Anda di halaman 1dari 10

Pegenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, cabaran bermaksud sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar

(menguji kemampuan dan ketabahan) seseorang atau sesebuah organisasi dan lain-lain. Manakala dialog bermaksud perbincangan antara dua pihak atau lebih. Tamadun pula bermaksud keadaan kemajuan atau pemikiran , budaya , sosial ,politik , peradaban dan lain-lain. Menurut Leonard Swidler, dialog bererti perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju ; (a coversation on subject between two or more persons with different views, the primary purpose of which, is for participant to learn from each other so that he or she can change and grow).Manakala Yusri Mohamad Ramli mendifinisikan dialog antara tamadun merupakan suatu komunikasi interaktif antara dua individu atau pihak yang mempunyai nilai dan pandangan yang berbeza merangkumi hiwar ( dialog interaksi ) ,munazarah ( mencari kebenaran ) dan mujadalah ( menyanggah pendapat yang salah ) di dalam isu-isu kenegaraan , wilayah, agama , bangsa , etnik , suku, budaya , pemikiran , sejarah dan juga masa kini. Pembinaan tamadun Malaysia banyak dipengaruhi oleh tamadun utama seperti Tamadun Islam , Tamadun China dan Tamadun India. Kejayaan Tamadun Malaysia banyak bergantung kepada keberkesanan dialog antara tamadun-tamadun tersebut dalam proses memurnikan persamaan nilai antara tamadun. Namun keharmonian , kemurnian ,kesepakatan , penerimaan serta toleransi yang wujud dan dijalinkan bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai cabaran perlu ditangani dengan bijaksana dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Pengaruh ketamadunan yang pelbagai ini akan mewujudkan persamaan dan perbezaan dalam pelbagai sudut sama ada agama , politik dan sosio-budaya. Maka dialog antara tamadun memainkan peranan untuk mencari persefahaman. Cabaran yang paling ketara dalam mencari persefahaman adalah kerana ia banyak menuntut perubahan dari segi pendirian, malah kadangkala kepercayaan. Dialog juga adalah bersifat pragmatik. Ia adalah tindak balas (reaction) kepada kemelut permasalahan yang timbul. Prinsip-Prinsip Dialog Menurut Yusri Mohamad Ramli, dalam proses berdioalog kita perlu mengamalkan 11 prinsip utama agar hasil dialog tersebut mempunyai kualiti dan diterima secara adil antara dua pihak yang terlibat. Prinsip-prinsip tersebut ialah :

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Berdasarkan kebenaran, tiada pendustaan , serius intipatinya dan tiada syak wasangka. Iltizam kepada perkara yang dibincangkan. Mempunyai dalil yang jelas , logik dan banyak. Matlamat mencari kebenaran , walaupun kebenaran berada di pihak yang lain. Bersikap rendah diri, bersopan santun dan tidak sombong. Memberi peluang kepada pihak lain memberi pendapat serta tidak memburukkan peribadi dan kepercayaan yang dipegang oleh pihak lain.

7. 8. 9. 10. 11.

Menghormati para cerdik pandai dan ilmuan. Tidak menyanggah secara membuta tuli atau menghukum pihak lain. Dialog berdasrkan realiti yang kukuh dan mempunyai matlamat yang tepat. Menentukan konsep , hukum serta peraturan- peraturan tertentu. Berbahas, berdiaolog dengan cara yang baik , tidak emosional dan provokatif. Medium dalam pelaksanaan dialog boleh berlaku dalam pelbagai situasi sama ada

dalam bentuk formal atau pun tidak formal seperti komunikasi seharian , diskusi , wacana , forum , perdebatan , pembentangan , bual bicara , sembang-sembang , facebook , twitter , pembacaan , pengkajian serta saluran media massa seperti radio dan televisyen.Dialog adalah suatu usaha yang baik kerana ia adalah pendekatan yang berguna dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Keadaan sebegini akan memungkinkan kita membentuk sebuah tamadun yang unik, yang berteraskan kesemua tamadun dan budaya yang ada di Malaysia.

Cabaran-Cabaran Dialog Antara Tamadun Cabaran menjadi lebih sukar apabila melibatkan Teologi. Teologi melibatkan pegangan, kepercayaan dan keyakinan bersifat mutlak. Agama merupakan wilayah suci yang amat sukar menerima ruang perubahan. Di dalam agama Islam misalnya,unsur-unsur utamanya seperti kepercayaan dan keimanan terhadap Allah, Nabi, Hari Akhirat, soal hukum hakam dan sebahagian nilai-nilai akhlakiah adalah tetap dan tidak boleh diubah. (Dr. Mohd Farid Shahran.2008). Unsur-unsur seperti ini tidak memberikan ruang kepada tolak ansur untuk

diubahsuai agar dapat berinteraksi dengan agama lain yang nyata bercanggahan dengannya dan boleh membawa kepada apa yang digelar syirik dan kekufuran.

Teologi adalah suatu cabang perbezaan yang paling ketara dan amat sukar untuk dicari persefahamannya. Konsep monoteisme dalam Islam begitu ketara perbezaannya dengan konsep kepercayaan monoteisme lain. Islam berpegang teguh kepada konsep tauhid dan mengagungkan Allah yang Esa dan Maha Pencipta. Agama Hindu pula berpegang kepada konsep penyembahan dewa-dewa. Walaupun Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama monosteitik, tetapi sebenarnya ketiga-tiganya adalah jauh berbeza antara satu sama lain. Agama Buddha yang banyak dianuti oleh Masyarakat Cina di Malaysia pula adalah lebih berkonsepkan kepercayaan nenek moyang. Kadang-kadang kerana terlalu ingin mewujudkan keserasian dan kesepakatan dalam masyarakat di Malaysia , ada pihak yang sanggup memandang remeh permasaalah agama, contohnya Kongsi Raya. Apabila Hari Raya Aidilfitri yang disambut seiring Tahun Baharu Cina, maka sambutan tersebut disatukan dan diraikan bersama seolah-olah perayaan umat Islam boleh disamakan dengan sambutan perayaan lain. Kerana inginkan kesempurnaan dalam pembentukan Tamadun Malaysia ada pihak lupa bahawa matlamat tidak semestinya menghalalkan cara. Ini merupakan suatu cabaran terhadap kesyumulan agama Islam itu sendiri. Namun dari perspektif yang lebih liberal penerimaan ini adalah suatu kejayaan terhadap penyatuan tamadun di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat ruang-ruang di mana dialog antara agama dan tamadun ini telah berjaya mengawal keadaan agar kesemua tamadun dan penganut agama yang pelbagai ini dapat hidup dalam keadaan harmoni di Malaysia. Tamadun Islam misalnya, walaupun dilandasi dengan prinsip dan pandangan agama yang agak ketat, namun sejarah tamadun yang telah sedia ada ternyata lebih realistik dan terbuka dalam mewujudkan perhubungan yang sihat antara penganut-penganut agama. Contohnya, walaupun Islam menentang keras kekufuran dan syirik,namun ruang untuk bebas beragama tetap diberikan kepada penganut-penganut agama lain. Usaha-usaha dialog telah lama berkembang sejak dahulu untuk mencapai

kesempurnaan dalam kehidupan bermasyarakat yang pelbagai. Antaranya oleh golongan Mutakallimun ( berdebat dengan Pendeta Nasrani dan agama-agama lain ), Sufiyyun ( hubungan antara agama secara metafizik dan fizik ) , Fuqaha ( hukum hakam antara agama )dan Falsafah ( kajian saintifik , antropologi dan sosiologi serta agama ). Penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan oleh kaum-kaum lain melalui perlembagaan menjadikan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengecapi hidup secara harmonis. Islam menjadi tunjang kepada pembentukan Tamadun Malaysia, tanpa menindas agama-agama lain untuk dianuti.

Kepelbagaian etnik yang mengamalkan kepercayaan , adat, cara hidup atau pun budaya berbeza-beza menjadikan cabaran yang lebih kuat dalam pembentukan Tamadun. Perbezaan ini dapat dinilai dan ditinjau dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Peristiwa 13 Mei yang berlaku di antara kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia adalah bertitik tolak daripada rasa tidak puas hati antara kaum Melayu, Cina dan India. Ketegangan yang berlarutan telah mencetuskan perselisihan faham dan seterusnya pertumpahan darah. Konflik yang dicetuskan ini telah menggugat kestabilan politik ,ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Pembentukan tamadun Malaysia telah tercalar akibat tiada penerimaan dan toleransi antara kaum yang ada. Peristiwa itu adalah suatu contoh kegagalan dialog antara budaya dan komuniti tamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Ia telah memberikan suatu impak yang besar terhadap politik di Malaysia. Persefahaman tidak wujud lantaran ketidaksamaan ideologi antara kaum. Pada dasarnya, walaupun telah lama berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di sini sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ada di antara kaum pendatang dari Negara India dan China masih berkiblatkan negara asal mereka. Arus pemikiran serta pegangan politik mereka masih berbau politik di negara asal. Keadaan ini telah menyukarkan kewujudan semangat nasionalisme Malaysia di kalangan semua kaum tersebut. Dari aspek politik juga, setiap kaum di Malaysia adalah berkecenderungan menyertai parti politik yang dapat mewakili kaum mereka demi kepentingan bersama. Kecenderungan ini menyebabkan pelbagai parti politik ditubuhkan. Kepentingan ideologi , dasar , pegangan dan pembawaan parti-parti poltik ini sebenarnya menjarakkan hubungan antara kaum yang ada. Namun kita dapat melihat persepakatan dapat dicapai bersama untuk mewujudkan kerjasama dalam pemerintahan dengan tertubuhnya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang masingmasing bertoleransi sesama parti kompenan untuk mewujudkan persefahaman. Persepakatan ini dilihat perlu oleh para pemimpin dalam usaha pembinaan tamadun Malaysia .Barisan Nasional yang terdiri dari parti-parti kompenan dominan iaitu UMNO,MCA,MIC dilihat lebih memberi impak dalam usaha mewujudkan persefahaman dan Tamadun Malaysia berdasarkan pencapaian yang yang telah ditunjukkan. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Perucapan YAB Dato Ssri Najib Tun Abdul Razak merupakan suatu iltizam Malaysia ke arah pembentukan suatu Tamadun Malaysia yang unggul. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau adalah bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Pelbagai usaha dan dialog diadakan dari semasa ke semasa ke arah mencapai kemurniaan tamadun. Di dalam sistem ekonomi Islam, konsep riba adalah diharamkan sama sekali. Sebarang urusniaga berteraskan riba adalah dilarang tegas. Ini adalah bertujuan untuk memelihara hak di antara penjual dan pembeli agar tidak berlaku penindasan ke atas mana-mana pihak. Manakala di dalam ekonomi tamadun bukan Islam, konsep halal haram tidak pernah timbul apabila berkait dengan keuntungan yang diperolehi. Apa yang dipentingkan hanyalah untuk memaksimumkan keuntungan di dalam sebarang urusniaga. Hal ini telah memberikan tekanan kepada penganutpenganut agama Islam dan berlarutan sehingga ke hari ini. Di dalam sistem ekonomi yang diamalkan pada hari ini, masyarakat Islam sebenarnya masih tidak dapat lari daripada menjadi mangsa urusniaga berteraskan riba. Ini adalah kerana dasar ekonomi global adalah dimonopoli oleh kaum bukan Islam. Inilah cabaran yang telah mewujudkan jurang yang ketara dari segi ekonomi di antara komuniti di dalam Tamadun Islam berbanding komuniti lain. Selain itu, faktor sejarah juga telah meletakkan bidang ekonomi sebagai suatu cabaran dialog antara pelbagai tamadun yang terdapat di Malaysia pada hari ini. Kesan daripada penjajahan British di Tanah Melayu telah mewujudkan perbezaan sektor ekonomi antara kaum. Penjajah British melalui Sistem Kangany telah membawa masuk buruh dari India Selatan bermula pada tahun 1890 sehingga 1938. Mereka telah ditempatkan untuk bekerja di ladangladang getah. Sementara itu, menjelang tahun 1820-an, buruh-buruh Cina pula telah di bawa masuk ke tanah Melayu.Mereka ditempatkan di lombong-lombong bijih timah. Oleh kerana sikap gigih dan sanggup bersusah payah untuk maju, kaum Cina telah berjaya membeli dan menguasai sebahagian besar lombong-lombong bijih timah yang terdapat di Tanah Melayu pada masa itu. Meraka telah berjaya menjadi majikan dan mengupah orang Melayu tempatan untuk menjadi buruh. Bermula semenjak itu, sumber ekonomi ketiga-tiga kaum ini telah ditentukan dan ini berlarutan sehinggalah ke hari ini di mana keadaannya masih tidak jauh berubah. Sumber ekonomi ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia ini masih tidak jauh bezanya dengan keadaan asal. ( Asmawati Ahmad Ishak .1992)

Perbezaan tersebut telah menyukarkan dialog dan persefahaman antara komuniti tamadun yang terdapat di Malaysia kerana sukar untuk mewujudkan tahap ekonomi yang sama taraf. Situasi menang menang tidak dapat diwujudkan di antara ketiga-tiga kaum utama ini. Akan tetapi, sikap tolak ansur dan tidak berhasad dengki antara satu sama lain telah berjaya mengekalkan keharmonian di kalangan pelbagai kaum. Pelbagai dasar ekonomi yang dirancang kerajaan dilihat dapat menseimbangkan jurang ekonomi antara kaum. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berlangsung selama 20 tahun merupakan tujuan untuk mewujudkan keseimbangan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum tanpa mengambil hak kaum lain. Toleransi antara kaum dapat dilihat dengan tiada berlakunya konflik yang menggagalkan hasrat murni kerajaan ini ke arah pembentukan Tamadun Malaysia yang unggul. (Yew Chee Wai.2001). Dari aspek sosial, kita dapat lihat terdapat 7 era perubahan dalam sosio-budaya

masyarakat di Malaysia. Bermula dengan Empayar Melayu Melaka, Keruntuhan Empayar Melaka , Penjajahan Portugis dan Belanda , Penjajahan Inggeris , Penjajahan Jepun , Pra Kemerdekaan dan Selepas Kemerdekaan. Perubahan-perubahan ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam pembinaan Tamadun Malaysia. Tanah Melayu asalnya terdiri dari penduduk Melayu dan Bumiputera telah berkongsi hidup dengan kaum-kaum lain terutamanya kaum Cina dan India. Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris mewujudkan jurang yang besar sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tamadun Islam, amat menekankan kesamarataan hak dan taraf semua manusia. Tidak wujud perbezaan di antara seorang manusia dengan manusia yang lain kecuali tahap ketaqwaannya kepada Allah s.w.t. Apa yang benar-benar membezakan seseorang adalah keimanannya kepada Allah serta amal ibadah yang dilakukannya. Hal yang demikian adalah jauh berbeza dengan Tamadun India di mana manusia adalah terbahagi kepada kasta. Kasta itu pula boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Meraka dari kasta yang lebih tinggi iaitu Kasta Brahmin berhak mendapat layanan kelas pertama serta layak melakukan pekerjaan yang lebih mulia. Manakala mereka yang berketurunan Paria, iaitu kasta yang paling rendah tidak berhak mendapat sebarang keistimewaan dan hanya layak menjadi hamba suruhan kasta yang lebih tinggi. Bagi Komuniti Tamadun Cina pula, mereka mengelaskan komuniti mereka berdasarkan tahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki oleh individu. Di sini juga tidak wujud kesamarataan hak antara individu di dalam kelompok tersebut.

Ketidaksamaan di antara tamadun inilah yang mewujudkan cabaran yang amat sukar dicarikan persefahamannya. Namun kini kita dapat melihat kegiatan ekonomi tidak lagi didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. Kaum India ( Paria ) yang dikelaskan golongan bawahan bebas memperoleh apa-apa pekerjaan dan menguasai ekonomi yang lebih tinggi. Ini Kerana jalinan tamadun Islam yang diterima oleh kaum India memberi kebebasan kepada mereka untuk tidak terkongkong dengan pegangan asal mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk menangani permasalahan ini. Antaranya penubuhan Jabatan Perpaduan

Negara , Jabatan Penerangan dan pelbagai lagi untuk memberi kesedaran betapa pentingnya hubungan antara kaum dijalinkan dengan kesedaran saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya masyarakat sentiasa prejudis antara satu sama lain , tiada semangat penerimaan dan toleransi amatlah sukar dalam usaha pembinaan tamadun bersama. Walaubagaimanapun, sebagai sebuah negara yang terdiri dari berbilang bangsa, masyarakat di Malaysia adalah bebas berpegang teguh kepada budaya masing-masing dan tidak perlu memandang serong terhadap satu sama lain. Inilah yang membentuk keunikan Masyarakat majmuk di Malaysia berbanding masyarakat lain. Dari aspek globalisasi ataupun dunia tanpa sempadan , pelbagai unsur positif dan negatif menyerap masuk dalam negara kita. Oleh itu adalah amat penting negara menyusun pelbagai strategi agar pembinaan bangsa Malaysia tidak tergugat. Unsur-unsur negatif antaranya isu-isu terorisme dan pelampau Islam yang digembar-gembur oleh Barat merupakan satu ancaman dan cabaran penting. Imej buruk Islam sebagai agama pengganas, sukakan peperangan sedikit sebanyak memberi impak kepada Malaysia sebagai sebuah negara pendokong Islam. Pelbagai kegiatan dialog dapat memberi pandangan yang jelas terhadap Islam. Unsur-usur negatif lain seperti pemakaian, muzik , budaya Barat seharusnya disekat dari menjadi ikutan masyarakat di Malaysia. Pengaruh-pengaruh negatif ini boleh

membantutkan usaha-usaha pembentukan Tamadun Malaysia yang unggul.

Kesimpulan Usaha pembinaan Tamadun Malaysia bukanlah suatu yang mudah , usaha ini memerlukan kerjasama , penerimaan dan toleransi yang tinggi antara semua kaum terlibat. Semua kaum di Malaysia perlu menganggap mereka adalah bangsa Malaysia yang mana segalanya perlu dinikmati bersama. Malaysia adalah negara kita , tiada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan. Penghayatan nilai-nilai murni diharap dapat menyatu padukan rakyat

Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iatu satu negara dan satu bangsa. Interaksi yang dijalin tanpa rasa syak wasangka, sentiasa bertolak ansur , menerima dengan hati yang terbuka diharapkan dapat mewujudkan sebuah Tamadun Malaysia yang unggul.

Refleksi Syukur Alhamdulillah, dengan sedaya upaya saya cuba menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( WAJ 3101). Pada mulanya apabila mendapat kerja kursus ini saya rasa tidaklah terlalu sukar untuk menyiapkan penulisan dengan bahan-bahan yang dikumpul sama ada dari internet mahu pun buku-buku yang berkaitan. Setelah mendalami tajuk ini dan membaca bahan-bahan rujukan yang dikumpul, saya merasakan betapa kerdilnya diri ini. Makin dibaca makin tidak tahu , makin dibaca makin tidak faham. Penulisan-penulisan ilmiah berkaitan Tamadun Islam terlalu banyak dan meluas ditulis para Sarjana tempatan mahu pun luar negara. Terutama apabila hendak dikaitkan dengan cabaran-cabaran dialog antara tamadun khasnya di Malaysia. Maksud cabaran itu sudah pastinya melibatkan permasaalahan yang timbul dan penyelesaian yang telah diambil mahu pun yang boleh dicadangkan. Konteks dialog itu sendiri sebenarnya membawa maksud yang amat luas , adakah secara formal yang dicetuskan oleh para ilmuan , pihak kerajaan , parti-parti politik untuk mencapai kesepakatan dalam membina tamadun. Adakah perbualan seharian seorang rakan kaum Cina dan Melayu di kedai kopi boleh mencetuskan pembinaan Tamadun Malaysia. Saya merasakan persoalan yang dikemukan terlalu luas untuk dikupas. Adakah penulisan esei hanya berbentuk naratif ataupun memerlukan pemberian pendapat dengan hujah-hujah para ilmuan yang ahli dalam bidang ketamadunan.

Secara tidak langsung melalui pembacaan dibuat para ilmuan Islam dan bukan Islam menjadi rujukan dalam pengumpulan bahan. Para ilmuan lampau dan masa kini menjadi sumber maklumat. Melalui pembacaan dibuat saya begitu kagum dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dapat kita lihat betapa Malaysia menempa kejayaan demi kejayaan sehinggakan dikenali di mata dunia. Era pertanian dimajukan kepada industri yang pesat membangun. Beliau merupakan tokoh pembinaan Tamadun Malaysia yang unggul. Beliau menyediakan tapak yang kukuh dalam pembinaan tamadun Malaysia. Secara tidak

langsung tokoh-tokoh Tamadun Islam seperti Ibnu Sina(1037M) , Al Farabi(950M), Ibnu Khaldun(1406M) dan pelbagai tokoh lagi dikaji untuk memperoleh intipati berkaitan tajuk ini. Tokoh-tokoh lain seperti Kung Fu Tze ( China ) , Mahatma Ghandi (( 1948M ) , Siddharta Buddha ( 623SM) turut menjadi rujukan untuk memahami Tamadun Asia. Daripada dialogdialog antara tamadun umumnya di Asia khasnya di Malaysia, telah mewujudkan interaksi

antara kaum ke arah kebaikan dan keperluan untuk hidup bersama sebagai masyarakat atau pun warga sesebuah negara. Dalam menyiapkan tugasan ini sudah pastilah perbincangan bersama-sama rakan amat perlu sama ada rakan sekuliah mahu pun di tempat kerja. Percanggahan pendapat tentang tajuk itu sendiri , penghuraian berkaitan isi-isi yang perlu diutarakan yang tidak perlu dibincangkan menjadikan tugasan ini lebih sukar untuk dilaksanakan. Namun kepada saudara Ariff rakan sekuliah yang sentiasa berhubung, terima kasih diucapkan. Kepada isteri yang turut sama-sama mengumpul bahan, jasa mu ku kenang hingga ke akhir hayat. Buat rakan-rakan sekuliah dan di SK Siong jasa kalian amat dihargai. Buat Ustaz Jazmin Md Isa yang sentiasa memberi ilmu pengetahuan dalam siri-siri kelas diadakan, terlalu banyak sumbangan anda, kadang-kadang masa yang diperuntukan terlalu singkat untuk membicarakan kursus ini yang begitu menarik untuk dikaji dan diperhalusi dan didalami. Terima Kasih.

10

Anda mungkin juga menyukai