Anda di halaman 1dari 5

Di era ini, sukan berbasikal lasak (MTB) kian mendapat sambutan luas biar dalam dan luar Negara

sehingga kini. Ada antaranya berbasikal untuk kesihatan dan ada juga yang menguji tahap kebolehan diri dalam perlumbaan. Walau bagaimanapun ianya merupakan inisiatif individu dalam usaha ke arah gaya hidup sihat. Dengan itu pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berpusat di Institut Profesional Baitulmal (IPB) Pandan Jaya, Ampang, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan UUM Mini Jamboree Cyberjaya 2013.

Penyumbang utama dalam menjayakan program ini adalah dari pihak Setia Haruman Cyberjaya Sdn. Bhd. dan Gateeh Cycling Team (GCT) yang bertujuan mengumpul dana bagi disalurkan kepada pihak Tabung GAZA dan adik Rayyan yang berusia tujuh tahun anak kepada rakan cycling En. Salihin yang menghidap penyakit kanser hati tahap ke-lima yang memerlukan bantuan untuk rawatan/pembedahan hati serta membantu mengurangkan beban pihak yang berkenaan serta dalam masa yang sama untuk memperkenalkan kawasan Cyberjaya kepada anggota masyarakat luar dengan keindahan dan kelebihan yang terdapat didalam kawasan Cyberjaya.

Ianya juga bertujuanmemberi cabaran kepada rider dengan laluan trek yang sesuai kepada semua rider dan tidak membahayakan keselamatan serta menguji ketahanan mental dan fizikal para rider semua yang mana anda semua akan melalui laluan jalanraya sepanjang (20%) dan terus ke laluan offroad (80%) ladang getah, kelapa sawit, lombong dan perkampungan orang asli sepanjang 30+km yang mudah dilalui anda. Disamping itu, melalui aktiviti ini, dapat juga mengeratkan perhubungan di antara warga cyclista di dalam Malaysia dan masyarakat luar secara amnya dan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pihak yang amat memerlukan bantuan. Maka dengan itu pihak kami telah mengambil iktibar di atas kejadian serta nasib yang menimpa rakyat GAZA dan adik RAYYAN dengan itu UUM Mini Jamboree Cyberjaya 2013 bakal dilaksanakan. Fenomena ini juga akan dapat merealisasikan impian Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi yang seimbang dari pelbagai aspek. Oleh itu, program ini secara tidak langsung telah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kumpulan serta kumpulan, jabatan dan juga individu lain.

Tarikh
Masa Tempat

: 13 Hb April 2013 @ Sabtu


: 0800 Hrs : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Ap 63000 Cyberjaya. : RM50/= : 30+ km (20% Road, 80% Offroad)

Yuran Jarak

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi jawatankuasa pendaftaran kami: No.telefon No.akaun Email T.tutup : 019-2879958 - Fatimah : 1601 0003 5505 26 ( CIMB Bank) FATIMAH BINTI MOHD NOOR. : wtx287@yahoo.com : 30 Hb Mac 201 (bagi memudahkan proses untuk tempahan t-shirt dan melancarkan segala urusan).

Anda mungkin juga menyukai