fit dengan jantina lelaki dan

Ho: Tidak ada perbezaan fitting yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Kajian mendapati model cadangan adalah fit dengan kedua-dua kumpulan pelajar berlainan jantina ( = 340.77, df = 84, GFI = 0.919 dan TLI = 0.912, RMSEA = 0.045). Model ini juga turut menjelaskan aspek-aspek yang dikaji yang signifikan dengan pencapaian matematik bagi kedua-dua jantina. Keadaan ini menunjukkan respondenadalah daripada kumpulan populasi yang sama. Peramal pencapaian pelajar lelaki dapat meramal pencapaian pelajar perempuan dalam ujian pencapaian Matematik.

Soalan 5:

Adakah model yang dicadangkan fit dengan lokasi sekolah bandar

dan luar bandar? Ho: Tidak ada perbezaan fitting yang signifikan antara pencapaian pelajar luar bandar dan bandar (=351.92, df = 168, GFI = 0.916, TLI = 0.911). Kajian menjelaskan model yang dicadangkan adalah fit dengan kedua-dua kumpulan pelajar berlainan berlainan lokasi sekolah. Hal ini menjelaskan bahawa model kajian ini boleh menerangkan fenomena yang berlaku dalam ujian pencapaian Matematik Tingkatan 2 sama ada bagi pelajar sekolah di luar bandar atau pelajar sekolah di bandar.

256

Soalan 6:

Adakah terdapat kesan faktor peramal dalam model yang

dicadangkan terhadap skor pencapaian secara signifikan? Secara umumnya faktor peramal yang dikaji memberikan kesan langsung atau secara tidak langsung terhadap pencapaian matematik. Pemboleh ubah sikap terhadap matematik dan kemahiran bahasa Inggeris dalam kajian ini adalah peramal yang signifikan dalam menjelaskan skor ujian pencapaian matematik KBSM Tingkatan 2. Sejumlah 98.9% varian dapat menjelaskan skor pencapaian ujian matematik.

5.6

Implikasi Kajian

Beberapa implikasi yang dapat diketengahkan yang mencakupi implikasi kepada pelajar, ibu bapa, guru dan penggubal dasar berhubung dengan kajian ini.

Kajian ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa penggunaan item yang telah diubah suai dapat membantu pelajar untuk mendapat skor yang lebih baik dalam ujian pencapaian Matematik. Perbezaan min skor kedua-dua ujian berkenaan jelas menunjukkan perbezaan yang signifikan. Serentak dengan pencapaian skor yang lebih baik dalam ujian menggunakan item yang diubah suai, analisis

generalizabiliti menunjukkan penurunan dalam peratusan komponen varian yang disumbangkan oleh facet item dan seterusnya meningkatkan peratusan varian yang disumbangkan oleh varian pelajar. Keadaan ini menggambarkan pencapaian disebabkan faktor pelajar sendiri yang lebih memahami dan menguasai kehendak soalan berkenaan. Analsis item menggunakan teknik perisian berasaskan Teori
257

Respons Item (IRT) pula menunjukkan pergerakan keluk ICC bagi kebanyakkan item adalah dari kanan ke kiri yang menggambarkan item yang diubah suai adalah lebih mudah indeks kesukarannya jika dihubungkan dengan abiliti pelajar.

Dapatan analisis dependability pula memberikan maklumat dengan lebih tepat dalam menentukan jumlah soalan yang harus digunakan dalam ujian bagi mendapatkan nilai indeks dependability yang lebih baik. Ini berbezakan kaedah Spearman-Brown yang hanya menyatakan pertambahan dalam bilangan item dapat meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian tetapi tidak dapat menentukan jumlah sebenar bilangan item secara tepat untuk mendapatkan indeks yang boleh diterima. Berbeza dengan analisis dependability berdasarkan Teori Generalizabiliti yang secara jelas menentukan nilai koeffisien yang tepat bagi sesuatu jumlah item yang digunakan (Shavelson & Webb, 1991).

Analisis SEM pula menunjukkan beberapa pemboleh ubah yang didapati signifikan dalam menjelaskan pencapaian responden dalam ujian pencapaian Matematik Tingkatan 2. Rajah 5.2 di sebelah menunjukkan model parsimony bagi menjelaskan pencapaian skor pelajar dalam kajian ini.

258

e14 e13 e12

1 1 1

R1

F C B KemBI

Gred BI e18
1

1 1

Obj

SkorMat BI1 BI4 AttBI Subj


1

e5
1

e4 e3 e2
1 1

e19 AttMat Mat1


1

BI6 BI9
1

e1

BI15

Mat15 Mat5
1 1

e10

Mat11
1

Mat13
1

e6

e9

e8

e7

Rajah 5.2 Model Parsimony

Kajian ini menunjukkan bahawa kemahiran bahasa Inggeris (KemBI) dan sikap terhadap Matematik (AttMat) memberikan kesan yang signifikan kepada skor pencapaian pelajar (SkorMAt). Sekiranya kemahiran bahasa Inggeris pelajar baik maka ini memudahkan pelajar untuk dapat memahami soalan dan seterusnya memperolehi skor yang lebih baik. Begitu juga dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran khususnya mata pelajaran Matematik. Sikap yang positif dapat membantu dalam memberikan motivasi kepada mereka untuk lebih tekun dalam mata pelajaran berkenaan.

259

Sikap terhadap bahasa Inggeris (AttBI) pula memberikan kesan yang signifikan kepada tahap kemahiran bahasa Inggeris (KemBI) dan seterusnya memberikan kesan yang signifikan dalam memperolehi gred (Gred BI) yang lebih baik. Sementara hubungan sikap terhadap bahasa Inggeris (AttBI) dan sikap terhadap Matematik (AttMat) menunjukkan terdapat pertalian yang signifikan. Seandainya sikap bahasa Inggeris tinggi atau positif maka sikap terhadap matematik juga tinggi atu positif. Begitulah sebaliknya.

Oleh itu, itu pelajar harus memberikan perhatian dan meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris mereka bagi membantu mereka dalam memahami pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris. Sekiranya pelajar tidak menghiraukan kepentingan bahasa Inggeris maka sudah tentu implikasinya amat besar, iaitu mereka akan gagal menguasai mata pelajaran matematik dan seterusnya gagal matematik dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Ini seterusnya membawa implikasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi atau mendapatkan pekerjaan sesuai yang kini semakin mementingkan bahasa Inggeris dan matematik.

Dalam masa yang sama, guru berperanan sebagai pembimbing dan penentu kejayaan atau kegagalan kepada pelajar. Justeru dalam menyampaikan pengajaran dalam bahasa Inggeris, guru berada dalam keadaan dilema sama ada menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris atau bercampur-campur. Penggunaan sepenuhnya
260

dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan murid gagal memahami dan menguasai kandungan yang diajar. Manakala penggunaan bahasa yang bercampur-campur mungkin akan merencatkan usaha memperkayakan penguasaan bahasa pelajar sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan. Dalam hal ini, Garcia-Vazquez, Lopez & Ward (1997) berpandangan bahawa adalah penting bagi guru untuk menyampaikan pengajaran dalam kedua-dua bahasa berkenaan yakni, bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, namun yang terbaik ialah membangunkan literasi dalam bahasa pertama. Ini kerana Favreau & Segalowitz (1982) dan Alderson (1984) berpendapat bahawa membaca dalam bahasa kedua adalah sukar dan lebih lambat daripada bahasa pertama.

Pihak sekolah atau guru bahasa Inggeris boleh mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kelas tambahan yang intensif untuk pelajar lemah khususnya pelajar luar bandar yang berada pada paras kemiskinan bagi membantu mereka menguasai bahasa dan memahami pembelajaran matematik ke arah mengelak mereka daripada jauh ketinggalan.

Kepada ibu bapa, mereka sewajarnya memberikan perhatian kepada keperluan bahasa Inggeris anak-anak mereka. Seandainya mendapati anak-anak mereka lemah dalam bahasa Inggeris, maka tindakan sewajarnya patut diambil seperti menghantar kelas tambahan untuk menguasai bahasa yang lebih baik di samping memberikan motivasi kepada anak-anak akan kepentingan bahasa Inggeris dan matematik pada hari ini.
261

Sementara kepada pembuat dasar, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia harus memberikan perhatian yang sepenuhnya dalam menangani pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Seandainya pembelajaran matematik dan sains ingin terus dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, maka aspek kemahiran bahasa Inggeris wajar diberikan perhatian. Sekiranya pelajar lemah bahasa Inggeris maka pelajar bukan ketinggalan dalam bahasa Inggeris semata-mata, tetapi juga mata pelajaran lain yang diajarkan dalam bahasa tersebut seperti Matematik dan Sains.

Pihak kementerian harus mengadakan kursus-kursus yang berkaitan kepada para pendidik dan para pendidik agar pelaksanaan dasar ini berjalan dengan lancar tanpa membawa implikasi negatif. Penambahan masa dalam pengajaran bahasa Inggeris mungkin diperlukan bagi meningkatkan penguasaan bahasa pelajar di samping mengkaji kandungan sukatan mata pelajaran sedia ada agar lebih menitikberatkan penggunaan bahasa di bilik darjah. Cummin (1996) berpendapat penguasaan aspek bahasa yang lebih teknikal dalam konteks akademik perlu mengambil masa yang lebih panjang.

Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia juga boleh mempraktikkan penggunaan soalan dalam matematik dalam bahasa Inggeris yang dipermudahkan bagi membantu pelajar memahami kehendak soalan dan seterusnya menjawab dengan betul. Dalam hal ini kajian dan latihan bengkel yang berkaitan pembinaan item
262

pengujian wajar diadakan dari semasa ke semasa melibatkan guru bahasa Inggeris dan matematik demi memudahkan memahaman pelajar tanpa menjejaskan kualiti soalan itu sendiri. Cummin (1983) menegaskan bahawa kemahiran bahasa tidak hanya penting dalam konteks komunikasi bersemuka sahaja tetapi juga penting dalam amalan pembinaan item penilaian dan pengujian. Hakuta (1984) pula menekankan betapa perlunya membangunkan sistem penilaian yang praktikal sesuai dengan pelajar yang menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

5.6.1 Cadangan Kajian Selanjutnya Kajian ini hanya melihat secara khusus berhubung dengan item pengujian

matematik dan beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik tingkatan 2 di sekolah di negeri Kedah Darulaman. Tumpuan yang diberikan juga hanya kepada soalan penyelesaian masalah tanpa keseluruhan kandungan sukatan pelajaran.

Oleh itu, kajian selanjut mungkin perlu mengambil kira aspek kandungan sukatan pelajaran yang lebih luas bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh berdasarkan bidang matematik yang lain. Dalam kajian tersebut juga dicadangkan menggunakan pendekatan yang lain seperti pendekatan eksperimen bagi membandingkan antara kumpulan serta menggunakan kajian kualitatif bagi

mengetahui masalah sebenar dalam isu yang dibincangkan. Ini berdasarkan cadangan oleh Shepard, Taylor & Betebenner (1998) yang mencadangkan kajian

263

dalam reka bentuk eksperimen bagi memastikan kesahihan, kelebihan dan kekurangan ujian soalan alternatif.

Selain itu, kajian juga boleh diperluaskan dengan melihat sumber facet yang lain seperti kesesuai bilangan rater dan tempoh masa ujian dengan berdasarkan Teori Generalizabiliti bagi memastikan ujian yang digubal benar-benar boleh dipercayai di samping menjimatkan kos serta membawa makna kepada pelajar-pelajar.

Memandangkan sampel kajian ini terhad kepada negeri Kedah kajian lanjutan yang lebih luas merangkumi seluruh Malaysia mungkin wajar difikirkan untuk mendapatkan gambaran yang meyeluruh berhubung dengan penguasaan matematik dalam bahasa Inggeris. Jika perlu kajian boleh dibuat mengikut zon seperti Zon Utara, Timur, Tengah, Selatan serta Sabah dan Sarawak.

Selain mata pelajaran matematik yang dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, mata pelajaran yang turut terlibat ialah mata pelajaran sains. Justeru, kajian lanjut boleh dilaksanakan bagi menguji keberkesanan item yang diubah suai dalam mata pelajaran berkenaan. Tambahan pula mata pelajaran sains lebih banyak

menggunakan soalan berbentuk ayat-ayat yang lebih panjang. Ini akan banyak memberikan sumbangan yang besar kepada golongan pelajar berkenaan.

264

5.7

Kesimpulan

Kajian dalam bidang penilaian dengan menggunakan Teori Generalizabiliti adalah suatu yang baru di Malaysia, justeru wajar bagi para penyelidik meneroka dengan lebih meluas demi memperkayakan khazanah penyelidikan khususnya dalam pengujian dan penilaian dalam pelbagai mata pelajaran.

Penggunaan soalan ujian yang diubah suai pula dapat membantu dalam meningkatkan skor pencapaian matematik pelajar Tingkatan 2. Ia memberikan gambaran kepada semua pihak khususnya kepada pembuat dasar bahawa langkah alternatif yang menguntungkan pelajar boleh diambil demi meningkatkan

penguasaan dan pencapaian dalam mata pelajaran mereka tanpa menjejaskan kualiti soalan ujian. Manakala sikap dan penguasaan bahasa Inggeris pula menjadi peramal yang signifikan bagi pencapaian matematik yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

265

Anda mungkin juga menyukai